Perbincangan pengguna:Anumengelamun/Arkib perbincangan 2020-2021

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebutan dalam rencana[sunting sumber]

Untuk makluman, sebutan patut ditulis menggunakan Abjad Fonetik Antarabangsa dalam rencana. Bukan semua rencana memerlukan panduan sebutan. Sebutan biasanya patut tidak dimasukkan bagi perkataan umum atau apabila sebutan ketara berdasarkan ejaannya. Serta, Wikipedia bukanlah kamus. Harap maklum. -- TofeikuBincang 12:09, 16 April 2020 (UTC)[balas]

Salam, saudara @Tofeiku:, sudah lama tidak berjumpa!
Saya akui saya menggunakan panduan didasarkan tatacara dipakai Kamus Dewan dengan huruf "e" bertandanya. Namun ia lebih kepada pilihan kedua selepas IPA untuk memudahkan penyebutan bahasa yang tidak berapa diketahui, lagi-lagi untuk mereka yang tidak tahu menggunapakai IPA. Saya perhatikan ada seberapa entri umum dalam Wikipedia Bahasa Inggeris menggunakan cara sebutan alternatif menyampingi sebutan IPA, jadi saya anggap tatasebutan(?) begitu boleh diterima. (On a side note: Mungkin kita boleh kembangkan panduan APA/IPA W.B.M agar lebih familiar dengan para pembaca penutur bahasa Melayu mungkin, sebagai cadangan? Sebab banyak panduan IPA yang lazim dicari banyak ikut bahasa Inggeris lalu tidak cocok, lagi-lagi ia mungkin sukar difahami untuk pembaca yang tidak pandai berbahasa Inggeris namun terpaksa bergantung kepada IPA untuk sebutan uncommon. Apa pendapat saudara?)
Satu lagi hal "kamus" itu - W. B. Inggeris (sebagai pendahulu format Wiki umum diterima pakai) juga ada menyediakan etimologi pada seberapa entri-entri tertentu malah pada permulaaan sesebuah laman itu sendiri, maka saya ikut sahaja. Jadi, saya tidak begitu faham mana yang boleh dibenarkan dan mana yang tidak dalam konteks ini. Saudara boleh jelaskan lebih lanjut?
Yang ikhlas,
Anumengelamun (bincang) 12:35, 16 April 2020 (UTC)[balas]
Pertama konsep Wikipedia bukanlah kamus yang saya maksudkan adalah memasukkan sebutan kepada setiap rencana seperti yang anda lakukan dengan Zuhal. Saya bukan cakap tentang etimologi. Kedua, apa-apa pun letak sahaja sebutan AFA. Kaedah yang saudara maksudkan itu boleh saja digunakan tetapi bagi saya tidak nampak profesional. Sebagai mahasiswa linguistik, AFA bersifat sejagat dan "cocok" untuk semua bahasa manusia. Dalam bahasa Melayu, tiada bezanya sebenarnya sebutan AFA dengan ejaan Rumi. Contohnya, buku ialah /bu.ku/, kasihani ialah /ka.si.ha.ni/. Mungkin untuk pembezaan sebutan e itu hanya letak pada perkataan e taling sahaja AFA: /e/. Hal ini demikian kerana, kebanyakan huruf e bunyinya e pepet /ə/ dan hanya segelintir berbunyi e taling /e/. Disebabkan oleh itulah sebutan e tidak lagi dibezakan dalam tulisan bahasa Melayu. Satu lagi, kalau rencana Epal rasanya tidak perlu juga letak panduan sebutan kerana seperti saya telah maklumkan, perkataan umum tidak perlu mempunyai panduan sebutan. Hanya perkataan yang tidak begitu ketara sebutannya barulah letakkan panduannya. -- TofeikuBincang 13:08, 16 April 2020 (UTC)[balas]

Sebelum memberi cadangan penghapusan, sila ubah setiap pautan dalam rencana yang menggunakannya seperti yang disenaraikan di sini: Khas:Pautan_ke_sini/Pau,_Spain. Jika tidak, biarkan sahaja ia sebagai laman lencongan. SNN95 Talk to me, beybeh! 02:29, 30 April 2020 (UTC)[balas]

