Perbincangan pengguna:Irfanshaharuddin/Arkib2

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Arkib 1 | Arkib 2 | Arkib 3

Cadangan penambahbaikan Rencana Sudirman[sunting sumber]

Saya rasa rencana tentang arwahyarham Sudirman pasti ada di setiap akhbar tempatan. Saudara boleh cuba cari secara online di arkib laman web mereka seperti di Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo!, Sinar Harian, Harian Metro, The Star dan NST. Kemudian boleh disisipkan sebagai rujukan untuk rencana tersebut. -- i wong (bincang) 00:07, 3 April 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih atas cadangan saudara. Irfan 18:48, 3 April 2012

Re: Zee Avi[sunting sumber]

Saya rasa ralat petik itu merujuk kepada rujukan yang tak lengkap. Kalau saudara meletakkan citation pada hujung ayat seperti <ref>[http:// Zee Avi]. Utusan Malaysia. Capaian 10 April 2012.</ref> perlulah disertakan juga {{reflist}} pada bawah bahagian rujukan rencana. -- i wong (bincang) 10:30, 10 April 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih, saya akan memperbaikinya pada masa akan datang. Irfan (bincang) 18:57, 10 April 2012

Carian di Google. Yosri (bincang) 07:42, 12 April 2012 (UTC)[balas]

Tolong ambil perhatian[sunting sumber]

Assalamualaikum dan salam Wikipedia. Salam sejahtera pengguna Irfanshaharuddin/Arkib2, apabila anda mencipta laman bagi sesuatu album sila pastikan tajuk utama laman tersebut mesti dijelaskan ia sebagai suatu judul album, teater, kugiran, lagu, wayang dan sebagainya.

Sebagai contoh apabila anda membuat suatu tajuk rencana mengenai "Surat Terakhir", dimana pengisian rencana menjurus kepada maksud bahawa ianya sebuah album. Maka anda Mesti mewujudkan perkataan nyahkekaburan disebelahnya iaitu album, misalnya Surat Terakhir (album). Ini sangat-sangat penting bagi mengelakkan dari pembaca terkeliru!!!

Menurut dasar Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana pada bahagian Muzik, album dan pancaragam, jelas menyatakan;

Untuk nyahkekaburan, anda harus menggunakan (kugiran), (pancaragam), (kumpulan), (album), atau (lagu) (seperti Anthrax (kugiran) atau Insomniac (album));

Sila ambil perhatian dalam menjaga kualiti rencana di Wikipedia bahasa Melayu. Terima kasih diatas sumbangan dan dokongan anda untuk memajukan bidang keilmuan dalam bahasa Melayu. Segala kerjasama anda amat dihargai.--Smim90 (bincang) 11:39, 12 April 2012 (UTC)[balas]

"WIKIPEDIA KEARAH RENCANA BERKUALITI DAN BERKETERAMPILAN"

Waalaikummussalam. Saya sebenarnya baru di dalam laman wikipedia ini dan masih belajar mengenai perkara-perkara suntingan dan pewujudan laman baru. Saya ingin meminta maaf di atas kesilapan saya dan akan memperbaikinya pada masa akan datang. Segala bimbingan dari pihak saudara amatlah berguna bagi saya. Sekian. Irfan (bincang) 17:31, 13 April 2012
Tak mengapa. Penyelia hanya memberi nasihat sahaja sebagai menjalankan tanggungjawab mereka. Boleh tukar nama untuk satu laman wiki dengan menggunakan log pemindahan. Option ini terletak di sebelah tab [Lihat sejarah] sebelah ikon bintang, iaitu [Pindahkan]. -- i wong (bincang) 10:44, 13 April 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih kerana memberitahu. Irfan (bincang) 20:07, 13 April 2012

Re:Perkara mengenai penamaan tajuk[sunting sumber]

Assalamualaikum dan salam Wikipedia, saudara Irfanshaharuddin/Arkib2, terima kasih atas pertanyaan, Menurut dasar Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana pada bahagian Muzik, album dan pancaragam, jelas menyatakan;

Untuk nyahkekaburan, anda harus menggunakan (kugiran), (pancaragam), (kumpulan), (album), atau (lagu) (seperti Anthrax (kugiran) atau Insomniac (album));

ini sebagai suatu langkah untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam memahami apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh laman, kerana itu wajar (malah merupakan suatu dasar) untuk meletakkan perkataan "nyahkekaburan" seperti (album), (lagu) dan sebagainya. Sekiranya ada dua laman berbeza membawa pengisian yang juga berbeza namun tajuk rencana yang sama misalnya: Surat Terakhir, satu laman itu berkenaan dengan album, tajuknya perlulan Surat Terakhir (album), sekiranya satu laman lain pengisiannya adalah definisi lengkap tentang apa itu surat terakhir, tidak berkaitan dengan album, tajuk rencananya perlu menjadi "Surat Terakhir". Namun suatu laman nyahkekaburan boleh dicipta dengan memasukkan pautan ke kedua-dua laman rencana tersebut misalnya Surat Terakhir (nyahkekaburan).

