Perbincangan pengguna:Master2841/Arkib3

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Thanks sebab edit gambar HEADWIND pada Kumpulan HEADWIND. Saya tak berapa faham macam mana nak letak gambar itu. -mkal

terima kasih[sunting sumber]

terima kasih atas bantuan saudara pada laman Sekolah Menengah Sains Johor yang saudara kemaskini. ucapan itu juga ditulis di laman perbualan:Sekolah Menengah Sains Johor.--Senyuman 17:54, 17 Disember 2006 (UTC)[balas]

laman perbualan[sunting sumber]

boleh saya tahu, adakah awak moderator wikipedia, saya cadangkan namaperbualan ditukar kepada perbincangan. ia tampak lebih sesuai. kerana yang kita lakukan di laman-lama perbualan bukanlah berbual tapi berbincang. jika diterjemah dari perkataan discussion bahasa inggeris, ia bermaksud berbincan bukan berbual. manakala perbualan ialah chatting atau talking.benarkan?--Senyuman 17:54, 17 Disember 2006 (UTC)[balas]

templat sekolah[sunting sumber]

bagaimana jika kita seragamkan templat sekolah yang saya sudah wujudkan yang telah digunakan di laman wiki Sekolah Menengah Sains Johor. saya pergi ke laman Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor dan mendapati dia menggunakan infobox nya sendiri. harap dapat perhatian.--Senyuman 17:54, 17 Disember 2006 (UTC)[balas]

Portal:Harry Potter[sunting sumber]

Saya baru mulakan hari ni dan masih dalam proses pengembangan. Terima kasih kerana membaca. Hehehe. Kalau nak tolong, apa salahnya. ;p — Polar 07:08, 2 September 2006 (UTC)[balas]

Hello, sorry I don't speak Malaysian, but I'm sure you could understand my words. I've found that the word "Taiwan" appears a lot in your article Piala Thomas & Uber 2006. I think it might have happened in some other artiles. But in fact Taiwan's sports team participates sport events all as "Chinese Taipei". That is the official team name. If "Taiwan" is used in such an occasion in Wikipedia, that is not NPOV (simply not neutral). It seems that someone had changed the words once and you made it back. I suggest you translating the article Chinese Taipei into your language. Then it can work a lot in many articles on sport. As an administrator, you really do well. I'm confident that you can do better (including NPOV). Come on! --WaitinZ 08:52, 3 September 2006 (UTC)Terima kasih[balas]

Terima kasih[sunting sumber]

Terima kasih kerana membantu mengemaskinikan Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan. Saya minta maaf kerana tidak melakukannya dengan sendiri pada masa ini. Saya akan mengambil alih penterjemahan sudut Laman Utama ini apabila tibanya masa senang nanti. — Alistaire 02:14, 11 September 2006 (UTC)[balas]

Hai Master2841, Saya lihat anda menggabingkan karipap. Sebenarnya saya mengasingkannya agar mudah meletakkan perincian mengenai setiap jenis, termasuk gambar (apabila di dapati). Selain itu apabila anda menggabungkannya, resepi yang ada mengelirukan, kerana setiap jenis karipap mempunyai resepi dan cara penyediaan yang berlainan. (Ada yang inti perlu dimasak dahulu dll.) Yosri 12:29, 12 September 2006 (UTC)[balas]

Jalan Bipas Muar[sunting sumber]

Siapa cakap "mengikut karyanet carian kamus dewan, tidak ada perkataan Bipas dalam Bahasa Melayu. Tengok Huraian 10 dalam Kamus Dewan Bahasa yang mengatakan bahawa bypass road ialah jalan bipas! Kena berjaga-jaga, kerana kini macam-macam ada! hehehe. — PM Poon 12:22, 16 September 2006 (UTC)[balas]

Rencana High School Musical ke dalam Bahasa Melayu[sunting sumber]

Assalamualaikum, Hai Master2841! Tadi saya ada buat artikel tentang filem muzikal dalam saluran Disney Channel yang berjudul High School Musical. Abang ada tengok tak filem tu dalam saluran 61, Astro? Seronok kan!? (LOL) Kalau boleh, Nanti boleh tak abang tolong terjemahkan rencana en:High School Musical dari Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Terima kasih! -- Peminat Disney Channel 17 September 2006 01:41 (UTC)

Ada Bipas dalam bahasa melayu[sunting sumber]

