Perbincangan pengguna:Didie/Arkib1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.



Face-smile.svgSelamat datang ke Wikipedia, Didie/Arkib1!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 258,366 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya Didie, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
Face-smile.svg   Pengenalan kepada Wikipedia
BluePillar.svg   Lima tonggak Wikipedia
Crystal Clear app ktip.svg   Tutorial suntingan
Crystal package utilities.png   Bagaimana menyunting halaman
Crystal Clear app kedit.png   Manual gaya penulisan
LetterW.svg   Asas-asas Kod Wiki
Cscr-featured.svg   Bagaimana mencipta artikel
Crystal khelpcenter.png   Laman bantuan
Octagon-warning.svg   Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
UncialB-01.png   Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
Face-angel.svg   Digalakkan beranggapan niat baik
Face-tongue.svg   Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
Symbol neutral vote.svg   Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
Ambox warning blue.svg   Jangan melaku musnah
Stop hand.svg   Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
Nuvola apps filetypes.svg   Meja bantuan
atau:
Presa de decissions.png   Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
Fée.svg WikiWitch Black.png   Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
Crystal package settings.png   Membantu menyumbang pada artikel
           
Vista-advancedsettings.png   Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
Curly Brackets.svg   Membantu mencipta templat baru
WikiProject Council.svg   Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, Didie


...Aurora... 09:50, 3 Mei 2006 (UTC)

Sukan Malaysia

Hai Didie. Diharapkan apabila anda mencipta rencana baru agar anda dapat memberikan sedikit penerangan, lihat contoh di Sukan Malaysia. Sekurang-kurangnya satu ayat, templat dan kategori tidak dikira jika tiada sebarang ayat. ...Aurora... 02:18, 14 Mei 2006 (UTC)

Nadia Comaneci

Hai Didie, saya tengok anda memang rajin mengemaskinikan rencana Nadia Comaneci. Jika anda ingin mengkhususkan dalam rencana biografi, anda boleh membaca garis panduan Wikipedia:Manual gaya penulisan (biografi) yang memberikan gaya dalaman (house style) untuk Wikipedia. Tarikh lahir sering ditulis dalam tanda kurung di sebelah nama. — PM Poon 09:52, 15 Mei 2006 (UTC)


Saya terlupa! Jangan ditakutkan oleh garis panduan. Jika anda tidak hendak membacanya kerana terlalu panjang, anda cuma hendak ingat bahawa tarikh lahir ditulis di sebelah nama dalam ayat pertama. Yang lain, anda boleh belajar sambil menyumbang. — PM Poon 16:15, 15 Mei 2006 (UTC)

Pungutan Pingat Sukan SUKMA

Hai Didie!Tahniah...Anda memang berbakat dalam membuat laporan terkini dalam sukma....akan tatapi tajuk pungutan pingat adalah terlalu umum..saya cadangkan awak ubah tajuk dengan menambahkan tahun 2006 supaya rencana berkenaan lebih spesifik pada tahun 2006 sahaja...che 20:46, 25 Mei 2006 (UTC)


Diharap keputusan terkini mengenai Sukan SUKMA dapat dikongsi bersama pembaca yang lain. Selamat Membaca! Didie 10:30, 28 Mei 2006 (UTC)


Sepanjang minggu ini, rencana yang akan saya menumpukan perhatian yang lebih kepada rencana mengenai Sukan Malaysia & Pungutan Pingat Sukan Malaysia 2006. Harap maklum. - Didie 02:31, 29 Mei 2006 (UTC)


Rencana ini telah dialihkan daripada Pungutan Pingat Sukan SUKMA kepada Pungutan Pingat Sukan Malaysia 2006. Harap maklum. - Didie 07:47, 2 Julai 2006 (UTC)

Hello Didie

Saya dapati Didie ahli yang aktif. ms.wikipedia sememangnya perlu ahli seperti anda. Teruskan usaha anda!

