Perbincangan pengguna:Che090572/Sementara

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesanan
Archive Arkib
  1. Feb-April 2006
  2. Mei-Julai 2006

Biografi dan Orang[sunting sumber]

Hai Che Det, kalau anda melihat Wikipedia:Tinjau, anda akan mendapati bahawa "Orang" terdiri daripada:

  1. Biografi
  2. Orang Mengikut Agama
  3. Orang Mengikut Kerakyatan
  4. Orang Mengikut Nama
  5. Orang Mengikut Pekerjaan
  6. Orang Mengikut Tahun Kelahiran
  7. Orang Mengikut Tahun Kematian
  8. Kehidupan Peribadi
  9. Lain-lain.

Ini adalah sistem Wikipedia bahasa Inggeris. Sila lihat Wikipedia:Browse.

Bagaimanapun, saya berasa sistem ini tidak amat berguna. Oleh itu, saya bersetuju dengan cadangan anda, iaitu menggunakan kategori "Biografi", dan menggugurkan kategori "Orang". Dengan itu, subkategori-subkategori ahli sains, ahli muzik, dan sebagainya boleh digolongkan dalam kategori "Biografi" yang dirinya merupakan subkategori untuk kategori "Masyarakat" yang utama. — PM Poon 16:23, 1 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hai Che Det, nak gabungkan keseluruhan ahli muzik, ahli sains dsb TERUS dalam kategori masyarakat, ataupun melalui kategori biografi dulu? — PM Poon 16:54, 1 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hai Che Det, nampaknya macam musim kemarau! Dimanakah semua pengguna yang dahulu amat aktif? — PM Poon 19:00, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]

Bagaimana membuat jadual[sunting sumber]

Hai Che Det, untuk membuat garis, anda menggunakan command "border". Biasa saya menggunakan:

{| border=1 style="border:1px solid gray;".

Jika anda nak belajar, cara yang paling baik ialah anda membuatnya dulu. Tak cantik tak apa. Lepas itu, anda memberi pesanan kepada saya dan saya akan mengemaskinikannya. Saya akan tengok mana yang tak cantik, dan saya akan memberitahu anda mana "kesilapan"-nya. Dengan cara itu, lebih mudah untuk anda belajar. — PM Poon 02:17, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Garis panduan penciptaan templat[sunting sumber]

Hai Che, saya tengah cari dalam Wikipedia Inggeris, tetapi tidak dapat juga. Kalau saya tidak salah, saya pernah membacanya. Jika anda menemuinya, sila masukkan ke portal ini supaya saya atau sesiapa pun dapat menterjemahkannya. — PM Poon 06:33, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Gambar Maya Karin[sunting sumber]

Hai Che, gambar Maya Karin telah saya menghapuskan pada 24 Mac 2006 tanpa sengaja sewaktu menghapuskan gambar-gambar yang saya muat naik, ketika terdapat banyak perbalahan tentang hak cipta gambar.

Saya telah muat naik gambar itu. Bolehkah anda membekalkan maklumat hak cipta, jika ada, supaya tidak menghadapi apa-apa masalah pada masa hadapan.

Nasib saya menyimpan gambar itu kerana Maya Karin memang amat canggih! Sayang nak menghapuskannya, hehehe. Kalau gambar lain, tiadalah lagi. — PM Poon 07:35, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hai Che, saya tidak tahu Maya Karin 'heart throb' anda. Beliau bukan 'heart throb' saya. Sewaktu saya melihat gambarnya, lain yang throb. Oleh itu, gambar ini merupakan gambar tunggal yang saya simpan, hehehe.

Sebenarnya, saya bukan hendak menghapuskan gambar sesiapa... cuma gambar yang saya muat naik saje. Oleh sebab saya pernah memperbaik gambar Maya Karin, saya silap menganggap bahawa gambar itu saya yang muat naik. Pada hari 24 Mac, saya menghapuskan sekurang-kurang 200 gambar yang saya muat naik dalam portal ini. Kan perbuatan sebesar ini boleh menyebabkan kesilapan. Patut tak peristiwa penghapusan itu dimasukkan dalam Sejarah Wikipedia Bahasa Melayu? hehehe. — PM Poon 07:56, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hai Che, semua rekod penghapusan dan muat naik boleh didapati di halaman Istimewa:Log. Bagiamanapun, kita tidak berhak mengembalikan gambar yang telah dihapus. Mungkin Yosri boleh tolong. — PM Poon 08:10, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Piala Dunia[sunting sumber]

Saya rasa rencana Piala Dunia yang anda tulis patut digantikan ke tajuk Piala Dunia FIFA. Ini kerana Piala Dunia terlalu umum. Piala Dunia boleh dijadikan nyahkekaburan. Boleh merujuk kepada apa-apa sukan. — Master2841 07:36, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

WIKIPEDIA:TABLE[sunting sumber]

Hai Che, anda nak itu ke? Halaman itu tak ajar kod XML pun! Kan anda nak belajar bagaimana membubuh border, margin, dan sebagainya? — PM Poon 10:08, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Tentang templat Wikipedia bahasa Inggeris[sunting sumber]

Hai Che, saya mendapati Wikipedia bahasa Inggeris menggunakan beberapa perintah (seperti "id", "class", dll) yang tidak dapat dilaksanakan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Oleh itu, saya biasa mengubahsuaikan templat mereka. — PM Poon 10:18, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Yanina Korolchik[sunting sumber]

Hai Che, dah siap! Lihat perubahan yang saya buat daripada halaman Sejarah, dan jika anda masih tidak memahami mana-mana satu perubahan, anda boleh kemukakan.

Nampaknya perubahan amat mengelirukan, tetapi sebenarnya, perintah style="padding: 4px 10px 4px 10px;" cuma digunting dan tampal semula dan semula lagi, hehehe. Oleh itu, tak susah walaupun banyaknya digunakan. Perisian kini masih tidak dapat membubuh perintah itu dalam perintah jadual ({|, iaitu <table>) atau perintah baris (|-, iaitu <tr>). Oleh itu, terpaksalah masukkannya dalam perintah data (|, iaitu <td>). Biasa saya masukkan perintah ini selepas jadual telah siap, supaya tidak dikelirukan oleh "keterlalu-banyakan"-nya.

Jangan lupa masukkan pautan antara bahasa untuk bahasa Inggeris! Ini adalah kesilapan yang biasa kerana rencana bahasa Inggeris tidak perlu memasukkan pautan antara bahasa sendiri, serupa dengan kita yang tidak perlu memasukkan pautan antara bahasa kita. Tak adillah kalau kita mengambil rencana mereka dan memasukkan pautan antara bahasa orang lain tetapi tidak memasukkan pautan mereka yang kita mengambil rencana, hehehe. — PM Poon 11:23, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Che090572

Kotak ini tidak ada padding.


Che090572

Kotak ini ada padding. style="padding:4px 10px 8px 20px;" bermaksud:

  • 4px di atas
  • 10px di kanan
  • 8px di bawah
  • 20px di kiri.


Tapi biasa, kita akan mengimbangkan, iaitu padding atas sama dengan padding bawah sama; padding kiri sama dengan padding kanan.

Che090572

PM Poon 13:12, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Pokok tapak kuda[sunting sumber]

Hai Che, saya menukarkan kategori anda daripada familinya kepada susunannya. Sebenarnya, anda tidak salah, tetapi saya berasa penggunaan famili adalah lebih khusus.

Kini kita mempunyai lebih kurang 550 rencana pokok tropika, hampir semuanya dicipta oleh Yosri. Sebenarnya, saya menggunakan kategori "Pokok tropika", tetapi oleh sebab terlalu banyak rencana yang dicipta oleh Yosri, saya memang hendak menukarkan kategorinya kepada "Susunan", tetapi malas, hehehe. Kini, saya dah bermula selepas melihat anda menggunakan famili.

Saya telah mengemaskinikan semua jadual dalam rencana-rencana pokok yang saya mendapati daripada daftar pokok Yosri, tetapi mungkin masih ada sebilangan kecil yang tertinggal. Jika anda hendak mengemaskinikan jadual dalam rencana hidupan (iaitu haiwan dan tumbuhan), anda boleh menggunakan templat hidupan yang saya cipta. Anda cuma menyalin templat itu ke dalam rencana hidupan. — PM Poon 15:57, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Taksonomi[sunting sumber]

Hai Che Det, apa tu taksonomi? Adakahnya bidang pengetahuan untuk memandu teksi? hehehe.

Saya buta botani. Setelah mencipta 550 jadual untuk rencana pokok, saya baru tahu sikit-sikit tentang susunan dan famili. Pada perasaan saya, saya berasa bilangan untuk susunan tidak banyak. Oleh itu, penggunaannya kelihatan agak sesuai.

Saya memang tidak tahu apa itu taksonomi. Bolehkah anda terangkan? — PM Poon 16:17, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]


Alamak! Malam ini, cuma kita dua orang kerja syif ketiga ke? — PM Poon 16:59, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Ya paling ajaib ialah Malaysia mengandungi 25 juta orang. Tak kan habuk pun tak nampak? hehehe. — PM Poon 06:42, 7 Mei 2006 (UTC)[balas]

Bentuk penulisan judul lagu[sunting sumber]

Hai Che Det, apakah kelaziman penggunaan huruf kecil untuk judul lagu-lagu bahasa Melayu? Adakah semua kata penghubung ditulis dalam huruf kecil? Atau cuma "dan"?

