Perbincangan pengguna:Johnleemk

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat datang ke laman perbualan saya. Tolong meninggalkan sebarang pertanyaan atau komen di sini. Jika saya perlu membalas, saya akan membalas pada laman perbualan anda. Jika anda perlu pembalasan daripada saya dengan pantas, saya boleh dihubungi di laman perbualan saya pada Wikipedia Bahasa Inggeris.
Anda boleh menambah komen baru di sini.

Hey, selamat datang! Glad to see you finally make it. Have you been lurking around ms.wikipedia recently or is this a first visit? -- Kowey 11:15, 5 Mac 2004 (UTC)[balas]

I lurked around a little while, buth couldn't think of anything to post till now. ;-) Hm...seems that there aren't any message notifications here. Well, time to get productive; I just translated the whole Bill Gates article from the English wikipedia. Now we just need to upload the images. --Johnleemk 13:58, 17 Mac 2004 (UTC)[balas]
Welcome! Always happy to see new faces here.Yosri

Know about http://ms.wiktionary.org , and have register as user, but facing time constrain to update both Wikipedia & Wiktionary. Trying to recruit new people in. :) Yosri 09:48, 25 May 2004 (UTC)

Moresnet[sunting sumber]

Hello, terima kasih atas terjemahan anda mengenai Moresnet. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin mengunakan imej dari Commons untuk rencana ini atau rencana-rencana lain yang akan datang. Aurora 01:20, 27 Dis 2004 (UTC)

Hai John, terima kasih kerana membantu menterjemahkan sebahagian rencana di atas. Untuk maklumat anda, Dewan Bahasa mempunyai sebuah kamus dalam talian yang (pada pendapat saya) merupakan sumber yang terbaik dalam internet. Di sebelah kanan pada bahagian atas halaman Karyanet itu, terdapat juga sebuah menu tarik turun yang mengandungi sepuluh kamus, termasuknya kamus istilah dan kamus komputer. Diharap maklumat ini akan amat membantu dalam usaha penterjemahan anda. — PM Poon 00:16, 14 Mac 2006 (UTC)[balas]

Jawapan saya kepada pesanan anda[sunting sumber]

Hai John, sila periksakan HATI ANDA tentang tujuan anda yang SEBENARNYA untuk meninggalkan pesanan di halaman Perbualan "Pengguna" saya. Besar kemungkinan, ia merupakan hati yang tidak suci.

Gambar[sunting sumber]

Mengenai "automated notice" di en:Wikipedia, saya bukan marah kerana en:User:OrphanBot. Saya dulu marah kerana User:Urshyam. Bagaimanapun, saya telah berhubung dengannya beberapa minggu dahulu dan dia memberitahu saya bahawa dia tidak "scroll down" sewaktu mencapai halaman pengguna saya di sana. Oleh itu, dia yang meminta saya meletakkan "Pengumuman" saya pada atas halaman. (Ini membuktikan bahawa anda telah silap kerana bukannya semua orang di sana yang menggunakan "automated notice".)

Untuk makluman anda, jika anda hendak tahu mengenai cerita di belakang gambar-gambar itu, pada suatu masa, gambar-gambar diizinkan tanpa teg, jika sumbernya diberi. Saya telah meninggalkan en:Wikipedia sejak November 2005, sewaktu menyertai ms:Wikipedia. Cuma baru-baru saja, polisinya bertukar selepas kes rencana fitnah. Memang saya pernah muat naik banyak gambar di situ. Kalau hal ini terjadi pada waktu saya muat naik gambar-gambar itu, tak kan saya akan membuang masa muat naik banyak gambar di situ!

Tetapi polisi gambar yang baru ini tiada kaitan dengan kes fitnah. Ia memang amat berkait dengan apa telah dikatakan tujuan mereka untuk mencipta buku. Jika anda hendak mencetak buku, peraturan memang amat ketat. Saya pernah bertugas dengan sebuah syarikat penerbitan yang amat besar di negara ini dan saya mungkin lebih mengetahui tentang perkara hak cipta berbanding ramai orang.

Hak cipta[sunting sumber]

Tentang gambar yang diimbas daripada surat khabar, User:Urshyam meminta saya membubuh teg saje, bukan kerana kesalahan apa-apa.... berlainan dengan ms:Wikipedia di mana Yosri telah mengatakan "Saya tidak menggalakkan penggunaan gambar akhbar / sumber hakcipta lain kecuali GFDL, Common Creativity dan sebagainya" walaupun saya TELAH mengemukakan teg hak cipta surat khabar yang diperoleh dari en:Wikipedia di halaman Kedai Kopi sebelum dia mengatakannya.

{{newspapercover}}

Adakah matlumat di atas merupakan kelanggaran hak cipta di en:Wikipedia? Ataupun Yosri mencipta peraturan sendiri mengikut kehendak hati sendiri?

Yosri berkata: ..."perkara pokoknya adalah kita perlu menghormati hakcipta orang lain, samada teks atau gambar". Memang bila sesiapa membaca kenyataan itu, ia kelihatan amat berlogik dan adil. Kan kenyataan di dalam teg hak cipta surat khabar mengatakan: "This image is of a scan of a newspaper page or article, and the copyright for it is most likely owned by either the publisher of the newspaper or the individual contributors who worked on the articles or images depicted... It is believed that the use of low-resolution images of newspaper pages to illustrate either the publication of the article or issue in question, with the publication name either visible on the image itself or written in the image description above, on the English-language Wikipedia, hosted on servers in the United States by the non-profit Wikimedia Foundation.... qualifies as fair use under United States copyright law."