sapaan daripada: Ychmatematik 09:14, 31 Mei 2006 (UTC)

Anugerah

Terima kasih :) ...Aurora... 09:50, 9 Jun 2006 (UTC)


Sama-sama, Aurora. Didie 09:54, 9 Jun 2006 (UTC)

Tahniah! Didie dihargai sebagai pengguna aktif

Di sini saya memaklumkan bahawa Didie telah dihargai sebagai pengguna aktif wikipedia kerana telah banyak menyumbang rencana. Ychmatematik 13:07, 13 Jun 2006 (UTC)


Terima kasih Ychmatematik kerana menghargai saya sebagai pengguna aktif di Wikipedia. Didie 07:21, 14 Jun 2006 (UTC)

Berehat

Saya tidak dapat menyunting Wikipedia selama 2 hari kerana berehat untuk menenangkan fikiran. Namun begitu, saya masih melihat suntingan-suntingan pada hari yang lepas. Didie 07:28, 14 Jun 2006 (UTC)

Hai

Hai Didie, sila lihat laman perbualan "Yosri" untuk keterangan saya yang terkini. — Lokey3310 11:45, 15 Jun 2006 (UTC)

Poligon

Emmm... poligon itu untuk apa? ...Aurora... 15:02, 17 Jun 2006 (UTC)

Ya... Didie, poligon itu simboliknya apa ye? Terangkanlah sikit. Polar 21:34, 17 Jun 2006 (UTC)

Penerangan

Poligon itu secara literal mempunyai banyak sudut adalah satu ditutup menyatah jalan terdiri daripada sebilangan yang terhingga berurutan tembereng garisannya. Garis lurus segmen-segmen yang membentuk poligon telah dipanggil tepi atau segi-segi dan titik-titik di mana tepi memenuhi adalah poligon bucu-bucu. Andai satu poligon adalah poligon mudah, kemudiannya tepinya (dan bucu-bucu) terdiri daripada sempadan satu rantau bersudut, dan tempoh poligon kadangkala juga menjelaskan pedalaman rantau bersudut (kawasan terbuka bahawa jalan ini memagari) atau kesatuan kedua-dua rantau dan sempadannya.
Poligon adalah dinamakan mengikut pada jumlah tepi, bergabung satu bahasa Yunani-terbitan awalan angka dengan akhiran -gon. Contoh: pentagon, dodekagon. Segi tiga, sisi empat, dan nonagon adalah pengecualian-pengecualian. Untuk nombor-nombor lebih besar, ahli matematik menulis angka sendiri. Contoh: 17-gon. Satu variabel boleh juga digunakan, biasanya n gon. Ini adalah jika jumlah berguna bagi tepi adalah digunakan dalam satu formula. Untuk keterangan lanjut, lihat di sini. Oleh - Didie 02:09, 18 Jun 2006 (UTC)

Komen

Saya tahu apa itu poligon, tapi kenapa diletakkan di laman pengguna di sini? Apa maksud di sebaliknya? ...Aurora... 06:57, 18 Jun 2006 (UTC)

Oopss, saya tersilap kerana meletakkan di laman perbincangan ini. Saya akan mencipta rencana poligon. Kesilapan ini amat dikesali. Harap maaf! Didie 11:45, 18 Jun 2006 (UTC)

Ingatan

Hai Didie, cuma sekadar ingatan, tadi saya dapati anda cipta rencana Obesiti iaitu satu rencana yang cukup bagus dari segi kualiti tetapi anda lupa dua perkara penting iaitu Interwiki dan Kategori.

