Perbincangan pengguna:Jebat2

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Assalamualaikum kepada saudara jebat2. Saya dibenarkan untuk menjaga rencana Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia ini dari admin wiki bahasa melayu. Mohon jangan mengubahnya tanpa sebab atau kerna karangannya yang buruk menurut pemikiran anda tidak kepada yang lain, kerana semasa saya mula menjaganya, ianya telah di jaga oleh ramai penyunting-penyunting tetap di wiki baik dari bekas admin bahasa melayu maupun penyunting yang dah bersara. Jika anda tidak berpuas hati atau merasa perlukan pembaharuan kepada rencana tersebut, sila bawa cadangan anda ke admin bahasa melayu terlebih dahulu untuk dibincangkan. Bagi saya satu contoh karangan terbaik anda dan suntingkannya di kotak pasir saya, jika anda benar-benar ingin membantu. Muhammad Roslee (bincang) 15:46, 29 September 2021 (UTC)[balas]

Muhammad Roslee, ini bukan pendapat saya! Perubahan ini mengikut peraturan Wikipedia! Saya telah menyebut peraturan tersebut di dalam kotak ringkasan. Peraturan ini mesti dipatuhi. Kandungan yang tidak mematuhi peraturan ini mesti dikeluarkan atau diubah. Apa yang anda katakan bermaksud menghalang sesiapa sahaja daripada memperbaiki atau mengubah artikel. Itu terlalu konservatif dan tidak bagus. Anda perlu mengubah pandangan anda. Jebat2 (bincang) 16:09, 29 September 2021 (UTC)[balas]
Jebat2, Setiap wiki bahasa ada admin atau penyelia yang bertugas untuk menjaga sesuatu artikel atau rencana, tak boleh sesuka hati boss.. dan kami para penyunting-penyunting yang melantik beliau agar penyelia dapat mengawal sebarang bentuk vandalisme di wiki. Sebab itu penyelia memiliki kuasa untuk menyekat, melindungi halaman dan menghapuskan sebarang akaun salah guna di wiki tak kira mana-mana bahasa sekalipun dari merosakkan sesuatu artikel.
Apa yang anda katakan tidak berkaitan dengan isu yang saya bicarakan. Saya faham tentang pentadbir dan cara mereka bekerja. Jebat2 (bincang) 16:25, 29 September 2021 (UTC)[balas]
Jebat2, ya saya sendiri akan berbincang dengan penyelia, jika anda tidak mahu. sekali lagi saya mohon maaf.
Jebat2, Sekali lagi saya mohon maaf, Saya tidak nampak kandungan yang telah disunting dan disimpan sudah bertahun-tahun yang menggunakan sumber-sumber yang tepat dan tidak diganggu melainkan vandalisme anda katakan ianya tidak mematuhi peraturan wiki, dan saya rasa suntingan andalah yang terlalu banyak kecacatannya malah boleh merosakkan sesuatu artikel dalam wiki BM dan saya juga lihat suntingan anda tidak melampirkan sumber yang boleh mengesahkan melainkan anda membiarkannya dengan tanpa sumber rujukan. Saya tidak perlukan kata-kata sokongan yang anda ambil dari peraturan wiki untuk membalikkan suntingan anda kerana saya juga berlandaskan pada peraturan wiki tersebut dimana saya juga berhak untuk menyatakan kandungan suntingan anda tidak mematuhi peraturan dan mesti diubah dan diperbaiki. Saya juga berhak untuk menyunting dan memperbaiki isi kandungan artikel sekirannya ia bukan berunsur vandalisme. Sekian ini ini kata-kata terakhir saya kepada anda. Selepas ini jangan tanya kenapa saya membalikkan suntingan anda.
Jebat2, Assalamualaikum kepada saudara pengguna Jebat2. sekali lagi saya mohon maaf di atas kata-kata saya di atas yang mungkin terlalu keras dan kasar. Baiklah, isi kandungan yang di sunting oleh anda telah diterima oleh penyelia wiki BM, jadi saya dengan ini menerima suntingan anda dan akan mengikut cara susunan suntingan anda. Ya mungkin saya kurang mahir dalam bab karangan kerana itu saya membantah. Namun selepas menerima jawapan dari penyelia baru saya faham. Jadi selamat menyunting kepada saudara jebat2 dan di harap anda dapat menyumbang idea dan buah fikiran dan menambah beberapa lagi artikel suntingan anda bagi membangunkan wiki BM ini. Sekian.
