Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Opera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Istana Budaya Rencana ini meliputi skop kerja WikiProjek Opera, satu kerja bersama penulis-penulis Wikipedia MS yang berminat untuk menulis mengenai opera, istilah opera, muzik klasikal, penggubah opera, libretis, penyanyi opera, pengarah dan pengurus opera, konduktor orkestra, syarikat dan rumah opera, dan rakaman opera. Tempat berbincang adalah di Laman perbincangan WikiProjek Opera. Semua penyumbang yang berbahasa Melayu adalah dialu-alukan!

Jika ada apa-apa soalan mengenai projek ini, sila tuliskan di sini. - Jay 01:30, 25 April 2007 (UTC)

Terjemahan[sunting sumber]

Saya ingin bertanya tentang beberapa istilah Inggeris yang telah diterjemahkan ke versi bahasa Melayu.

en:Bel canto telah diterjemahkan sebagai Bel Kanto.

en:Da capo aria telah diterjemahkan sebagai Da kapo aria.

Bagaimanakah terjemahan bagi perkataan-perkataan ini dilakukan? Adakah perkataan ini diterjemah berdasarkan sebutan dan intonasi? --MSWiki 09:37, 11 Julai 2007 (UTC)

Kebiasaannya hanya bahasa Inggeris diterjemahkan oleh DBP manakala bahasa lain seperti Itali, tidak kecuali c = K seperti yang anda tuliskan. Jikalau DBP tidak langsung menterjemahkan sama sekali, saya mengikut ejaan asal Itali. Ini adalah kerana, DBP tahu tidak ada gunanya menterjemahkan sesetengah seni-seni yang rakyat Malaysia tidak berminat. Seperkara lagi, Wiki MS bukan Wiki negara Malaysia, ada juga beberapa terjemahan yang DBP buat salah yang saya tidak ikut. Satu contoh TERBESAR ialah "Muzik Klasik", walau sebenarnya ialah "muzik klsikal". Pada pendapat orang DBP, semua berkaitan dengan opera dan orkestra adalah KLASIK = lama. Itu silap! DBP juga tidak menterjemahkan "musical". Oleh itu saya menurut apa yang kerap ditulis dalam akhbar/majalah sebagai "muzikal" walaupun DBP terjemah "musical" sebagai "muzik". - Jay 13:19, 11 Julai 2007 (UTC)