Bagi mereka juga, penggunaan gambar hak kerajaan, termasuk kerajaan Malaysia, juga dibenarkan. Sejauh yang saya tahu, semua karya kerajaan Malaysia masih merupakan hak eksklusif kerajaan Malaysia... berbeza kerajaan Amerika Syarikat.

Jika seperti yang Yosri mengatakan, kita harus menghormati hak cipta orang lain, kan dasar lesen GFDL menimbulkan keraguan? Saya pernah membaca bahawa lesen-lesen Wikipedia pada waktu ini masih menimbulkan banyak kontroversi. Bagaimanapun, saya tidak membaca dengan teliti tentangnya. Adakah konsep GFDL menghormati karya pengguna Wikipedia... jangan sahaja mengikut apa yang tertulis dalam GFDL! Kita harus menggunakan otak juga.

Bayangkan keadaan ini yang merupakan parodi saje:

ISNIN: Jimmy Wales, yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Palang Merah Antarabangsa, hari ini mengumumkan bahawa semua sumbangan kepada persatuan kebajikan itu akan tertakluk kepada lesen GFDL. Menurut peraturan lesen tersebut, Persatuan Palang Merah berhak menjual apa-apa yang disumbang kepadanya, termasuk beras, ubat dan sebagainya.
Persatuan Palang Merah juga akan menciptakan dua jenis perkhidmatan, satunya masih percuma, dan yang lain satu kena bayar. Walaupun perkhidmatan kebajikan akan dijual, ahli-ahli Persatuan yang terlibat dalam perkhidmatan komersil itu masih tidak akan dibayar. Sesiapa yang tidak bersetuju boleh meninggalkan persatuan ini, dan menyertai persatuan kebajikan lain, termasuknya St John's yang tidak menjual perkhidmatan mereka.

Akankah anda masih hendak menyumbang kepada Persatuan Palang Merah dalam keadaan itu?

"Janganlah pergi hanya kerana sebuah komputer tak dapat faham notis awak"[sunting sumber]

John, selepas membaca penerangan saya, adalah kenyataan anda, iaitu "Janganlah pergi hanya kerana sebuah komputer tak dapat faham notis awak?" betul, atau itu cuma merupakan sesuatu halusinasi yang diakibatkan oleh hati yang tidak suci? Kalau anda sekarang menyedari bahawa anda cuma berfitnah, apakah anda harus buat? Kembali ke halaman yang berkaitan dan membuat pembetulan, ataupun anda nak diam-diam saje?

Lagi satu kenyataan anda: "Kalau mesti, janganlah guna Wikipedia BI, tetapi tolonglah Wikipedia BM." John, jangan sahaja cakap tanpa menggunakan otak. Saya tidak suka akan hala yang diambil oleh Wikipedia untuk menjual karya pengguna-penggunanya yang sudi menyumbang tanpa dibayar. ITU SAJE. Saya tidak meninggalkan Wikipedia BM kerana tidak suka Yosri juga. Semua orang mempunyai pendirian masing-masing. Jangan suka-suka menciptakan alasan untuk saya.

Kalau Wikipedia nak jual, memang boleh, tetapi mereka harus membayar pengarang-pengarang yang menulis karya yang terlibat. Saya tidak faham logiknya. Kalau mereka mampu membayar syarikat percetakan, syarikat color sep, pelukis untuk kulit muka buku (kecuali buku itu tidak berkulit piawai), dan sebagainya, mengapakah mereka tak mampu membayar pencipta karya itu yang merupakan usaha yang terbesar? Bagi matlumat anda, setiap perkataan terjemahan di pasaran berharga antara 25 hingga 35 sen. Mengapakah saya hendak menjadi orang bodoh dan memperkayakan orang lain? Memang terdapatnya ramai orang bodoh di dunia ini. Kalau tidak, Jack Canfield dari siri "Chicken Soup" tidak akan menjadi kaya pada hari ini. Tetapi yang amat hairan, lagi ramai orang yang nak menyumbang kepada Chicken Soup sehingga dia pun sakit kepala. Bagaimanapun, itu merupakan hak mereka. Saya tidak nak menjadi sebahagian golongan itu.

Selepas mendengar alasan saya, akankah saya balik ke Wikipedia BI? Tolong pakai otak (jika ada) terlebih dahulu. Kalau anda diam-diam saje, tiada orang akan mengatakan kau ni bisu.

(P/S: Bagi maklumat anda, pesanan ini mengandungi 1,026 perkataan. Pada kadar 25 sen saje bagi setiap perkataan, rencana ini berharga RM258.00 jika anda ditugaskan menterjemahkan sesuatu rencana sepanjang ini oleh syarikat swasta. Ini cuma untuk terjemahan. Bayangkan nilainya jika rencana itu bukan terjemahan tetapi merupakan karya sendiri (iaitu gabungan ciplak daripada empat lima rencana, hehehe). Tau kan akan nilai rencana di sini yang dapat dipergunakan oleh sesiapa yang bijak untuk memperkayakan diri?) — PM Poon

Mesej hak cipta di en:Wikipedia[sunting sumber]

Hai John, jangan saje pandai-pandai. Lihat templat ini yang digunakan sebelum saya membuat sungutan kepada User:Urshyam:

