Perbincangan pengguna:Fandi89/Arkib4

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut ialah laman Perbincangan pengguna:Fandi89 dari November 2018 sehingga Februari 2019.

Jemputan Bulan Asia Wikipedia[sunting sumber]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia

Anda dijemput untuk mengikuti Bulan Asia Wikipedia 2018!

Cipta 4 rencana berkaitan Asia dan menangi poskad khas daripada komuniti Wikimedia dari Asia!

Ahli Wikipedia yang mencipta rencana yang terbanyak akan dianugerahi "Duta Asia Wikipedia" dan mendapat sijil bertandatangan khas!

Daftar sekarang! Peraturan

TofeikuBincang 06:29, 1 November 2018 (UTC)[balas]

Selamat datang ke Bulan Asia Wikipedia 2018![sunting sumber]

Hai! Terima kasih kerana sudi menyertai Bulan Asia Wikipedia. Di bawah terdapat beberapa maklumat tentang acara ini:

  1. Hanya rencana berkaitan dengan negara Asia selain daripada negara anda sahaja yang akan diterima. Harap maklum.
  2. Tolong serahkan rencana anda melalui alat ini. Klik 'log in' (log masuk) di kanan atas dan OAuth akan lakukan selebihnya. Anda juga boleh ubah bahasa antara muka di kanan atas.
  3. Sesudah anda serahkan rencana, alat itu akan tambah templat ke rencana berkenaan dan menandakannya untuk diulas oleh penganjur. Anda boleh periksa perkembangan anda menggunakan alat ini, yang memasukkan bilangan rencana anda yang diterima.
  4. Peserta yang mencapai 4 rencana yang diterima akan menerima sekeping poskad Bulan Asia Wikipedia. Anda akan menerima satu lagi poskad khas jika anda mencapai 15 rencana yang diterima. Ahli Wikipedia dengan bilangan rencana diterima yang tertinggi di Wikipedia bahasa Melayu akan dianugerahi "Duta Asia Wikipedia", dan akan menerima sijil bertandatangan dan poskad tambahan.
  5. Jika anda mengalami sebarang masalah mencapai atau menggunakan alat berkenaan, anda boleh serahkan rencana anda di laman ini di sebelah nama pengguna anda.
  6. Bulan Asia Wikipedia juga diadakan di Wikipedia edisi bahasa lain dan dikira berasingan. Lihat edisi bahasa lain.
  7. Jika anda ada sebarang soalan, anda boleh lihat Soal Jawab kami atau poskan di laman perbincangan BAW.

Buat yang terbaik! -- TofeikuBincang 13:07, 1 November 2018 (UTC)[balas]

known_for =[sunting sumber]

known_for = digunakan bagi filem/karya/drama pertama yang menjulang nama subjek. Mustahil subjek terkenal dalam semua karyanya. Yosri (bincang) 00:47, 10 November 2018 (UTC)[balas]

Saya cuma ikut gaya di en.wiki, bukan sengaja memadamkannya atau vandalisme. Apapun terima kasih. -Fandi89 (bincang) 01:36, 10 November 2018 (UTC)[balas]

Sila kemukakan pendapat anda mengenai kewujudan Wikipedia:Rencana pilihan/Kajian semula di laman perbincangannya. Kerjasama anda amatlah dialu-alukan. Selamat memajukan Wikipedia! Kacha Permata (bincang) 16:54, 12 November 2018 (UTC)[balas]

Laman Perbincangan[sunting sumber]

Salam Fandi89/Arkib4. Selaras dengan garis panduan en.wp jangan cipta laman perbincangan hanya untuk meletakkan templat {{bincang}}. Ia akan diletakkan secara automatik oleh perisian MediaWiki apabila ada perbincangan mengenai rencana. Manakala bagi laman perbincangan ruang nama lain, cuma guna apabila perlu. Elakkan menambahnya pada laman perbincangan kosong. Perbuatan ini akan menukar tab "perbincangan" di atas laman daripada "merah" menjadi "biru", dan akan membuatkan orang menyangka terdapat perbincangan.