Saya baru siap menterjemahkan Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana kecuali bahagian berikut:

In titles of songs or albums, unless it is unique, the standard rule in the English language is to capitalize words that are the first word in the title and those that are not conjunctions (and, but, or, nor, for), prepositions (in, to, over, through). — PM Poon 01:18, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Che, terima kasih atas terjemahan anda. Betulkah Malaysia benar-benar mempunyai 25 juta orang? Nampaknya tak sampai 25 orang, hehehe. — PM Poon 04:23, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

Gunung Merapi[sunting sumber]

Hai Che Det, mengapa anda tak suka templat gunung yang saya cipta ke? hehehe.

Anda cuma kena tampal isi daripada Perbualan Templat:Gunung. Untuk darjah, anda boleh gunting dan tampal daripada senarai simbol di bawah kotak penyuntingan ini (simbol kelapan dari belakang).

Anda masih lupa masukkan pautan antara bahasa untuk bahasa Inggeris? Jika anda menyalin rencana daripada mana-mana satu bahasa, anda kena masukkan pautan antara bahasa untuk bahasa itu secara "manual" sebab pautan ini memang tiada dalam salinan. — PM Poon 09:16, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Che Det, pautan apa? Pautan bahasa ke?

Lu ala yahoo messenger tak? Kalau ala, gua boleh ajar lu. Lebih senang kat sana! Id saya pmpoon.

(P/S: Nampaknya Tiga Nyamuk sekarang tak berapa aktif, hehehe.) — PM Poon 15:49, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

Rencana Violet Coulson[sunting sumber]

Hai Che Det, semalam sori ye... sewaktu saya nak masuk, saya tengok anda baru keluar! Ingat anda akan lambat tidur seperti biasa!

Saya telah mengemaskinikan rencana anda mengikut garis-garis panduan Wikipedia yang piawai. Setiap portal, serupa dengan sebuah syarikat penerbitan yang baik, memang mempunyai gaya dalaman (house style) sendiri bagi memastikan ketekalan format and reka letak, walaupun rencana dikarang oleh pelbagai penulis.

Jika anda hendak belajar format, sila kemukakan aspek yang tertentu (specific) supaya saya boleh menujui anda ke garis panduan yang berkaitan. Wikipedia memang mempunyai banyak garis panduan, hehehe.

Bagaimanapun, Wikipedia juga mengatakan bahawa pengguna tidak perlu mengikut garis panduan. Ini disebabkan bahawa penerimaan sumbangan daripada pengguna adalah jauh lebih penting berbanding pematuhan garis panduan dalam sebuah portal masyarakat. Kenyataan 'tidak perlu mengikut garis panduan' sering disalah tafsir oleh banyak pengguna, termasuk pengguna lama, kerana dibaca tanpa memahami konteks untuk kenyataan itu.

Jika kita membaca kenyataan 'tidak perlu mengikut garis panduan' secara harfiah tanpa konteksnya, kenyataan itu memang tidak ada logik. Mengapakah kita harus mencipta garis panduan, sedangkan garis panduan itu tidak diperlukan, kan?

Sebenarnya, apa yang dimaksudkan adalah bahawa pengguna baru atau pengguna yang tidak hendak mengikut garis panduan itu tidak dipaksa mengikut. Mereka boleh mencipta rencana yang tidak sempurna, dan pengguna-pengguna yang mahir akan tolong mengemaskinikan rencana mereka yang tidak mengikut garis panduan, berdasarkan konsep bekerjasama. Walaupun ini memang betul dalam Wikipedia bahasa Inggeris di mana rencana baru amat cepat dikemaskinikan oleh pengguna, di Wikipedia bahasa Melayu, kita tidak mempunyai banyak penyumbang, dan oleh itu, rencana yang tidak mengikuti garis panduan dibiarkan begitu saje. — PM Poon 04:25, 9 Mei 2006 (UTC)[balas]

Templat untuk pengguna baru dan pengguna tidak mendaftar[sunting sumber]

Saya telah mengubah suai format untuk templat: "Selamat Datang" dan mencipta templat baru untuk pengguna yang tidak mendaftar. Kini, kita cuma perlu menulis:

  • ((sd}} untuk pengguna yang baru mendaftar; dan
  • ((td}} untuk pengguna yang tidak mendaftar.

Dengan penggunaan templat ini, anda tidak perlu memasukkan ~~~~ sebab itu telah dimasukkan dalam templat. Saya juga menggunakan perintah subst untuk memasukkan teks templat-templat itu dalam halaman pengguna. Penggunaan ini disyorkan dalam Wikipedia bahasa Inggeris kerana ia kelihatan lebih peribadi, berbanding templat yang memberi tanggapan bahawa pesanan itu merupakan sebahagian pengeluaran besar-besaran. Bagaimanapun, kita masih menggunakan templat. Kalau tidak, mana ada masa! — PM Poon 17:38, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]


Sori ye, penggunaan subst dan ~~~~ dalam templat sd dan td tak terjadi! Saya silap tadi, ingat terjadi! Oleh itu, kita kena menggunakan:


Selamat datang balik! (welcome back!) Lama tak nampak, hehehe. — PM Poon 08:26, 14 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hierarki kategori[sunting sumber]

Hai Che Det, biasanya jika anda menggunakan kategori, anda tidak perlu menggunakan dua kategori jika ia merupakan keluarga kategori yang sama, umpamanya, kategori "undang-undang" dan kategori "undang-undang sivil" dalam rencana Undang-undang sivil:

                                       Undang-undang
                                             |
                            _________________|________________
                            |                |               |
                            |                |               |
                     Undang-undang      Undang-undang   Undang-undang
                     antarabangsa          sivil           jenayah
                                             |
                         ____________________|________________________
                         |              |              |             |
                         |              |              |             | 
                      Rencana        Rencana       Rencana        Rencana
                   Undang-undang  Undang-undang  Undang-undang  Undang-undang 
                      Kontrak         Tort      Jualan Barangan    Fitnah

Jika anda mencipta kategori Undang-undang sivil, dan dalam halaman untuk kategori Undang-undang sivil itu, anda masukkan Undang-undang sebagai kategorinya, kategori Undang-undang sivil akan menjadi subkategori untuk kategori Undang-undang secara automatik. Oleh itu, ketika anda mencapai halaman kategori Undang-undang, anda akan melihat satu pautan Undang-undang sivil dalamnya. Dengan kata yang lain, kategori undang-undang and kategori undang-undang sivil akan dijumpai bersama-sama, baik dalam halaman kategori undang-undang, mahupun dalam halaman kategori undang-undang sivil.

Bagaimanapun, untuk rencana-rencana tumbuhan, saya memasukkan dua kategori, serupa dengan anda menggunakan kedua-dua kategori undang-undang dan kategori undang-undang sivil dalam satu rencana. Ini disebabkan subkategorinya tidak ketara kepada mereka yang bukannya orang botani (termasuk saya). Siapakah yang akan tahu bahawa jika anda hendak mencapai rencana Durian daripada halaman kategori, anda harus tahu susunannya, iaitu subkategorinya, ialah Malvales? Oleh itu, saya terpaksa membuat penyimpangan, dan memasukkan kedua-dua kategori dalam keluarga yang sama, satu untuk orang biasa, dan satu lagi untuk pakar botani (iaitu, mereka yang bukan orang, hehehe). Tetapi untuk rencana-rencana undang-undang, masalah itu tidak tertimbul, dan oleh itu, kita boleh mengikut kaedah yang piawai. — PM Poon 12:10, 14 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hambur Tangan[sunting sumber]

??.
Saya terjemahkan BI -> BM. PM Poon alih rencana kerana betulkan tajuk. Sila lihat sejarah. Yosri 08:37, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Anda boleh lihat sumbangan pengguna bagi melihat sumbangan anda, atau sesiapa sahaja. Tak perlu kemaskini di laman pengguna anda. Semua sejarah suntingan terdapat di sejarah. Yosri 08:39, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hambur tangan (gimnastik)[sunting sumber]

Hai Che Det, jangan marah, ye! hehehe. Sebenarnya, saya ialah "kulprit de corps" yang melakukan "kesalahan".

Rencana Hambur tangan (gimnastik) tidak mempunyai satu ruang antara perkataan "tangan" dan "(gimnastik)", iaitu tajuk itu mengambil bentuk Hambur tangan(gimnastik). Oleh itu, saya membetulkannya, dan disebabkan tajuk lama cuma merupakan kesilapan menaip dan bukannya nama tajuk alternatif, saya menghapuskannya.

Kesemua salah faham amat dikesali. (Saya amat gembira sewaktu melihat anda dalam halaman Perubahan Terkini, hehehe) — PM Poon 10:33, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]


Che Det, sila rujuk kepada halaman Pengguna:AlistairPM Poon 18:23, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Pengunduran sebentar[sunting sumber]

Hai Che Det, sori ye. Ingat anda dah tahu ketika saya memberi pesanan kepada Aurora. Ingatilah bahawa halaman perbualan Yosri dan Aurora merupakan dua cabang Wikipedia:Kedai Kopi, hehehe.

Sebenarnya, saya tidak patut masuk hari ini. Tetapi sewaktu saya membaca pertikaian antara Master2841 dan Yusran, saya "tiada" pilihan tetapi kena cuba mengatasi masalah ini. Kini baru nak tulis pesanan dalam Wikipedia: Kedai Kopi dan berundur sekali lagi. Kehadiran saya di portal hari ini bolehlah dianggap sebagai cuti daripada cuti, hehehe.

Saya berundur untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu saya serta kemahiran saya dalam penggunaan perisian Photoshop. Cuba tengok kedua-dua gambar berikut:

  1. Imej:George-W-Bush.jpg: bandingkanlah dengan versi lama;
  2. Imej:George H. W. Bush.jpg: bandingkanlah dengan versi Wikimedia Commons.