OK. Jebat2 (bincang) 05:14, 3 Oktober 2021 (UTC)[balas]
Maaf, Ianya masih boleh digunakan sekiranya memiliki sumber yang tepat dan tiada masalah kalau di 'kacukan' ke dalam wiki BM dengan menambah atau memudahkan untuk di baca. itu bukan menjadi satu isu pun. Saya lihat suntingan anda tidak mencerminkan yang anda mahu memartabatkan bahasa melayu sebaliknya anda menyunting dengan sesuka hati, tiada kemas kini serta banyak kecacatannya... anda harus tahu pasukan malaysia B23, B20 dan B17 harus dimasukkan ke dalam artikel induknya iatu pasukan senior tetapi anda tidak masukkan sebaliknya hanya persaingan indonesia-malaysia anda kekalkan. Muhammad Roslee (bincang) 13:15, 10 November 2021 (UTC)[balas]
@Muhammad Roslee: Ia masalah besar, saya tidak boleh mengesahkan sumber bahasa Inggeris kerana saya tidak boleh membacanya, ramai pembaca lain juga tidak boleh. Sumber bahasa lain mesti dielakkan, atau digunakan dalam cara yang terhad, namun di sini, keseluruhan halaman mengandungi sumber yang semuanya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, anda bukan sahaja menyalin beberapa kandungan, anda juga menyalin keseluruhan struktur esei bahasa Inggeris, itu sangat buruk. Esei bahasa Inggeris bukanlah contoh yang baik untuk diikuti.
Pada bahagian lihat juga, pasukan tersebut dianggap pasukan sukan yang berbeza daripada yang ini. Di bahagian jenis ini, kami hanya memasukkan subjek yang berkaitan secara langsung atau terlibat dengan subjek esei ini, yang ini hanya artikel tentang pertandingan antara Malaysia dan Indonesia yang layak untuk dimasukkan, subjek lain tidak langsung. berkaitan atau terlibat. Jebat2 (bincang) 16:23, 10 November 2021 (UTC)[balas]
Subjek lain apenye... itukan namenye sukan bola sepak, pasukan pun sama, cuma beza bawah umur jer.. ade jer wiki bahasa lain letak macam tu, xder masalah pun... itu untuk memudahkan orang baca ikatan pasukan bola sepak dari negara yang sama. Itu hari elok jer karangan dari suntingan pengguna terdahulu tapi saudara kata ianya karangan yang buruk, jelek dan sebagainya... sekarang ni pulak kata lain. Muhammad Roslee (bincang) 20:05, 10 November 2021 (UTC)[balas]
@Muhammad Roslee: Dalam bahagian lihat juga, kami tidak memasukkan subjek yang mempunyai jenis atau topik yang sama (kerana ini telah disebutkan dalam bahagian Pautan luar (lihat di bawah), ini adalah tugas bahagian itu sahaja), kami memasukkan subjek yang subjek artikel ini terlibat secara langsung dan mempunyai aktiviti di sana.
Saya tidak menentang kemas kini atau kandungan baharu, tetapi anda membuat banyak suntingan dan mengubah segala-galanya secara besar-besaran dalam tempoh yang sangat singkat, ini mengalih keluar semua peningkatan yang saya buat sebelum ini, dan malangnya keseluruhan esei berantakan lagi, kandungan yang anda tambah adalah menyalin keseluruhan struktur esei bahasa Inggeris yang sangat berantakan, dan menggunakan sumber semua dalam bahasa Inggeris yang tidak sumber bahasa lain yang baik adalah terhad kepada statistik sahaja; untuk teks, seperti dalam bahagian sejarah, mesti menggunakan sumber yang boleh disahkan oleh semua pembaca. Keseluruhan gaya versi sebelumnya diubah yang menjadikannya lebih teruk dalam banyak perkara. Jebat2 (bincang) 23:44, 10 November 2021 (UTC)[balas]