Terima kasih, dan teruskanlah menyumbang rencana berkaliber di Wikipedia bahasa Melayu, setiap sumbangan anda adalah penentu kepada taraf sebenar kualiti bahan penulisan bahasa Melayu dalam internet. Segala usaha kita bersama moga-moga dirahmati oleh Allah hendaknya jua.--Smim90 (bincang) 03:22, 14 April 2012 (UTC)[balas]

Waalaikummusalam..Terima kasih di atas bimbingan saudara. Irfanshaharuddin (bincang) 12:46, 19 April 2012 (UTC)[balas]

Cadangan.[sunting sumber]

Salam sejahtera. Saya mencadangkan supaya {{Ulasan album}} yang anda gunakan di rencana album boleh diletakkan {{rating-big}}. Contohnya di rencana Zee Avi (album). Sekian. - 26 Ramadan (Bincang) 03:47, 14 April 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana saudara sudi untuk menyuntingnya. Saya akan menggunakannya pada masa akan datang jika ada maklumat lanjut mengenai album yang lain. Irfanshaharuddin (bincang) 05:00, 14 April 2012 (UTC)[balas]
Rasanya ada di wikipedia Inggeris untuk diambil sebagai rujukan. -- i wong (bincang) 08:25, 14 April 2012 (UTC)[balas]
Memang ada, tetapi tidak semua. Irfanshaharuddin (bincang) 09:59, 14 April 2012 (UTC)[balas]

Saya perasan anda memuat naik gambar untuk Evanna Lynch. Sila maklum bahawa gambar berhakcipta (tidak bebas) hanya dibenarkan sekiranya tiada sumber bebas. ...Aurora... (b) 15:37, 15 April 2012 (UTC)[balas]

Maksud saudara ? Irfanshaharuddin (bincang) 15:43, 15 April 2012 (UTC)[balas]
Lihat ini. Fail:Evanna Lynch.jpg berhakcipta, manakala Fail:Evanna Lynch at HBP signing in London - Dec 09 cropped.jpg ialah imej bebas. ...Aurora... (b) 15:50, 15 April 2012 (UTC)[balas]
Maksudnya, kita perlu mendapat kebenaran daripada orang yang memuat naik gambar tersebut? Irfanshaharuddin (bincang) 08:04, 16 April 2012 (UTC)[balas]
Kebenaran sahaja tak cukup, mesti ada lesen bebas. Lihat gambar ini. ...Aurora... (b) 14:47, 16 April 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih. Bagaimanakah untuk mendapatkan lesen tersebut? Irfanshaharuddin (bincang) 10:15, 17 April 2012 (UTC)[balas]
Hubungi tuan punya. Baca Commons:Commons:Permission dan/atau en:Wikipedia:Declaration of consent for all enquiries. ...Aurora... (b) 14:44, 17 April 2012 (UTC)[balas]
Kalau boleh cari di Common.wikipedia dahulu atau di versi wikipedia bahasa lain. Mungkin ia sudah ada dan boleh diguna pakai dalam ms.wikipedia. -- i wong (bincang) 00:13, 16 April 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih kerana memberitahu. Irfanshaharuddin (bincang) 08:04, 16 April 2012 (UTC)[balas]

Beza antara guideline dan policy.[sunting sumber]

Salam,
Anda tidak perlu memindahkan laman kepada nama baru kerana ia hanya sekadar panduan, dan bukannya dasar. Sesuatu dasar memerlukan persetujuan 60% ahli. Panduan 30%. Pencipta rencana berhak menamakan rencana mereka, dan biasanya nama awal lebih diutamakan jika berlaku percanggahan. Anda boleh gunakan laman lencongan untuk membantu pengguna lain. Yosri (bincang) 13:49, 17 April 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana memaklumkan kepada saya. Tetapi saya rasa ada kebaikannya juga kepada para pembaca. Irfanshaharuddin (bincang) 13:54, 17 April 2012 (UTC)[balas]