Perbincangan pengguna:Didie/Arkib3

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Meletakkan {{WikiProjek Malaysia}}

Saya lihat anda banyak melakukan suntingan di rencana-rencana berkenaan Malaysia. Bolehkah agaknya sambil anda menyunting tu, letakkan juga sepanduk {{WikiProjek Malaysia}} di laman Perbualan bagi rencana-rencana berkaitan Malaysia. Terima kasih. --Zack2007 08:08, 18 Februari 2007 (UTC)[balas]


OK!-Didie 08:18, 18 Februari 2007 (UTC)[balas]

Wilayah.

Saya lihat anda menambah template wilayah Thai. Mungkin anda boleh membantu bagi mencipta template Wilayah Indonesia. Anda boleh rujuk kepada Wiki Indonesia bagi contoh template mereka id:Kota_Bekasi. Yosri 09:01, 23 Februari 2007 (UTC)[balas]

Nama pengguna

Hai Didie, apa salahnya nama Lalai. Ia bukannya tidak sopan atau mengarut. ...Aurora... 13:40, 26 Februari 2007 (UTC)[balas]


Memang ia bukan nama yang tidak sopan tapi tidak eloklah dibubuh kerana ia menunjukkan pengguna itu lalai dalam melakukan sesuatu. Nanti pengguna lain tidak yakin pula dengan pengguna itu pula. Didie 08:31, 27 Februari 2007 (UTC)[balas]

Tolong salinkan Common.js

Boleh minta tolong tak? Common.js bagi Wiki Melayu ini masih kosong. Ini menyebabkan kotak navigasi tidak mempunyai attribusi untuk menyembunyi/papar. Sila lihat MediaWiki:Common.js, dan jelas Common js English mempunyai atribusi itu. Boleh Cik Didie menyalin javascript ini ke MediaWiki Melayu. Satu lagi, jika anda teliti js nya, terdapat attribusi collapsible table. Sila tukar Hide ->sembunyi, dan Show ->papar (atau terjemahan yang setandingnya). Terima kasih ya. Saya bukan penyelia, tidak ada kuasa untuk menyunting laman-laman sebegini, tetapi ingin membantu menyumbang kepada Wiki Melayu. --Zack2007 06:28, 7 Mac 2007 (UTC)[balas]

Memohon rencana

Didie lebih baik jika permohonan di Wikipedia:Memohon rencana atau di laman perbualan Wikipedia:Meja rujukan diarkibkan terlebih dahulu sebelum dipadam. Lebih baik diarkibkan permohonan yang ditanda tangani sahaja. — Master2841 17:41, 12 Mac 2007 (UTC)[balas]


Maksud anda pengguna yang berdaftar sahaja diarkibkan.Begitu?-Didie 01:25, 13 Mac 2007 (UTC)[balas]

Sudah tentu. Bagi pengguna tidak berdaftar pula lebih elok diarkibkan pengguna yang menandatangani perbualan mereka kerana selalunya kebanyakan pengguna tidak berdaftar yang memohon rencana dan tidak menandatangani perbualan mereka ialah pelaku musnah. — Master2841 17:15, 13 Mac 2007 (UTC)[balas]

Tetapi di halaman meja rujukan menulis yang semua permohonan yang dipohon melebihi 3 bulan dan tiada gerak balas maka ia harus dipadam. Jadi saya rasa yang mendapat gerakbalas atau jawapan permohonan itu sahaja diarkibkan sama ada dipohon oleh pengguna yang berdaftar mahupun pengguna yang tidak berdaftar yang menandatangani perbualan. OK-Didie 01:40, 14 Mac 2007 (UTC)[balas]

Setuju. — Master2841 06:38, 14 Mac 2007 (UTC)[balas]

Senarai Sekolah Menengah di Malaysia

Hai Didie, Saya lihat anda memadamkan beberapa sekolah dalam Senarai Sekolah Menengah di Malaysia. Boleh anda kembalikannya. Yosri 11:38, 13 Mac 2007 (UTC)[balas]

'SMK bukan lah satu perkataan yang terdapat dalam kamus. Ia hanya satu ringkasan. Yosri 11:40, 13 Mac 2007 (UTC)[balas]

Saya tidak memadam tetapi ingin memperbetulkan susunannya dan mengikut negeri. Selepas ini, rencana ini akan menjadi lebih teratur apabila disusun dan nama sekolah diambil berdasarkan en.wiki. Jika terpadam nama sekolah yang memang wujud di Malaysia yang telah ditulis di ms.wiki tetapi tidak ditulis di en.wiki. Sebarang kesilapan harap dibaiki ye..-Didie 11:44, 13 Mac 2007 (UTC)[balas]

Pemadaman permohonan rencana.

Hai Didie, Boleh saya tahu kenapa anda memadamkan permohonan rencana oleh pengguna baru. Yosri 10:11, 20 Mac 2007 (UTC)[balas]


Opps, terpadam pula ye. Mintak maaf-Didie 10:59, 20 Mac 2007 (UTC)[balas]


Tidak apa. Sayapun hanya ingin tahu. Yosri 11:19, 20 Mac 2007 (UTC)[balas]

Perlucutan penyelia

assalamualaikum,boleh beri penerangan,bagaimana caranya mau megundi itu?Hanaeil2 22:02, 25 Mac 2007 (UTC)[balas]

Nama Wei itu tidak buruk. Nama "Wei" itu banyak digunakan sebagai nama keluarga etnik Cina. Boleh rujuk Wikipedia BI [1]. — Master2841 18:23, 26 Mac 2007 (UTC)[balas]


Saya sangkakan pengguna ini mencipta akaun dengan nama yang kasar. Tersilap pulak ye...MINTA MAAF BANYAK2. Saya akan menyahlindung pengguna itu.-Didie 07:54, 27 Mac 2007 (UTC)[balas]

Abangmanuk

Hai Didie, oleh kerana Abangmanuk sendiri ingin meletakkan jawatan sebagai penyelia, dia perlu ke laman perletakkan jawatan di meta bagi membolehkan dia meletak jawatan. — Master2841 08:30, 28 Mac 2007 (UTC)[balas]