❯❯❯CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن)

Jadi saya fikir elok jika diundurkan kembali laman tersebut.
Jika awak merasakan ianya tepat sama sekali. Perkara sama juga awak perlu ajukan kepada LucernePrototype, sebab dia juga mencipta banyak laman perbincangan.-Fandi89 (bincang) 14:04, 18 November 2018 (UTC)[balas]
@Fandi89: Sebenarnya ia tidak menepati polisi Wikipedia. Sebagai pengguna yang sudah lama di sini, anda sudah tentu sedar akan polisi ini. Tapi apa boleh buatkan, sebab halaman perbincangan sudah banyak tercipta. Untuk mengundurkan kembali memang menjadi suatu masalah. Harap-harap tidak berlaku lagi ;). Saya akan ingatkan LucernePrototype berkenaan hal ini. Terima kasih saudara kerana memberi respon. Maaf sekiranya ada mengguris hati. Salam Maulidur Rasul ;).. ❯❯❯CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Khamis, 11 April 2024 02:19:07 (UTC)
Walaupun saya sudah mengingatkan anda pada 2 hari lepas tetapi anda tetap melakukannya. Apa yang sebenarnya anda cuba lakukan? ❯❯❯CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Khamis, 11 April 2024 02:19:07 (UTC)
Salam saudara, saya terpaksa hapuskan laman perbincangan yang anda wujudkan kerana tiada sebarang perbincangan yang dilakukan ke atas rencana yang anda wujudkan laman perbincangannya. Terima kasih.CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) 13:58, 28 Januari 2019 (UTC)[balas]

Membuang kandungan[sunting sumber]

Anda dinasihatkan agar tidak membuang kandungan hanya kerana anda tidak tahu. Jika anda ingin kepastian, sila gunakan tag {{fact}} pada perenggan tersebut. Harap maklum. Yosri (bincang) 15:54, 21 November 2018 (UTC)[balas]

Arash Afnan[sunting sumber]

Tag diletakkan bagi memberi peluang pencipta memasukan rujukan. Ia akan dihapuskan sekiranya tiada rujukan sahih diberikan dalam tempoh terdekat. Yosri (bincang) 14:25, 28 November 2018 (UTC)[balas]

Rencana tanpa rujukan sahih akan dihapuskan. Sila pastikan rujukan diberikan. Yosri (bincang) 01:25, 1 Disember 2018 (UTC)[balas]

Arahan diterima. -Fandi89 (bincang) 01:29, 1 Disember 2018 (UTC)[balas]

Parameter kewarganegaraan hanya digunakan untuk subjek dengan pelbagai kerakyatan.[sunting sumber]

Parameter kewarganegaraan hanya digunakan untuk subjek dengan pelbagai kerakyatan.[perlu rujukan] Yosri (bincang) 14:45, 3 Disember 2018 (UTC)[balas]

Hanya ikut gaya WP:BIO di en.wiki.-15:25, 3 Disember 2018 (UTC)
Berikan pautan rujukan yang anda baca. Yosri (bincang) 15:28, 3 Disember 2018 (UTC)[balas]

Bintang Penghargaan[sunting sumber]

Bintang Ketekunan
Hasil usaha anda mewujudkan rencana rintis dalam pelbagai bidang dan topik serta menambah ratusan maklumat dalam rencana hiburan harus dihargai. Syabas!
- Polar (bincang) 09:33, 10 Disember 2018 (UTC)[balas]

Kemaskini rencana[sunting sumber]

Salam Fandi89/Arkib4. Saya ingin meminta jasa baik anda untuk membantu saya mengemaskini beberapa rencana mukim di bawah menggunakan templat infobox. Sebenarnya ada banyak lagi tetapi setakat itu sahaja yang dapat saya senaraikan. Saya kini sedang mengemaskini secara beransur-ansur.

Boleh, saya akan cuba. Mungkin dalam tempoh terdekat. –Fandi89 (bincang) 14:35, 14 Disember 2018 (UTC)[balas]

Berkenaan hal ini, saya fikir elok juga dilaksanakan. Banyak rencana mengarut yang dilakukan oleh pengguna alamat IP, tambahan pula tindakan susulan agak sedikit lambat kerana kekurangan penyelia yang aktif dalam suatu waktu. Elok jika rencana baru hanya dibuat oleh pengguna berdaftar dan pengguna alamat IP hanya dibenarkan menyunting sahaja. Walau bagaimanapun, saya lihat ada individu yang menyumbang rencana baru dengan menggunakan alamat IP sahaja dan tidak menggunakan akaun Wikipedia. Ini mungkin memberi kesan kepada golongan ini. Jadi, saya rasa elok difikirkan terlebih dahulu sebelum kita laksanakan. Apapun, cadangan yang baik mungkin boleh dipertimbangkan oleh komuniti. 👍 CyberTroopers (bincang) 05:59, 22 Disember 2018 (UTC)[balas]