Thanks for uploading Image:Jennifer Sky.jpg. However, the image may soon be deleted unless we can determine the copyright holder and copyright status. The Wikimedia Foundation is very careful about the images included in Wikipedia because of copyright law (see Wikipedia's Copyright policy).
The copyright holder is usually the creator, the creator's employer, or the last person who was transferred ownership rights. Copyright information on images is signified using copyright templates. The three basic license types on Wikipedia are open content, public domain, and fair use. Find the appropriate template in Wikipedia:Image copyright tags and place it on the image page like this: Templat:TemplateName.
Please signify the copyright information on any other images you have uploaded or will upload. Remember that images without this important information can be deleted by an administrator. If you have any questions, feel free to contact me. Thank you. Shyam (T/C) 13:20, 18 March 2006 (UTC)

dan lihat templat yang baru ini selepas saya membuat sungutan:

Thanks for uploading Image:Shirley_Lim1.jpg. The image has been identified as not specifying the source and creator of the image, which is required by Wikipedia's policy on images. If you don't indicate the source and creator of the image on the image's description page, it may be deleted some time in the next seven days. If you have uploaded other images, please verify that you have provided source information for them as well.
For more information on using images, see the following pages:
Wikipedia:Image use policy
Wikipedia:Image copyright tags
This is an automated notice by OrphanBot. For assistance on the image use policy, see User talk:Carnildo/images. 10:54, 24 March 2006 (UTC)

Adakah templat pertama mengatakan apa-apa tentang "automated notice "? Nampaknya, saya saje membuang masa nak melayan anda. Memang kau ni mempunyai sikap kebudak-budakan. — PM Poon


P/S: Gambar Jennifer Sky.jpg dimuat naik pada 16 Oktober 2005, sedangkan gambar Shirley_Lim1.jpg dimuat naik pada 17 Oktober 2005. Mengapakah gambar-gambar itu dibenarkan sehingga hampir setengah tahun? Tak kan mereka tak tau gambar-gambar itu tidak mempunyai teg? Saya tidak pernah menerima satu pesanan pun tentang gambar-gambar yang saya muat naik sehingga baru-baru ini.

Gambar Shirley Lim yang asal tidak berwarna dan reka letaknya tidak sama juga. Dengan kata yang lain, saya merupakan hak cipta ini, tetapi saya tidak hendak menuntutnya kerana saya memang mengambilnya daripada laman web lain. Untuk pengetahuan anda, hak cipta asal bagi sesuatu karya akan hilang sewaktu anda menggunakan masa dan usaha untuk mengubahnya (expend considerable time and effort, dalam undang-undang hak cipta). Maka, jika anda mengubah suai sesuatu rencana dengan menggunakan masa dan usaha, dan kesan ini dapat diperlihatkan daripada karya yang baru, anda akan menang di dalam mahkamah jika pemilik hak cipta yang asal cuba menuntut haknya.

Biarlah en:Wikipedia menghapuskan gambar-gambar itu. Saya tidak akan membuang masa membubuh teg apa-apa. Sesama juga dengan gambar-gambar surat khabar yang dibenarkan oleh mereka. Saya tidak rugi apa-apa. Gambar yang saya suka, saya sudah muat turun dalam komputer sendiri! — PM Poon 18:38, 26 Mac 2006 (UTC)[balas]

Jawapan saya kepada pesanan anda terkini[sunting sumber]

Hai John, saya cuma menyertai Wikipedia Bahasa Inggeris pada April 2005 hingga November 2005, iaitu cuma tujuh bulan. Dalam masa itu, saya telah muat naik banyak gambar, bukan satu dua. Kalau satu dua, saya tidak akan marah jika mereka meninggalkan pesanan hak cipta dalam halaman perbualan saya. Cuma bayangkan beratus-ratusnya membanjiri halaman perbualan pengguna anda, dan anda akan faham tentang rasanya!

Anda telah mengatakan bahawa "mungkin imej yang awak muatnaik hanya ditemui sekarang..." Seperti yang saya pernah mengatakan, semua hal dalam dunia ini adalah mungkin. Mungkin saya mati besuk, mungkin saya mendapat hadiah loteri... banyak yang mungkin. Tetapi persoalannya bukannya mungkin dan tak mungkin semudah itu. Yang penting, apakah kemungkinannya? Kalau saya cuma muat naik lima enam gambar, mungkin mereka tidak menemuinya. Tetapi apabila anda muat naik banyak gambar sehingga tak terkira, apakah kemungkinannya? Ini, anda harus mempertimbangkan. Jangan saje kata ini mungkin, itu mungkin. Seperti yang saya pernah katakan, saya TIDAK PERNAH menerima sebarang pesanan tentang gambar yang saya muat turun sehingga baru-baru ini. Akankah saya masih nak muat naik gambar di Wikipedia jika saya mendapat pesanan itu sewaktu awal-awal? Bukannya saya mendapat apa-apa manfaat, cuma buang masa saje.

Menggalakkan dan tidak menggalakkan mesti mempunyai alasan yang munasabah, khususnya daripada seorang yang memegang jawatan yang penting dalam Wikipedia. Setiap orang yang bertanggungjawab harus mengasingkan perasaan peribadi daripada tugas rasmi sewaktu mengemukakan polisi, baik ia merupakan portal ataupun syarikat. Bolehkah anda tunjukkan halaman di en:Wikipedia yang mengatakan bahawa gambar daripada surat khabar tidak digalakkan? Saya memang nak tengok, sebab saya tidak pernah melihatnya.

Mengenai GFDL, saya tidak dapat membincangkannya dengan lebih mendalam kerana saya tidak membacanya.