Sebaik-baiknya setiap kali anda mencipta rencana pergilah ke rencana yang sama di Wikipedia Inggeris dan tiru kesemua Kategori dan Interwiki di situ (disamping letakkan Interwiki :ms ke rencana yang anda cipta di sini di sana) dan kemudian letakkan kesemua Interwiki dan kemudian terjemahkan dan letakkan kesemua kategori. Hal ini adalah untuk memastikan penyeragaman Interwiki dan Kategori supaya Wikipedia kita lengkap. Harap maklum. :) Alistair 阿力斯特伊儿 15:59, 18 Jun 2006 (UTC)


Terima kasih Alistair kerana mengingatkan saya. Saya menyunting rencana Obesiti] sehingga terlupa hendak meletakkan kesemua Interwiki dan kategori. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati apabila menyunting rencana dan mengingati perkara ini. - Didie 06:43, 19 Jun 2006 (UTC)

Badan Peguam Malaysia

Hai Didie, terima kasih kerana membantu saya memperbaik pautan dalam bahagian "Pautan luar". Tadi, saya tidak dapat berbuat demikian, walaupun mencuba beberapa kali, kerana terdapat amaran penapisan portal yang mengatakan bahawa pautan itu merupakan "spam" dan harus dihapuskan. Entah mengapa anda dapat buat tanpa masalah, hehehe. — PM Poon 15:11, 21 Jun 2006 (UTC)


Betul kata anda PM Poon kerana saya juga cuba menyunting di rencana Tunku Abdul Rahman diberi amaran penapisan portal bahawa rencana ini ialah spam dan harus dihapuskan tetapi saya dapat menyunting rencana Badan Peguam Malaysia di pautan luar. Mengapa ya? Didie 08:42, 22 Jun 2006 (UTC)

Sambutan pengguna tak berdaftar

Hai Didie, tadi baru saya tangkap Pengguna:203.121.44.55 buat laku musnah, tetapi anda pula bertindak menyambutnya. Saya harap anda tidak galakkan laku musnah :))

Setiap kali lihat pengguna tak berdaftar, check dulu sama ada mereka menyumbang atau membuat laku musnah, baru letakkan templat. Alistair 阿力斯特伊儿 08:57, 22 Jun 2006 (UTC)


Saya tidak menggalakkan laku musnah. Saya akan check sama ada mereka menyumbang atau membuat vandalisme. Terima kasih Alistair kerana mengingatkan saya. Dari Didie 09:01, 22 Jun 2006 (UTC)

Pengguna laku musnah

Saya telah ambil tindakan 3 bulan sekatan selepas melihat kesnya. Alistair 阿力斯特伊儿 17:03, 25 Jun 2006 (UTC)


Tindakan yang bagus, Alistair. Pengguna itu harus menerima hukumannya kerana melakukan laku musnah di Wikipedia ini. Didie 06:34, 26 Jun 2006 (UTC)

Tarian Singa

Hai Didie, sebenarnya anda tidak boleh menghapuskan rencana dengan sewenang-wenangnya jika terdapat dua rencana yang bertindan. Yang perlu dibuat ialah untuk menggabungkan bahan-bahan kedua-dua rencana. Sememangnya, ini memerlukan masa dan usaha. Bagaimanapun, jika anda malas berbuat demikian, anda boleh membubuh templat-templat berikut:

  • Templat:Mergefrom – untuk dibubuhkan dalam rencana yang akan dikekalkan;
  • Templat:Mergeto – untuk rencana yang akan dihapus SELEPAS bahan-bahannya telah dipindah ke rencana yang akan dikekalkan.

Bolehkah anda membuat pembetulan kerana anda tidak menunjukkan tajuk rencana yang sedia ada, sedangkan kemudahan carian saya mungkin silap dimatikan oleh Wikimedia. — PM Poon 15:13, 30 Jun 2006 (UTC)


Terima kasih PM Poon dan saya akan belajar dengan apa yang patut dilakukan. - Didie 15:23, 30 Jun 2006 (UTC)