Baru belajar sikit dah dapat tengok hasilnya, hehehe.

Wikipedia:Hierarki Kategori[sunting sumber]

Sebenarnya, ruang nama Wikipedia tidak boleh digunakan untuk perbualan, hehehe. Bagaimanapun, saya pernah fikir bahawa carta-carta seumpama ini mungkin boleh dimasukkan dalam halaman kategori masing-masing sebagai panduan untuk semua pengguna. Tetapi kena gunakan perisian Adobe Illustrator baru canggih, hehehe.

Che Det, buatlah saje apa yang anda fikir adalah baik untuk portal ini. Jika silap pun tak apa, asalkan niat kita bukan jahat. Kita boleh memperbaiknya sedikit demi sedikit sehingga betul. Saya baru mengubah templat stub yang saya "mengemaskinikan" dahulu. Ketika itu, saya berpendapat bahawa jika saya menggunakan warna yang terang untuk menonjolkan templat stub dalam rencana stub, mungkin templat itu dapat menarik perhatian pengguna untuk mengembangkannya. Bagaimanapun, kini saya sedar bahawa pendapat saya itu salah. Kalau kita menggunakan sepuluh spotlight yang paling kuat pun tak guna... jangan cakap warna terang, hehehe. Ini bukan masalah pengguna kita. Masalah yang benar terdiri daripada bilangan pengguna yang tidak mencukupi. Nampaknya, tiada banyak pertindanan dalam minat masing-masing. Oleh itu, templat stub terkini dibentukkan supaya tidak begitu ketara. Sebenarnya, idea ini dicuri daripada Wikipedia bahasa Indonesia, hehehe. — PM Poon 04:27, 25 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Che090572, mengapa anda mengalih Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ke Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO)? Bubuh nama rasmi cukuplah, tak perlu singkatan dalam tajuk. Susah nak pautkan dari laman lain dan tidak mengikut intuisi. ...Aurora... 10:04, 25 Mei 2006 (UTC)[balas]
p/s:Saya juga betulkan pautan perbualan anda.


Hai Che Det, boloh laaaa u! hehehe. Jika nak bubuh singkatan, ciptalah halaman peralihan!

Jangan cakap saya tak jaga u. Kini, saya dah belajar lebih sedikit tentang Photoshop. Oleh itu, kekasih u, i dah bubuh lipstik dan baju kurung yang lebih merah. Tak nampak gua tak ape, asalkan nampaknya, hehehe. — PM Poon 20:59, 26 Mei 2006 (UTC)[balas]

Pengalihan[sunting sumber]

Hai Che Det, pengalihan senang saje. Di atas skrin monitor anda, anda dapat tengok teb "alih" di sebelah kanan kanan kanan kanan lagi kanan teb "sunting". Tekan teb "alih", dan masukkan nama tajuk baru, serta alasan saje. Perisian akan membuat apa yang perlu dibuat untuk anda secara automatik. Dengan perbuatan ini, seorang pengguna boleh mencapai rencana itu melalui salah satu daripada dua nama tajuk itu. Anda juga boleh mencipta lebih daripada dua tajuk rencana, umpamanya rencana Mahathir bin Mohamad, tetapi pastikanlah bahawa ini adalah berguna.

Kemudahan ini cuma diberikan untuk penyelia saje. Pengguna biasa tidak boleh membuat pengalihan. Kan anda bertuah? hehehe.

(P/S: Muat naiklahhh manyak manyak gambar yang serupa cantik dengan Maya Karin. Ada lagi sebuah gambar yang lagi canggih, dimuat naik oleh seorang pengguna baru. Nak cari untuk anda, cuba-cuba setengah jam pun tak dapat... lupa mana satu, hehehe.) — PM Poon 10:50, 27 Mei 2006 (UTC)[balas]

Smendes nama samaran Yosri yang baru?[sunting sumber]

Che Det, mabuk ke? Mengapa anda masuk:

Hai Yosri, saya ubah sebab maksud Twenty-One Dynasty bermaksud Dinasti Dua Puluh Satu bukannya dinasti ke-21.. che 10:04, 27 Mei 2006 (UTC)

dalam halaman Perbualan:Smendes? — PM Poon 10:55, 27 Mei 2006 (UTC)[balas]

Che Det, nampaknya saya yang mabuk, hehehe.... Saya salah anggap bahawa Smendes ialah seorang pengguna baru, dan anda telah salah masuk pesanan anda kepada Yosri dalam halaman perbualan pengguna itu, hehehe. — PM Poon 18:49, 27 Mei 2006 (UTC)[balas]

Nur Fasha Sandha binti Hassan[sunting sumber]

Hai Che Det, sila lihat rencana Nur Fasha Sandha binti Hassan besok pagi.

Jangan salahkan aku kalau anda tidak dapat tidur malam ini kerana tak menghiraukan amaranku, hehehe. — PM Poon 17:15, 29 Mei 2006 (UTC)[balas]

Garis Panduan Baru[sunting sumber]

Berdasarkan perbincangan di kedai kopi berkenaan isu Bahasa Indonesia dalam ms.wikipedia, saya akan memasukkan satu lagi garis panduan ke dalam bahagian polisi. Sekiranya tiada bantahan ia akan dikuatkuasakan sebagai garis panduan

Garis Panduan yang Dicadangkan ialah:

  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Wikipedia Indonesia secara bulat-bulat
  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Bahasa Asing

Kalau ada nama yang lebih baik untuk garis panduan baru ini, tolong cadangkan

(pergi kedai kopi untuk buat undian)

Ychmatematik 08:16, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]

Gambar ini lagi syok![sunting sumber]

Hai Che Det, sila lihat RafidahPM Poon 07:19, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Cadangan ruangan berita di Laman Utama[sunting sumber]

Hai che, saya lihat tadi kamu baru membuat rencana gempa bumi yang berlaku di Yogyakarta baru-baru ini. Semasa saya melihatnya, ia menjadi pada saya bahawa kita di sini tidak mempunyai sudut berita di Laman Utama Wikipedia kita seperti yang ada di Wikipedia Inggeris untuk meletakkan rencana berkait berita terbaru kan? Jadi bagaimana pembaca hendak sampai kepadanya? Perkara ini juga bermain di otak saya semasa mengetahui keputusan referandum kemerdekaan Montenegro 2006 di Wikipedia Bahasa Inggeris yang membuat saya menyediakan satu rencana Montenegro sebagai satu negara baru di sini (yang saya lihat kamu juga membantu, terima kasih).

Pengetahuan berita juga penting kerana ialah yang memyebabkan pengguna menyumbang rencana baru berkenaan berita tersebut dan secara langsung memastikan Wikipedia kita sentiasa terkini kandungannya, jadi saya ingat mahu mencadangkan ruangan itu di Laman Utama. Tapi tidak cukuplah saya sebagai suatu penyumbang biasa sahaja dan kebetulan saya melihat kamu adalah pentadbir yang memasukkan maklumat mengenai kejadian terbaru di Wikipedia ini, jadi apa kata kita cadangkannya bersama? Bolehkah? :P Alistair 阿力斯特伊儿 18:20, 1 Jun 2006 (UTC)[balas]

Sudah tentu saya tiada masalah dengan kesemua itu... mereka memang perlu jika mahukan satu sudut Berita yang baik.
Saya cadangkan kita buat saja seperti sudut In the news dalam Wikipedia Bahasa Inggeris iaitu enam (atau lebih?) ayat pendek menerangkan tajuk berita terbaru bersama dengan pautan yang patut. Yang dibawahnya seperti More current events... dan Recent deaths dan Wikinews tidak perlulah terlebih dahulu kerana kita baru hendak cuba melakukan sudut ini secara cubaan sahaja dan jika ia menjadi cukup popular, barulah kita kembangkannya. Lagipun Bahasa Melayu masih belum ada Wikinewsnya tersendiri lagi kan?
Yang bagus fasal sudut berita ini adalah ia tidak perlu dikemaskan setiap hari (tetapi janganlah tinggalkan ia terlalu lama, kalau tidak itu bukan beritalah namanya kan?). In fact, saya rasa tiba masanya kita menggantikan sudut-sudut di laman utama dengan sudut-sudut yang sama seperti di Bahasa Inggeris. Sudut yang ada sekarang, seperti "Tokoh" terlalu restrictive kerana hanya memungkinkan rencana berjenis sahaja. Saya yakin kamu juga ada terbaca tulisan PM Poon di arkib kedai kopi baru-baru ini tentang libel rencana-rencana piawai bukan? Jadi satu sudut yang sama seperti sudut "Featured article" bahasa Inggeris akan memaparkan rencana-rencana piawai berkenaan, dan secara langsung meningkatkan keprofessionalan Wikipedia kita dan membuat Laman Utama kelihatan lebih vibrant.
Jadi apa kata kamu? Saya rasa kita teruskan perbincangan antara kita sesama sendiri terlebih dahulu dan menyempurnakannya sebelum mencadangkannya kepada pengguna lain atau mengumumkannya di Kedai Kopi. Ingat, ini "rahsia" kita tahu... "Orang lain" tak boleh masuk campur, he he he.... Alistair 阿力斯特伊儿 07:21, 2 Jun 2006 (UTC)[balas]

Sudut berita[sunting sumber]

Hai Che, sebenarnya saya berpendapat bahawa asas portal ini masih belum kukuh dari segi bilangan dan mutu rencana, dan bilangan penyumbang yang aktif amat tidak memuaskan. Yang benar-benar aktif pada masa ini tidak banyak.