Maaf, Kalau saudara tidak menentang kenapa saudara membalikkan kepada suntingan saudara yang lama???... perubahan besar dalam waktu yang singkat?... ya saya tidak mahu membuat pembaca yang menyinggah di wiki BM beredar atau berkurangan kerana tidak mahu membaca lagi di wiki.. dan apa yang saudara sunting tu yang membuatkan saya membalikkan suntingan saudara... ini satu tuduhan yang tidak baik serta tidak berasas.. yang saya nampak saudara hanya mengubah susunan perenggan yang dari bawah naik ke atas dan memadam semua suntingan karangan pengguna-pengguna terdahulu, malah di bagian lihat juga saudara membuang semua ikatan pasukan yang sama.. saudara jelas tiada membuat apa-apa pun suntingan baru dan bukti nya adalah apabila saya membalikkan suntingan saudara itu... dan selepas sebulan lebih saya melihat tiada langsung perubahan dan kemaskini dilakukan oleh saudara. Bab artikel tentang persaingan antara Malaysia dan Indonesia saudara masukkan, kalau begitu saudara boleh masukkan sekali lah persaingan antara Malaysia dan Korea Selatan, Singapura, Thailand dan Myanmar.. tetapi kenapa tidak masukkan? Tiada masalah pun sekiranya saya menyalin karangan dari wiki BI dan menterjemah ke wiki BM, kerana semua pengguna yang berdaftar dalam wiki kan adalah sebuah keluarga besar, saling bantu membantu jika saya yang kurang bagus dalam membuat karangan. Maaf, Alasan dan jawapan saudara buat masa ini saya tidak boleh menerimanya, dan saya memberi kata putus untuk tidak bersetuju... Terlalu banyak kontradict... Perbincangan buat masa ini cukup setakat ini. Maaf jika sekiranya saya ada berkata kesat baik yang saudara tahu atau tidak. Muhammad Roslee (bincang) 12:58, 11 November 2021 (UTC)[balas]
@Muhammad Roslee: Mempunyai lebih banyak kandungan tetapi tanpa kualiti yang baik tidak membantu meningkatkan bilangan pembaca. Bahagian lihat juga adalah seperti yang saya katakan di atas. Kandungan yang saya alih keluar semasa saya mula-mula mengedit esei ini, tidak bersumber, atau tidak boleh disahkan (kebanyakannya sumber rosak), atau tidak seimbang/tidak neutral. Mengubah susunan perenggan/bahagian untuk menjadikannya lebih sesuai, mudah dinavigasi.
Mengenai esei wiki BI, pertama, kandungannya tidak tersusun dengan cara yang baik, dan kebanyakannya tidak berkualiti. Kedua, biar betul, tak boleh tiru semua dan sumber bahasa lain, saya tidak menentang kemas kini dan menambah kandungan, yang saya menentang ialah plagiarisme. Anda juga perlu memberikan sumber yang boleh dibaca dan disahkan oleh semua pembaca. Kalau nak tambah kandungan, tambah guna sumber Melayu, mudah saja macam tu.
Mengenai anda meminta saya untuk mengemas kini, saya akan jujur ​​bahawa kerja saya sekarang tidak mengemas kini tetapi ia membetulkan/membersihkan/memperbaiki struktur esei terutamanya. Hanya apabila anda telah melakukannya, anda boleh fokus pada perkara lain termasuk mengemas kini. Saya terlalu sibuk membuat esei lain yang paling penting jadi saya tidak mempunyai banyak masa untuk ini sekarang. Selain itu, kandungan karangan ini kebanyakannya terkini, saya tidak nampak banyak yang perlu diperbaiki, panjang dan standard karangan ini sudah setanding dengan karangan yang serupa. Mengemas kini bukanlah perkara yang paling penting, kerana itu, tidak boleh melupakan dan mengabaikan aspek lain. Jebat2 (bincang) 00:47, 12 November 2021 (UTC)[balas]
Jawapan saudara bercanggah dengan apa yang saudara sunting, sekejap karangan buruk, sekejap masalah menyalin lepas tu soalan saya di bahagian lihat juga kenapa hanya meletakkan satu rencana ikatan iatu persaingan antara Malaysia dan Indonesia dan kenapa tidak meletakkan kesemuanya sekali tidak di jawab dan kali ini masalah sumber pula.. Saya tidak tahu di hari kemudian mungkin masalah lain akan timbul pula.. Perbincangan ini benar-benar tidak mencapai kata sepakat.. Dan sampailah sekarang ini saudara masih lagi membalikkan semula suntingan saya dengan meletakkan suntigan saudara setelah saudara juga telah bersetuju sebelum ini... Saya tetap tidak bersetuju dengan suntingan saudara dan saya rasa bagaimana saya dapat berbincang dengan orang yang tidak memiliki pendirian tetap jawapannya dan pada mulanya bersetuju mendengar idea dari orang lain selepas itu membuangnya semula. Menggunakan peraturan untuk memanipulasi dan menghalalkan sesuatu tindakan yang sendiri tahu itu betul tapi menafikannya adalah satu cara yang tidak konsisten dan umpama menutup sebelah mata. Maaf, jika ada perkataan saya membuat saudara terasa. Muhammad Roslee (bincang) 07:12, 12 November 2021 (UTC)[balas]