Hai Didie, saya nampak cara anda untuk menggunakan templat-templat penggabungan adalah salah, dan saya telah membetulkannya. Sila lihat rencana Tarian Singa dan Tarian singa untuk cara penggunaan kedua-dua templat ini. Selepas itu, saya akan menggabungkan kedua-dua rencana itu. Tetapi "malang"nya, tajuk "Tarian singa" adalah tajuk yang betul. Oleh itu, rencana "Tarian Singa" harus dialihkan ke rencana "Tarian singa". Harap perkara ini tidak mengelirukan anda. Saya akan membuat kesemua ini selepas anda telah membaca bagaimana menggunakan templat-templat penggabungan itu. — PM Poon 06:31, 1 Julai 2006 (UTC)

Pening kepala saya juga keliru dengan apa yang dikatakan oleh anda. Mungkin cara saya menggunakan templat adalah salah. Diharap anda dapat membetulkan sedikit kekeliruan ini. - Didie 06:34, 1 Julai 2006 (UTC)

Arkib Kedai Kopi

Saya sedang mengarkibkan Kedai Kopi dan baru nak cipta arkib bila saya lihat bahawa ia telah "muncul" secara tiba-tiba. Tak tersangka kita fikir membuat perkara yang sama pada masa yang sama! Alistair 阿力斯特伊儿 03:43, 1 Julai 2006 (UTC)


Kebetulan ya Alistair. - Didie 03:45, 1 Julai 2006 (UTC)

Templat untuk pelaku musnah

Hai Didie, ini saja untuk makluman anda memandangkan saya lihat anda rajin memantau laman perubahan terkini dan menyambut pengguna baru terdaftar/tidak terdaftar serta meletakkan teg pemadaman laman. Jika anda melihat satu laman yang telah wujud dilaku musnahkan oleh satu alamat IP yang tidak dikenali, anda boleh menggunakan templat musnah untuk memberikan mereka amaran. Untuk berbuat demikian, taip {{subst:musnah|[[(nama rencana yang dilaku musnah)]]}}. Ambil perhatian bahawa ini adalah jika rencana yang telah wujud secara sah dan dimusnahkan sahaja, bukan untuk pelaku musnah yang mencipta rencana baru. Untuk yang kedua ini, buangkan laku musnahnya dan letakkan teg padam seperti yang anda amalkan kini. Terima kasih. — Alistair 阿力斯特伊儿 07:40, 4 Julai 2006 (UTC)


Oohhh, macam itu caranya. Terima kasih Alistair kerana memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya amat menghargainya. Saya akan mengikut apa yang dikatakan oleh anda di atas. - Didie 09:00, 4 Julai 2006 (UTC)

Tidak aktif selama seminggu

Pada hari ini, saya tidak aktif lagi untuk menyunting Wikipedia selama seminggu kerana mempunyai hal penting di luar yang perlu diselesaikan. Selepas minggu hadapan, saya akan kembali semula. Diharap selama seminggu ini lebih banyak rencana yang disunting, pengguna yang semakin ramai dengan menyunting rencana yang bermanfaat juga tiada sebarang masalah yang dihadapi atau vandalisme. Jumpa lagi di minggu hadapan. - Didie 13:01, 4 Julai 2006 (UTC)


Hai, saya kembali semula di Wikipedia ini. Sebenarnya hanya 5 hari sahaja. Harap maaf kerana tidak dapat menyumbang sebelum ini. - ...Didie!!!... 02:10, 9 Julai 2006 (UTC)


Selamat kembali :) Cuma untuk makluman kini sudah ada templat selamat datang baru untuk orang asing yang buka akaun untuk tujuan InterWiki iaitu {{subst:interd}} ~~~~. Ini hanya untuk orang asing sahaja. Alistair 阿力斯特伊儿 02:22, 9 Julai 2006 (UTC)

Terima kasih kerana memberitahu saya Alistair. - ...Didie!!!... 02:25, 9 Julai 2006 (UTC)


Saya cuti juga :) Agak sibuk sekarang ini. ...Aurora... 16:09, 14 Julai 2006 (UTC)

Tidak mengapalah Aurora, apabila masa anda tidak sibuk bolehlah anda menyumbang ya. Senyum selalu dari ...Didie!!!... 01:34, 15 Julai 2006 (UTC)