Abaikan pesanan ni. Ada ralat paparan Templat:Alt Emporda yang pelayan tidak mengemaskini walaupun sudah beberapa kali purge di rencana utama. SNN95 Talk to me, beybeh! 02:35, 30 April 2020 (UTC)[balas]
Saya baru perasan yang setiap rencana berpaut dengan Pau, Spain ni sebab templat navigasi Templat:Alt Emporda. Tetapi templat itu tiada masalah, pautan ke Pau, Sepanyol cantik terpapar. Rupa-rupanya, setiap rencana bukan memasukan templat tu sebegini {{Alt Emporda}} tetapi macam kat bawah ni pada setiap rencana:
{{navbox
| name = Alt Emporda
| title = Kawasan perbandaran di [[Alt Empordà]]
| listclass = hlist
| image = [[File:Flag of Catalonia.svg|50px|Flag of Catalonia]]

| list1 =
* [[Agullana]]
* [[Albanyà]]
* [[Avinyonet de Puigventós]]
* [[Bàscara]]
* [[Biure]]
* [[Boadella i les Escaules|Boadella d'Empordà]]
* [[Borrassà]]
* [[Cabanelles]]
* [[Cabanes, Girona|Cabanes]]
* [[Cadaqués]]
* [[Cantallops]]
* [[Capmany]]
* [[Castelló d'Empúries]]
* [[Cistella]]
* [[Colera, Girona|Colera]]
* [[Darnius]]
* [[El Far d'Empordà]]
* [[El Port de la Selva]]
* [[Espolla]]
* [[Figueres]]
* [[Fortià]]
* [[Garriguella]]
* [[Garrigàs]]
* [[La Jonquera]]
* [[La Selva de Mar]]
* [[La Vajol]]
* [[L'Armentera]]
* [[L'Escala]]
* [[Lladó]]
* [[Llançà]]
* [[Llers]]
* [[Maçanet de Cabrenys]]
* [[Masarac]]
* [[Mollet de Peralada]]
* [[Navata]]
* [[Ordis]]
* [[Palau de Santa Eulàlia]]
* [[Palau-saverdera]]
* [[Pau, Spain|Pau]]
* [[Pedret i Marzà]]
* [[Peralada]]
* [[Pont de Molins]]
* [[Pontós]]
* [[Portbou]]
* [[Rabós]]
* [[Riumors]]
* [[Roses, Girona|Roses]]
* [[Sant Climent Sescebes]]
* [[Sant Llorenç de la Muga]]
* [[Sant Miquel de Fluvià]]
* [[Sant Mori]]
* [[Sant Pere Pescador]]
* [[Santa Llogaia d'Àlguema]]
* [[Saus]]
* [[Siurana]]
* [[Terrades]]
* [[Torroella de Fluvià]]
* [[Ventalló]]
* [[Vila-sacra]]
* [[Vilabertran]]
* [[Viladamat]]
* [[Vilafant]]
* [[Vilajuïga]]
* [[Vilamacolum]]
* [[Vilamalla]]
* [[Vilamaniscle]]
* [[Vilanant]]
* [[Vilaür]]
}}
Saya maklum semua benda itu, @SNN95:...sebab itu saya membuat pemadaman drastik kepada seberapa entri tempat Sepanyol sejak kebelakangan ini, namun saya menjadi agak muak dan ketepikan untuk uruskan kemudian. ( ^ _ ^ ) Anumengelamun (bincang) 02:46, 30 April 2020 (UTC)[balas]
Apa-apa hal pon, terima kasih bagitau, saya akan cuba hubungi penyumbang asal rencana berkaitan walaupun dia sudah bersara sekarang ni. SNN95 Talk to me, beybeh! 02:49, 30 April 2020 (UTC)[balas]

Perihal: Kerajaan Beraja Poland (1385–1569)[sunting sumber]

Boleh anda jelaskan asbab pelencongan di atas dibuat? Kingdom of Poland=Kerajaan Beraja Poland vs. Government of Poland= Kerajaan Poland? Zamwan (bincang) 12:36, 6 Mei 2020 (UTC)[balas]

