Perbincangan kategori:Komputer

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

==Gabungkan kategori==

Saya cadangkan halaman Kategori:Komputer dan Kategori:Perkomputeran dialihkan/digabungkan ke dalam Kategori:Pengkomputeran atas beberapa sebab:

  • Selaraskan kesemua variasi tajuk kategori (komputer, perkomputeran, pengkomputeran) kepada satu tajuk sahaja.
  • Perkataan "komputer" sesuai dijadikan tajuk rencana, tetapi tidak sesuai dijadikan tajuk kategori. Perkataan "pengkomputeran" membawa maksud yang lebih umum.
  • Ejaan perkomputeran sebenarnya salah. Setelah merujuk Kamus Istilah KaryaNet, ejaan sepatutnya ialah pengkomputeran bukan perkomputeran bagi menterjemah perkataan Inggeris computing.
  • Dalam English Wikipedia, tidak wujud halaman en:Category:Computer tapi wujud halaman en:Category:Computing. Benar, polisi Wikimedia Melayu tidak menggalakkan ciplak dari English Wikipedia, tapi saya rasa English Wikipedia patut dijadikan contoh dalam menguruskan sebuah wiki.

Saya perlukan bantuan dari admin. Harap ahli yang lain turut memberi respons. Aviator 23:26, 21 Oktober 2006 (UTC) [balas]

Istilah betul bagi computing ialah perkomputeran, manakala pengkomputeran adalah untuk computerization.—Aviator, 06:22, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]