Saya juga sama seperti Alistair tidak aktif seperti dulu lagi kerana akan menghadapi semester yang baru. Mungkin tempoh permohonan sebagai penyelia akan dilanjutkan oleh Yosri. Saya akan aktif di Wikipedia ini pada pertengahan Ogos. Pengumuman ini adalah pengumuman rasmi dan bukanlah seperti sebelum ini yang hanya cuti sebentar. Selamat tinggal dan jumpa lagi. - ...Didie!!!... 07:55, 29 Julai 2006 (UTC)

Hmmmm..... Permohonan tempoh permohonan sebagai penyelia diluluskan. Semoga berjaya di semester baru..... Yosri 10:56, 24 Julai 2006 (UTC)

Terima kasih Yosri kerana memberitahu saya. - ...Didie!!!... 10:51, 2 Ogos 2006 (UTC)

Wikipedia:Hal Semasa

Didie, bolehkah anda tukarkan templat "Terkini" dan "Peristiwa lepas" di WP:BERITA supaya mengikuti templat yang anda ciptakan di Hal semasa di Malaysia iaitu mempunyai satu perkataan "sunting" yang mini di bahagian kanan atas? Saya tidak berapa mengerti akan cara melakukannya. — Alistaire 12:27, 29 Julai 2006 (UTC)


Saya telah menukarkan templat itu tetapi templat "Peristiwa lepas" mempunyai masalah sedikit setelah mencuba beberapa kali. Mungkin pengguna yang lain dapat menolongnya. - ...Didie!!!... 03:20, 30 Julai 2006 (UTC)


Saya telah memperbetulkannya. Sebenarnya Didie, saya tidak galakkan anda menulis sahaja highlights peristiwa yang berlaku di Malaysia dalam beberapa kerat ayat sahaja (dan menukarnya setiap hari) kerana sama seperti bahagian "Tahukah anda?" di laman utama, sebaiknya telah wujud satu rencana menerangkan tentang berita tersebut dan pautan ke rencana itu selain daripada diwikikan, ia juga ditekstebalkan. Tulislah rencana-rencana mengenai peristiwa-peristiwa yang anda highlightkan itu sedikit pun tidak apa (asalkan jangan terlalu sikit!) dan letakkan satu atau dua gambar. Misalnya bagi majlis perkahwinan Siti Nurhaliza, buatlah rencana "Majlis Perkahwinan Siti Nurhaliza Tajudin 2006" berserta semua maklumat terkini dan teg hal semasa dan kemaskinikanlah ia semasa perkembangan berubah. Inilah sifat koresponden hal semasa yang baik. — Alistaire 06:45, 31 Julai 2006 (UTC)


Terima kasih kerana memperbetulkan kesalahan itu. Saya pun sudah membuat apa yang dinyatakan di atas oleh anda tetapi hanya satu perkara yang belum saya lakukan iaitu saya belum mencipta lagi rencana "Majlis Perkahwinan Siti Nurhaliza Tajudin 2006". Mengapa perlu meletakkan tahun 2006 di belakang, seolah-olah dia hanya kahwin pada tahun 2006. - ...Didie!!!... 10:50, 2 Ogos 2006 (UTC)

Penyelia

Hai Didie,

Pengguna "Didie" sekarang adalah sysop. Yosri 11:24, 2 Ogos 2006 (UTC)