Masa saya mencipta entri padanan "Kingdom of Ireland", saya sukar memikirkan bahawa "kerajaan" sudah ada dua makna - government dan kingdom, dan saya cuba mengelakkan ketaksaan antara kedua-dua makna ini. Malah, saya rasa sangat kekok memikirkan betapa Ireland sudah ada dua jenis entiti berbeza mentadbir pulau itu: Republik Ireland dan Ireland Utara yang ditadbir di bawah United Kingdom diperintah kerajaan berperlembagaan; maka pengungkapan sesebuah badan yang mentadbir sesebuah republik (yakni diketuai presiden dan bukan raja) sebagai "kerajaan" sangat mengelirukan.
Saya puas mencari jika ada sinonim untuk maksud government, dan saya terjumpa dalam akhbar dan siaran Singapura (seperti yang ada di Berita Mediacorp) - sebuah republik bahawa perkataan "pemerintah" dipakai khusus merujuk government baik dalam SIngapura mahupun luar. Saya perhatikan bahawa "pemerintah" juga ada dipakai luar Singapura, bukan sahaja dalam terbitan media dari (Republik) Indonesia, malah juga dalam penerbitan sains politik umum di Malaysia (yang berkerajaan berpelembagaan). Oleh itu, "Pemerintah" didapati sangat bersesuaian untuk merujuk kepada badan pentadbiran sesebuah negara republik (tiada raja), maka begitulah Kerajaan Ireland dihasilkan bergandingan dengan Pemerintah Ireland (menurut Wikipedia Bahasa Inggeris - cabinet of the Republic of Ireland) yang membezakan antara kedua-duanya. Saya melanjutkan pendekatan saya melalui pewujudan Kerajaan Itali (nyahkekaburan). Maka saya pakai juga untuk padanan Government of the Republic of France, Government of the Republic of Georgia (cf. Kingdom of Georgia) and so on so forth... Memandangkan entri government sendiri dilihat terpaut kepada "pemerintahan", dan perkataan "kerajaan" itu sendiri sudah dilencongkan ke "pemerintahan" oleh Aurora, maka "pemerintah" dilihat sudah berkesinambungan.
Saya sudah banyak buat laman-laman menyentuh sesebuah republik yang ada dua-dua government dan kingdom cara ini...bila dah ada istilah yang jelas begini, hal tersebut sangat memudahkan. :-) --Anumengelamun (bincang) 01:02, 7 Mei 2020 (UTC)[balas]

Perihal: Tanda kurung[sunting sumber]

Apabila memasukkan bantuan sebutan dan terjemahan di awal rencana, tolong guna tanda kurung yang bulat () dan bukannya yang berpetak []. Alat Wikipedia tidak dapat mengesan bantuan sebutan dan terjemahan jika guna [] dan akan menyebabkan ia terpapar dalam alat pralihat rencana dan carian. Jika guna (), ia akan tersorok dalam pralihat. -- TofeikuBincang 12:53, 4 September 2020 (UTC)[balas]

Salam, @Tofeiku:! Saya memang ada sengaja pakai [] untuk entri yang dikhuatiri mengelirukan pembaca sasaran dari segi sebutan lalu notasi ini akan menyerlahkan segera menyelesaikan hal ini, seperti perbezaan antara "wafel" dan "wafer" dan sebagainya...tapi kalau notasi-notasi sebutan pada entri tertentu ada dirasakan tidak perlu atau lewah disebutkan, saya akan memadamnya segera. - --Anumengelamun (bincang) 15:25, 4 September 2020 (UTC)[balas]
Baiklah tapi apa-apa pun, panduan sebutan mestilah guna () dan bukan [] atas sebab teknikal. Harap maklum. -- TofeikuBincang 15:45, 4 September 2020 (UTC)[balas]


Salam. Dalam perenggan pertama, 10 atau 11 jilid tankōbon yang betul? Di infobox, 11 jilid. Sekian. - CyberTroopers bincang/sumbangan 14:34, 10 Januari 2021 (UTC)[balas]

Saya menyalin terus dan menyiapkan segera tanpa mengemas lanjut, barangkali (sebab kepenatan mahu tidu seingat saya). Kesilapan amat dikesali. Anumengelamun (bincang) 09:38, 11 Januari 2021 (UTC)[balas]

Jemputan menyertai perundingan tahap kedua Tatakelakuan Sejagat[sunting sumber]

Salam,

Semoga Anda dalam keadaan baik dan sihat. Nama saya Ramzy Muliawan, mewakili tim Tatakelakuan Sejagat (UCoC) Yayasan Wikimedia bagi komuniti bahasa-bahasa Indonesia dan Melayu. Saya ingin mengabarkan bahwa proses perundingan tahap kedua UCoC akan dimulai pada hari Isnin, 18 Januari 2021.

Perundingan tahap kedua UCoC akan bertumpu pada perumusan mekanisme penerapan dan penguatkuasaaan yang efektif dan berlaku bagi seluruh projek Wikimedia. Sebagai penyumbang aktif di Wikipedia bahasa Melayu, saya ingin menjemput Anda untuk menyumbang saran, komen, dan maklum balas. Tahap kedua ini bersifat mustahak, mengingat UCoC merupakan salah satu mandat yang paling utama dari proses Strategi Gerakan Wikimedia dan akan menjadi standar minima bagi dasar tingkah laku di projek-projek Wikimedia.