Pada suatu masa, kelihatan portal ini setiap malam ada Polar, Master2841 dan Emrrans. Oleh itu, saya menggelarkan mereka sebagai "The Three Mosquitoes". Kini, ketiga-tiga hampir tak nampak, walaupun Master2841 masih paling aktif berbanding yang lain.

Memang portal ini tidak mempunyai critical mass untuk melaksanakan mana-mana satu projek usaha sama. Jika anda hendak memulakan mana-mana satu projek, anda harus ingat bahawa anda kena membuatnya hampir-hampir tanpa bantuan daripada mana-mana satu pihak.... Lone Rangerlahhhh. Dalam hal demikian, memang berat.

(P/S: Saya ini memang angin-angin. Entah dari mana, angin botani datang pulak! Dari semalam sampai sekarang, dah siap menterjemahkan 13 rencana mengenai taksonomi tumbuhan, satu subjek yang begitu boring, hehehehe.) — PM Poon 15:18, 2 Jun 2006 (UTC)[balas]

Ah, berlaku seperti yang dijangka. Hmmmm (berfikir)
Cuba bertimbangkan yang berikut;
Paparan rencana pada laman utama sekarang dibahagikan kepada 4 bahagian utama, iaitu "Tokoh", "Sukan", "Peristiwa" dan "Tahukah Anda?"
Dua daripadanya adalah berjenis, iaitu "Tokoh" dan "Sukan". "Tokoh" memestikan rencana yang diletakkan untuk paparan berkait dengan seseorang yang terkenal, manakala "Sukan" memestikan rencana yang diletakkan berkait sukan. Ilmu adalah berkenaan cabang pengetahuan tidak berhad, maka mengapa dibatas begini? Especially ruangan "Sukan". Berapa jenis acara Sukan yang wujud?
Saya dah jangka PM Poon akan berkata sedemikian, dan sebenarnya, keadaan paparan laman utama kini pun tidak membantu. Berapa ramai rencana lengkap berkenaan tokoh dan sukan di sini? Bukankah lebih baik kita memperluas skop dengan menggantikan ruangan "Tokoh" dengan "Rencana piawai" iaitu satu rencana piawai yang boleh memaparkan apa sahaja jenis rencana dengan hanya bersyaratkan rencana itu lengkap dan berkualiti bagus. Pendek kata, fungsi ruangan ini sama seperti sudut Featured article di Wikipedia Inggeris, tetapi kita tidak perlulah menukar ia setiap hari seperti di sana. Cukuplah saya rasa, tempoh seminggu? Pengguna ramai pun tidak dibebani dengan keperluan mencari rencana jenis tokoh dan sukan untuk dipapari, dan hanya perlu memenuhi satu syarat, iaitu rencana lengkap, sempurna dll. untuk menjadi rencana piawai. Ini juga akan memotivasikan pengguna untuk menulis rencana berkualiti tinggi untuk dicalonkan menjadi rencana piawai, sebagaimana cadangan PM Poon itu sendiri di Arkib Kedai Kopi baru-baru lepas. Maka, cadangan kita membunuh dua burung dengan satu batu, 1)Mengurangkan masalah pencarian rencana sempurna untuk sudut-sudut sekarang dan; 2)Memotivasi pengguna untuk mengarang rencana berkualiti.
Sudut "Peristiwa" dikekalkan, manakala sudut "Tahukah Anda?" menggunakan format sama dengan "Did you know?" Wikipedia Inggeris, iaitu baris-baris ayat mengenai rencana-rencana berlainan, tetapi sekali lagi tidak perlu daripada rencana-rencana terbaru seperti di sana.
Maka secara keseluruhan, saya rasa cadangan saya punyai rasionalnya, tak gitu? Alistair 阿力斯特伊儿 16:23, 2 Jun 2006 (UTC)[balas]

Bagaimana kita tahu pengguna lain log in[sunting sumber]

Alamak! Hai Che, bagaimana kita tahu ada pencuri masuk rumah? Cuma kalau ada bunyi atau benda rumah kita atas tepi bawah (up side down), hehehe. Demikian juga denga portal ini. Cuma kalau mereka meninggalkan kesan yang dapat dilihat dalam pautan "Perbualan Terkini" di sebelah kiri skrin pengawal komputer. Kalau mereka tak menyumbang, dan cuma membaca saje, memang kita tidak dapat mengesan. Ini tidak sama dengan Yahoo Messenger di mana kita akan tahu sewaktu pengguna dalam senarai kawan kita masuk. Sini belum ada senarai kawan, hehehe.

(P/S: Yosri langsung tak nampak pada hari-hari kebelakangan ini. Entah adakah panah-panah perbualan tertusuknya, hehehe. Harap beliau cuma sibuk.) — PM Poon 16:24, 2 Jun 2006 (UTC)[balas]

Ahli botani atau ahli onani, hehehe[sunting sumber]

Hai Che Det, ini semua pasal lu laaaa... Kan u yang masukkan "famili" dalam kategori rencana tumbuhan, dan kemudian saya tukarkan kepada "susunan"? Kini kena kemaskini semua rencana tumbuhan supaya rencana-rencana itu dikategorikan mengikut susunan. Yang disenaraikan oleh Yosri dalam daftar rencana tumbuhan dah siap. Kini cuma mencari rencana yang tidak berada dalam daftarnya. Dulu saya beritahunya daftar tak sebegitu baik berbanding kategori, tetapi beliau tak percaya. Kini mendapat lebih daripada 100 rencana yang tertinggal! Mati saya!!! Jumlah semua rencana tumbuhan melebih seribu rencana. Buat sampai nak pengsan. Lagipun, saya tak beberapa minat dalam bidang botani.

Tetapi entah mengapa, saya telah menterjemahkan 28 rencana sejak tiga hari dahulu. Perbuatan itu dicetuskan oleh rencana Aurora, iaitu Magnoliophyta. Saya bertujuan untuk mencapai 100 rencana botani terjemahan, tapi saya nie memang angin-angin. Mungkin sebelum pencapaian itu, saya dah pindah ke rencana lain, hehehe. — PM Poon 07:47, 4 Jun 2006 (UTC)[balas]

Fasal cadangan saya[sunting sumber]

Memandangkan saya tidak mendengar daripada awak mengenai perkara yang kita bincangkan lepas, saya menganggap anda tidak berminat dan menggugurkannya buat sekarang (iaitu sehingga saya dapat mencari seorang lain yang berminat, he he).

Kiranya saya tarik balik cadangan saya. Keputusan ini adalah muktamad. --Alistair 阿力斯特伊儿 17:05, 4 Jun 2006 (UTC)[balas]

P/S kepada PM Poon: Saya ingat minat saya terhadap politik dikira bosan, tetapi selepas melihat rencana-rencana botani yang diterjemah oleh anda, saya insaf. Bosan gilerrr rencana-rencana itu, bagaimana masih boleh tak tertidur masa sedang menulisnya? Hebat...

Pingat Barnstar[sunting sumber]

Pokok Api-api Puteh
imej:Pokok Api-api Puteh - tiada
Pengelasan saintifik
AlamTumbuhan
DivisionTiada
Kelas Tiada
Aturan Tiada
KeluargaTiada
GenusTiada
SpesiesTiada
Spesies berkait:-
Avicennia alba Bl.
Che090572/Sementara
Pengelasan saintifik

Hai Che Det, timasih manyak-manyak atas penganugerahan pingkat Barnstar! Kehidupan memang penuh dengan ironi. Sebagaimana yang saya telah mengatakan, saya tidak menyukai botani, suatu bidang yang penuh dengan kebosanan, hehehe. Mana tau, saya dianugerahkan untuk botani pulak!

Penglibatan saya dalam rencana-rencana botani bermula pada lewat April 2006 ketika saya melihat rencana-rencana tersebut dalam portal kita ini dicerminkan di www.jawab.com, dan mungkin dalam satu atau dua portal yang lain. Kesemua rencana pada saat itu tidak mempunyai sebarang maklumat walaupun kotak disediakan dalam bentuk jadual di setiap rencana (sila lihat jadual tipikal di sebelah kanan). Disebabkan kemaluan saya (kan saya mengatakan saya nie ahli onani, dan bukannya ahli botani, hehehe), saya memutuskan untuk mengisikan semua jadual rencana tumbuhan dengan maklumat-maklumat yang penuh. Bilangan rencana tumbuhan dalam portal ini ialah lebih kurang 600 buah (tanggapan saya sebanyak melebihi 1,000 ialah suatu anggaran yang telah dibesar-besarkan, hehehe. Saya tidak pernah mengiranya sehingga tadi).

Nampaknya, Yosri tidak pernah belajar ayat gabungan ketika di sekolah. Umpamanya, kedua-dua ayat yang berikut:

Pokok Medang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain.

boleh digabungkan menjadi satu ayat yang mudah, iaitu:

Pokok Medang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.

Anak bongsu saya yang berumur 10 tahun berkata: "Kalau saya menulis macam ini di sekolah, cikgu mesti marah saya!"

Sebenarnya, Yosri bukan tidak faham akan penggunaan ayat gabungan. Beliau memang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhkan mangkuk dengan dua biji nasi, hehehe. (Kalau Yosri membuka restoran, kita kena berhati-hati supaya jangan melanggan restoran itu. Kalau tidak, kena tipu nanti, hehehe). Oleh sebab Yosri, portal ini memasuki Wikipedia Kelas Ke-2 tepat pada akhir tahun 2005, sedangkan banyak Wikipedia bahasa yang lain telah memasuki Unit ICU di dalam Hospital Besar, hehehe. Kemasukan ke Kelas Ke-2 memang merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggai, khususnya jika kita mempertimbangkan bilangan penyumbang yang amat tidak memuaskan ketika itu.

