Perbincangan pengguna:Irfanshaharuddin/Arkib1

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Arkib 1 | Arkib 2

Menyalin bahan berhakcipta[sunting sumber]

Tolong jangan salin dan tampal bahan berhakcipta. Lihat http://en.m.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Copyright_violations Sila juga guna gaya penulisan berbentuk ilmiah, bukan sembang sembang. Yosri (bincang) 13:04, 21 Mac 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih di atas sumbangan anda. Saya tidak memadamsuntingananda dan anda boleh memeriksa sejarah suntinganindex.php?title=Dato%27_Sudirman_-_Jiwa_Merdeka&diff=2074155&oldid=2072691 Jiwa Merdeka, title=Dato%27_Sudirman_-_In_Down_Memory_Lane&diff=2074159&oldid=2072662 Memory Lane. Hanya perkataan kompilasi dari perkataan Inggeris "compilation", saya tukar pada himpunan. Yosri (bincang) 11:44, 22 Mac 2012 (UTC)[balas]
Untuk gambar anda boleh lihat di WikiCommons. Atau muatkan gambar sendiri atau mana mana gambar dengan lesen Common Creativity. Yosri (bincang) 08:58, 24 Mac 2012 (UTC)[balas]

Sumbangan[sunting sumber]

Saudara boleh juga lihat sumbangan pengguna lain di bahagian kiri laman iaitu 'Perhubungan > Perubahan terkini' untuk sama-sama turut menyumbang di wikipedia BM. Selamat menyumbang! i wong (bincang) 12:06, 24 Mac 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana memberitahu. Terima kasih. Irfanshaharuddin 20:12, 24 Mac 2012
Sama-sama. Dengan fungsi melihat Perubahan terkini, setiap pengguna Wikipedia mampu memantau sebarang perubahan yang terbaru dalam wikipedia. Sebab itulah wikipedia mampu mencegah daripada vandlisme berleluasa di sini. Juga boleh lihat fungsi 'Lihat sejarah' untuk sebarang perubahan terbaru dilakukan oleh penyunting. i wong (bincang) 12:25, 24 Mac 2012 (UTC)[balas]
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda. Saya akan mencuba sedaya upaya untuk membantu memperbanyakkan rencana di dalam bahasa kebangsaan. Irfanshaharuddin 20:27, 24 Mac 2012
Lagi, untuk album, apa kata saudara guna fungsi templat infobox? Cuba lihat contoh dari Decorate (album Yuna). i wong (bincang) 12:29, 24 Mac 2012 (UTC)[balas]
Saya tidak menggunakannya kerana kekurangan sumber yang mencukupi daripada internet. Ini kerana album yang dikeluarkan di dalam bentuk piring hitam sukar untuk ditemui, apatah lagi ditulis di dalam blog. Saya hanya mendapat senarai lagu daripada blog yang terpilih tetapi tidak dinyatakan pula butiran yang lanjut mengenainya. Apapun, terima kasih kerana mencadangkan perkara tersebut. Mungkin saya boleh menggunakannya apabila album yang baru muncul seperti yang telah anda sebutkan tadi kerana terdapat banyak sumber mengenainya. Irfanshaharuddin 20:34, 24 Mac 2012
Penamaan tajuk rencana yang betul adalah Nama album (album) dan bukannya nama album. Penamaan seperti ini merupakan satu kebiasaan di wiki. Zamwan (bincang) 14:33, 24 Mac 2012 (UTC)[balas]
Saya mengambil contoh seperti ini : Perasaan(album), adakah betul penamaan tajuk rencana ini ? Irfanshaharuddin 22:43, 24 Mac 2012
Boleh guna fungsi pindah di sebelah lambang bintang di bahagian kanan laman rencana untuk menukar nama tajuk laman rencana. i wong (bincang) 15:12, 24 Mac 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih. Irfanshaharuddin 11:57, 25 Mac 2012

Letakkan tag {{padam|Sebab perlu padam}} di bahagian atas. Yosri (bincang) 05:13, 25 Mac 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih.. Irfanshaharuddin 13:15, 25 Mac 2012

Kalau saudara ada rujukan untuk rencana yang saudara tulis, boleh lah disertakan sekali dalam laman rencana tersebut untuk bacaan lanjut pembaca lain. i wong (bincang) 11:21, 27 Mac 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana memberikan pandangan. Saya sebenarnya dalam proses untuk melakukannya. Irfanshaharuddin 19:23, 27 Mac 2012

Penukaran Tajuk Gambar[sunting sumber]

Sebenarnya ada di option gambar semasa gambar itu sedang diuploadkan. Lihat "nama fail destinasi". Tapi kalau dah upload, sudah tak boleh nak tukar nama. Jika ia berlaku, gunakan keterangan untuk menerangkan gambar yang telah diupload. i wong (bincang) 14:04, 27 Mac 2012 (UTC)[balas]

Tiada. Tag delete dan reload. Yosri (bincang) 14:26, 27 Mac 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih kerana memberi maklumat..Irfanshaharuddin 15:21, 28 Mac 2012

Laman baru[sunting sumber]

Wikipedia Inggeris dan Wikipedia bahasa Melayu adalah berbeza sepenuhnya. Anda boleh mencipta tajuk rencana dalam bahasa Melayu. Rujuk [| DBP] bagi istilah rasmi. Yosri (bincang) 07:59, 28 Mac 2012 (UTC)[balas]

Dengan menggunakan tajuk yang serupa sepertimana tajuk yang telah sedia ada dalam bahasa Inggeris ? Irfanshaharuddin 18:21, 28 Mac 2012
Bergantung kepada terjemahannya/nama khas. Jika nama khas tak perlu tukar, jika tidak, gunakan bahasa Melayu, kerana ini Wikipedia bahasa Melayu, bukannya bahasa pasar. Nama saintifik, tak perlu tukar. Yosri (bincang) 12:54, 28 Mac 2012 (UTC)[balas]
Saya adalah orang yang mencipta rencana Sudirman, lihat suntingan saya di sini. Anda boleh melihat sejarah suntingan sehingga terawal dengan mengklik "Lihat sejarah". Yosri (bincang) 15:39, 2 April 2012 (UTC)[balas]
Melihat pada sejarah perkembangan rencana, kelihatannya ia berkembang sebagai rencana asli, bukannya salin dan tampal. Pertambahannya berlaku perlahan-lahan. Bagaimanapun anda boleh telusuri sejarahnya lebih lanjut. Saya tak larat kerana terlalu panjang sejarah perkembangannya. Yosri (bincang) 15:46, 2 April 2012 (UTC)[balas]

Saya akan menyemaknya. Irfanshaharuddin 18:46, 3 April 2012