Hai Didie, sebenarnya saya maksudkan satu rencana khas berita bagi setiap perkara yang dibincangkan. Kini saya lihat anda tebalkan subjek rencana biasa Wikipedia berbanding mencipta rencana baru berkait perkara yang berlaku. Dalam melaporkan berita, tekanan adalah pada apa yang berlaku, bukan siapa/apa yang terlibat. Sebagai contoh, bagi insiden semburan pada Tun Dr. Mahathir, saya lihat anda tekankan rencana biodata Tun Dr. Mahathir berbanding mencipta rencana khas berkenaan insiden itu. Kalau anda lihat di Wikipedia:Current events di Wikipedia Inggeris pun, bagi setiap peristiwa pasti ada rencana khas mengenainya, dan inilah rencana yang ditekstebalkan pautan pada templat highlights. Ilustrasi saya mengenai Siti Nurhaliza iaitu "Majlis Perkahwinan Siti Nurhaliza.." dll hanya sebagai contoh sahaja. In retrospect memang apa yang anda katakan betul iaitu dia tidak kahwin pada tahun ini sahaja tetapi buat beberapa tahun lagi sebelum bercerai (pada jangkaan saya, hehe) jadi eloklah digugurkan sahaja "2006" itu.
Di samping ini, tahniah saya ucapkan atas perlantikan anda sebagai penyelia dan selamat bertugas. Semoga berjaya dalam menegakkan perlembagaan Wikipedia Melayu. — Alistaire 16:07, 2 Ogos 2006 (UTC)

Tahniah kerana dilantik menjadi penyelia. Diharapkan menjalankan tanggungjawab dengan amanah. — Master2841 17:10, 2 Ogos 2006 (UTC)

Saya agak terkejut apabila selepas saya log masuk terdapat sebuah pesanan dan melihat kotak padam dan lindung ada. Setelah saya membaca perbualan ini, saya mendapati rupa-rupanya saya dilantik menjadi penyelia. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada Yosri kerana sudi melantik dan kepada pengguna yang lain yang menyokong saya. Saya akan menjalankan tanggungjawab ini. Terima kasih banyak-banyak!!!! - ...Didie!!!... 07:05, 4 Ogos 2006 (UTC)

Pengguna:Xandi

Saya memulihkan laman pengguna ini kerana saya berpegang kepada prinsip bahawa pengguna itu berhak menulis apa yang dia sekalipun kecuali berbentuk perkauman dan sebagainya. Ia adalah laman pengguna mereka dan mereka berhak menulis apa pun di dalamnya. Sekali lagi tahniah kerana dilantik menjadi penyelia Wikipedia Bahasa Melayu! Marilah kita sama-sama menjadikan wikipedia ini terbaik sekali di antara semua wikipedia lain! :) — Master2841 07:02, 5 Ogos 2006 (UTC)


Terima kasih Master2841 kerana memberitahu saya dan memulihkan laman pengguna Xandi. - ...Didie!!!... 07:10, 5 Ogos 2006 (UTC)

Keluruhan Perlembagaan

Hai Didie, anda menulis: "Perlembagaan negara ini...." Anda telah menganggap semua orang tahu tentang negara yang anda maksudkan, hehehe. Kan ini portal antarabangsa yang terdiri daripada pembaca dari negara lain seperti Indonesia, dan Brunei? — PM Poon 08:10, 5 Ogos 2006 (UTC)


Hai PM Poon, terima kasih kerana memberitahu saya dan saya telah memperbetulkannya. Saya akan belajar dan tidak akan mengulangi lagi. - ...Didie!!!... 08:31, 5 Ogos 2006 (UTC)

Akademi Fantasia

Pada minggu ini, suntingan saya lebih tertumpu mengenai pelajar Akademi Fantasia. - ...Didie!!!... 07:15, 6 Ogos 2006 (UTC)


Hai Didie. Tolong letakkan semua nama rencana pelajar AF4 yang anda telah buat di halaman Akademi Fantasia Musim 4. Saya akan kembangkan rencana itu pada hujung minggu ni jika berkesempatan. Jika anda berminat untuk musim yang lain-lain juga, saya alu-alukan. Terima kasih. Salam. — Polar 10:59, 8 Ogos 2006 (UTC)

Saya akan menyenaraikan semua nama pelajar AF4 di Akademi Fantasia Musim 4. - D.I.D.I.E(DIDIE) 10:24, 9 Ogos 2006 (UTC)