Bagaimanapun, oleh sebab kelas Wikipedia berikut yang memerlukan 100,000 buah rencana adalah satu sasaran yang amat susah untuk dicapai, biarlah kita jangan mengejarkan bilangan lagi, tetapi sebaliknya, menumpukan masa kita kepada mutu rencana kita. Kalau tidak, pencapaian Kelas Ke-2 akan merupakan satu pencapaian yang kosong, iaitu satu pencapaian yang langsung tidak bermakna. — PM Poon 19:03, 4 Jun 2006 (UTC)[balas]


Jika saya memberikan tanggapan yang salah, saya hendak menegaskan bahawa saya tidak mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Yosri adalah salah. Kalau beliau tidak mencipta rencana-rencana itu, saya juga tidak akan menciptanya disebabkan saya memang tidak gemar akan sains botani.

Sebenarnya, strategi yang dilakukan oleh Yosri adalah amat baik, kerana masa itu merupakan fasa pengembangan portal ini, iaitu expansion phase. Apa yang paling ajaib ialah bilangan askarnya adalah kurang daripada bilangan jari dalam satu tangan. Walau bagaimanapun, fasa itu telah berakhir pada akhir tahun 2005 ketika portal ini mencapai kedudukan Wikipedia Kelas Ke-2, dan strategi itu harus tidak diamalkan lagi. Kini, kita berada dalam fasa pengukuhan, iaitu consolidation phase, yang memerlukan strategi yang berlainan. Mengikut kata Mark Twain dalam syarahannya yang bertajuk "Beberapa Buah Fikiran mengenai Sains Melancap", beliau berkata:

"Jika anda harus berjudi dengan nyawa anda terhadap seks, jangan terlebih bermain dengan satu tangan sahaja."

Dalam konteks kita, ini bermakna bahawa kita harus tidak terlebih bermain dengan tangan kuantiti sahaja, tetapi juga kena bermain dengan tangan kualiti, hehehe. Selepas tangan kualiti dah sakit, barulah kita kembali ke tangan kuantiti. Sebenarnya, ini adalah prinsip ying-yang yang memerlukan keseimbangan. — PM Poon 20:00, 4 Jun 2006 (UTC)[balas]

Ewww, grosss! Apalah cara penerangan begini. Namun saya faham apa yang ingin disampaikan PM Poon sepenuhnya (tampa perlu pun "penerangan" keduanya lepas diatas). Sebab itulah saya "amat ketat pada single-minded purpose atau ketat pada kualiti rencana dalam perbincangan di KK lepas.
Kita di Wikipedia versi Bahasa Melayu berada pada situasi yang amat berbeza jika dibandingkan dengan versi bahasa-bahasa yang lebih besar, seperti Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang mendapat status istimewa di pentas dunia kerana statusnya sebagai "the international language of politics, business and science" menurut keterangan The British Council. Hal ini disebabkan perkara yang berlaku dalam sejarah akhir-akhir ini (recent history, terjemahannya memang pelik bukan?), Saya terbaca dalam suatu buku bertajuk "English as a Global Language" bahawa hanya pada 56 tahun lalu, iaitu pada tahun 1950, sebarang tanggapan bahawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia amat gelap disebabkan situasi politik dunia pada masa itu yang terbahagi antara blok komunis yang diketuai Rusia dan blok kapitalis yang diketuai Amerika Syarikat. Sebab mengapa kita semua "diwajibkan" mempelajari Bahasa Inggeris pada hari ini adalah sebab blok kapitalis telah menang. Penyebaran Bahasa Inggeris oleh Empayar British yang menguasai 33% daripada landmass pada suatu ketika telah membantu, tetapi bukannya suatu keakhiran dalamnya sendiri. Bak kata pengarang buku berkenaan (lupalah namanya, maaf ya), political conquest perlu dalam proses awal penyebaran suatu bahasa, tetapi untuk mengekalkan dan menperkukuhkan ia, perlukan kuasa ekonomi. Kuasa ekonomi yang dipunyai Amerika Syarikat kinilah yang mengekalkan status Bahasa Inggeris dengan berkesan. Namun sebagaimana sejarah telah membuktikan, ini hanyalah suatu fasa. Bahasa Roman juga pernah mencapai status yang sama sebagai bahasa "antarabangsa" perantaraan Eropah pada zaman empayar Rom dan zaman gelap, dan begitu juga Bahasa Arab pada zaman perkembangan Islam. Sebagaimana zaman kegemilangan empayar-empayar berkenaan (bersama dengan bahasa mereka) telah berakhir, zaman keemasan Amerika-Barat dan Bahasa Inggeris juga akan berakhir, seperti mana yang dikatakan oleh seorang penjahat dalam filem "The League of Extraordinary Gentlemen", Empires rise and fall. There are no exceptions.. Untuk tujuan tulisan ini, saya menambah pada penghujung katanya and so do their languages. Kini kita sudah dapat melihat perubahan berlaku dengan kenaikan China sebagai kuasa baru: kesannya pembelajaran Bahasa Mandarin menjadi amat popular di Eropah dan di Amerika Syarikat, dimana terdapat kes dimana even pengasuh Cina diupah untuk menjaga anak-anak mereka dengan harapan bahawa Bahasa Mandarin dapat diajar pada waktu masih kecil supaya lebih berkesan! Lagi satu, fenomena "kegilaan mempelajari Mandarin" ini tidak terbatas kepada bandar-bandar keantarabangsaan seperti New York, tetapi di kawasan-kawasan terpencil negeri-negeri dalaman seperti Kansas dan Texas pun ada orangnya mahu pelajari Mandarin. Suatu laporan akhbar Inggeris yang saya baca baru-baru ini menyatakan bahawa China akan menjadi pesaing kuat (formidable rival) kepada Amerika menjelang seawal 2020, hanya 14 tahun dari sekarang! Kesannya mestilah Bahasa Cina menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia.
Namun, anda mesti bertanya, "Apa kerelevanan kesemua ini pada mutu rencana Wikipedia?" (atau mungkin dalam kes che, "Apasal budak nie main tulis panjang-panjang yang bosan dalam laman perbualan aku pulak? Nak kena nih!" he he). Kerelevanannya begini. Saya rasa bahawa semua maklum akan kekurangan sumber rujukan ilmu dalam Bahasa Melayu. Fenomena ini berlaku kerana beberapa sebab, seperti ketiadaan budaya menuntut ilmu dalam masyarakat kita dan sebagainya. Daripada cuba untuk menyelesaikan perkara ini "pihak berkuasa" di negara kita (kini saya terpaksa menggunakan istilah PC, iaitu politically correct, tetapi saya yakin semua mengetahui apa yang dimaksudkan) menggunakan satu lagi jalan pantas, tetapi tidak patut, iaitu menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris. Kini, kita dihebohkan dari masa ke semasa dalam media kita supaya pelajari Bahasa Inggeris, dan setaip kali seorang penutur Melayu tidak dapat mencari sumber dalam Bahasa Melayu, dikata kepadanya "belajarlah English". Kita dijanjikan dengan pelbagai peluang, seperti mendapat kerja yang bergaji lumayan, dapat akses ke ilmiah terkini, dll. dan apa yang kita perlu lakukan adalah "hanya" mempelajari Bahasa Inggeris. Mesej manis yang sama ditekankan berkali-kali dalam otak kita umpama sebuah drill yang menghakis dinding oleh pelbagai watak dari ahli politik sehingga ke aktivis-aktivis. Beberapa pemimpin koperat juga menyatakan yang sama dan menjanjikan sumbangan berbentuk kewangan ke arah ini. Penguasaan Bahasa Inggeris ditekankan sehinggapun seorang bekas pemimpin yang disegani pun telah pada suatu masa berkata "Malaysia kurang maju disebabkan kurang penguasaan Bahasa Inggeris". Namun benarkah hakikat yang dikatakan ini?
Dalam sesetengah perkara, memang benar. Tetapi, dalam kegilaan menguasai bahasa "hebat" ini, ramai yang telah lupa pada bahasa ibunda sendiri, dan ada sehingga lupa terus kepadanya. Ini secara sendirinya tidak menimbulkan masalah, kerana mungkin dia tidak diajar, dan lain-lain faktor latar belakangnya, siapalah tahu. Tetapi ia menjadi masalah apabila ia berlaku dan orang berkenaan bangga akan hakikat itu. Mereka berkata umpamanya "Why should I learn Malay? Everything is already avaliable for me in English. The language is useless to me." Fenomena unfortunate ini merebak secara luas terutama di bandar-bandar, dengan semuanya rata-rata lupa bahawa kedudukan Bahasa Inggeris adalah sementara dan kini kian pudar diganti Bahasa Cina. Oleh kerana kita tidak secekap orang Barat terhadap perkembangan ini, kita masih mengulangi pita rakaman suara rosak kita, "Learn English! Learn English!" Hasilnya kedudukan Bahasa Melayu dan bahasa ibunda lain di negara kita kian terhakis dan mungkin, sebagaimana dibimbangkan Yosri dalam laman penggunanya, "menghilang". Sesetengah orang mungkin bantah akan logik ini tetapi bantahlah setakat mana mahu, hakikatnya jika semua benda hendak disumberkan dalam Bahasa Inggeris, tiada lagi kegunaan buat bahasa lain dan dalam konteks ini, Bahasa Melayu. Oleh itu, kewujudan Wikipedia versi Bahasa Melayu adalah kritikal dalam dunia Melayu. Sebuah ensiklopedia merupakan suatu pengkalan ilmu, dan penanbahan ilmu rujukan kedalamnya secara langsung menambah kerelevanan bahasa Melayu kerana masih terdapat cara untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam bahasa ini. Kita semua sebagai pemyumbang Wikipedia Melayu memegang amanat memastikan penerusan kewujudan Bahasa Melayu sebagai mencerminkan suatu identiti berasingan berbeza dalam dunia yang semua sedang diasimilisasi untuk menjadi serupa. Fenomena kemungkinan sebuah dunia di masa hadapan yang hanya bercakap satu bahasa sahaja diramalkan oleh pengarang buku yang saya baca itu. Semua bahasa adalah istimewa kerana menggambarkan bagaimana cara pemikiran sesuatu bangsa terhadap sesuatu konsep. Semua bangsa menerangkan sesuatu konsep yang sama dalam cara berbeza mengikut falsafah. Contoh adalah perkataan untuk "barang" dalam Bahasa Cina, iaitu "dong xi" yang bermaksud literal "timur-barat", kerana logiknya barang dipungut "dari sini ke sana" atau "dari timur ke barat" maka jadilah sebuah "timur-barat", he he. Beliau menulis sebagai ayatnya terakhir "If at that time, English is the only language left to learn, it would be the greatest interllectual disaster in human history". Kita kena pastikan itu tidak berlaku dalam cara kita iaitu mengutuhkan ilmu dalam Bahasa Melayu. Alistair 阿力斯特伊儿 21:42, 4 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai Che Det, bes bes punya! Lima puluh ringgit, takde baki. — PM Poon 02:12, 5 Jun 2006 (UTC)[balas]

