Perbincangan pengguna:Irfanshaharuddin/Arkib5

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Arkib 4 | Arkib 5 | Arkib 6

Cakera padat[sunting sumber]

Terima kasih kerana mencuba di laman Cakera padat di Wikipedia. Cubaan anda berjaya, dan sekarang telah dibalikkan atau dihapuskan. Sila guna kotak pasir untuk sebarang percubaan lanjutan yang ingin anda lakukan.

Sila lihat laman selamat datang jika anda ingin mengetahui kaedah menyumbang dengan lebih lanjut di sini.

Wikipedia Bahasa Melayu sedang berusaha meningkatkan kualiti rencananya melalui sumbangan daripada pengguna-pengguna seperti anda. Diharapkan anda adalah antara penyumbang berdedikasi itu yang sanggup membantu menjadikan Wikipedia lebih berkualiti dan memberi manfaat kepada para pengguna yang lain. Dengan itu sila pastikan hanya kandungan berbentuk ensiklopedia dimasukkan di sini.

Amaran: Salah laku yang berulang mungkin menyebabkan keistimewaan menyunting anda dibatalkan.


Thank you for experimenting on page Cakera padat on Wikipedia. Your test worked, and it has been reverted or removed. Please use the sandbox for any other tests you may want to do.

Take a look at the welcome page to learn more about contributing to this encyclopedia.

The Malay Wikipedia is trying to improve its articles through contribution from users like you. It is hope that you are one of the dedicated users who is willing to help in improving it and giving benefits to other users. For that please make sure only encyclopedic material is added.

Warning: Persistent abuse may result in your editing privilege being cancelled.

Yosri (bincang) 15:03, 4 Januari 2013 (UTC)[balas]

Sila rujuk istilah di Dewan Bahasa dan Pustaka http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=compact+disk

Kita kena faham istilah "Compact Disk" (CD) dan perkataan tersebut merupakan kata nama khas. Kita tidak boleh terjemah kepada "Cakera Padat" kerana perkataan "cakera padat" merupakan kata nama am. Perkataan "cakera padat" wujud sebagai kata nama am. Jangan menterbalikkan suntingan saya tanpa membincangkannya terlebih dahulu. Irfanshaharuddin (bincang) 15:37, 4 Januari 2013 (UTC)[balas]
Sila rujuk laman DBP. Jangan cipta istilah sendiri di sini. Yosri (bincang) 15:52, 4 Januari 2013 (UTC)[balas]
Saya bukan cipta istilah, saya mengikut hukum bahasa Melayu. Sesuatu kata nama khas tidak boleh diterjemah walaupun diketahui maksudnya. Contohnya, "Facebook" tidak boleh diterjemah kepada "Muka buku". Saya rasa saudara perlu tahu cara membezakan "Compact Disk" dan "Compact disk/compact disk". "Compact Disk" merupakan kata nama khas manakala "Compact disk/compact disk" (Cakera padat/cakera padat) kata nama am yang berfungsi untuk menjadi kata pengganti bagi "Compact Disk". Irfanshaharuddin (bincang) 15:59, 4 Januari 2013 (UTC)[balas]
Saya harap anda tidak menganggap saya bersifat peribadi apabila mengundur suntingan anda. Saya lakukan demikian kerana sudah terang DBP menggunakan istilah cakera padat, (sama seperti Amerika Syarikat sebagai nama khas). Saya telah berikan rujukan saya apabila mengundurkan suntingan anda. Sila berikan rujukan bahawa DBP menggunakan nama khas "Compact Disk" untuk pertimbangan lanjut. Yosri (bincang) 00:01, 5 Januari 2013 (UTC)[balas]
Baiklah. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kerana tersalah membuat pertimbangan. Diharap amaran sebegini rupa tidak akan berlaku lagi pada masa yang akan datang kerana boleh menyebabkan keistimewaan saya dalam menyunting akan hilang. Saya juga akan lebih berhati-hati dalam mengubah penamaan tajuk dan sepatutnya saya berbincang terlebih dahulu di dalam halaman perbincangan. Irfanshaharuddin (bincang) 12:42, 5 Januari 2013 (UTC)[balas]