Jadi, pengundian Abangmanuk di halaman penyelia tidak perlulah ye. -Didie 08:33, 28 Mac 2007 (UTC)[balas]


Ya, di halaman pengundian cuma penyelia yang ingin dilucutkan jawatannya oleh pengguna lain. — Master2841 08:36, 28 Mac 2007 (UTC)[balas]

Sumbangan terjemahan

Hai Didie,
Bolehkan anda pilih salah satu rencana yang perlukan terjemahan dan membantu menterjemahkannya. Kebanyakannya sudah lama tergantung. Yosri 08:18, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]

Hai Didie. Saya sedang menterjemahkan penuh pada rencana Islam Di Estonia ke dalam Bahasa Melayu. Mengapa anda harus menghapuskan renacana saya itu? --Fantastic4boy 03:52, 31 Mac 2007 (UTC)[balas]


Maaf kerana memadam rencana Islam Di Estonia. Pada mulanya, saya lihat rencana itu hanya mempunyai interwiki dan tiada suntingan dibuat. Saya tidak tahu yang anda ingin menterjemahkan rencana itu. Maaflah kerana terburu-buru membuat keputusan dan menghentikan usaha anda. Apapun saya berterima kasih kepada anda kerana menyumbang di ms.wiki dengan niat baik anda dan saya hargai. MINTAK MAAF BANYAK2.-Didie 06:46, 31 Mac 2007 (UTC)[balas]

Carta penyingkiran AF5 Minggu 3

Susunan tersebut merujuk kepada carta ketika undian ditutup atau ketika undian dibuka semula? — Polar 09:26, 1 April 2007 (UTC)[balas]


Ia merujuk kepada carta undian ketika ditutup. Pada minggu ini, tiada penyingkiran dilakukan seperti yang diumumkan dan saya mengikuti konsert itu secara langsung dari tv. Anda, Polar tidak tontonkah? jika anda tidak percaya boleh anda lihat esok pada waktu 1.30p.m. untuk siaran ulangan. Terima kasih.-Didie 11:24, 1 April 2007 (UTC)[balas]

Saya menontonnya tapi seingat saya tidak dipamerkan sebarang kedudukan undian ketika undian ditutup sehingga 4:15 petang. Tak mengapa. Saya akan periksa semula. Terima kasih. — Polar 12:00, 1 April 2007 (UTC)[balas]

Saya melihat kedudukan undian yang disiarkan di Astro Ria dengan menekan butang R. Saya melihat kedudukan undian itu pada kira-kira 4.19 petang dan Astro menyiarkan kedudukan itu. Terkejut saya melihat Ebi menduduki kedudukan teratas dan menewaskan Dafi apabila menyanyikan lagu Al-Jannah. Nampaknya saya telah terlebih berbual sehingga menggali sedalam-dalamnya ye. Apapun jika anda Polar tidak menyetujui cara saya menyunting kedudukan undian yang dipapar dari tv selepas beberapa minit tamatnya konsert. Dari mana sumber yang boleh memberikan kedudukan setepat-tepatnya kedudukan undian ditutup. Format musim kali ini agak berbeza daripada musim2 yang lain kerana tidak menyiarkan kedudukan apabila ditutup undiannya di mana-mana rancangan berkaitan Akademi Fantasia seperti yang disiarkan Imbasan AF pada musim lalu sekarang diganti dengan Debat AF kecuali minggu pertama Musim 5.-Didie 12:08, 1 April 2007 (UTC)[balas]

Saya telah menonton Diari Akademi Fantasia pada hari Isnin dan mendapati pada permulaannya menunjukkan carta kedudukan undian selepas undian ditutup.-Didie 10:42, 3 April 2007 (UTC)[balas]

Untuk pengetahuan anda, paparan kedudukan undian pada butang R setelah tamat konsert adalah kedudukan setelah undian dibuka semula. Format pada musim kali ini, kedudukan pelajar ditayangkan pada Diari Akademi Fantasia setiap isnin (seperti yang anda baru lihat dan sudah dua minggu Paparan Undian disiarkan pada diari). Jadi, nampaknya kita hanya boleh menentukan kedudukan pelajar pada hari Isnin sahaja. Saya sudahpun betulkannya malam semalam. Anda boleh lihat beza carta tersebut ketika undian ditutup (suntingan saya) dan ketika undian dibuka semula (suntingan anda). Apapun, melalui persembahan, tidak hairan Ebi mendahului Dafi. Cuma konsert ketiga agak kurang memuaskan berbanding konsert kedua. — Polar 11:03, 3 April 2007 (UTC)[balas]

Nampaknya perdebatan kita berakhir di sini sajalah ye. Rupa-rupanya penyelesai masalah ini hanyalah menonton Diari AF saje untuk melihat kedudukan undian Af.-Didie 11:25, 3 April 2007 (UTC)[balas]

Perbualan terkini

Hai Didie, saya telah menambahkan alasan sebab penolakkan undi pengguna tidak berdaftar. Saya rasa pengguna-pengguna lain yang ditolak undi mereka juga patut diberikan alasan penolakkan undi mereka.