Taraf semasa rencana botani[sunting sumber]

Hai Che Det, saya telah mencipta 44 rencana botani yang baru dan mengembangkan 2 rencana botani sejak 1 Jun, iaitu 7.7 rencana sehari pada puratanya. Kini kena rehat sebab tengok sayur atas meja dapur pun nak muntah, hehehe.

Termasuk sumbangan saya yang lama, kini saya telah menyumbang 51 rencana botani, tidak termasuk sumbangan pengguna yang lain. Tetapi kebanyakan rencana saya itu bertujuan untuk menyahmerahkan jadual tumbuhan-tumbuhan Yosri. Oleh itu, rencana-rencana saya itu merupakan kerja memantakkan cerucuk untuk asas botani, dan tidak begitu berguna kepada para pembaca. Bagaimanapun, saya masih hutang 54 rencana (100 - 46; dikira dari penciptaan rencana Magnoliopsida). Semua susunan utama dalam kelas Magnoliopsida dah siap, sejauh yang saya berkait (as far as I am concerned), hehehe. Masih tertinggal susunan untuk kelas Liliopsida, iaitu tiga buah rencana sahaja. Yang tinggal sebanyak 51 rencana boleh digunakan untuk membina bangunan botani, iaitu jika angin masih tiup. Kalau tak tiup, saya akan pulangkan setengah bintang kepada anda. Saya akan menggunakan Photoshop untuk memisahkan bintang itu, hehehe.

Kini, saya baru benar-benar tahu apa itu taksonomi. Taksonomi memang bukan berkenaan dengan bagaimana membawa teksi, hehehe. — PM Poon 21:38, 6 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hal amat peribadi[sunting sumber]

Hai Che, ini bukan merupakan masalah anda. Ini merupakan masalah hal yang amat peribadi, jadi ini cuma merupakan masalah antara saya dengan PM Poon. Che, saya tidak benci kesemua orang Melayu samada yang di sini atau di mana-mana sahaja, ataupun pengguna Wikipedia Melayu di sini. Apa yang saya katakan adalah semata-mata untuk kepentingan cara untuk menyelesaikan masalah di sini dan mengelakkan berlakunya sebarang konflik. Satu lagi, Che, sila rahsiakan hal ini antara saya dengan PM Poon kerana ini merupakan hal peribadi. Lastly is I need to say is, life goes on. — Emrrans 08:40, 7 Jun 2006 (UTC)[balas]

Tentang Emrrans[sunting sumber]

Hai Che Det, sebenarnya saya tidak minat membuang masa tentang budak itu. Untuk perincian, anda boleh membaca arkib halaman perbualan saya serta pesanan saya yang terakhir kepadanya.

Sebelum menjadi penyelia, dia memang seorang pengguna yang amat rajin, dan mengkhususkan dalam rencana-rencana bahasa. Dia juga yang memperkenalkan "rencana pilihan" dalam Laman Utama buat pertama kali dalam portal ini. Setiap "malam" (subuh), saya melihat dia di sini sehingga saya memberikannya anugerah "Penagih Wikipedia" sebagai satu jenaka. Selepas sebulan, dia memohon untuk menjadi penyelia. Walaupun masih baru di portal ini, saya memberikan sokongan yang amat kuat ke atas permohonannya, dan Yosri pun sudi membuat penyimpangan yang mungkin merupakan duluan (precedent) dalam sejarah Wikipedia bahasa Melayu.

Perkara ini juga dirumitkan oleh masalah saya ketika itu, suatu perkara yang tidak kena-mengena dengannya. Sebagai seorang penyumbang yang menghabiskan banyak masa di portal ini, saya tidak sedar bahawa lesen Wikipedia ini membenarkan sesiapa jua untuk menjual rencana-rencana yang saya menyumbang tanpa menerima sebarang bayaran. Konsep ini bercanggah dengan pengalaman saya ketika bertugas dalam sebuah syarikat penerbitan. Oleh itu, saya tidak boleh menerima konsep lesen ini, dan hendak berundur kerana tidak hendak diperbodohkan oleh Jimmy Wales, pengasas Wikipedia induk. Dalam perbincangan yang begitu hebat dalam Wikipedia Kedai Kopi, latar belakang Jimmy Wales sebagai seorang pengasas tapak web pornografi dikemukakan untuk menyokong syak saya bahawa Jimmy Wales ini bukan seorang dermawan, tetapi sebaliknya, seorang yang cuma hendak memperoleh rencana percuma untuk manfaat diri. Syak saya terbukti ketika saya membuat penyelidikan terhadap sejarah Wikipedia dan kegiatan Jimmy melalui terjemahan sepuluh rencana yang berikut:

  1. Bomis
  2. GNU
  3. Jimmy Wales
  4. Larry Sanger
  5. Lesen Dokumentasi Bebas GNU
  6. Nupedia
  7. Sejarah Wikipedia
  8. Yayasan Wikimedia
  9. Wikia
  10. Wikia, Inc..

Bagaimanapun, selepas saya menyedari bahawa saya juga berhak untuk menjual rencana Che Det dalam portal ini (satu fakta yang terlepas pemikiran saya disebabkan saya tidak mempunyai otak berniaga), saya berasa ketidakadilan tidak wujud, walaupun sememangnya, Wikipedia dicipta semata-mata untuk kepentingan Jimmy sendiri. Bagaimanapun, Wikipedia telah berkembang di luar jangkaan Jimmy sendiri dan telah memanfaatkan banyak orang lain.

Ketika Emrrans mendengar bahawa Jimmy adalah seorang pengasas tapak web pornografi, dia mengisytiharkan bahawa dia hendak memutuskan semua pertaliannya dengan Wikipedia bahasa Melayu. Selepas kekeliruan saya dalam penyertaan portal ini telah selesai, saya menjemput Emrrans balik. Yang balik pada 3 April bukan lagi Emrrans yang saya mengetahui. Tingkah lakunya berubah dengan begitu pesat, seolah-olah Dr. Jeckyl & Mr. Hyde. Kini, dia mempunyai idea-idea yang terlalu hebat (grandiose ideas). Dia hendak tahu bagaimana menjadi birokrat, dan lepas itu, dia hendak menjadi pengasas portal ensiklopedia yang baru. Dia juga hendak memulakan banyak projek yang baru, seperti pelbagai projek Wikipediasister bahasa Melayu. Sememangnya, saya tidak bersetuju dengan kesemua ini.

Pada suatu malam, dia hendak melihat gambar saya. Sebagai jenaka, saya memuat naik gambar saya dan menyamakan saya dengan monyet-monyet yang merupakan distant cousin saya, menurut teori Charles Darwin. Betul-betul selepas itu, dia mengisytiharkan bahawa dia hendak memutuskan semua pertalian dengan Wikipedia buat kali kedua. Oleh sebab masa kedua-dua peristiwa itu adalah sama (tidak beza 5 minit, kalau saya tidak silap), saya menganggap bahawa peletakan jawatannya pada kali kedua ini disebabkan oleh saya. Sememangnya, dia kelihatan seorang Muslim yang warak jika kita melihat sebab untuk perletakan jawatannya yang pertama (cuma pesanan terakhirnya kepada saya membuktikan bahawa sebenarnya, dia tidak faham akan ajaran Islam).

Selepas peristiwa itu, dia terus hilang. Tetapi baru-baru ini, saya nampaknya kembali semula dan saya menanyakan sebab-sebab dia meletakkan jawatan lagi sekali. Dia berkata bahawa kakaknya yang mempengaruhinya. Dalam hal demikian, saya tidak hendak menukarkan pendapatnya kerana itu haknya... asalkan peletakan jawatannya bukan disebabkan oleh saya.

Kemudian, saya melihat tingkah lakunya yang seolah-olah seorang gerila yang tembak sekali sekala dengan kuasa penyelia yang diberikannya. Disebabkan dia tidak lagi aktif, saya berasa dia tidak harus menggunakan kuasa itu, apa lagi kekadang kuasa itu disalahgunakan. Sememangnya, saya tidak bersetuju dengan tingkah lakunya tetapi saya tidak mahu masuk campur. Ketika saya melihat pesanannya kepada Yosri untuk membenarkan seorang yang langsung tidak tahu menggunakan wiki untuk menggunakan id nya, saya betul-betul muntah darah. Tak kan dia tidak tahu akan tanggungjawabnya? Tak kan seorang askar boleh memberikan senapangnya kepada kawan, sedangkan penciptaan id yang baru bukan sesuatu yang susah?