Pengarah-pengarah daripada Wikipedia BI dan Perancis pun manusia juga. Pernahkah anda mendengar cerita-cerita tentang pertubuhan-pertubuhan kebajikan tanpa untung? Baru-baru saje, Ketua Pegawai Eksekutifnya daripada National Kidney Foundation di Singapura telah dipecat kerana membayar diri gaji sebanyak SGD$50,000 sebulan, serta salah menggunakan wang pertubuhan untuk pelbagai perkara peribadi? Tak kan dia boleh membayar diri gaji tanpa melalui Lembaga Pengarah? Kan kerajaan Singapura lebih ketat berbanding mana-mana satu negara di dalam dunia ini, termasuk Amerika Syarikat? Mengapakah kejadian ini masih berlaku di Singapura?

Kan tidak lama saje, terdapatnya perbalahan tentang Public Audit Committee kerajaan Malaysia di Melaka atau mana, di mana ahli-ahli daripada Barisan Nasional serta ahli pembangkang DAP berpakat menyertai persidangan di Sepanyol (atau mana) dan selepas persidangan itu, mengambil cuti pelepasan menonton wanita bogel (diaturkan secara khas di dalam sebuah kapal) dengan wang kerajaan? Kan kita yang mendesak kerajaan nak penyertaan parti politik pembangkang dalam Public Audit Committee supaya jawatankuasa itu boleh menjadi lebih bersih dan lebih berkesan?

Banyak lagi contoh boleh diberikan, khususnya daripada pertubuhan yang mana orang-orang atasan merupakan saudara sendiri, ataupun kawan-kawan rapat sendiri. Mereka mempergunakan wang yayasan seperti piggy bank mereka. Saya pernah bertugas dengan pertubuhan "kebajikan", dan oleh sebab itu, pernah tengok dengan mata sendiri bagaimana orang atasan yayasan mempergunakan wang yayasan untuk keseronokan sendiri. Terdapat banyak cara, tersekat oleh niat sahaja.

Jika nak bincang tentang Bill Gates, saya memang amat keliru. Kini, dia telah mengumumkan bahawa dia hendak mewarisi 90% daripada kekayaannya kepada pertubuhan kebajikan sewaktu dia meninggal dunia. Tetapi banyak telah dilaporkan terhadap amalan perniagaannya yang tidak sihat. Jika dia benar-benar mempunyai hati untuk masyarakat, mengapakah dia tidak hendak membantu usahawan-usahawan untuk memperkembangkan masyarakat ini dan bersama-sama memberi sumbangan, tetapi sebaliknya "membunuh" mereka dengan cara yang tidak sihat? Ini masih merupakan suatu penyangkalan yang saya tidak dapat menyelesaikan dan masih tengah berfikir tentang sikap manusia.

Bagaimanapun, kita tidak boleh membandingkan Jimmy Wales dengan Bill Gates. Bill Gates sudah sampai kemuncak, tetapi Jimmy masih mendaki lagi. Adakah Answers.com mengenakan wang untuk mencapai halaman mereka? Saya tidak pasti kerana saya tidak pernah mencapai halaman mereka. Tetapi sewaktu saya melihat halaman itu, iaitu selepas anda mengemukakannya, saya tidak menjumpai apa-apa tuntutan untuk bayaran.

Saya amat aneh sewaktu anda mengatakan: "Bayangkan -- ini praktikal ke? Macam mana nak cari semua penyunting tidak berdaftar dan bayar mereka? Mengapa kita harus bodoh mencari penyunting tidak berdaftar dan bayar mereka? Kalau mereka tidak berdaftar, mereka tidak berlayak menerima apa-apa. Sebaliknya, kalau sebahagian rencana itu merupakan usaha saya, BOLEHKAH saya menuntut bayaran? Itulah soalan saya. Nampaknya frekuensi kita tidak sama. Oleh sebab itu, terbangkitlah banyak perbalahan.

Di bawah kotak penyuntingan, terdapat kenyataan ini: Jika anda tidak ingin rencana anda disunting atau disebarkan secara bebas, jangan hantarkan ia ke sini. Mengapa mereka tidak menulis: Jika anda tidak ingin rencana anda disunting, disebarkan secara bebas serta dijual, jangan hantarkan ia ke sini? Saya tidak pernah melihat dalam Wikipedia, baik dalam versi bahasa Inggeris mahunpun dalam versi mana-mana satu bahasa yang mereka mengatakan secara eksplisit bahawa mereka akan menjual rencana dalam portalnya. Beberapa pengguna ke yang akan membaca GFDL, AXYK, BHUTTO dan sebagainya?

Anda berkata: Kalau awak tegas tidak mahu orang membuat untung dengan karya awak tanpa membayar... janganlah menyumbang kepada Wikipedia. Kan ini merupakan keputusan saya yang terkini? Mengapakah anda hendak menulis: Kalau mesti, janganlah guna Wikipedia BI, tetapi tolonglah Wikipedia BM. — PM Poon


(P/S: Saya tidak berniat nak mempengaruhi sesiapa. Sesiapa nak menyumbang masih boleh menyumbang tanpa gangguan daripada saya. Tetapi saya harap orang juga akan menghormati keputusan saya tanpa membuat sindiran. Hati saya tidak sebaik (kind) seperti kamu semua. Saya cuma menyumbang jika hasil saya tidak dijual kerana saya tidak dibayar. Jika mereka nak jual, saya tak halang, cuma saya juga kena dibayar. Itu saje. Kalau tidak, saya tidak nak diperbodohkan. Mungkin anda tidak tahu bahawa dalam hampir lima bulan ini, saya menghabiskan antara 10-15 jam setiap hari untuk menyumbang ke portal ini. Kan lebih teruk daripada pekerjaan dengan gaji?