Satu lagi Kojek501 telah meminta untuk dinyahsekat (lihat laman pengguna). Oleh kerana anda adalah penyelia yang menyekat maka saya rasa anda patut menimbang permintaan Kojek501.— Master2841 11:33, 1 April 2007 (UTC)[balas]


Sudah dilaksanakan.-Didie 11:44, 1 April 2007 (UTC)[balas]


Sudah diletakkan. Nak guna templat ni senang cuma taip {{subst:Permintaan diterima|alasan}} kalau permintaan diterima. Templat ini pula {{ulasan nyahsekat|alasan}} ini hanya untuk permintaan kali kedua untuk ulasan sekatan beliau. Master2841

Terima kasih, Master2841. 11:57, 4 April 2007 (UTC)



Nama buruk

Hai Didie,
Nampaknya anda terlalu ketat mengenai nama pengguna. Apa salahnya nama pedang berapi? Yosri 11:57, 4 April 2007 (UTC)[balas]


Adakah saya kelihatan saya terlalu ketat dengan nama pengguna baru? Jika ya harap maaf. Tapi saya rasa lain macam bunyi nak panggilnya pedang berapi. Bagi saya memang kelihatan janggal. Tapi tak tahulah bagi anda, Yosri dan pengguna yang lain yang boleh mempertimbangkan nama ini. Kalau saya tersalah menilainya. Mungkin patut dinyahlindung pula pengguna ini kembali -Didie 12:00, 4 April 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya pedangberapi seperti bunyi watak wira dalam komik kungfu. Jadi saya tak rasa buruk sangat. Akan saya nyahlindung. Yosri 12:19, 4 April 2007 (UTC)[balas]

Sasaran 20,000 rencana

Hai Didie, nampaknya goyang-goyang kaki dah nak sampai 20,000, hehehe. Mungkin tak sampai seminggu. — Syarikat Pemunggahan Rencana 08:19, 27 April 2007 (UTC)[balas]


Ya, harap-harap sasaran ini dapat dipercepatkan. Gambar sasaran ini harus disiap sedia untuk diletakkan.-Didie 08:22, 27 April 2007 (UTC)[balas]

Penterjemahan

Hai Didie,
Saya sedang menterjemah rencana separa terjemah. Mungkin anda dapat membantu menghabiskan terjemahan 1 atau 2 rencana. Yosri 11:47, 4 Mei 2007 (UTC)[balas]


Buat masa ini, minat saya lebih kepada mengemaskini kejohanan badminton yang sedang giat dilakukan. Saya ni minat akan perkembangan dan bermain badminton. Jadi, lepas ni sajelah saya menabur bakti dengan penterjemahan rencana itu. Jangan rasa terkecil hati pulak ye. Tapi jiwa saya masih ke arah yang lain. Tapi, saya masih hairan dan tertanya2, manalah logo yang diharapkan saya tu nak muncul-muncul. Adakah permintaan saya tidak dilayan, tiada siapa yang perasan, ataupun memang tak boleh nak buat kerana tiada sape2 yang 'tarror' bab-bab nih. Bukan saya nak petanda angka kejayaan itu diletakkan sehingga obses cuma untuk menaikkan semangat ahli wikipediawan. Kalau cara ini tak boleh, mungkin banyak idea mengenainya dapat diletakkan. Maaf jika saya terlalu meminta-minta dan mungkin menyinggung siapa-siapa yang membaca ini. Bukan apa, tapi inilah yang perlu dinyatakan. Tapi apapun selamat maju jaya diucapkan kepada semua ahli wikipediawan di sini terutama kepada pengasas ms.wiki ini, Saudara Yosri bersama pengguna aktif lain. Marilah kita sama-sama berbangga dengan pencapaian ini dengan sasaran yang sudah dicapai juga sumbangan kita yang banyak itu. ???? hehehe - Didie 12:01, 4 Mei 2007 (UTC)[balas]

Perlucutan Alistair

Hai Didie boleh tak anda buat pengumuman perlucutan Alistair di bahagian atas Wikipedia seperti semasa perlucutan Ychmatematik dahulu? Saya pun baru perasan yang pengundian ini sedang berjalan ketika melawat laman senarai pantau saya. — Master2841 08:46, 11 Mei 2007 (UTC)[balas]

Keaktifan saya

Saya di sini ingin memaklumkan yang saya akan berehat selama 2½ minggu(anggaran saya). Terdapat beberapa perkara yang harus saya selesaikan di luar. Untuk pengundian, diharap semua pengguna terlibat dalam pengundian perlucutan jawatan. Selamat mengundi! Satu lagi, rencana yang ingin saya buatkan iaitu Kejohanan Super Series terbaru iaitu Terbuka Indonesia mungkin dikemaskini lewat sedikit. Sebarang bantuan pengemaskinian rencana itu oleh penyumbang lain itu amatlah dihargai. Sebarang pesanan yang ingin diletakkan akan dibalas selepas saya kembali semula ye. Kepada semua penyumbang, usahakanlah wiki ini dengan sepenuh hati. Sekian terima kasih. - Didie 10:49, 11 Mei 2007 (UTC)[balas]

MediaWiki:Watchdetails

Pembolehubah $1 di sini menunjukkan jumlah laman yang dipantau. Sebenarnya saya sengaja menggunakan "Watchdetails" berbanding "Sitenotice‎" kerana pengumuman pengundian ini hanya untuk pengguna berdaftar, bukan semua orang. Tapi nampaknya orang tak sedar, mungkin sebaab pertama kali. ...Aurora... 13:02, 11 Mei 2007 (UTC)[balas]

Masalah dalam Portal

Saya poskan isu di bawah dalam "Kedai kopi". Saya nak minta tolong para penyelia untuk melihat apa masalah sebenarnya.

(salin dari "kedai kopi").Kepada penyelia, saya berharap dapat melihat kepada masalah di portal kita. Saya baru perasan malam tadi yang hampir semua portal-portal kita ada masalah, saya tak pasti apa. Templat bertukar kepada "merah" walaupun isinya ada. Saya cuba "save" sekali tapi tak ada effect. Bawah yang senarai-senarai yang bermasalah, ada lagi beberapa portal lain yang bermasalah juga. Saya rasa masalahnya berpunca dari templat utama, yang pelik, Portal:Muzik klasikal, langsung tak boleh dibuka. Portal lain yang juga terbabit ialah Portal:Biologi, Portal:Astronomi, Portal:Falsafah, Portal:Fizik, Portal:Harry Potter, Portal:Islam, Portal:Sains. Portal ini semua boleh dibuka, tetapi cuma ada pautan merah untuk templat-templat.