Tidk mengapa. Saya pakai tag tersebut kerana hendak cepat kerana penggunaan masa terhad. Yosri (bincang) 18:40, 5 Januari 2013 (UTC)[balas]

Amelia Thripura Henderson[sunting sumber]

Laman ini dihapuskan kerana ada pengguna yang menghapuskan tag penyelia, yang merupakan fatal error. Laman yang dihapuskan masih boleh dipulihkan sekiranya ada permintaan yang manusahabah. Saya telah pulihkan laman ini kerana tag itu dibuang oleh pengguna lain. Pastikan rujukan diletakkan dan tag hanya boleh dibuang sebarang penyelia yang berpuas hati ia memenuhi syarat. Sila juga berhenti menulis komen di arkib saya, sebaiknya lansung pada laman perbincangan. Ini kerana isyarat pesanan tiada jika di arkib, dan saya akan terlepas pandang. Yosri (bincang) 19:07, 5 Januari 2013 (UTC)[balas]

Rencana ini bagi saya memiliki terlalu banyak maklumat untuk dikatakan datang dari sumber sahih,, dan lebih pada penyelidikan asli. Pastikan anda faham dasar Wikipedia mengenai promosi diri dan penyelidikan asli di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:No_original_research Yosri (bincang) 19:14, 5 Januari 2013 (UTC)[balas]
Baiklah. Saya akan menurut kata saudara. Saya juga telah meletakkan tag rujukan pada laman tersebut. Irfanshaharuddin (bincang) 02:12, 6 Januari 2013 (UTC)[balas]

Saya telah melihat rencana ini. Saya setuju dengan Yosri mengenai ada banyak maklumat tanpa rujukan. Sila letak. Daripada segi kelayakan, nampaknya ada dia ada di IMDb (sebagai pelakon suara) tetapi sangat pendek. Kalau dia berlakon di Malaysia mesti ada dalam Cinema Malaysia, cuba cari. Sekiranya anda melakukan ini, saya rasa rencana ini boleh dikekalkan. ...Aurora... (b) 14:48, 6 Januari 2013 (UTC)[balas]

Cuba saudara lihat sekali lagi. Saya ada meletakkan rujukan selepas teguran daripada Yosri. Saya dapat banyak maklumat dalam satu rujukan daripada majalah. Saya telah mencari namanya dalam Cinema Malaysia. Berikut merupakan pautannya: http://cinemamalaysia.com.my/crew/info/?id=Amelia_Thripura_Henderson_fDkyOTZ8. Tetapi, datanya tidak lengkap kerana selain daripada berlakon dalam bentuk suara latar, beliau ada juga berlakon dalam filem arahan Yasmin Ahmad iaitu Talentime. Diharap rencana ini dapat dikekalkan sepertimana rencana yang lain. Irfanshaharuddin (bincang) 07:07, 7 Januari 2013 (UTC)[balas]
Ok, nampaknya dia memang lebih banyak berlakon suara. ...Aurora... (b) 15:21, 7 Januari 2013 (UTC)[balas]
Ya. Dia banyak melakonkan suara. Soal rujukan tersebut, saya ingatkan setiap perkataan perlu diletakkan rujukan kerana saudara ada mengatakan kekurangan rujukan. Tetapi, saya rasa rujukan pada akhir perenggan sudah memadai seperti apa yang telah saudara lakukan. Irfanshaharuddin (bincang) 05:50, 8 Januari 2013 (UTC)[balas]

Penyelia.[sunting sumber]

Anda bukan penyelia. Jangan buang tag penyelia. Minta seorang [penyelia] lain menyemak selepas memuatkan rujukan. Yosri (bincang) 04:47, 6 Januari 2013 (UTC)[balas]

Baiklah. Maafkan saya kerana tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut. Apakah pendapat saudara tentang rencana Amelia Thripura Henderson ? Adakah rujukan yang saya letakkan sudah memadai untuk melayakkannya sebagai sebuah rencana ? Irfanshaharuddin (bincang) 05:51, 6 Januari 2013 (UTC)[balas]
Saya rasa rujukan boleh diterima, tetapi saya neutral (sebab perlu membaca sumber bagi kepastian), biar penyelia lain putuskan. Yosri (bincang) 08:29, 6 Januari 2013 (UTC)[balas]
Baiklah. Saya akan menambah rujukan mengenainya dari semasa ke semasa jika ada maklumat tambahan. Irfanshaharuddin (bincang) 12:28, 6 Januari 2013 (UTC)[balas]