Tolong lindung laman pengguna saya

Hai Didie, bolehkah anda tolong lindung laman pengguna saya kepada sysop mode dari dirosakkan oleh Kojek. Lagipun saya juga jarang cek laman pengguna saya. Terima kasih. — Silverman 09:27, 9 Ogos 2006 (UTC)


Emrrans, kenapa anda menyuruh saya melindungi laman pengguna anda? - D.I.D.I.E(DIDIE) 10:07, 9 Ogos 2006 (UTC)


Maaf ya, saya akan melindungi laman anda dengan sysop mode. - D.I.D.I.E(DIDIE) 10:09, 9 Ogos 2006 (UTC)


Hai Emrrans, saya sudah pun melindunginya. - D.I.D.I.E(DIDIE) 10:12, 9 Ogos 2006 (UTC)

Terima kasih

Terima kasih kerana telah menolong melindungi laman pengguna saya, Didie.

Jadi penyelia memang susah. Jika anda tegas dalam pendapat atau peraturan, anda akan dihentam. Namun ia sesuatu yang dihadapi bersama sebagai penjaga Wikipedia :) — Alistaire 12:52, 9 Ogos 2006 (UTC)


Sama-sama Alistair. Betul kata anda Alistair, hendak menjadi penyelia memang sukar sedikit. Sesuatu perkara yang akan dihidapi bersama sebagai penjaga Wikipedia Bahasa Melayu ini. - D.I.D.I.E(DIDIE) 07:19, 10 Ogos 2006 (UTC)

Templat Jalan Raya dan Lebuhraya di Malaysia

Assalamualaikum Didie! Boleh tak tolong buatkan saya templat untuk "Pengguna ini amat meminati Jalan Raya dan Lebuhraya di Malaysia" serta logo lebuhraya di Malaysia bersama dengan warna hijau sebagai warna kod lebuhraya di Malaysia? Terima kasih Aiman Ab Majid 18 Ogos 2006

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Templat:Pengguna_Jalan_Raya_dan_Lebuhraya_di_Malaysia"


Saya sudahpun membuat seperti yang diminta oleh anda. Namun begitu, saya tidak dapat meletakkan logo lebuhraya. Mungkin pengguna lain dapat membantu. Harap maaf. - Didie 09:22, 18 Ogos 2006 (UTC)


Assalamualaikum Didie! Satu lagi, boleh tak tolong buatkan saya templat untuk "Pengguna ini amat meminati Jalan Raya dan Lebuhraya di Malaysia" dalam Bahasa Inggeris seperti yang saya sebutkan ini:- "This user is interested in roads, expressways, and highways in Malaysia" serta logo lebuhraya di Malaysia bersama dengan warna hijau sebagai warna kod lebuhraya di Malaysia ke dalam pengguna saya User:Aiman abmajid di Wikipedia Bahasa Inggeris, sebab apa saya tak dapat buat templat pasal lebuhraya dalam bahasa inggeris tu kerana saya tak tahu nak buat! -- Aiman Ab Majid 23 Ogos 2006


Rupa-rupanya, anda disekat di en.wikipedia ye. Maaf saya tidak dapat membantu anda. - Didie 09:28, 23 Ogos 2006 (UTC)

Sekatkan pengguna Fair tyco83

Didie, sila sekatkan pengguna Fair Tyco83 kerana pengguna ini meletakkan nama buruk. Terima kasih. — Emrrans 15:14, 21 Ogos 2006 (UTC)


Emrrans, saya sudah pun menyekati pengguna Fair tyco83 secara kekal. - Didie 01:14, 22 Ogos 2006 (UTC)

Tentang usercheck

Hi Didie, bagi saya, usercheck bukannya penyelesaian untuk masalah pelaku musnah. Lagi pun, Yosri dan Aurora yang paling tekal, kini kelihatan dah banyak slow down. Apalagi dengan Alistair, Ymatematik, Polar, Hayabusa, dan lagi beberapa tokoh-tokoh Wikipedia bahasa Melayu, hehehe. — PM Poon 16:07, 21 Ogos 2006 (UTC)