Portal:Muzik klasikal pada malam tadi boleh dibuka, tetapi semua templat hilang, bila saya cuba masukkan balik isi kandungannya, portal itu terus tak boleh dibuka - Jay 01:10, 21 Mei 2007 (UTC)

Didie, boleh tolong saya padamkan dua "rencana" dibawah. Saya cuba "fix"kan masalah semalam dengan membuka 2 pautan dibawah, dan selepas itu, langsung rencana tidak boleh buka.

Terima kasih - Jay 09:28, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]


Pemadamannya sudah dijalankan melalui Master2841 terlebih dahulu. Jadi, permintaan saudara telahpun terlaksana. Sekian... - Didie 10:13, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]

Mengapa anda padam pesanan saya yang berikut pada laman perbualan Yosri? — Aeon Aeonimitz 16:05, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]

Ye ke? Mohon maaf kepada anda, saudara Aeon. Lagipun saya sedang menyunting perbualan saya di sana dan semasa ingin menyimpannya terdapat pernyataan konflik penyuntingan. Saya bingkas mengambil isi teks saya dan 'cut' versi tersimpan tanpa menyedari yang ada pengguna menyunting sebelum penyimpanan isi teks saya. Saya memang tak berniat langsung untuk memadam pesanan anda tetapi ini merupakan kesilapan saya kerana terpadam pesanannya. Maaf banyak2 lah ye... - Didie 09:13, 22 Mei 2007 (UTC)[balas]

Ada silap tak?

Hai Didie, anda pasti Edmundkh itu raja? Mengapa anda sekat saya tadi? Saya cuma menggantikan perkataan "beta" dengan simbol matematik yang sama bunyinya. Nampaknya, kita kini boleh bermain-main dengan raja-raja kita, manakala yang menghalangnya dihukum pula. Tak kan ini dikira laku musnah yang boleh dikenakan sekatan selama tiga hari? Nampaknya, anda telah melebihi kuasa anda.

Walaupun demikian, biarkan sekatan itu kekal sebab saya pun berhasrat nak meninggalkan portal ini. — Syarikat Pemunggahan Rencana 13:45, 26 Mei 2007 (UTC)[balas]


Andakah yang menulis itu, saya tak tahu pulak anda yang menjadi pengguna tak berdaftar itu. Memang saya rasa yang Saudara Edmundkh sudah melebihi batas-batasnya. Dia berada di sini sebagai pengguna biasa, kalau dia tu anak keturunan raja sekalipun, tak perlulah nak beritahu semua orang yang apa gelaran dia. Macam orang biasa cukuplah. Saya sebenarnya tak perasan yang huruf ß ini sebenarnya adalah untuk menggantikan perkataan beta itu. Lagipun anda yang tulis pun tak log masuk dan membuat vandalisme. Saya terus menyekatnya. Apabila dilihat-lihat kembali rupanya memang patut ditulis sedemikian pun. Saya sebenarnya tak ada niat nak melebih-lebihkan kuasa yang saya peroleh. Saya sebenarnya tak berapa gemar sekat-menyekat pengguna ini, tapi anda menulis di laman pengundian yang rasmi itu tanpa log masuk, dengan tindakan terburu-buru lalu menyekatnya. Maaflah banyak-banyak berhubung kesilapan saya itu.

Saya memohon agar anda tidak meninggalkan portal ini lagi kerana portal ini masih memerlukan jasa baik dan sumbangan anda yang berharga itu. Janganlah merajuk gara-gara kesilapan saya itu. Tak apalah saya akan nyahsekat pengguna tak berdaftar itu serta-merta ye. - Didie 01:15, 27 Mei 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih

Terima kasih kerana memberi saya "Bintang". :) - Jay 07:28, 29 Mei 2007 (UTC)[balas]

Sama-sama. - Didie 07:28, 29 Mei 2007 (UTC)[balas]

Berbanyak terima kasih

Terima kasih kerana menyokong saya menjadi penyelia, dan kini saya sudah jadi penyelia. Saya terhutang budi dengan anda. — Aeon 05:13, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]

Sama-sama. — Didie 05:16, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]
Emm didie, untuk melantik pengguna baru tak perlu ke meta, di sini sahaja sudah boleh. Sebab itulah ada birokrat. — Master2841 10:07, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]

Alamak saya tersilap lagi. Sebelum ini, saya ingat kenapa Istimewa:Log/rights tidak mempunyai perubahan berikutan perlucutan jawatan penyelia yang sudah dijalankan. Jadi, saya ingat birokrat ada kaitan dengan perkara ini. Setelah anda beritahu yang birokrat tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan penyelia. Maka sebab itu tiada perubahan terdapat di Istimewa:Log/right sebaliknya perlu dipohon di meta. Sekarang jadi terbalik pula. Kelakar sungguh! Tapi, Yosri dan Aurora selaku birokrat tak tahukah ada perlantikan yang patut dijalankan? — Didie 02:34, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Biarkan sahajalah, sekarang mari kita teruskan sumbangan di wikipedia ini, masih banyak yang perlu dilakukan. Sekarang saya sedang berusaha menjadikan rencana Qubbat As-Sakhrah sebagai rencan pilihan bulan Oktober. — Master2841 07:36, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Tentang pengundian saya

Assalamualaikum, sekarang anda tentu tau saya sedang memohon menjadi penyelia kan? Kalau saya dapat hanya sokongan dan berkecuali, tanpa bantahan, namun sokongan tak sampai 50% daripada kesemua undi, adakah saya akan menang? Terima kasih! --Edmund The King of The Woods! 10:15, 12 Jun 2007 (UTC)[balas]