Universal Studio[sunting sumber]

Untuk penamaan, jangan cipta istilah sendiri, sila ikut media utama. Lihat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1118&pg=ke_02.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&y=2009 Yosri (bincang) 10:41, 10 Januari 2013 (UTC)[balas]

Saya bukanlah individu yang mencipta laman Universal Studios Japan. Saya tidak mencipta istilah sendiri kerana penamaannya berasal daripada bahasa Inggeris. Saya menyunting berdasarkan penamaan yang sedia ada pada ketika itu. Mungkin saya kurang melihat dan mendengar media utama menyebutnya sebagai Universal Studios Jepun. Terima kasih kerana memberitahu penamaannya dalam media utama. Irfanshaharuddin (bincang) 13:21, 10 Januari 2013 (UTC)[balas]
Saya tidak bermaksud menuduh anda mencipta rencana. Saya maksudkan "jangan cipta istilah sendiri" adalah anda perlu merujuk kepada DBP sebagai sumber utama. Jika tiada cuba cari di media utama, contohnya Google Universal Studio Utusan / Berita Harian. Jika masih tiada, cuba lihat padanan paling popular di laman blog / kekalkan nama khas. Yosri (bincang) 13:59, 10 Januari 2013 (UTC)[balas]
Mencelah. Saya setuju dengan Yosri. Nama khas boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu. Cuma sekarang sahaja penggunaannya mula longgar apabila masyarakat mula merasakan lebih baik guna bahasa Inggeris walhal dulu DBP memang giat menterjemah. Contohnya nama-nama universiti luar negara. Ia memang kata nama khas namun terjemahan bahasa Melayu-nya ada. Oxford University > Universiti Oxford. Seperti kata Yosri, kita merujuk DBP. -- i wong (bincang) 15:03, 10 Januari 2013 (UTC)[balas]
Baiklah. Saya mengerti maksud saudara berdua. Irfanshaharuddin (bincang) 09:44, 11 Januari 2013 (UTC)[balas]

Borong tidak sama dengan lambak. Pasar borong adalah wholesale market, lambak = fleas market? Yosri (bincang) 04:26, 13 Januari 2013 (UTC)[balas]

Sila ambil perhatian bahawa pada senarai interwiki di bawahnya, terletak perkataan "flea market" pada laman bahasa Inggeris. Saya sedang menyunting laman ini untuk menyesuaikan isi kandungan dengan tajuknya. Irfanshaharuddin (bincang) 04:28, 13 Januari 2013 (UTC)[balas]
Jika ada, tukarkan sahaja interwiki, jangan pindahkan rencana. Anda harus faham, interwiki kadang-kala dibuat oleh bot yang salah paut. Betulkan interwiki sahaja, kerana rencana pasar borong bukan flea market. Anda tidak boleh sesuka hati memindahkan rencana, kerana setiap rencana ada sejarah suntingannya sendiri. Yosri (bincang) 10:36, 13 Januari 2013 (UTC)[balas]
Saya bukanlah seorang yang sesuka hati memindahkan rencana tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Pada ketika itu, saya fikir penciptanya tersilap mencipta laman dengan nama "pasar borong", tetapi ia adalah kesilapan pengguna lain yang meletakkan interwiki. Mungkin benar kata saudara bahawa bot juga boleh melakukan kesilapan. Laman "pasar borong" boleh dipindahkan kepada "pasaran" kerana di Wikipedia Bahasa Inggeris, laman "wholesale markets" telah dipindahkan kepada "market". Jadi, saya kena memindahkan laman "pasar borong" kepada "pasaran" kerana mengikut kehendak semasa. Irfanshaharuddin (bincang) 12:18, 13 Januari 2013 (UTC)[balas]
Saya tak fikir ia sesuai kerana pasar borong dan pasaran tidak sama ertinya (dalam bahasa Melayu). Mungkin anda boleh tanya dahulu di kedai kopi sebelum membuat perubahan drastik seperti memindahkan laman. Yosri (bincang) 12:24, 13 Januari 2013 (UTC)[balas]
Lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Wholesale_marketing Yosri (bincang) 12:30, 13 Januari 2013 (UTC)[balas]
Baiklah. Adakah sesuai jika laman "pasar borong" dipindahkan kepada "pemasaran borong" (wholesale marketing)? Saya rasa sesuai kerana isi kandungannya hampir sama. Irfanshaharuddin (bincang) 06:49, 14 Januari 2013 (UTC)[balas]