Semalam, dia menulis pesanan kepada saya, dan oleh sebab saya tidak syok samanya lagi, saya cuma memberikannya sebab-sebab saya tidak suka akannya sebagai pesanan terakhir.

Inilah secara ringkas tanggapan saya tentang perkara ini, hehehe. Mungkin ada sedikit silap tentang pemasaan, sebab memang saya dah hapuskan ingatan cache otak saya tentang kewujudan orang ini. — PM Poon 13:09, 7 Jun 2006 (UTC)[balas]


Sebenarnya, kini saya tidak hendak melibatkan diri dalam halnya. Saya memang berasa malu kerana memberikan sokongan yang begitu kuat kepada seorang yang saya menganggap sebagai luar biasa dari segi extraordinary, tetapi kini terbukti luar biasa dari segi abnormal. Disebabkan peristiwa ini, saya kini keberatan nak menjadi orang pertama untuk mengesyorkan sesiapa untuk jawatan penyelia. Buat sokongan kedua, takpe. — PM Poon 17:16, 7 Jun 2006 (UTC)[balas]


Hai che. Masalah PM Poon dan Emrrans biarkan sahaja. Janganlah terus mendesak Emrrans. Biarkan dia sahaja. Sekarang kita sambung kembali kerja untuk memajukan wikipedia ini. Master2841 12:42, 8 Jun 2006 (UTC)[balas]

Betul, tetapi saya rasa kena pujuk dia kembali ke sini. Sebab saya yakin dia masih sayangkan Wikipedia Melayu ini. — Lokey3310 11:50, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Rencana botani[sunting sumber]

Hai Che Det, saya dah siap 52 rencana botani, iaitu 48 rencana baru campur 4 rencana stub yang telah diperkembangkan. Campur tiga rencana botani saya yang lama, kesemuanya 55, tetapi kini memang nak muntah, hehehe.

Bolehkah saya tukar-beli baki sebanyak 48 rencana dengan rencana-rencana linguistik ataupun rencana seksologi? — PM Poon 20:03, 8 Jun 2006 (UTC)[balas]

Piala Dunia[sunting sumber]

Hai che. Amacam dengan rencana Piala Dunia kita? Demam bola dah bermula. — Master2841 07:20, 10 Jun 2006 (UTC)[balas]

kotak pengguna aktif[sunting sumber]

kotak pengguna aktif[sunting sumber]

Baru-baru ini saya telah mencipta satu kotak pengguna, iaitu pengguna aktif:

Che090572 telah aktif di Wikipedia selama beberapa lama.


Kotak pengguna ini sebenarnya dicipta sebagai satu penghargaan kepada mereka(terutamanya orang baru)yang giat menyumbang kepada wikipedia.

Saya rasa pemberian dorongan kepada orang baru memang boleh merangsang mereka untuk terus menyumbang untuk wikipedia.

Maka, sekiranya anda menjumpai siapa-siapa orang baru yang aktif dalam wikipedia, jagan kedekut untuk memberi penghargaan ini kepada mereka.

Ychmatematik 16:06, 10 Jun 2006 (UTC)[balas]

Kedutaan[sunting sumber]

Hai che, kebetulan nampak anda di senarai perbualan terkini. Saja untuk makluman, kedutaan dah siap. Alistair 阿力斯特伊儿 08:44, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]

Buatkan kotak jadual untuk senarai syarikat penswastaan di Malaysia[sunting sumber]

Assalamualaikum! Hai Che090572. Boleh tak tolong buatkan kotak jadual untuk senarai Penswastaan Syarikat di Malaysia? Tadi saya buat tu tak jelaslah! Aiman Ab Majid 23 Jun 2006

Mohd Eusoff Chin[sunting sumber]

Pendeknyaaa rencana Mohd Eusoff Chin! Apa khabar? Lama tak nampak!

Baca tak rencana Syed Ahmad Idid yang saya cipta? Gambar itu gambar palsu yang dicipta melalui penggabungan dua gambar akhbar bagi mengelakkan sebarang kebimbangan hak cipta. Entah rupanya masih sama tak. Nanti Syed Ahmad sendiri pun tak tahu itu gambarnya, hehehe. — PM Poon 09:50, 25 Jun 2006 (UTC)[balas]

Rencana institusi kehakiman[sunting sumber]

Hai Che Det, mengapa tak nak menjadi pensyarah lagi? Kan keje itu keje mangkuk besi, dengan banyak masa lapang? Saya baru nak memohon jawatan itu dalam sektor swasta untuk awal tahun depan, hehehe.

Nah!! Sarankan lagi sebuah rencana untuk anda, jika anda belum baca lagi: Angelina Jolie. Untuk rencana institusi kehakiman, memang banyak belum ada, umpamanya, Tun Salleh Abas, si Adnan, dan apa nama itu yang membunuh diri di Pulau Pinang, Eusagoffe??? (hehehe) dan sebagainya. — PM Poon 08:51, 27 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai Che Det, satu rekomendasi baru, hehehe.... — PM Poon 06:20, 30 Jun 2006 (UTC)[balas]

Nak lagi canggih? Sila lihat original di en:Wikipedia. — PM Poon 04:00, 3 Julai 2006 (UTC)[balas]

Gambar canggih lagi canggih![sunting sumber]

Hai Che Det, sila lihat gambar kedua dalam rencana Lenggong. — PM Poon 12:58, 5 Julai 2006 (UTC)[balas]

Terjemahan pesanan saya kepada Alistair[sunting sumber]

Hai Che Det, sori ye! Lama tak tulis dalam bahasa Inggeris sehingga bahasa Inggeris saya hampir karat. Cuma nak dapat sedikit latihan berbanding menyertai Wikipedia bahasa Inggeris. Inilah teks terjemahan untuk pesanan saya kepada Alistair:

Jawapan kepada observasi anda[sunting sumber]

Pertama dan terutamanya, saya hendak memberitahu anda bahawa tidak terdapatnya sebarang sekret sejauh yang saya berkaitan, lebih-lebih lagi semasa teknologi telah tiba ke planet Pluto. Apa yang saya ketahui tidak dapat membantu anda mencapai awan! kekeke.

"Sekret" saya"

Apakah anda bermaksud dengan perkataan "sekret"? Jika "sekret" bermasuk "sotkut", saya tidak ada. Trufnya mungkin akan meletakkan anda pergi, tetapi jika anda hendak tahu trufnya, biar saya memberitahu anda walaupun anda diletakkan pergii, kekeke. Keghairahan dan banyak kerja keras, itu saje!!! Di belakang setiap perkara baru yang saya mengintrodusikan, saya membelanjakan banyak malam tanpa tidur untuk mengagonikan satu teknikaliti yang kecil dan yang mengejakan perbezaan antara sukses dan failur. Saya bukan genius.

Saya harus menganggap diri bernasib baik kerana melanggar portal Wikipedia bahasa Inggeris sebelum datang ke Wikipedia bahasa Melayu kerana semasa itu, saya telah menerapkan banyak gaya mereka di mana setiap sentens yang anda menulis, setiap perkataan, setiap huruf, diskrutinikan dan menjadi sos untuk perbalahan ganas dan ketidakgembiraan.

Saya mempunyai cara untuk melibatkan diri dalam perbalahan dan skandal, kdk. Saya masih ingat tentang perbalahan dengan frasa, "His works are", yang saya mengeditkan menjadi "His works is". Apa yang menyusul ialah satu skandal yang besar yang menyebabkan Profesor bahasa Inggeris untuk Pelajar Asing daripada Universiti Oxford dibawa masuk. Kami saling bertukar beberapa tumbukan di mana pengarang itu mendakwa diri sebagai pengguna ibunda bahasa Inggeris, dan saya bukan. Saya tembak balik dengan mengatakan bahawa "Profesor bahasa Inggeris untuk Pelajar Asing" hanya merupakan nama besar-besaran untuk "guru bahasa Inggeris sekolah rendah". Bagaimanapun, saya hanya perlu menunjukkan beberapa tapak web dalam Carian Google, khususnya daripada British Council, untuk membuktikan mereka salah. Kemudian, mereka menyimpan ekor di antara kedua-dua kaki belakang mereka dan melarikan diri tanpa mengaku salah. Bagaimanapun, beberapa bulan di sana di mana saya di "k..." kiri, kanan, dan tengah, telah amat membantu saya memperbaik keupayaan diri.

Selain itu ialah keghairahan saya terhadap pengaturcaraan komputer. Saya telah menulis beberapa program, mula-mula dengan Lotus Makro, dan kemudian dengan dBase III dan bahasa pengaturcaraan Clipper. Anda mungkin tahu bahawa saya merupakan sebahagian zaman kuno di mana pengaturcaraan komputer bermaksud menebuk lubang dalam kad tebuk, menghantarkan kad-kad itu kepada pusat komputer untuk dilarikan oleh komputer kerangka utama dan kemudian, mendapat keputusan pada hari keesokan.

Belajar sendiri selepas universiti memberikan saya keberanian untuk belajar perkara-perkara yang baru. Sebenarnya semua program komputer berkongsi struktur kawalan yang sama (anda tahu satu, anda tahu semua) dan oleh itu, memang amat senang untuk sesiapa yang hendak belajar bahasa pengaturcaraan yang baru. Anda hanya perlu belajar sintaks yang baru. Tetapi Wikipedia hanya menggunakan HTML dan XML tetapi nampaknya, mereka telah mengembangkan XML sehingga tahap yang telah membolehkan penggunaan struktur kawalan yang mudah.