Sebelum memulai, Anda dapat meninjau terlebih dahulu beberapa hal terkait UCoC. Halaman berikut tersedia dalam bahasa Melayu:

Selepas itu, Anda dapat memberi komen pada laman permohonan pendapat sampai akhir bulan Februari 2021. Bagi kumpulan komuniti gerakan Wikimedia, kami juga merencanakan proses perundingan terpisah yang akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.

Bila Anda memiliki pertanyaan lain atau ingin menyampaikan maklum balas yang dirasa lebih sesuai disampaikan pada saluran peribadi, sila balas emel ini atau hubungi saya melalui Telegram.

Terima kasih dan salam hangat,

Ramzy Muliawan
Fasilitator Perundingan Tatakelakuan Sejagat, Yayasan Wikimedia

-- RamzyM (WMF) (bincang) 10:15, 15 Januari 2021 (UTC)[balas]

Bintang Penghargaan Ketekunan[sunting sumber]

Bintang Penghargaan Ketekunan
Anda telah menunjukkan usaha yang luar biasa dalam mengemaskini serta mencipta rencana berkenaan pelbagai topik di Wikipedia dengan jumlah penciptaan 3,000 buah rencana setakat 1 Februari 2021, 13:25 Waktu Malaysia. Saya harap anda akan sentiasa komited dan konsisten dalam usaha pengembangan rencana-rencana berkaitan. - CyberTroopers bincang/sumbangan 05:26, 1 Februari 2021 (UTC)[balas]

Kemaskan rencana anda[sunting sumber]

Tolong baiki rencana-rencana yang anda buat seperti Lakshmana dan Pacu jalur. Rencana seperti ini mengikut kebiasaan penyelia sebenarnya layak dihapus atas alasan R2. Kalau tidak sempat menterjemahkan pun, terjemahkan perenggan pertama dahulu. Harap maklum. -- TofeikuBincang 11:51, 9 Februari 2021 (UTC)[balas]

Saya berterima kasih atas peringatan yang diberikan, saudara @Tofeiku:. Memang benar saya hendak menyambung suntingan sedemikian, cuma saya mungkin terlepas laman-laman dikejar kerana ada kerja luar laman dan saya mungkin akan bersambung selepas saya dapat kelapangan dan bersemuka dengan laman diciptakan di lain masa. Berbaik sangkalah. :) -- Anumengelamun (bincang) 12:04, 9 Februari 2021 (UTC)[balas]
Ada beberapa rencana yang anda cipta tahun lepas masih banyak belum diterjemahkan sepenuhnya seperti Bahasa. Nanti lama-kelamaan menjadi banyak. Lazimnya, penyelia padam rencana begini apabila pengguna lain buat rencana seperti ini. Kami perlu berkelakuan adil. Apabila saya minta pendapat dengan penyelia lain, mereka kata padamkan saja. Sebab itu saya tegur. Saya sendiri telah mengemaskan beberapa rencana anda yang lama ditinggalkan. -- TofeikuBincang 13:03, 9 Februari 2021 (UTC)[balas]
Begitu, ya? Terima kasih kerana berikan heads up, saya tidak tahu ada hal ini. Saya akan cuba mengurangkan sebaiknya. Lagi-lagi, saya sudah makin ada masa lapang untuk buat kerja passion ini sekerap dulu, saya boleh lengkapkan kerja saya secara lebih tidak tertangguh-tangguh (kerana terpaksa berhenti untuk tugasan lain). -- Anumengelamun (bincang) 17:33, 9 Februari 2021 (UTC)[balas]

Tinjauan Tatakelakuan Sejagat[sunting sumber]

Salam,

Saya menjemput Anda untuk meluangkan masa 5-10 minit bagi mengisi tinjauan mengenai penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat (UCoC) pada projek dan komuniti Wikimedia yang berbahasa Melayu. Masa tinjauan akan berakhir pada 28 Februari 2021.

Selain itu, Anda juga dialu-alukan untuk memberikan komen, gagasan, atau pandangan peribadi dalam permohonan pendapat komuniti terkait UCoC di sini.

Terima kasih! RamzyM (WMF) (bincang) 08:32, 17 Februari 2021 (UTC)[balas]

Berkenaan: Datuk keramat , Jelutong[sunting sumber]

Mengapa terdapat laman ini apabila Datuk Keramat sudah wujud dan mempunyai maklumat yang sama? Aimwin66166 (bincang) 11:56, 22 Februari 2021 (UTC)[balas]

Salam, @Aimwin66166:! Saya hanya seragamkan isi asal di en.wiki yang lebih merujuk kepada anutan tradisi Cina (yang belum ada) daripada nama tempat.