Pengundian[sunting sumber]

Salam. Terima kasih atas kesudian saudara mengundi. Salut.Algazel (bincang) 11:21, 14 Januari 2013 (UTC)[balas]

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengundi saya. -- i wong (bincang) 00:32, 15 Januari 2013 (UTC)[balas]

Sama-sama. Saya sentiasa menyokong usaha anda berdua dalam mengembangkan rencana terutamanya dalam bahasa Melayu. Selamat menjalani tugas yang diamanahkan dan lakukan yang terbaik. Irfanshaharuddin (bincang) 08:41, 15 Januari 2013 (UTC)[balas]

Saya kurang pasti bahagian mana dianggap vandal? Yosri (bincang) 17:12, 29 Januari 2013 (UTC)[balas]

Sebenarnya, seorang pengguna telah menukarkan jumlah wang daripada RM 25 kepada RM 25 000. Saudara boleh lihat semakan ini: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rosmah_Mansor&diff=2651291&oldid=2640101. Yang lain saya hanya membuat penambahbaikan. Irfanshaharuddin (bincang) 05:40, 30 Januari 2013 (UTC)[balas]

Laman pengguna[sunting sumber]

Sama-sama. Setakat ini saya lihat penyelia-penyelia lain sendiri tidak mengehadkan suntingan ke atas laman pengguna mereka sendiri. Jika ada vandalisme, hanya undurkan sahaja. Tidak perlu risau. -- i wong (bincang) 06:09, 30 Januari 2013 (UTC)[balas]

Baiklah. Irfanshaharuddin (bincang) 06:11, 30 Januari 2013 (UTC)[balas]
Saya sedar tentang ketidakselesaan meletakkan maklumat penuh seperti nama penuh, alamat, umur, kaum dan sebagainya di Wikipedia. Pasti ada yang tak senang membaca, terutamanya buat pengguna vandal. Apapun, jangan patah semangat untuk menyunting di Wikipedia. Endahkan sahaja si pengacau itu teruskan usaha kita menulis yang terbaik di WBM. -- i wong (bincang) 11:00, 30 Januari 2013 (UTC)[balas]
Terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat kepada saya. Irfanshaharuddin (bincang) 14:31, 30 Januari 2013 (UTC)[balas]

Lesen fail[sunting sumber]

Merujuk Fail:2 rakaman vinil + 1 CD.jpg, "Tampilan-Wikipedia" bukan lesen yg betul. Jika gambar itu berhakcipta, sila masukkan sumbernya dan lesen sebenar. Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan ia dihapuskan. ...Aurora... (b) 15:21, 30 Januari 2013 (UTC)[balas]

Sebenarnya, saya mengambil gambar tersebut daripada Wikipedia English. Saya telah meletakkan pelesenan yang baru. Irfanshaharuddin (bincang) 08:20, 31 Januari 2013 (UTC)[balas]
Jika dari Wikipedia lain, anda digalakkan menggunakan Templat:Dari. ...Aurora... (b) 09:18, 1 Februari 2013 (UTC)[balas]
Baiklah. Terima kasih kerana memberitahu. Irfanshaharuddin (bincang) 10:13, 1 Februari 2013 (UTC)[balas]

Sekiranya anda ambil gambar daripada wiki lain, lesennya sepatutnya sama. ...Aurora... (b) 08:33, 25 Februari 2013 (UTC)[balas]

Baiklah. Irfanshaharuddin (bincang) 11:08, 25 Februari 2013 (UTC)[balas]