Hari ulang tahun pilihan

Sebenarnya, saya berasa bimbang kalau-kalau ada orang yang bertanya mengapa "penciptanya membuat keputusan untuk bertolak sedangkan dia tahu dengan jelasnya bahawa kita amat memerlukan bantuan", kekeke. Sebenaryna, saya bukan pencipta rencana ini yang pada asalnya bertajuk "Peristiwa hari ini".

Pertukaran "Hari ulang tahun pilihan" menjadi bulanan dapat dilaksanakan tetapi ini memerlukan pengkompresan 30 hari x 5 kemasukan purata = 150 kemasukan menjadi lebih kurang sepuluh kemasukan terakhir. Dengan ketaranya, jika ada sesiapa yang sudi berbuat demikian, pertukaran ini dapat dilaksanakan dengan mudah.

Bagaimanapun bagi saya, pautan merah bukan sesuatu untuk mengfuzikan. Kan adalah benar bahawa kita masih dalam peringkat perkembangan dan masih mempunyai perjalanan yang jauh? Perkaranya ialah kita harus berasa jujur kepada diri sendiri, berbanding menyembunyikan fakta yang sebenar. Jika kita tidak suka akan pautan merah, kita memang boleh bertukar warnanya menjadi hijau, kekeke. Tetapi gagasan yang lebih baik adalah untuk kembali ke asas dan membina fondasinya, iaitu menulis rencana supaya pautan merah akan hilang dengan diri sendiri.

Sebenarnya, saya tidak berani untuk banyak mengemaskinikan rencana Julius Caesar kerana di Wikipedia bahasa Inggeris, ketika sebuah rencana ditandatelinga, rencana itu dibekukan, dan mereka mencipta lagi sebuah halaman duplikat untuk sesiapa yang hendak mengeditkan rencana itu. Bagaimanapun, saya telah membuat pembetulan kecil, khususnya kepada tajuk bahagian yang tidak mematuhi Manual Gaya.

Apa yang saya sujeskan adalah bahawa lebih baik kita tidak membenarkan sesiapa untuk menyunting rencana yang telah ditonjolkan. Apa yang kita boleh buat adalah untuk menambahkan satu garis di bawah Rencana Pilihan yang mengatakan:

Sila bantu mengemaskinikan rencana pilihan bulan depan: XXXX
seperti apa yang telah anda buat ketika anda menambah: Lihat juga rencana bulan ini: Julius Caesar. Dengan cara ini, semua pengeditan dibuat sebelum rencana itu ditonjolkan. Kita boleh menyenaraikan semua pautan merah dan dengan cangkuk atau tipu helah, "menjemput" semua baka penulis untuk menulis rencana-rencana itu. (Jika kita mengharapkan sukarelawan, saya berasa kita tidak boleh dapat melebihi tiga penulis, kekeke.) Jika setiap orang cuba menulis satu rencana supaya pautan merah akan hilang daripada Rencana Pilihan sebelum rencana itu ditonjolkan, kan anda berasa ini amat baik? Ini akan merupakan titik perhimpunan untuk kesemua kita untuk bekerja serentak sebagai satu kumpulan. (Terdapat terlalu banyak hasel untuk rencana "Hari ulang tahun pilihan", tetapi rencana itu sekurang-kurang akan merupakan peringatan yang baik bahawa kita bukan sebegitu agung seperti yang kita suka mempercayai.)

Rencana Pilihan dan Gambar Pilihan

Saya telah mengamenkan Rencana Pilihan dan Gambar Pilihan menjadi bulanan supaya kita boleh menggunakan bulan berbanding menggunakan hari, iaitu: Kopilah Templat:PengenalanLamanUtama/A ke Templat:PengenalanLamanUtama dan halaman itu akan bertugas berdasarkan bulanan dengan segera.

Sebagaimana yang akan anda lihat, saya menghadapi masalah untuk membuat setiap boks mengufuk mempunyai ketinggian yang sama:

Sebenarnya, masalah ini telah diselesaikan dalam halaman Portal Masyarakat, tetapi saya kena menganalisiskan caranya, kekeke. Oleh itu, tengok! Saya bukan begitu unggul selepas semua!

Tiada keperluan untuk mereka semula roda

Secara peribadi, saya tidak melihatkan sebarang keperluan untuk mereka semula roda jika rencana sedia ada di Wikipedia bahasa Inggeris. Adalah perbuatan bodoh untuk menghabiskan banyak masa untuk menulis rencana sendiri sedangkan sekumpulan besar penulis di Wikipedia bahasa Inggeris telah berbuat demikian; tambahan pula, tiada jaminan bahawa karya seorang renjer lon dapat menewaskan kualiti mereka.

Bagaimanapun, Wikipedia bahasa Inggeris tidak mempunyai banyak rencana yang kena mengena dengan bahagian dunia kita. Hanya dalam keadaan tersebut bahawa saya berasa kita harus menulis rencana sendiri. Dalam fakta, saya telah menulis beberapa rencana, khususnya mengenai pokok tropika, serta tarian Kuda kepang. Jepun dan Korea Selatan tidak akan mencapai tahap perkembangan teknologi mereka jika mereka tidak sudi meniru daripada dunia Barat. — Penulis Gila 19:41, 6 Julai 2006 (UTC)

LOL! 怎么发狂了啊。。。 — Alistair 阿力斯特伊儿 13:04, 7 Julai 2006 (UTC)

Templat:pasukan bolasepak kebangsaan

Hai Che Det, saya telah mengkompleatkan templat yang anda merekuirkan. Jika anda berasa tidak satisfikasi dengan mana-mana satu fitur, sila informasikan saya, okey? — PM Poon 19:06, 7 Julai 2006 (UTC)[balas]

Bolehlaaa, kenapa tak boleh kan? Furtermor, saya dah banyak slo daun ("daun" disebut seolah-olah "gaun" disebabkan "gaun" ialah "gown", dan "daun" ialah "down") dalam kontribusi artikel. Kita buatlah joinventur. Anda mentranslasikan rencana. Bagi sentens yang anda menghadapi masalah, tinggalkanlah sentens itu bulat-bulat supaya konteksnya tak hilang. Nanti saya translasikan. Okey? Languag Inggeris banyak menggunakan perkataan yang terdepen kepada konteks. — PM Poon 04:23, 8 Julai 2006 (UTC)[balas]

Che Det, anda memang penagih bolakaki ke? Saya tak tahu menikmati bolakaki. Bagaimanapun, saya selalu tengok bolakaki kembar.

Nanti kita ciptakan "Gambar Pilihan Bulanan" kita yang tak serupa dengan pilihan Alistair, okey? Kriteria kita lain. — PM Poon 04:45, 8 Julai 2006 (UTC)[balas]

Hai Che Det, lama tak memberikan pesanan kepada anda! Anda memang amat rajin memulakan rencana, tetapi asyik tak menghabiskanya, hehehe. Adakah anda menghadapi masalah bahasa Inggeris? Jika anda nak saya membantu, pesankan saje! Bagaimanapun, saya berasa anda harus menggunakan kekukuhan anda dalam bahasa Melayu untuk menulis rencana-rencana tempatan yang tidak ada dalam Wikipedia bahasa Inggeris dan yang mempunyai banyak sumber dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Dengan ini, anda boleh mengelakkan sebarang masalah dalam penulisan rencana. — PM Poon 10:02, 20 Julai 2006 (UTC)[balas]

Hai Che Det, memang susah kalau terpaksa menggunakan komputer di luar. Belilah komputer cap ayam seperti saya. Saya berasa tidak ada keperluan membeli komputer yang baik kerana teknologi berkembang dengan begitu pesat. Komputer saya cuma berharga RM999 (Celeron 2.26GHz), dan saya juga pernah membeli komputer lama dengan RM250 (Celeron 200MMX). Berlangganlah streamyx dengan bayaran tetap sebanyak RM66 sebulan, dan anda boleh menggunakan internet tanpa berasa bimbang tentang kos.

Tujuan kita berbeza. Sebenarnya, saya cuma hendak memperbaik bahasa Melayu saya. Oleh itu, saya selalu menterjemahkan rencana dan tidak membataskan diri dengan mana-mana satu bidang. Bagaimanapun, jika anda minat tentang mana-mana satu rencana Asia Tenggara yang tertentu, bolehlah kita berusaha sama (atau berikan tajuk supaya saya dapat mengerjakannya). — PM Poon 12:17, 21 Julai 2006 (UTC)[balas]


Che Det, saya terlupa. Anda boleh dapat rebet cukai pendapatan sebanyak RM400 sekiranya anda membeli komputer baru. Oleh itu, jika anda membeli sebuah komputer cap ayam sebanyak RM999 seperti saya, anda cuma membayar RM599 saje. — PM Poon 18:52, 21 Julai 2006 (UTC)[balas]


Hai Che Det, saya telah memulakan halaman Wikipedia:Senarai rencana Asia Tenggara yang perlu ada. Pautannya boleh didapati di Laman Utama. Sila isikan rencana Asia Tenggara yang anda rasa perlu ada di dalam senarai dan saya akan cuba memenuhi permintaan anda, hehehe. — PM Poon 16:43, 22 Julai 2006 (UTC)[balas]


Nampaknya sudah sampai masa untuk anda mengarkibkan halaman ini! — PM Poon 16:44, 22 Julai 2006 (UTC)[balas]