Perbincangan kategori:Pendidikan kesihatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakanpengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif utama Pelajaran Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:• Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka• Meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosikesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkanpenerimaan kaedah tersebut.• Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan• Pengeluaran bahan-bahan pendidikan kesihatan. Pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai kesihatan baik dari penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit mahu pun mengenai maklumat am dan apa-apa sahaja mengenai kesihatan.Bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan seperti risalah, poster,handbill, pelekat dan kalendar telah dikeluarkan kepada semua unit kesihatan dibawah jagaan kesihatan daerah. Ada juga permintaan dari lain-lain agensi seperti sekolah-sekolah ,jabatan kerajaan, orang awam dan pengendali makanan memerlukan bahan-bahan pendidikan kesihatan di berikan secara percuma. Untuk kakitangan kesihatan juga disediakan bahan-bahan pendidikan seperti buku panduan ceramah, slide, dan VCD yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.