Jika anda ingin menambah semua pertandingan itu, anda dialu-alukan, adakah saya mengatakan bahawa saya menolaknya? Saya mengatakan bahawa saya menolak pautan tentang pasukan remaja, kerana aktiviti mereka tidak terlibat atau berkaitan dengan pasukan senior.
Kandungan dan struktur baharu yang anda tambah/ubah terlalu besar dan mempunyai banyak kelemahan, bincangkan satu persatu, hanya melalui perbincangan, kita boleh memahami satu sama lain, prosesnya akan menjadi lebih lancar dan semuanya santai.
Anda menuntut kandungan dan kemas kini dalam masa yang sangat singkat selepas saya membersihkan artikel itu, itu terlalu sukar. Walaupun kekurangan kemas kini adalah perkara yang buruk, penambahan anda juga tidak berkualiti, jadi sebaiknya biarkan artikel dalam bentuk yang stabil, dan tambah serta perbaiki perkara lain secara beransur-ansur melalui perbincangan.Jebat2 (bincang) 11:04, 12 November 2021 (UTC)[balas]
Ini adalah merepek, sekejap boleh, sekejap tak boleh.. Pautan ke pasukan remaja tu tiada masalah sebab satu negara, itu untuk memudahkan pembaca beralih ke artikel lain yang sama negaranya dan semua karangan yang disalin dari wiki BI juga tiada masalah.. apa yang saya sunting adalah mengikut garis panduan dan peraturan wiki sebagai ensiklopedia bebas walaupun di salin dari wiki BI dan wiki-wiki lain, malah mungkin saya akan membuat beberapa penambahbaikan nanti sesuai dengan kehendak pembaca dalam negara saya. Jika saudara ingin meletakkan suntingan saudara sebagai betul serta boleh diterima oleh wiki BM dan yang lain tidak boleh, ini adalah tidak betul dan melanggar peraturan perbincangan, sedangkan saudara belum mencapai kata putus dengan para penyunting lain dan perbincangan masih lagi berjalan. Saya sudah katakan banyak kali yang saya tidak bersetuju dan alasan saudara untuk membenarkan suntingan saudara diterima terlalu rapuh dan tidak konsisten. Apabila perbincangan ini tidak mencapai kata putus, saya rasa ada baiknya artikel ini dikunci buat sementara waktu. Maaf jika saya berkata kasar. Sungguh pelik saudara ini, saya dah sunting yang terbaik dan boleh dikatakan sangat berkualiti dari yang dahulu dan mungkin akan ada penambahan dan pembuangan beberapa bahagian yang tidak sesuai, boleh juga lagi saudara membalikkan suntingan lama saudara.. Agama saya mengajar untuk tidak busuk hati, dengki dan berdendam, semoga jika saudara orang islam mohon agar dijauhkan lah kita dari semua itu. Amin. Muhammad Roslee (bincang) 13:45, 12 November 2021 (UTC)[balas]
@Muhammad Roslee: Ok, dengar, mari kita bincang dalam halaman perbincangan esei, boleh? Apa yang anda perlukan hanyalah kesabaran, sekarang saya mempunyai banyak masa dan boleh mengusahakan penambahbaikan oleh anda.Jebat2 (bincang) 13:51, 12 November 2021 (UTC)[balas]
Kenapa saya menulis dengan menggunakan tulisan yang kasar kepada saudara, ini kerana tindakan saudara yang sangat tidak menghormati apa yang orang lain lakukan... Untuk apa perbincangan esei sedangkan artikel tersebut sudah boleh dikatakan sudah selesai disunting. Saya sudah memberi cadangan untuk mengunci artikel ini buat sementara waktu pada pentadbir, terpulang lah pada pentadbir sama ada mahu melakukanya atau menggunakan cara yang lain. Muhammad Roslee (bincang) 23:48, 12 November 2021 (UTC)[balas]