Jika diikut dari segi polisi perlantikan penyelia di wiki bahasa indonesia, rasanya tidak boleh menang kerana memerlukan 70% undi untuk menandakan persetujuan terikat. Tetapi mengenai hal perlantikan anda pula, saya rasa mungkin menang, mungkin tidak kerana kedua-dua kategori mempunyai undian yang sama kerana tarikh tamat pengundiannya banyak hari lagi dan pasti ada pengguna yang ingin mengundi bukannya pada awal pengundian berlangsung tetapi pada 'last-last minute' berikutan mempunyai prinsip tersendiri iaitu mahu melihat pencapaian anda ketika pengundian berlangsung ataupun apa-apa jua prinsip lain. Pendek kata, peluangnya amat tipis. Namun, jika hal ini terjadi ketika pengundian ditutup dan kedudukan seri, saya rasa sokongan setuju lebih banyak peluang untuk digunapakai berbanding berkecuali kerana ia menunjukkan sokongan dengan pengundian yang diadakan berbanding berkecuali yang hanya melakukan undian tetapi masih terkeliru untuk memilih yang mana sama ada setuju atau tak dan boleh menukar jawapannya setelah mengetahui yang mana harus dipilih. Pernyataan saya ini hanyalah pendapat saya dari sudut yang positif. Semoga berjaya! — Didie 08:04, 13 Jun 2007 (UTC)[balas]

Rencana yang saya padam bahasa Inggeris di dalamnya

Pada asalnya saya memadam bahasa Inggeris dalam Pertempuran Midway‎, tetapi kemudian saudara Yosri menolong meneruskan terjemahan, terima kasih saya ucapkan kepada beliau. Selain daripada itu, berikut adalah rencana lain yang saya padamkan B.Inggeris di dalamnya. Sesetengah darinya, terlalu banyak dan sememangnya lebih dari 50 %. Berikut adalah senarai untuk makluman anda.

Manakala yang di bawah adalah rencana yang saya cadangkan agar dipadamkan, kalau tidak pun, seseorang mesti membetulkan dari awal. Ini adalah kerana, 2 daripadanya saya sebagai orang melayu pun tak faham apa yang ditulis, manakala lagi satu, bercampur perkataan english dalam ayat yang sama. Saya tuliskan nota kenapa saya rasa rencana2 di bawah perlu dipadam. Terus terang saya katakan, saya amat kecewa kerana kita di sini mempunyai penulis sebegini.

  • Hari Alam Sekitar‎ (ini bukan bahasa Melayu.. walaupun 5% telah diterjemahkan. Saya sebagai orang melayu pun tak faham!)
  • Abkhazia‎ (ini adalah 99.99% Bahasa Inggeris dan format yang dicedok tonggang terbalik)
  • Kefahaman menyaling‎ (99% bahasa Inggeris)

Terpulanglah kepada para penyelia untuk mempertimbangkan. Saya cadangkan agar kita ada satu peraturan yang lebih tegas untuk masalah sebegini. Saya postkan masej ini kepada penyelia-penyelia yang lain juga. - Jay 10:39, 15 Jun 2007 (UTC)[balas]


Could you please write a stub http://ms.wikipedia.org/wiki/Auckland_Grammar_School - just a few sentences based on http://en.wikipedia.org/wiki/Auckland_Grammar_School? Only 2-5 sentences enough. Please. --Per Angusta 06:38, 22 Jun 2007 (UTC)[balas]

Ketidakaktifan saya selepas ini

Mulai hari ini, keaktifan saya di sini mungkin tak tentu, berikutan ada hal mustahak yang saya perlu selesaikan di dunia realiti ini. Saya pun manusia jugak yang perlu memastikan kehidupan saya lancar bukannya robot yang hanya tercegat di depan komputer 24 jam tiap-tiap hari. Faham kot. Jadi, sepanjang ketidakaktifan saya di sini, saya harap ms.wiki ini tak ada masalahlah ye dan sentiasa ada pengguna yang mahu menyumbang di sini ke arah kemajuan ms.wiki ini. Bukannya, bergaduh tak tentu pasal yang akhirnya entah apa-apa yang jadi. Mungkin apa-apa pesanan dikirim tidak dapat dijawab lebih segera dan maaf banyak2. - — Didie 08:43, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Reply saya ke Didie

Saya dapat rasakan yang anda, secara jujur, dan maaf untuk berkata pada pesanan saya kali ni bahawa anda belum cukup matang dalam membuat perbezaan antara benar, samar dan batil. Kalaulah, maaflah tuk cakap ni, kalaulah kebanyakan orang melayu kita benci Yahudi, mengapa sesetengah dari kita mempunyai kopiah jalur hitam putih menyerupai Yahudi? Dan, mengapakah juga kebanyakan kita memakai seluar pendek sedangkan saya terdengar dahulu kebanyakan orang melayu mengatakan pakai seluar pendek adalah perkara syaitan dll? Kalaulah kita hebat, mengapa PM kita iaitu Pak Lah, datuknya orang Yaman? Tahukah anda bahawa orang Yaman dahulu merupakan orang Yahudi? Tapi sekarang dah masuk Islam. Jadi tak salah kalau kita benci Yahudi asalkan benci dengan cara yang baik. Satu lagi, orang Yahudi juga manusia seperti kita. Kita cuma perlu benci Yahudi Israel dan Zionis dan sesetengah Yahudi jahat dari warganegara lain, itu sahaja. Jika pesanan saya ini dialihkan, terpulanglah kepada budi bicara para pengguna dan 8 para penyelia. Inilah sahaja pesanan saya yang terakhir mengenai agama, lepas ni saya takkan buat lagi pesanan mengenai topik sama, moga anda dicucuri berkat, Didie. Sekian Wassalam. — Imran Al-Sahih 14:21, 1 Julai 2007 (UTC)[balas]

Ahlan Wahsahlan, saya di sini mengambil teguran saudara dengan seadanya. Walau bagaimanapun, jika anda kata saya tak matang. Hmmm. Saya kata nasihat, faham tak? Kalau nak ikut, ikutlah tak kisah pun. Tapi jangan terlalu leka dibuai mimpi dan akhirnya jatuh diambil orang lain sudahlah. Saya tak berapa suka nak cakap pasal perkara kontroversi di sini sebab ia hanya suruh kita fikir sahaja yang mana boleh atau tidak bagi seseorang. Namun, disebabkan untuk mengelak daripada semua habis ikut. Macam mana? Memang budaya Melayu ada tercampur sedikit dengan budaya Yahudi sebab semua budaya Melayu kebanyakan semua dicedok daripada amalan yang lain bukannya amalan Melayu yang sebenar-benarnya asli. Orang Yahudi memang makhluk Allah juga kan. Rupa mereka memang cantik, jelita(bagi perempuan), tapi tak jadi Miss Universe atau World pun. Sebab tulah saya kata jangan terpedaya sudahlah. Adakah pernyataan saya salah. Kalau ada beritahulah. Tapi selepas ini saya tak nak terlibat isu-isu ini di laman ilmiah ini ye. OK! Jumpa lagi..... — Didie 02:28, 2 Julai 2007 (UTC)[balas]

Sila ambil perhatian

Baru-baru ini Pengguna:MSWiki memohon lagi menjadi penyelia. Sila uruskan perkara ini. Terima kasih!

