Perbincangan pengguna:Ciklee

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terima kasih Poon. Saya telah mendaftar. ;-)


Hai Ciklee, selamat datang sekali lagi. Mari kita bersama-sama mencipta rencana-rencana ensiklopedia untuk mewujudkan sebuah sumber bahasa Melayu yang terunggul! Jika anda tidak faham apa-apa, anda boleh menanyakan saya, atau mana-mana satu penyelia di Wikipedia:Penyelia.

Untuk memberi pesanan, anda haruslah menulis pesanan anda dalam halaman perbualan pengguna mereka, bukan dalam halaman perbualan pengguna sendiri :). Umpamanya, untuk memberikan pesanan kepada saya, anda perlu menulis pesanan anda dalam halaman Perbualan Pengguna:PM PoonPM Poon 04:41, 15 Mei 2006 (UTC)[balas]

Tanjung Sedili[sunting sumber]

Hai Ciklee, saya tengok anda memang berusaha mengembangkan rencana Tanjung Sedili. Oleh itu, saya telah membantu anda mengemaskinikan rencana tersebut. Untuk *1., *2, *3, dan sebagainya, anda cuma dikehendaki menggunakan #, dan perisian Wikipedia akan membantu anda memasukkan nombor yang wajar, mengikut kedudukan # itu. — PM Poon 09:31, 15 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Poon.Terima kasih diucapkan kepada awak. Saya memang amat berminat mengembangkan cerita tentang kampung halaman saya ;-). Saya juga bercita-cita untuk membuat laman web khas berkenaannya tetapi belum ada pengetahuan. Jika berkesempatan, saya juga berminat menterjemahkan karya dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu bagi artikel yang relevan dengan negara kita Malaysia. Saya lihat penulis negara jiran kita begitu aktif menterjemah. Tahniah juga saya ucapkan kepada PM Poon atas inisiatif anda.

Rencana bahasa Bawean[sunting sumber]

Hai Ciklee, sila lihat catatan saya di Perbualan:Bahasa Bawean. Saya tulis di sana supaya pengguna lain juga boleh membaca dan mempelajari pada waktu yang sama.

Pada masa ini, masih banyak pengguna di portal ini tidak berapa fasih dalam gaya penulisan Wikipedia, berbanding di Wikipedia bahasa Inggeris. Oleh itu, kita belajar bersama-sama. Selalu ingati bahawa portal ini ialah sebuah ensiklopedia, dan fakta ini akan menjadi panduan anda. — PM Poon 15:29, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]


Rupanya, anda cuma mengambil sebahagian daripada rencana Bahasa Madura di Wikipedia bahasa Indonesia. Oleh sebab itu, kita tidak boleh memasukkan pautan antara bahasa kerana mungkin ada orang yang hendak menterjemahkan Bahasa Madura kemudian.

Oleh itu, saya telah memasukkan pautan untuk rencana Bahasa Madura (Wikipedia Indonesia) dalam rencana Bahasa Bawean (Wikipedia bahasa Melayu), sebagai bahagian Rujukan sahaja. Sila tekan pautan Bahasa Bawean untuk melihat apa yang saya buat. Kita belajar bersama-sama.