@PeaceSearcher: Adakah anda serius? Vandalisme? Jadi saya rasa anda tidak membaca ringkasan suntingan? Beginilah cara orang dalam Wiki diharamkan? Saya amat prihatin. Keputusan yang sangat autoritarian daripada anda. Adakah dia kawan awak? Dengan pengalaman anda, saya percaya anda mesti mengetahui isu berkenaan konsensus, dan peraturan "berani, berbalik, bincang" dalam Wikipedia. Kandungan yang ditambah adalah baharu, dan ia adalah kontroversi, jadi saya berhak untuk mengalih keluar kandungan ini dan meminta perbincangan. Dalam kes ini, anda memilih sebelah dan memanipulasi alatan pentadbiran.

Anda sepatutnya menyahsekat saya sekarang. Kandungan artikel hendaklah disimpan dalam versi sebelumnya, dan tiada sesiapa, termasuk pentadbir, mempunyai keistimewaan untuk memaksa menerbitkan kandungan yang ditolak dan tidak dibincangkan. Jebat2 (bincang) 16:44, 10 November 2021 (UTC)[balas]

Perihal rencana "Malaysia"[sunting sumber]

Salam @Jebat2, boleh saya tahu mengapa anda ingin membuang kebanyakan isi kandungan di laman Malaysia? Untuk pengetahuan anda, rencana ini merupakan rencana pilihan Wikipedia Bahasa Melayu, maksudnya rencana ini memang diiktiraf oleh pengguna-pengguna Wikipedia Bahasa Melayu yang terdahulu kerana karangannya yang baik, menyeluruh, teliti dari segi fakta, berkecuali dan stabil.


Saya melihat ada banyak kesalahan tatabahasa yang anda lakukan pada rencana "Malaysia" seperti "2 per3", "Pada 1 masa", "meritim", "untutk meperkukuh" dan "ladar".


Bukan itu sahaja, bahkan terdapat beberapa ayat juga tidak neutral (tidak menepati polisi pandangan berkecuali di Wikipedia), seperti ayat-ayat berikut:


  • Malaysia, di samping Indonesia dan China, "kerap" menjadi tuan rumah Piala Thomas sejak tahun 1948.
  • Perayaan "muhibah" dipupuk untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia.
  • Hakim syariah "sewajarnya mengikuti fahaman perundangan Syafii selaku mazhab utama" di Malaysia.


Saya berharap anda dapat menjelaskan alasan anda mengubah isi kandungan rencana pilihan tersebut. Sekian, terima kasih. محمد حكيمي (bincang) 07:00, 10 November 2021 (UTC)[balas]

Saya kebanyakannya mengalih keluar kandungan dengan sumber yang rosak, ia tidak boleh disahkan.
Saya tidak faham mengapa meletakkan tanda petikan di sana tidak neutral? Saya fikir ia adalah sebaliknya, ia menjelaskan bahawa itu adalah kenyataan peribadi dan ayat-ayatnya lebih neutral. Jebat2 (bincang) 16:06, 10 November 2021 (UTC)[balas]
Berkenaan pautan rosak itu, memang boleh saya faham dan terima (sekiranya tiada arkib web yang ada). Walaupun begitu, memang ada beberapa masalah berkenaan suntingan anda, terutamanya masalah tatabahasa yang Hakimi cakap. Akan tetapi, hujah "tak neutral" Hakimi kena saya tengok dulu. Ikut saya, ayat-ayat itu boleh dibetulkan sedikit untuk menjadi neutral, sebagai contoh:
  • Perayaan berkonsepkan persaudaraan/muhibah dipupuk untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia. (rujukan A)
  • Hakim syariah di Malaysia menuruti fahaman perundangan Syafii selaku mazhab Islam utama negara. (rujukan B)
Buat sekarang, saya terpaksa menyekat anda buat sementara waktu akibat risiko suntingan anda di laman-laman utama WBM. Namun begitu, atas budi bicara, saya akan nyahsekat kamu sekiranya kamu memang berniat baik (good faith editor). Saya dah cuba bawa rakan-rakan saya juga untuk bantu selesaikan. Terima kasih, dan harap bersabar. PEACE SEARCHΞR [Bincang] 00:57, 11 November 2021 (UTC)[balas]
@PeaceSearcher: Jika anda mendapati sesuatu yang salah, sangat mudah untuk memberitahu saya mengenainya dan saya akan membincangkannya. Saya sentiasa mengelak daripada menolak apa-apa atau mengambil bahagian dalam perang editorial, dan sentiasa bersedia untuk mendengar. Menyekat orang kerana anda tidak menyukai sesetengah pengeditan bukanlah idea yang baik. Jebat2 (bincang) 01:51, 11 November 2021 (UTC)[balas]
Saya akan nyahsekat kamu buat sekarang untuk mudahkan perbincangan kita. Minta maaf atas tindakan melulu saya. Harap-harap perbincangan kita membuahkan hasil. PEACE SEARCHΞR [Bincang] 02:20, 11 November 2021 (UTC)[balas]