Oh ya, siapakah yg layak menguruskan laman-laman pengundian, seperti memulakan pengundian? --Edmund The King of The Woods! 10:49, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]


Ya kah, MSWiki sedang memohon menjadi penyelia. Tak nampak macam memohon. Tapi tak pelah sebentar lagi saya akan uruskannya. Berhubung pertanyaan siapa yang layak menguruskan laman-laman pengundian, saya rasa penyelia yang lebih layak melakukannya bukan calon itu sendiri atau pengguna bukan penyelia. Sebabnya, setiap penyelia ada kuasa dalam mengurus pentadbiran di ms.wiki kan bukannya pengguna biasa ye. Sekian. - — Didie 02:48, 7 Julai 2007 (UTC)[balas]

Kenapa dulu anda sekat dia? Apa salahnya utk bernama "botak"!!?? --Edmund The King of The Woods! 05:30, 19 Julai 2007 (UTC)[balas]


Bunyinya janggal sungguh untuk disebut sebagai pengguna. Mungkin pengguna itu hanya sekadar suka-suka untuk puaskan apa yang dia mahu dengan memilih nama "botak". Seelok-eloknya pilihlah nama yang tidak mempunyai makna lain atau nama yang merujuk kepada sifat fizikal badan 'manusia' ye. Salahkah??? - — Didie 07:26, 19 Julai 2007 (UTC)[balas]

MSWiki

Bagaimanakah anda tahu saya berasal dari negeri Selangor? ..MSWiki 15:26, 26 Julai 2007 (UTC)..[balas]

  • Bukankah anda merujuk buku Tingkatan 1,2, dan 3 dan menghadapi peperiksaan percubaan PMR sekarang ? 16:06, 26 Julai 2007 (UTC)Malekhanif.

Kenapa anda tanya pulak? Anda sendiri yang tulis anda bersekolah di Petaling Jaya yang terletak di negeri Selangor. Lupa ke? Issyyy... Semua maklumat penyelia bermastautin di mana dirujuk berdasarkan laman penggunanya. Jika tak ada, maka tak adalah maklumat spesifik yang boleh saya tulis mengenai seseorang penyelia itu di laman Wikipedia:Penyelia. Hehehe — Didie 04:33, 27 Julai 2007 (UTC)[balas]

Permohonan rencana

Wau, anda mengemaskan laman itu ya? Tetapi untuk permohonan saya untuk rencana kata-kata kesat seperti ngentot, puki, ... pula, anda tidak sepatutnya padam itu, kerana itu memang dipohon oleh seseorang. Dan apa salahnya untuk tulis rencana sebegitu? Anda boleh dapat rencana macam ini di Wikipedia Bahasa Inggeris, misalnya en:Fuck, en:Shit, en:Cunt, ... Dan rencana "fuck" itulah yg membawa saya menjadi aktif di Wikipedia! Kawan saya yg jemput saya baca rencana itu, kerana saya suka mencarut :-P ... --Edmund The King of The Woods! 01:47, 29 Julai 2007 (UTC)[balas]

Tak sangka betul perkataan kesat sedemikian harus dijadikan sebagai antara laman-laman ilmiah ye. Tapi, mungkin perkataan ini taklah penting sangat pun. Lagipun, hanya segelintir sahaja yang tahu. Tapi sebagai pengetahuan nak buat macam mana. Jangan sampai keterlaluan pulak isi rencana2 itu ye. Ikut suka hati anda, saudara Edmund. Sekian...

Rencana2 sebegitu memang mesti berhati-hati ditulis. Rencana2 sebegitu hanyalah untuk menceritakan asal-usul kata kesat itu, seta penggunaannya yg meluas. Bacalah rencana2 Bahasa Inggeris yg saya nyatakan itu. Kalau tak ada org yg tau macam mana kata-kata Bahasa Melayu tu datang, biarkan sajalah! --Edmund The King of The Woods! 17:22, 15 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Tentang menara berkembar Petronas

Assalamualaikum, Sheikh Didie. Ayah saya kata, Menara Berkembar Petronas mengalami kecondongan. Saya dengar ni pun saya dah mula risau kerana setahu saya, Menara Berkembar ini takde apa2 masalah. Saya rasa memang ramai yang tak tau perkara ini dan saya harap agar bangunan ini tak jatuh kerana ia boleh menimbulkan malapetaka yang amat besar. — Imran Al-Sahih 09:40, 1 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Tahniah!