Saya tidak mengambil penyertaan portal ini sebagai hobi. Saya hendak membantu menciptakan sebuah sumber yang baik untuk bahasa Melayu. Saya tidak kesah asalkan rencana itu tidak dijual untuk keuntungan, baik untuk Yayasan ke atau atas apa-apa sebab yang lain. Keuntungan akan menimbulkan perasaan ketamakan, dan kemudiannya, banyak hal akan terjadi.

Saya bukan orang Melayu. Mengapakah saya hendak peduli tentang sumber bahasa Melayu? Saya berasa saya cuma seorang penggembara di dunia ini untuk masa yang paling singkat. Lagipun, di dunia ini, tidak seorang pun yang memilih bangsa mereka. Sikap perkauman terdiri daripada ketamakan. Mengikut Gautama Buddha (bukannya agama Buddha yang kini telah dicemarkan oleh manusia untuk kepentingan sendiri), ketamakan merupakan salah satu daripada tiga fenomena di dunia yang mengakibatkan kederitaan.

Untuk saya, saya masih belum mengatasi ketamakan saya. Bagaimanapun, saya tidak peduli jika seluruh dunia mempunyai sikap perkauman kerana bagi saya, saya bersetuju dengan Buddha bahawa ini cuma merupakan kelemahan manusia. Tetapi dalam percubaan saya untuk mengatasi ketamakan saya, saya tidak hendak diperbodohkan oleh sesiapa. Ini bukannya kebaikan hati (kindness); bagi saya, ini cuma merupakan sikap bodoh.

Anda berkata: Saya minta maaf jika awak tidak difahamkan ini lebih awal... Mengapakah anda harus meminta maaf? Apakah kesalahan anda? Jika saya tersilap, saya menanggungnya, tak usah anda sibuk-sibuk. Adakah kenyataan saya ini adil?) — PM Poon

  • Saya tidak kata awak salah untuk jadi marah mengenai hal ini.
Ya, betul tu. Adakah saya mengatakan anda berkata? Anda cuma mengata: Nampaknya dia telah marah kerana en:User:OrphanBot sering meninggalkan mesej di en:User talk:PM Poon mengenai masalah hak cipta imej-imej yang dia muat naik di sana. Saya tidak tahu apakah kaitan perkara peribadi saya di en:Wikipedia dengan anda, kecuali orang yang suka jaga tepi kain orang.
  • OrphanBot mula beroperasi hanya pada November 30 tahun lepas. Proses mencari imej yang tiada teg lesen amat susah tanpa automasi; tak hairanlah awak mulai menerima kebanjiran mesej barulah selepas OrphanBot mula beroperasi.
Adakah teknologi untuk OrphanBot merupakan suatu teknologi yang baru ditemui pada November 30? Jika tidak, ia bermakna bahawa memangnya en:Wikipedia tidak begitu mengambil berat tentang teg untuk gambar yang dimuat naik sehingga sekarang. Sewaktu saya menyertai en:Wikipedia, saya pernah membaca bahawa asalkan sumbernya diberi, sudah okay. Oleh itu, saya baru muat naik gambar-gambar itu.
  • Gambar dari surat khabar
Jika mengikut petikan anda, gambar surat khabar memang tidak dibenarkan, bukannya tidak digalakkan. Baru-baru saje, saya telah diminta oleh Urshyam di en:Wikipedia untuk tegkan gambar-gambar daripada surat khabar. Ini bermakna bahawa sebagai ahli pasukan untuk mengemaskan gambar di en:Wikipedia, dia juga tidak tahu akan peraturan ini.
Bagaimanapun, kenyataan itu menyangkal dengan templatnya sendiri:


{{newspapercover}}
  • Kalau awak betul-betul tidak percaya dalam Yayasan Wikimedia, seperti saya kata, tiada seseorang yang ingin memaksa awak terus menyumbang kepadanya.
Adakah saya pernah mengatakan ada orang memaksa saya? Sila kemukakan tuduhan anda.
Kan saya telah mengatakan saya tidak hendak menyumbang lagi? Mengapa anda masih sibuk-sibuk. Apakah niat anda yang sebenarnya?
  • Tetapi [membunuh] itu sifat manusia, kan?
Entah!
  • Contohnya, John D. Rockefeller (seorang dermawan terkenal) amat ditakuti kerana beliau guna apa-apa cara sahaja, haram ke tak, untuk memajukan syarikat beliau. Namun, beliau juga menderma berjuta-juta dolar AS (pada hari ini, mungkin beribu-ribu juta) untuk pelbagai usaha kebajikan. Paradoks, kan?
Walaupun perkara ini merupakan paradoks kepada anda, tetapi ini bukan lagi merupakan paradoks untuk saya. Saya pernah membaca mengapa beliau berbuat begitu. Oleh sebab namanya terlalu busuk, dia dinasihatkan oleh kawan rapatnya, Frederick T. Gates, menjadi dermawan untuk memulihkan reputasinya. Kan ada udang di sebalik batu?
  • [Answers.com] buat untung daripada iklan-iklan di laman mereka.
Asalkan rencana tidak dijual, tiada masalah. Saya juga berpendapat bahawa jika sampai satu tahap, Wikipedia tidak menerima sumbangan yang mencukupi, ia juga harus berbuat demikian... asalkan jangan jual karya yang disumbang tanpa bayaran secara langsung.
Sama juga dengan Persatuan Palang Merah. Jika nak jual apa-apa, boleh... jual pingat ke, jual buku ke (tiada orang menyumbang karya kepada mereka), boleh... asalkan jangan jual semula sumbangan yang diperoleh dengan percuma, seperti beras, ubat, serta perkhidmatan ahli mereka.
  • Kan ada beribu-ribu orang yang telah menghabiskan jam-jam menulis rencana tetapi tidak pernah mendaftar? Kenapa sebahagian sahaja penyumbang akan menerima bayaran?
Ini cuma nak mencari gaduh saje. Kan saya telah memberitahu anda jika mereka tidak mendaftar, itu mereka punya pasal. Persoalan pokok saya ialah: "Jika saya nak menuntut wang pampasan untuk jualan, boleh kah?"
  • Seperti saya kata, awak mengandaikan akan ada untung secukupnya untuk membayar setiap penyunting yang menuntut bayaran.
Nampaknya, anda langsung tidak tahu akan amalan penerbitan dalam pasaran.
  • Dan seperti saya kata, tiada untung dalam usaha-usaha seperti ini -- harga yang perlu dibayar hanya untuk kos mencetak dan sebagainya -- tiada yang untuk untung.
Sila periksakan kebenaran kenyataan ini. Anda boleh merujuk kepada halaman-halaman Wikipedia:Kedai Kopi yang telah diarkibkan.
  • Kalau awak tidak membaca lesen yang awak setuju mengguna untuk karya-karya awak, tidak tanggungjawab Wikipedia untuk memastikan awak telah memahaminya.
Ini memang cuma nak cari gaduh saje. Tahukah anda tentang taktik fine print yang sering dipergunakan untuk menipu orang? Kalau mereka tidak ada niat, ataupun sesuatu perkara itu amat bermanfaat kepada mereka, mereka akan MEMASTIKAN bahawa kenyataan itu tidak akan terlepas perhatian pembacanya. Umpamanya, kenyataan seperti:
1. Sebuah ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua, yang dipaparkan dengan terang di Laman Utama;
2. Jika anda tidak ingin rencana anda disunting atau disebarkan secara bebas, jangan hantarkan ia ke sini.
Bolehkah anda mendapat kenyataan: Jika anda tidak ingin rencana anda dijual tanpa pampasan, jangan hantarkan ia ke sini???
  • Tiada seseorang yang memaksa awak menghabiskan masa awak dalam cara tersebut, kan? Saya empathilah, tetapi apa guna? Nasi sudah menjadi bubur. Tak boleh pergi balik dan mengambil semua masa itu.
Adakah saya pernah mengatakan ada orang memaksa saya? Sekali lagi, saya mencabar anda: Sila kemukakan tuduhan anda.
Kan saya pernah menjawab soalan itu? Jika jawapan saya terlepas perhatian anda, saya mengulanginya buat kali ketiga:
Anda berkata: "Saya minta maaf jika awak tidak difahamkan ini lebih awal..." Mengapakah anda harus meminta maaf? Apakah kesalahan anda? Jika saya tersilap, saya menanggungnya, tak usah anda sibuk-sibuk. Adakah kenyataan saya ini adil?
Adakah saya memerlukan empati anda? Simpanlah empati anda untuk kegunaan anda sendiri. Jika ramalan saya tidak salah, anda akan amat memerlukannya dalam kehidupan anda kerana hati anda nampaknya tidak beberapa suci. (Untuk memastikannya, sila lihat hati sendiri dan tanyakan hati anda: "Apakah niat saya yang sebenarnya?")
  • Wikipedia Jerman sudah menerbitkan dan menjual Wikipedia Jerman dalam bentuk CD/DVD/kertas, dalam sebuah usaha bersama syarikat swasta. Sedapat saya tahu, tiada masalah yang tertimbul...
Kan Jack Cranfield juga berjaya menggunakan sumbangan percuma untuk memperkayakan diri. Yang amat ajaib ialah penyumbang-penyumbangnya tahu mereka tidak akan dibayar tetapi cuma membantu Jack memperkayakan diri. Kan ada banyak jenis orang di dunia ini? Memang Wikipedia masih akan mendapat penyokongnya yang kuat seperti anda.
Apakah tujuan anda sewaktu anda mengatakan mereka "tiada masalah"? Adakah anda cuba mengatakan bahawa jika saya mempunyai masalah, saya telah bersalah? Untuk makluman anda, "mereka tiada masalah" tidak semestinya bermakna saya juga tidak bermasalah. Dan saya mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih kerana Malaysia bukannya sebuah negara komunis.

Kesimpulan[sunting sumber]

Saya masih tidak tahu tentang tujuan anda yang sebenarnya untuk "memperdebatkan" keputusan saya meninggalkan Wikipedia. Bagaimanapun, intuisi saya mengatakan bahawa hati anda tidak beberapa suci.

Baik anda menghabiskan masa untuk menulis dalam Wikipedia, berbanding memperdebatkan dengan seorang bekas penyumbang yang telah membuat keputusan kekal untuk meninggalkan portal ini. Kan tak ada tujuan yang wajar? Saya tidak akan memulihkan keputusan saya, kerana walaupun jika pada suatu hari, Wikipedia mengatakan mereka tidak hendak menjual rencana yang disumbang dengan percuma oleh penyumbangnya, saya pun tidak yakin.

Perkara saya langsung tidak kena mengena dengan anda, khususnya kerana anda cuma merupakan seorang pengguna biasa yang agak baru di sini. Jika anda hendak menjadi sysop, buatlah permohonan. Tak perlulah menjadi hero. Kan dah ramai orang menjadi sysop baru-baru ini tanpa menjadi hero?