Perbincangan diteruskan untuk memperbaiki rencana Pasukan Malaysia[sunting sumber]

Salam @Jebat2, saya sedia berbincang semula dengan anda mengenai rencana Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia demi bersama-sama menyumbang kepada rencana tersebut. Maaf, kerana saya perlukan masa untuk berkerjasama dengan seseorang dan maaf atas kekasaran penulisan saya yang dulu. Siapa juga anda, saya tidak kisah.. yg penting dapat kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu. Muhammad Roslee (bincang) 21:11, 28 November 2021 (UTC)[balas]

OK, esei apakah yang kamu mahu bincangkan dengan saya? Muhammad Roslee (bincang) 13:43, 29 November 2021 (UTC)[balas]
Pertama sekali, saya menyimpan semua kemas kini dan penambahbaikan oleh abang, jadi sila bertenang dan jangan risau tentang kehilangan kemas kini, dan berhenti berbalik kepada versi sebelumnya. Selain daripada itu, dengan penambahan yang lain, saya tidak melihat apa-apa lagi kecuali kandungan dengan sumber dalam bahasa lain. Kebanyakan sumber dan kandungan yang ditambah adalah seperti yang telah dijelaskan, tidak dapat disahkan. Tambahan pula, sesetengah kandungan agak tidak seimbang dan tidak berkualiti. Saya telah menyimpan pembetulan teknikal, serta kandungan dalam bahasa yang berkaitan yang ditambahkan, dsb. Jebat2 (bincang) 15:12, 29 November 2021 (UTC)[balas]
Saya nak beritahu kamu, tak semua sumber boleh didapati dalam bahasa sendiri sebagai contoh sumber dari RSSSF, kerana kebanyakan sumber banyak berada dari sumber bahasa inggeris, dan jarang sekali sumber pasukan malaysia boleh didapati dalam bahasa lain, ia boleh dikatakan sangat rare. Baiklah, boleh kamu berikan kepada saya sumber mana yang tidak dapat disemak dan disahkan tu, supaya senang saya kenal pasti dan buang dan digantikan dengan sumber lain. Muhammad Roslee (bincang) 17:04, 29 November 2021 (UTC)[balas]
Dan tunjukkan pada saya kandungan mana yang menurut anda tidak seimbang dan tidak berkualiti tu, supaya kita dapat membetulkannya. Muhammad Roslee (bincang) 17:09, 29 November 2021 (UTC)[balas]
Saya telah menyemak setiap sumber dan seperti lebih daripada 90% adalah sumber bahasa lain, yang saya tidak dapat mengesahkannya. Saya faham bahawa sumber mungkin jarang berlaku tetapi itu adalah isu asas, anda tidak boleh mengesahkan sumber lain. Jebat2 (bincang) 17:34, 29 November 2021 (UTC)[balas]
Bagaimana saya nak tahu dan sahkannya jika kamu tak berikan pada saya sumber tu, berikan pada saya sumber yang mana?.. jangan main sebut 90 peratus sedangkan kamu tak bagi satu sumber itu pun kepada saya. Kalau betul 90 peratus dan dari sumber bahasa inggeris, apakah ia salah? Kalau dah cari yang bahasa melayu tak jumpa, bahasa inggeris ada.. mestilah ambil dari bahasa tu. Sumber lain yang anda maksud dari bahasa selain dua tu ker.. ini adalah sesuatu yang lucu apabila kamu mengatakannya itu. Saya perlu google translate setiap masa kalau begitu. Muhammad Roslee (bincang) 18:21, 29 November 2021 (UTC)[balas]
Jadi apakah penjelasan saya mengenai sumber sudah mencukupi untuk kamu? Kalau kamu tak boleh terima jugak, saya dah tiada jawapan lain lagi. Saya nak tahu tentang perbincangan esei yang kamu mahu bincangkan ari tu. Bentangkanlah, supaya kita boleh berbincang mengenainya. Muhammad Roslee (bincang) 18:32, 29 November 2021 (UTC)[balas]
Penyelia wikiBM menyuruh saya dan anda berbincang di sini Perbincangan:Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, jadi disana sajalah perbincangan ini diteruskan. Muhammad Roslee (bincang) 21:30, 29 November 2021 (UTC)[balas]

Translation request[sunting sumber]

Hello.

Can you translate and upload the article en:Football in Azerbaijan/id:Sepak bola di Azerbaijan in Malay Wikipedia?

Yours sincerely, Multituberculata (bincang) 20:29, 29 Disember 2021 (UTC)[balas]