Tahniah Didie, di atas kegigihan anda yang berharga. — Imran Al-Sahih 09:45, 10 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih berhubung penghargaan anda, saudara Emrrans. — Didie 08:22, 17 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Ecuador di bawah Malaysia

Saya pun cukup teruja dengan fakta yang diberi oleh pensyarah En. Foo Ho Loke semasa saya kursus tahun 1984-1986 dulu. Jika tak percaya, sila tengok glob.Malekhanif 12:57, 20 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Tentang kehadiran saya di wiki ms ini dan undian saya sebagai penyelia sekali lagi

Hello Didie, saya tak tau berapa lama saya akan berada di sini, mungkin akhir tahun saya tiada. Takpe, anda boleh hantar pesanan kepada saya melalui e-mel, hehe. Juga, jika saya bakal jadi penyelia sekali lagi pada bulan November atau Disember tahun ini, adakah itu masa yang lebih selesa? Serta adakah anda akan kemungkinan sokong saya? Jika saya gagal sekali lagi pada bulan tersebut saya akan minta jadi penyelia buat kali kelima dalam akaun asal saya (Emrrans) pada bulan April atau Mei tahun 2008. Saya harap dosa saya ditebus 100% sejernihnya. Hehe, anda tak perlu risau sangat tentang saya. Saya boleh jaga diri saya dengan baik. — Imran Al-Sahih 14:09, 22 Ogos 2007 (UTC)[balas]

CheckUser

Terima kasih banyak-banyak kerana memulakan pengundian utk istilah Bahasa Melayu kpd itu. --Edmund The King of The Woods! 16:47, 22 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Memadam permohonan rencana.

Boleh anda jelaskan kenapa anda sering memadam permohonan rencana? Yosri 10:03, 23 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Hmmm... Sebabnya pengguna yang memohon rencana itu tidak mengikut prosedur yang telahpun tertera di laman Wikipedia:Memohon rencana. Minta tandatangani permohonan anda seperti ini — Didie 10:14, 23 Ogos 2007 (UTC) selepas memohon rencana supaya pengguna lain tahu siapa yang memohon meskipun anda pengguna berdaftar atau pengguna tak berdaftar.. Itu adalah petikan mengenai prosedur memohon. Jadi, jika mereka tak ikut prosedur tersebut maka permohonan mereka tak dilayan atau dipadam. Satu lagi, saya pun agak hairan. Adakah pemohon permohonan rencana(pengguna tidak berdaftar/pengguna berdaftar) tak meneliti penerangan yang telahpun tertera di laman permohonan yang sama, kah? Jadi, inilah penjelasan sebenar-benarnya berhubung pertanyaan saudara. — Didie 10:14, 23 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih

Kenapa?— Didie 09:15, 24 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana sudi membantu dalam mengembangkan portal Geografi, Sejarah, Matematik dan Biografi. Pada pendapat saya, laman-laman tersebut nampaknya masih kekurangan sesuatu. Apakah pendapat anda? Laman portal nampak kurang menarik dan hanya penuh dengan perkataan sahaja. MSWiki 09:17, 24 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Yeah! Sememangnya benar kata anda, MSWiki. Mungkin portal-portal itu tak ada daya tarikan. Tapi, ia lebih baik daripada membiarkan portal-portal itu terbengkalai sebegitu saja. Walau bagaimanapun, usaha untuk mencari daya tarikan, saya fikir mungkin memakan masa yang agak lama juga. Namun, jika usaha dan semangat yang jitu daripada pihak komuniti ms.wiki giat dilakukan untuk sama2 kembangkan portal itu. Mungkin, ia akan mengubah segala-galanya. Satu lagi, mengenai portal berkaitan setiap portal, saya tak berapa faham macam mana nak klasifikasikan sebuah portal dengan subportal. Mungkin anda dan yang lain2 boleh membantu. Sekian. — Didie 09:25, 24 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Saya telah menyemak Wikipedia versi BI. Tiada sebarang perbezaan antara portal dengan subportal. Dengan kata lain, subportal juga dikenali sebagai portal berkaitan. Oleh itu, pada pandangan saya, subportal sama dengan istilah portal berkaitan. Tiada sebarang perbezaan antara kedua-kedua laman dari segi bentuk. MSWiki 09:30, 24 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Ooops tersilap! Begini, sebenarnya saya tak mahir nak letak isi kandungan dalam 'subportal' yang berkait dengan sesebuah portal itu. Bukannya, mencari istilah perbezaan 'subportal' dengan 'portal berkaitan'. Faham ye. — Didie 09:34, 24 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Untuk membuat membuat subportal dalam sesebuah laman seperti dalam Portal Sastera dan Teknologi,anda hanya perlu cut and paste sahaja. Ubahkan imej dan caption yang menulis portal tersebut. Sekiranya anda menghadapi apa-apa kesulitan, rujuk kepada portal lain sahaja.

Saya agak sibuk buat masa sekarang. Oleh itu, saya hanya akan membantu anda menyunting dan memperbaiki portal-portal seperti yang tersenarai dalam visi dan misi saya selepas peperiksaan saya. Apakah pendapat anda tentang kedua-dua portal ini Portal:Teknologi dan Portal:Sastera. MSWiki 00:15, 25 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Penyelia

Apa masalah dgn nama ini? --Edmund The King of The Woods! 09:30, 25 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Tahukah anda bahawa maksud jayus ialah satu perbuatan seseorang yang dilihat sebagai perbuatan takut dengan seseorang. Susah betul nak tafsir makna ini sedalam-dalamnya. Walaubagaimanapun, apa yang saya boleh kata yang mana 'jayus' tak berapa sesuai untuk dijadikan sebagai 'sebuah nama pengguna'. — Didie 09:45, 25 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Adakah anda keliru dengan "dayus"? Saya rasa Jayus memang sebuah nama manakala dayus adalah sifat yang kurang elok. Polar 10:58, 25 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Oh. Ya kah? Maaf banyak2. Saya hampir tak perasan akan nama pengguna itu ye. Maaf. Saya akan nyahsekat pengguna itu. — Didie 13:30, 25 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Macam mana anda tau dia ada akaun berganda? --Edmund The King of The Woods! 11:39, 26 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Maaf, saya tersilap tekan pulak. Sebenarnya saya telahpun menyekat pengguna atas alasan nama yang tak sesuai tapi bila kali dua sekat, tertekan yang lainlah pulak. Maaf2 -— Didie 08:55, 27 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Kualiti rencana

Terima kasih atas kesudian saudari untuk menyertai saya dalam projek Wikipedia:WikiProjek Kualiti Rencana. Saya akan cuba membantu anda untuk mengemaskinikan rencana olahraga dari segi tatabahasa dan maklumat. --MSWiki 14:01, 6 September 2007 (UTC)--[balas]