Pada tanggapan saya, sumbangan anda di portal ini masih tidak begitu banyak. Adakah anda bersetuju? Namun, habiskanlah masa anda untuk berjuang untuk Wikipedia, bukan membuang masa dengan seorang bekas pengguna. Kalau saya masih menyumbang, saya akan menghabiskan terjemahan rencana Wikipedia:Sudut pandangan berkecuali. Tak kan sebuah rencana seperti itu harus mengambil masa dua minggu lagi tak habis, sedangkan anda mempunyai banyak masa, hehehe.

Saya tidak akan membuang masa menjawab anda lagi. Cakaplah apa yang anda hendak cakap, saya akan menganggapnya sebagai "slkn" (bubuhkan vokal sendiri). INI MERUPAKAN JAWAPAN SAYA YANG TERAKHIR. — PM Poon

Rencana Pilihan[sunting sumber]

Untuk mencalonkan rencana pilihan di laman utama hanya tuliskan rencana yang ingin dicalonkan dan sebabnya. Buat masa ini rencana di laman utama diletakkan rencana baru setiap seminggu. Pencalonan bagi setiap kategori harus diletakkan di ruangan yang disediakan. — Master2841 11:15, 2 April 2006 (UTC)[balas]

apa tujuan anda disini?[sunting sumber]

apa tujuan anda di wikipedia bahasa melayu? adakah anda juga ingin melakukan seperi anda lakukan di wikipedia bahasa inggeris?--Tearfate 01:25, 4 Januari 2007 (UTC)[balas]


Pengundian pengguna 26 Ramadan sebagai penyelia[sunting sumber]

Anda dijemput mengundi 26 Ramadan sebagai penyelia. Undian boleh dilakukan di sini. SNN95 19:08, 9 Januari 2015 (UTC)[balas]

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 12 & 13 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk dua minggu akan datang:

Gambar pilihan mingguan
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian.
Minggu 12 (Tekan gambar untuk mengundi)
Minggu 13 (Tekan gambar untuk mengundi)
Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana pilihan
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan Mac lepas, rencana Ayam telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan April 2017:
  1. We Can Do It! (undi disini)
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 30 Mac 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Rencana baik
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Penghapusan laman
Buat masa ini, terdapat 0 halaman yang layak untuk dihapuskan. Jika salah sebuah laman anda yang sedang dihapuskan, anda boleh mengemukakan bantahan yang tersenarai disini. Jika tidak tersenarai di situ, mungkin perbincangan sedang dijalankan di laman perbincangan rencana yang akan dihapuskan tersebut.

SNN95 16:46, 10 Mac 2017 (UTC)[balas]

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 12 & 13 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk dua minggu akan datang:

Gambar pilihan mingguan
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian.
Minggu 12 (Tekan gambar untuk mengundi)
Minggu 13 (Tekan gambar untuk mengundi)
Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana pilihan
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan Mac lepas, rencana Ayam telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan April 2017:
  1. We Can Do It! (undi disini)
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 30 Mac 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Rencana baik
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Penghapusan laman
Buat masa ini, terdapat 0 halaman yang layak untuk dihapuskan. Jika salah sebuah laman anda yang sedang dihapuskan, anda boleh mengemukakan bantahan yang tersenarai disini. Jika tidak tersenarai di situ, mungkin perbincangan sedang dijalankan di laman perbincangan rencana yang akan dihapuskan tersebut.

SNN95 16:57, 10 Mac 2017 (UTC)[balas]

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 14 & 15 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Anda sudah terlepas untuk mengundi? Anda boleh mendapat kemaskini terbaru melalui senarai pantau anda. Anda hanya perlu klik butang "(Masukkan ke senarai pantau saya)".

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk bulan Disember 2017:

Untuk mengundi, anda hanya perlu meletakkan *{{Undi|v}} ~~~~ atau *{{Undi|x}} ~~~~ pada bahagian undian.

Gambar pilihan mingguan (Masukkan ke senarai pantau saya)
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Tekan gambar untuk ke bahagian mengundi. Gambar yang sudah ditutup undian, pautan akan memaut ke laman rencana tajuk gambar tersebut.

Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.

Rencana pilihan (Masukkan ke senarai pantau saya)
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Rencana Pilihan sebelum ini adalah Lie Kim Hok. Berikut adalah calon rencana pilihan bagi bulan Disember 2017:
  1. Jam air (undi di sini)
Anda boleh mula mencalonkan dari sekarang sehingga 31 Disember 2017 bagi pencalonan bulan Januari 2018. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain jika ada.
Rencana baik (Masukkan ke senarai pantau saya)
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan. Anda juga boleh mencalonkan terus ke Rencana Baik tanpa melalui Rencana Pilihan. Berikut adalah rencana baik yang boleh di undi:
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan (Masukkan ke senarai pantau saya)
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Tahukah anda
Ruangan Tahukah anda? di Laman Utama memaparkan beberapa fakta yang difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama. Fakta-fakta berikut akan dipaparkan secara rawak pada setiap masa berdasarkan:
  • berita semasa
  • pengetahuan am
  • rencana terbaru Wikipedia
Jika anda ada sebarang cadangan info yang boleh dikongsi; anda boleh membantu kami dengan mencadangkan atau menyumbang terus ke dalam paparan automatik kami. Baca dahulu peraturan sebelum menyumbang.

