Perbincangan pengguna:Lelabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Assalamualaikum. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga anda dapat menyumbang secara aktif di sini. Sila gunakan tanda ~~~~ selepas pesanan untuk meniniggalkan nama anda.Yosri 11:46, 23 May 2004 (UTC)

InsyaAllah saya akan cuba memberikan sumbangan khususnya di segi tatabahasa dan ejaan Lelabah 17:48, 23 May 2004 (UTC)

Alhamdulillah, sekarang barulah saya rasa senang hati sedikit. Selama ini saya selalu bimbangkan kerana terlalu banyak menterjemah, sehinggakan ketiadaan masa untuk meneliti ejaan. Dengan pertolongan saudara, diharapkan rencana yang lebih bermutu dapat dikeluarkan. Yosri 01:14, 26 May 2004 (UTC)

Pada masa ini, saya sedang berkira-kira untuk membentuk satu pasukan kecil (pelajar sekolah) berjinak-jinak dengan Wikipedia dalam usaha menambah bahan serta melakukan penambah-baikan kandungan sedia ada. Lelabah 02:09, 26 May 2004 (UTC)


Sememangnya itu yang saya harap-harapkan selama ini, lihat impian saya. Selain itu tidakkah saudara ingin meletakkan sedikit maklumat di laman pengguna saudara? Agar lebih saling mengenali. Saudara juga boleh membaca berita Wikipedia di Berita Wikipedia, atau berborak (kebanyakannya mengenai Wikipedia Inggeris di irc.freenode.net #wikipedia. Yosri 03:11, 26 May 2004 (UTC)


Jika itu impian Sdra, maka tidak banyak berbeza drp impian saya yang telah saya usaha-jelmakan menjadi kenyataan pada tahun 2002 yang lalu. Pada tahun berkenaan, kesemua pelajar saya di Tingkatan 4 yang memilih subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi utk SPM, dimestikan mempunyai laman web masing-masing. Semua nota, kerjakursus mesti dimuatnaik ke laman web masing-masing. Saya tidak lagi menggunakan buku latihan bertulis sebaliknya para pelajar akan mencatat nota menggunakan Words dan kemudian dipindahkan ke laman web masing-masing sama ada menggunakan FrontPage atau Composer. Ramai yang lebih 'adventerous' menggunakan Dreamweaver yang mereka kuasai sendiri. Terdapat 56 buah laman web yang menggantikan buku tulis mereka.

Sayang, giga kali sayang. Hosting percuma di igalaksi CikguNet, kendalian MIMOS tutup kedai! Punah harapan dan impian untuk menambahkan lagi jumlah penyertaan laman-laman berbahasa Melayu di ruang siber. Saya cukup kecewa dengan tindakan pihak CikguNet. (Saya berharap kawan-kawan saya yang masih berada di MIMOS, membaca tulisan saya ini dengan satu pertanyaan: Mengapa kalian yang sangat saya hormati, melangkah ke belakang?)

Alhamdulillah, kekecewaan saya sedikit terubat apabila secara tidak sengaja menemui Wikipedia walaupun peranannya sedikit berbeza, namun matlamatnya sama memperkayakan khazanah maklumat berbahasa Melayu di Internet.

Lelabah 05:39, 26 May 2004 (UTC)

Ke mana Cikgu Lelabah pergi ?[sunting sumber]

Salam sejahtera. Ke mana Cikgu Lelabah pergi. Dah tukar nama ke ?

Saya pun pernah kursus laman web di Mimos dan menyertai petandingan laman web yang servernya terletak di igalaksi . Sayang sungguh server ditutup, mungkin kerana mudah diceroboh. Hanya dapat saguhati dan sijil penyertaan.Malekhanif (bincang) 14:29, 28 Mei 2009 (UTC)