Bot

  1. Idioma-bot datang sekali kemudian terus lesap. Apa gunanya bagi status.
  2. Akaun Fajarbot tak pernah didaftarkan [2]. Lihat juga id:Wikipedia:Bot/Permohonan.
  3. Pengguna:MediaWiki default bukan bot walaupun berstatus bot. Baca di wiki-en. ...Aurora... 14:08, 10 September 2007 (UTC)[balas]

Betul juga kata anda, Aurora. Terima kasih atas penjelasan yang disampaikan oleh anda ini. — Didie 06:40, 11 September 2007 (UTC)[balas]

Anda dijemput menyertai perbincangan tentang pesanan sistem itu. Terima kasih dan Selamat Berpuasa. --Edmund The King of The Woods! 09:09, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih

Barnstar itu sudah saya letakkan. Terima kasih atas penghargaan anda. Selamat menunaikan puasa. -Yk 16:12, 15 September 2007

Sama-sama. — Didie 22:12, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Deletion

Tolong jangan padam besar-besaran maklumat yang boleh diterima, tanpa berbincang. Sekurang-kurangnya masukkan penjelasan diruang perbincangan. Yosri 06:14, 19 September 2007 (UTC)[balas]

Hmmm, kesilapan tatabahasa anda "tolong jangan..." sebenarnya kedua-dua perkataan ini adalah kata penguat. Adakah anda tahu perkataan kata perintah tidak boleh digunakan berturut-turut. Harap anda dan pengguna yang lain peka. Satu lagi, bagi pendapat saya; ramai orang suka guna perkataan 'di bulan Ramadhan'. Hairan betul. Sebab sepatutnya 'pada bulan Ramadhan'. Maaf terkeluar tajuk.

Apa yang saya padam ialah untuk mengemaskini maklumat terkini. Bukannya melakukan vandal. Faham ye... — Didie 06:24, 19 September 2007 (UTC)[balas]

Tolong itu perkataan sopan, jangan padam itu satu arahan. Cuba buang salah satu, lain maknanya. Kalau nak betulpun tata bahasa, biar betul bahasa. Satu lagi apa maksud anda mengemaskini maklumat terkini. Ada pertukaran pada siaran Astro yang saya tidak tahu?Yosri 07:23, 19 September 2007 (UTC)[balas]

Salam. Tolong dan jangan tidak boleh bertemu berturut-turut. Memang sedap bunyinya tapi mengikut format terkini ia salah. Ikutlah yang mana satu yang anda rasa boleh ikut, saudara Yosri. Mmmm. Bukankah Astro dalam perancangan dan bakal terlaksana bahawa format angka saluran Astro bertukar kepada 3 digit. Maaf ye. Jika saya terlebih laju, maklumlah terlupa nak tekan brek. Tapi anehnya, mengapa en.wiki padam saluran Astro yang lama sebaliknya menampilkan saluran Astro yang terbaru pulak. — Didie 08:24, 19 September 2007 (UTC)[balas]

Sila betulkan ayat tersebut mengikut format baru, orang lama nak lihat. Jangan pulak ditukar maknanya. Oh! gitu.. ASTRO tukar 3 digit, kenapa dipadam yang lama tak masuk yang baru? Sekali tengok macam salah laku, itu yang pulihkan kembali. Yosri 08:47, 19 September 2007 (UTC)[balas]

BukanTeamBiasa

Hai Didie. Pada pengamatan saya, BukanTeamBiasa sangat tidak sesuai menjadi penyelia kerana kelemahannya dalam berbahasa Melayu sangat jelas sejak suntingannya yang pertama hingga kini. Dia hanya mampu menterjemah rencana inggeris pada tahap 2-3 dan pengurusannya dalam membentuk rencana piawai sangat rendah. Dan, dia antara penyumbang rencana yang mempunyai tatabahasa yang paling teruk. Harap anda mempertimbangkan pelbagai sudut atau anda lantik semua pengguna jadi penyelia... Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Polar 10:32, 20 September 2007 (UTC)[balas]

Akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, saya sekarang sedang bersiap-sedia untuk berbuka. Saya akan lakukannya selepas ini. — Didie 11:04, 20 September 2007 (UTC)[balas]

Hi Didie. Betul cakap Polar. Saya memang tidak sesuai untuk menjadi penyelia. Pertama, Kualiti tatabahasa Bahasa Melayu saya memang teruk dibandingkan dengan penyelia lain dan bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda saya - bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda saya. Kedua, saya tidak pandai menggunakan bahasa HTML untuk kegunaan wikipedia. Lagipun, saya tidak minat menjadi penyelia oleh kerana tanggung jawab yang berat diberikan pada saya. Begini sahaja, saya ingin menyumbang demi mempertambahkan ilmu yang baik bagi Wikipedia bahasa Melayu tetapi hanya sebagai pengguna biasa sahaja. Saya perlu waktu untuk memperbaiki bahasa Melayu saya dan apabila bahasa Melayu saya setaraf dengan bahasa Melayu profesor nanti, saya akan memberitahu anda tetang anggapan melantikkan saya sebagai penyelia. Terima kasih membawa perhatian bagi hal seperti ini. --BukanTeamBiasa 11:17, 23 September 2007 (UTC)[balas]

Sama-sama. — Didie 23:01, 23 September 2007 (UTC)[balas]

Reply

Itu adalah sementara sahaja. Saya tidak letak gambar Domingo walaupun dalam Wiki EN kerana copyrights. Saya baru dapat e-mail dari office Domingo di Germany, dan setelah saya upload gambar beliau dalam Wiki Common, baru saya akan tukarkan. Sebab itu semua gambar2 Domingo (termasuk dalam article di Wiki EN) buat masa sementara ini ialah "fair use" sahaja. - Jay 15:58, 24 September 2007 (UTC)[balas]

Ohhhh gitu ye. Terima kasih. — Didie 23:07, 24 September 2007 (UTC)[balas]