Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Sejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Selamat Datang ke Laman Perbincangan WikiProjek Sejarah
Sebuah laman WikiProjek yang diwujudkan bagi menggalakkan kerjasama antara pengguna dalam rencana-rencana yang berkaitan dengan Sejarah.
Selamat datang ke Laman Perbincangan WikiProjek Sejarah
Laman   •   Perbincangan   •   Peserta   •   Kategori   •   Templat

Tunas sejarah[sunting sumber]

Salam, kami bercadang untuk menyusun rencana2 tunas. Kami ingin mendapatkan sedikit kepastian:

  1. Buat rencana tunas sejarah khususnya, adakah anda berpuas hati dengan semua tunas dikategorikan sebagai tunas sejarah atau adakah anda mahu rencana2 diklasifikasikan selangkah lebih dalam lagi dengan, misalnya, tunas-sejarah-automobil atau tunas-sejarah-kereta api?
  2. Dapat anda membantu kami dengan memberikan sedikit kriteria/pendapat tentang apakah dapat dikira sebagai tunas rencana sejarah? Misalnya, kalau rencana tunas berkaitan dengan Mars 2, sebuah kuar angkasa lepas yang dilancarkan berdekad dahulu, haruskah klasifikasi tunasnya diberikan sebagai tunas-sejarah atau tunas-angkasa lepas? --Algazel (bincang) 05:40, 28 November 2013 (UTC) Perbincangan Projek Tunas
@Algazel: Salam sejahtera. Bagi soalan pertama, saya rasa berpuas hati terhadap pengelasan sedia ada. Walau bagaimanapun, subpengelasan kepada tunas-sejarah kereta api atau sebagainya juga merupakan idea yang baik dan jika saudara ingin melakukan subpengelasan tersebut, saudara dipersilakan. Bagi soalan kedua, saya rasa rencana tersebut diberikan pengelasan tunas-angkasa lepas. Untuk kriteria tentang rencana tunas sejarah, saya kurang pasti. Mungkin laman Outline of history ini boleh membantu. Sekian. - 26 Ramadan (Bincang) 07:25, 30 November 2013 (UTC)
Terima kasih @26 Ramadan:. Kami akan membuat penyusunan bersesuaian dgn pendapat anda. Untuk makluman, hasil {{tunas-sejarah}} sudah dialih ke Kategori:Tunas sejarah dan tidak lagi kategori:Rencana tunas sejarah. --Algazel (bincang) 02:27, 1 Disember 2013 (UTC)
@Algazel:, terima kasih atas kerjasama saudara. :) - 26 Ramadan (Bincang) 13:06, 1 Disember 2013 (UTC)

Tak menghasilkan RP[sunting sumber]

Saya lihat, mengapa WikiProjek ini tidak menghasilkan apa-apa RP? Hanamanteo Laman perbincangan saya 07:33, 30 November 2013 (UTC)

Sebab kami kekurangan penyumbang dan ia memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan rencana pilihan. - 26 Ramadan (Bincang) 09:43, 30 November 2013 (UTC)

Sejarah North Borneo Sabah[sunting sumber]

Teks ini salah, maaf Wikipedia, tolong cari sejarah kemerdekaan sabah yang sebenarnya kerana ada bukti bahawa sabah benar benar merdeka dari british 31 ogos 1965 yang documen masih disimpan di negara england masa ini: Teks ini yang salah: Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk pentadbiran peralihan sementara bagi bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Sabah telah menjadi sebuah negara mahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PEACE.