Saya lihat di Wikipedia bahasa Inggeris dan Indonesia (tidak termasuk Wikipedia bahasa lain), pembatasan sumbangan rencana baru untuk pengguna IP telah dilakukan di mana hanya pengguna berdaftar sahaja mencipta rencana baru dan pengguna IP hanya boleh menyunting sahaja bagi mengelak vandalisme dan penyebaran maklumat palsu. Perkara ini boleh dicadangkan di laman Kedai Kopi. Saya bimbang jika pembatasan ini tidak dapat dilaksanakan, lebih ramai perosak di sini akan mengambil kesempatan terhadap Wikipedia. 👍 Fandi89 (bincang) 06:06, 22 Disember 2018 (UTC)[balas]
Saya faham kebimbangan anda terhadap perkara ini. Mungkin perkara ini boleh dilakukan. Cuba saudara usulkan di kedai kopi. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Khamis, 11 April 2024 02:19:07 (UTC)
Sudah dicadangkan sebelum ini, namun penyelia dan birokrat di sini beri jawapan tersendiri.–Fandi89 (bincang) 02:38, 23 Disember 2018 (UTC)[balas]
Cuba usulkan sekali lagi. Saya akan bantu anda menjelaskan kepada mereka mengenai perkara ini. 👍 CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Khamis, 11 April 2024 02:19:07 (UTC)

Rencana baru[sunting sumber]

Bolehkah awak buat rencana berikut:

Terima kasih. Ник Аҳмад Ридҳўан (bincang) 12:27, 2 Januari 2019 (UTC)[balas]

Anda cuma perlu buka laman ini https://tools.wmflabs.org/commonshelper/? dan benarkan Oauth, lepas itu masukkan gambar yang ingin dipindah. Gambar yang berhakcipta tidak dibenarkan pindah ke commons.(PS:Sila arkibkan perbincangan anda yang beratus-ratus, TQ) angys Bincang 02:41, 6 Januari 2019 (UTC)[balas]

Terima kasih.-Fandi89 (bincang) 02:42, 6 Januari 2019 (UTC)[balas]

Thank you for being one of Wikipedia's top medical contributors![sunting sumber]

please help translate this message into your local language via meta
The 2018 Cure Award
In 2018 you were one of the top ~250 medical editors across any language of Wikipedia. Thank you from Wiki Project Med Foundation for helping bring free, complete, accurate, up-to-date health information to the public. We really appreciate you and the vital work you do! Wiki Project Med Foundation is a user group whose mission is to improve our health content. Consider joining here, there are no associated costs.

Thanks again :-) -- Doc James along with the rest of the team at Wiki Project Med Foundation 17:55, 28 Januari 2019 (UTC)

Pulihkan laman[sunting sumber]

Saya mahu tunggu respons penyumbangnya terlebih dahulu sebelum memulihkan rencana tersebut. Lagipun poster itu tiada lesen dan jika dieksport ke Wikimedia Commons sudah tentu akan dihapuskan serta-merta. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) 07:49, 10 Februari 2019 (UTC)[balas]

Perlesenannya boleh ditambah sebaik sahaja posternya dipulihkan. Saya akan cuba sebaik mungkin. Poster filem (dan bahan bukan bebas lain) memang tidak boleh dimuatnaik di Wikimedia Commons kerana mereka melarang kegunaan wajar, muat naik tempatan di sini dah dimatikan sejak Julai 2016, iaitu dua tahun sebelum saudara menyertai WBM. Saya harap anda usulkan cadangan untuk hidupkan semula muat naik tempatan.—Fandi89 (bincang) 07:53, 10 Februari 2019 (UTC)[balas]
Disebabkan memuat naik secara bebaslah dengan tiada lesen dsb, fungsi muat naik tidak lagi berfungsi di sini. Saya sedar berhubung perkara tersebut. Memang dalam perancangan saya juga untuk mengembalikan semula fungsi tersebut tetapi bukan dalam masa terdekat ini kerana saya masih sedang dalam proses menyelenggara Wikipedia Bahasa Melayu kerana kualitinya begitu rendah dari pelbagai segi. Saya akan pulihkan fail tersebut tetapi saudara perlu sertakan lesennya secepat mungkin. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) 08:00, 10 Februari 2019 (UTC)[balas]
Fail:The Danish Girl (film) poster.jpg siap dipulihkan. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) 08:03, 10 Februari 2019 (UTC)[balas]
Ringkasan dan perlesenan fail ini sudah dimasukkan. Jadi, teg penghapusannya boleh dipadamkan.-Fandi89 (bincang) 08:20, 10 Februari 2019 (UTC)[balas]

Tunku Nashrul meninggalkan Berita TV9? Ник Аҳмад Ридҳўан (bincang) 17:50, 14 Februari 2019 (UTC)[balas]