Berita ini akan diberikan kepada semua ahli aktif di WBM secara automatik. Jika anda tidak mahu mendapat langganan berita ini, anda boleh menyahlanggan berita ini di sini
SNN95 08:16, 1 April 2017 (UTC)[balas]

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 16 & 17 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk dua minggu akan datang:

Gambar pilihan mingguan
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian.
Minggu 16 (Tekan gambar untuk mengundi)
Minggu 17 (Tekan gambar untuk mengundi)
Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana pilihan
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan April, rencana We Can Do It! telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan Mei 2017:
  1. Soeara Berbisa (undi disini)
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 23 April 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Rencana baik
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.

SNN95 18:12, 7 April 2017 (UTC)[balas]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia[sunting sumber]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia

Anda dijemput untuk mengikuti Bulan Asia Wikipedia 2018!

Cipta 4 rencana berkaitan Asia dan menangi poskad khas daripada komuniti Wikimedia dari Asia!

Ahli Wikipedia yang mencipta rencana yang terbanyak akan dianugerahi "Duta Asia Wikipedia" dan mendapat sijil bertandatangan khas!

Daftar sekarang! Peraturan

TofeikuBincang 06:29, 1 November 2018 (UTC)[balas]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia 2019[sunting sumber]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia
Hai Johnleemk! Saya, MediaWiki message delivery, salah seorang penganjur pertandingan ini dan saya mengalu-alukan penyertaan anda dalam pertandingan ini. Anda dijemput untuk mengikuti Bulan Asia Wikipedia 2019!

Cipta 4 rencana berkaitan Asia dan menangi poskad khas daripada komuniti Wikimedia dari Asia!

Ahli Wikipedia yang mencipta rencana yang terbanyak akan dianugerahi "Duta Asia Wikipedia" dan mendapat sijil bertandatangan khas!



Daftar sekarang! Peraturan

Selamat berjaya! Ikhlas daripada saya, MediaWiki message delivery
-- TofeikuBincang 18:28, 29 Oktober 2019 (UTC+8)

Jemputan melakukan pengundian sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama[sunting sumber]

Salam semua ahli Wikipedia! Pesanan ini dihantar bertujuan untuk menjemput anda semua bagi membuat pengundian dasar sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama yang diusulkan oleh saya, CyberTroopers. Pengundian ini diteruskan semula kerana kutipan undian tidak mencukupi untuk diterima/ditolak. Dasar ini akan mengubah konfigurasi hak bagi kumpulan penggguna untuk pengguna awanama iaitu membatalkan hak kumpulan ini daripada mencipta rencana di Wikipedia bahasa Melayu. Namun begitu, mereka boleh memohon rencana untuk diciptakan atau membuka akaun bagi tujuan tersebut. Oleh itu saya berharap anda semua dapat memberi kerjasama dengan membuat undian. Saya juga ingin memohon kerjasama semua ahli Wikipedia untuk berganding bahu dengan sentiasa menyemak dan mencipta rencana di Wikipedia:Memohon rencana yang dipinta oleh pengguna-pengguna. Sekian.-CyberTroopers (bincang · sumbangan · log) 06:54, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]

Undi sekarang! Cipta rencana

Selamat Hari Raya Aidilfitri[sunting sumber]

[[Fail:Aidilfitri Wiki.png |40px]]Salam pengguna Wikipedia Bahasa Melayu!

Pentadbir Wikipedia Bahasa Melayu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang meraikannya. Sila amalkan penjarakan sosial dan kebersihan yang tinggi bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh penyakit Covid-19. Semoga kedatangan Aidilfitri ini akan memberi semangat yang tinggi kepada kita semua untuk terus menyumbang dalam Wikipedia Bahasa Melayu! Terima kasih.

Jemputan pengundian PeaceSearcher sebagai penyelia[sunting sumber]

Salam Wikipediawan dan Wikipediawati! Anda dijemput untuk membuat pengundian ke atas PeaceSearcher sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman pengundian telah dicipta dan anda sudah boleh mengundi pada bila-bila masa. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan untuk diajukan kepada calon, anda dibenarkan berbuat demikian di bahagian yang telah disediakan. Saya harap anda semua boleh bersama-sama melakukan undian sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan rasional. Kerjasama anda amat diperlukan. Sekiranya anda mempunyai permasalahan berhubung pengundian, sila hubungi mana-mana penyelia. Sekian. MediaWiki message delivery (bincang) 09:25, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]

Jemputan 100hariwiki[sunting sumber]

Jemputan #100hariwiki

Hai NAMA PESERTA! Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia mengalu-alukan penyertaan anda dalam pertandingan ini. Anda dijemput untuk mengikuti cabaran #100hariwiki.

Cipta rencana baru setiap hari selama 100 hari berturut-turut dari 15 Januari 2023 hingga 25 April 2023 dan menangi biasiswa perjalanan penuh ke persidangan antarabangsa Wikimania 2023 di Singapura!

Wikipediawan yang berjaya melengkapkan cabaran akan mendapat beg cenderamata daripada Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia!

Daftar sekarang! Hantar rencana Maklumat lanjut

Selamat berjaya! Ikhlas daripada saya, NAMA ANDA

Pengundian perlucutan hak penyelia[sunting sumber]

Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 2 orang penyelia oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini iaitu Kurniasan dan Azuru79 melebih 3 bulan tanpa sebarang notis dan alasan yang munasabah.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang! MediaWiki message delivery (bincang) 18:57, 11 Jun 2023 (UTC)[balas]