Perbincangan pengguna:Ammar paparazi
Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Wikipedia, Ammar paparazi, Selamat datang ke Wikipedia bahasa Melayu! | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
|
--Aplikasi-Bot (bincang) 08:47, 26 November 2011 (UTC)
Makluman[sunting sumber]
Salam Wikipedia, Pertamanya pihak Wikipedia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda sudi memberikan sumbangan berbentuk penulisan dalam wadah ilmu tanpa sempadan Kami ini, Wikipedia sangat berbesar hati, namun perlu diingatkan, anda tidak perlu meletakkan tanda tangan anada atau nama anda di rencana, ini tidak perlu di Wikipedia, sistem Kami yang canggih dan berkapasiti tinggi ini sudah dapat mengenalpasti anda sebagai editor rencana, silalah buang nama anda tersebut di rencana Bunkface, atau pihak Kami akan membuangnya tanpa notis. Harap maklum. Teruskan membantu memperbaiki tulisan anda, tulisan yang baik adalah amal jariah yang yang bermanfaat untuk kita bersama.--Smim90 (bincang) 19:07, 29 November 2011 (UTC)
Wikipedia, ensiklopedia bebas kearah kualiti dan keterampilan.
- Tolong jangan salin bulat-bulat ayat dari akhbar, ini salah dalam Wikipedia, tolong buang ayat yang anda salin dan tampal dari karagan akhbar dan dikirimkan disini, kuota-kuat ayat yang anda selitkan dalam rencana juga tidak seiring dengan ayat piawai kami yang tinggi sila rujuk Wikipedia:Garis panduan penulisan yang lebih baik. Sila perbaiki segera, pihak kami boleh membuang atau mengundurkan tulisan yang anda lakukan segera, tanpa notis. Harap maklum.--Smim90 (bincang) 19:26, 29 November 2011 (UTC)
- Salam Wikipedia, Tolong jangan ulangi kesilapan meletakkkan tanda nama anda sebagai penulis rencana, berulang kali, perbuatan salah yang berulang boleh dianggap laku musnah dalam Wikipedia. Tolong ambil maklum. --Smim90 (bincang) 19:51, 29 November 2011 (UTC)
Kesalahan laku musnah berulang boleh menyebabkan anda disekat dari menyunting di Wikipedia. Sila lihat Wikipedia:Laku musnah. Terima kasih. Silalah belajar menulis terlebih dahulu. klik pautan yang terdapat dalam portal selamat datang peribadi anda untuk bantuan.
Sumbangan[sunting sumber]
Anda boleh melihat semua sumbangan anda di sini. Yosri (bincang) 23:54, 29 November 2011 (UTC)
Rencana Ammar paparazi[sunting sumber]
Hai, rencana Ammar paparazi telah dihapuskan kerana kandungan rencana tersebut adalah mengenai biografi orang tidak terkenal.
Anda perlu faham yang Wikipedia bukanlah tempat untuk anda membuat biografi sendiri, rencana mengenai orang hidup memerlukan orang tersebut terkenal dan mempunyai banyak liputan dari media luar. Sila lihat Wikipedia:Kelayakan atau en:Wikipedia:Notability untuk maklumat lanjut.
Rencana biografi juga haruslah mempunyai rujukan dari sumber luar yang boleh dipercayai (tidak termasuk blog, facebook etc,) untuk membuktikanya terkenal.
Anda boleh memasukan maklumat peribadi dalam laman pengguna anda sendiri tetapi bukan sebagai sebuah rencana, apa-apapun selamat menyumbang ^_^
--Adikhebat (Bual dengan saya) 09:40, 30 November 2011 (UTC)
- Oh maaf, saya lihat ia sudah ada salinan di laman penguna, sebab itu saya padamkan rencana itu. Yosri (bincang) 11:52, 30 November 2011 (UTC)