Memasukkan pautan antara bahasa seolah-olah makan roti canai. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Sewaktu kita menterjemahkan rencana, kita biasa akan "membuka" kotak penyuntingannya untuk menyalin isi kandungan dan formatnya ke dalam portal ini. Kemudian, kita menyimpan (save) dahulu supaya tidak hilang. Keperluan ini ialah kerana rencana itu seringnya mengandungi jadual, templat dan gambar, dan kita tidak perlu menciptakannya semula.
  2. Sewaktu anda menyalin rencana itu daripada kotak penyuntingan, anda akan melihat pautan-pautan antara bahasa di bahagian bawah rencana itu. Sewaktu anda menyimpan suntingan anda, anda akan melihat pautan-pautan antara bahasa itu termuncul pada panel di sebelah kiri skrin. Kan ajaib? Pautan-pautan antara bahasa adalah amat penting sewaktu kita hendak mengembangkan rencana itu. Mungkin Wikipedia bahasa lain (khususnya, Wikipedia bahasa Inggeris) telah mengembangkan rencana itu selepas penterjemahan anda, dan sesiapa pun boleh mengembangkannya lagi pada masa hadapan, jika minat.
  3. Pautan-pautan antara bahasa yang disalin tidak mempunyai pautan antarabahasa untuk bahasa yang anda menyalin kerana mereka tidak perlu merujuk kepada diri sendiri. Umpamanya, jika anda menyalin daripada Wikipedia bahasa Indonesia, pautan-pautan antara bahasa dalam rencananya tidak akan mempunyai pautan bahasa Indonesia; sebaliknya, jika anda menyalin daripada Wikipedia bahasa Inggeris, pautan-pautan antara bahasa dalam rencananya tidak akan mempunyai pautan bahasa Inggeris. Anda terpaksa memasukkannya secara manual:
    1. untuk rencana bahasa Indonesia, anda masukkan [[id:Bahasa Bawean]] (sebagai contoh saje). "id" ialah kod untuk bahasa Indonesia;
    2. untuk rencana bahasa Inggeris, anda masukkan [[en:Bawean language]] (kena ikut nama rencana itu). "en" ialah kod untuk bahasa Inggeris;
    3. kod untuk Wikipedia bahasa Melayu ialah "ms". Selepas kita menterjemahkan rencana, kita masukkan [[ms:Bawean language]] ke dalam rencana mereka. Walaupun ini bukan tanggungjawab kita, kita saling menolong.

Takpe... kalau masih tak faham, berikan pesanan kepada saya. Jangan lupa masukkan ~~~~ selepas pesanan anda supaya perisian dapat meninggalkan nama dan waktu pesanan anda. Kan ajaib? Anda tak perlu menulis nama anda. Cuma tekan ~ empat kali, hehehe.

(P/S: Nasib anda memberikan pesanan mengenai bahasa Bawean! Kalau anda memberikan pesanan mengenai hal yang lain, memang saya tidak akan tahu siapa yang memberikannya.) — PM Poon 02:00, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hai Ciklee, di sini, koordinator dipanggil "penyelia". Saya bekas penyelia serta pengguna yang tertua di portal ini. Siapakah yang berumur melebihi setengah abad di sini? hehehe. Jika anda bertemu apa-apa masalah, terutamanya dalam reka letak dan templat, anda boleh tanya saya pada bila-bila masa. — PM Poon 08:07, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Tanjung Sedili[sunting sumber]

Hai Ciklee, bolehkah anda menangkap beberapa gambar foto yang cantik untuk menghiaskan rencana yang anda mengerjakan dengan begitu rajin? — PM Poon 19:48, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Tanjung Sedili[sunting sumber]

Hai Ciklee, kalau tiada kamera berdigit, memang susah sikit, kerana kena menggunakan pengimbas (scanner) jika anda menggunakan kamera biasa. Gambar bukan sesuatu yang wajib dalam rencana Wikipedia, tetapi gambar memang mewakili seribu perkataan, khususnya jika gambar itu amat sesuai. Jika anda menangkap gambar, jangan bimbang jika gambar itu tidak cantik kerana saya boleh menggunakan perisian Photoshop untuk memperbaiknya. Tangkaplah beberapa gambar dan kita boleh memilih yang paling baik, selepas saya memperbaiknya. Yang tidak baik boleh dihapus kemudian supaya tidak menelan ruang cakera keras untuk portal ini. Bagaimanapun, jangan paksakan diri jika perbuatan ini terlalu susah. Anda masih boleh berbuat demikian, dua tahun dari sekarang, hehehe.

Tanjung Sedili kini ada tempat peranginan? Saya pernah melawat Jason Bay pada suatu masa di zaman dahulu, iaitu pada tahun 1966 ketika menyertai "school outing". Jason Bay membawa kenang-kenangan yang indah. Kalau ingatan saya tidak silap, pasirnya bersih, halus, dan berwarna kelabu. Itulah masa buat pertama kali saya nampak tapak sulaiman (saya menggelarkannya ikan bintang sebab saya banyak keinggerisan, hehehe). Ya, nampaknya kita tidak ada rencana "tapak sulaiman" di sini. Kalau anda boleh menangkap satu gambar mengenainya, kita boleh menulis satu rencana tentangnya sebagai usaha bersama. — PM Poon 05:58, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]

Cara muat naik gambar[sunting sumber]

Hai Ciklee, anda nak muat naik (upload) ke nak muat turun (download), hehehe. "Muat naik" maksudnya menyimpan gambar daripada komputer anda ke dalam pelayan Wikipedia; sebaliknya, "muat turun" bermaksud mengambil gambar daripada Wikipedia dan menyimpan ke dalam komputer anda. Saya berasa anda bermaksud "muat naik".