Mungkin mereka yang slow down sibuk dengan tugas masing-masing. Sebenarnya, cadangan ini dimulakan oleh Emrrans dan saya pun setuju dengan cadangan tersebut tetapi pada hari ini saya melihat rupa-rupanya sudah dicadangkan dahulu oleh Alistair dan ditangguhkan. Nampaknya, kita kena tunggu masa yang sesuai untuk ada usercheck. - Didie 01:14, 22 Ogos 2006 (UTC)

Hazama bin Ahmad Azmi‎

Hai Didie, siapakah Hazama? Menurut rencana anda, dia kelihatan bukan tokoh. Sebenarnya, kebanyakan rencana penyanyi dan ahli muzik yang terdapat di portal ini akan dihapuskan jika rencana-rencana tersebut ditulis dalam Wikipedia bahasa Inggeris. Rencana biografi adalah untuk seseorang yang telah mencapai kejayaan yang luar biasa, bukan untuk Ah Chi dan Ah Choh, atau dalam bahasa Inggeris, Tom, Dick, and Hairy. — PM Poon 02:28, 22 Ogos 2006 (UTC)


Tetapi Hazama merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim 4. Sebenarnya, saya tidak mahu membiarkan pautan merah ada di halaman AF4. - Didie 02:57, 22 Ogos 2006 (UTC)


Saya setuju dengan PM Poon, yang mungkin terkenal/dikenali cuma yang masuk konsert sahaja, yg lain2 saya rasa hapuskan sahaja. ...Aurora... 08:08, 22 Ogos 2006 (UTC)

Hai Didie, saya bersetuju dengan PM Poon. Sebab itu kalau boleh, buat laman bagi finalis atau 3 tempat teratas dalam AF saja. Kalau kita buat untuk semua, tidak bersesuaian dengan ciri ensiklopedia. Awak sibukkan AF4 saja? Juara dan finalis AF3, 2 dan 1 masih banyak yang merah. Apa kata anda isi yang itu pula. Oh ya, Hazama bukan pelajar AF4, dia calon sahaja. Ok, sekian. Terima kasih kerana membantu. — Polar 12:15, 22 Ogos 2006 (UTC)

Wikipedia:Kotak pasir

Hai! Saya lihat anda telah memadam Wikipedia:Kotak pasir. Buat pengetahuan anda, kotak pasir ialah tempat untuk pengguna-pengguna berlatih menggunakan wikipedia dan sebagainya. — Master2841 12:11, 25 Ogos 2006 (UTC)


Saya telah pun memulihkan halaman Kotak pasir. Terima kasih kerana memberitahu saya. - Didie 02:58, 26 Ogos 2006 (UTC)

Rombakan seluruh jawatan penyelia

Hai semua, rombakan ini dibatalkan kerana mendapat bantahan daripada penyelia dan tidak akan dibincangkan lagi. - Didie 02:58, 26 Ogos 2006 (UTC)

Rencana anda

Hai Didie. Rencana anda dalam Pentakrifan semula maksud planet 2006 tu, anda salin bulat-bulat dari halaman lain ke? Ia kelihatan seperti laporan akhbar kerana tidak sesuai untuk rencana ensiklopedia kerana ia berformat lain. Lain kali, jika anda mahu meletakkan isi atau fakta lain, sila ubah format atau ubah penggayaan karangannya lebih-lebih lagi jika ia akhbar biasa. Jika malas, anda hanya perlu letakkan pautan sahaja di bahagian Pautan luar jika ia akhbar dalam talian. — Polar 12:05, 26 Ogos 2006 (UTC)


Terima kasih Polar kerana mengubah halaman ini. Maaf di atas kesilapan ini. - Didie 14:20, 26 Ogos 2006 (UTC)