Cara muat naik amat senang. Di panel pada sebelah kiri skrin, anda akan melihat pautan "Muat naik" dalam Kotak Perkakasan. Tekankan pautan itu dan anda akan mencapai halaman Muat Naik. Dalam halaman itu, anda cuma dikehendaki memasukkan tiga butiran:

  • Source filename: Di sebelah kanan kotak ini, anda akan melihat "Browse...". Tekankan pautan itu dan pilih gambar anda daripada komputer anda.
  • Destination filename: Biasanya, butiran ini tidak perlu dimasukkan kerana nama gambar anda akan keluar secara automatik. Bagaimanapun, anda boleh menukarkan nama gambar anda, jika perlu.
  • Summary: Tuliskan sumber gambar ini untuk mengelakkan sebarang kebimbangan mengenai hak cipta gambar itu. Undang-undang hak cipta memang amat ketat, jika terdapat sebarang cabaran (jika tiada cabaran, butiran ini kelihatan tidak penting). Jika anda tangkap gambar sendiri, tulis "Hak milik Ciklee, dibebaskan di bawah Lesen GNU".

Apakah lesen GNU? Lesen GNU bermaksud anda melepaskan hak cipta anda kepada dunia, dan hilang sebarang hak anda, hehehe. Bagaimanapun, ini adalah satu syarat bagi portal Wikipedia yang merupakan ensiklopedia bebas.

Untuk belajar bagaimana memasukkan gambar dalam rencana Wikipedia, sila baca Wikipedia:Tutorial imej. — PM Poon 05:58, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]

Gambar Tapak Sulaiman[sunting sumber]

Hai Ciklee, dua perkara dahulu, hehehe:

  1. Anda salah masukkan pesanan anda dalam halaman pengguna saya dan bukan dalam halaman perbualan pengguna saya. Pemasukan pesanan dalam halaman pengguna tidak menghasilkan isyarat pemberitahuan kepada penerima. Saya telah alihkan.
  2. Anda janganlah begitu kedekut, hanya menggunakan dua tilde! Gunakanlah empat tilde, iaitu ~~~~:
    • dua tilde (~~) tidak menghasilkan apa-apa
    • tiga tilde (~~~) menghasilkan nama sahaja
    • empat tilde (~~~~) menghasilkan nama dan tarikh
    • lima tilde (~~~~~) menghasilkan tarikh sahaja.

Bagi gambar Tapak Sulaiman, tak perlu terlalu bersungguh-sungguh. Saya cuma memberikan idea saje. Sebenarnya, kita boleh menggunakan gambar orang lain dalam internet, asalkan kita menukarkan latar belakangnya serta membuat beberapa perubahan supaya tidak melanggar sebarang hak cipta. — PM Poon 12:32, 8 Jun 2006 (UTC)[balas]

Fail tanpa lesen sah[sunting sumber]

Hai! Terima kasih atas muat naik anda. Saya perasan sebahagian fail yang anda muat naik tidak memiliki lesen (lihat senarai di bawah). Anda boleh membantu kami dengan meletakkan lesen dan sumbernya. Sumber boleh jadi ÔÇÿKarya sendiriÔÇÖ jika anda mengambil gambar tersebut/menggunakan kamera anda sendiri atau mencipta sendiri fail tersebut. Jika anda mengambil foto/fail itu di tempat lain, sila berikan pautan ke tapak web berkaitan atau nyatakan di mana anda menjumpainya.

Fail tanpa lesen sah boleh dihapuskan, jadi kami amat berharap anda membantu kami menambah lesen supaya fail-fail tersebut dapat dikekalkan.

Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  1. Fail:Banjir21dec5-1-.30pm 034.jpg
  2. Fail:Banjir21dec5-1-.30pm 055.jpg

--MGA73bot (bincang) 22:17, 11 Julai 2011 (UTC)[balas]