Cuba lihat perbualan chepoon dengan saya ...Perbualan che...che 03:37, 17 September 2006 (UTC)[balas]

Hai Master2841, bahasa Melayu kini bukan sahaja menghadapi pencemaran, tetapi juga menghadapi kecemaran, hehehe. Apa nak buat kalau Dewan Bahasa pun berbuat demikian? Kan "jalan pirau" dah cukup? Saya menganggap bypass surgery harus akan diterjemahkan sebagai "pembedahan bipas". Mana tahu, Dewan Bahasa mencadangkan "pembedahan pintasan" pulak! — PM Poon 10:19, 17 September 2006 (UTC)[balas]


Hai Master2841, Saya merasa hairan kenapa gambar peribadi yang digunakan hanya untuk laman pengguna itu sendiri dipadamkan. Ini adalah amalan biasa di Wikipedia Inggeris, dan sepatutnya isu ini dibincangkan dahulu. Yosri 00:37, 9 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Meminta pertolongan kepada anda[sunting sumber]

Hai Master2841, saya ingin meminta pertolongan iaitu boleh tak anda menolong saya membaiki rencana khas bersempena hari raya ini untuk diletakkan di laman utama walaupun rencana ini tidak mempunyai gambar. Saya dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA ANDA. Kemungkinan saya tidak dapat bersama Wikipedia ini ketika musim perayaan kerana beraya di kampung. - Didie 07:42, 19 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Perlukah kita menyekat Pengguna:Fantastic4boy kerana membuat rencana inggeris tanpa diterjemahkan secara penuh lalu menambah lagi rencana inggeris lain dengan banyaknya (yang juga tanpa terjemahan tetapi sibuk memuat naik gambar pula). Malah, kini, dengan melampaunya dia meletakkan banyak rencana Jerman yang tak terjemah langsung. Ini terang lagi nyata bahawa dia menurunkan kualiti piawaian portal kita. Rencana stub Aiman lebih baik dari rencana asing yang ditambah begitu banyak yang hanya diterjemah beberapa baris mahupun perkataan. Apa pandangan anda? Jika perlu disekat, berapa lama pula kerana kebanyakan penyelia tidak ada di sini sepanjang masa tetapi pengguna tersebut seolah-olah menambah rencana baru setiap jam. Harap anda membalas dan masalah ini diselesaikan secepat mungkin. — Polar 07:31, 6 November 2006 (UTC)[balas]

Hai Master2841, saya tahu anda sibuk tetapi bolehkah anda tolong padamkan rencana Surah Al-A'raaf bukan rencana Surah Al-A’raaf ini kerana ada dua tajuk sama. Bolehkah anda tolong? Kerana andalah penyelia, bukan saya. — Aeonimitz 17:45, 26 November 2006 (UTC)[balas]

Thank you[sunting sumber]

Penyelia[sunting sumber]

Pengguna "Abangmanuk" sekarang adalah sysop . Yosri 05:36, 21 Disember 2006 (UTC)[balas]

Status birokrat[sunting sumber]

Hai Master2841, saya rasa birokrat di sini amatlah sedikit dengan hanya dua penyelia sahaja yang mempunyai status birokrat. Saya rasa bilangan birokrat di sini perlu ditambahkan lagi untuk menjaga pautan-pautan di Wikipedia Melayu seperti pandu arah, cari, dan kotak perkakasan dan lain-lain lagi. Adakah anda mahu menjadi birokrat? Kerana saya lihat di Wikipedia:Penyelia, anda sudah lama menjadi penyelia sejak 24 Mac 2006. — Aeonimitz 16:48, 23 Disember 2006 (UTC)[balas]

Pengguna:60.50.173.58[sunting sumber]

Hai Master2841, Sebenarnya Pengguna:60.50.173.58 menyatakan berlakunya ciplak pada laman Bintulu. Rencana asal pada pautan tersebut. Yosri 05:57, 27 Disember 2006 (UTC)[balas]


Birokrat[sunting sumber]

Sila pergi ke halaman Wikipedia:Penyelia untuk melakukan pengundian birokrat juga penamaan calon di kalangan penyelia. Pemilihan ini akan berakhir 31 Januari 2007 untuk proses penapisan. -Didie 08:12, 13 Januari 2007 (UTC)[balas]

Status Meursault2004 dan Abangmanuk sebagai penyelia[sunting sumber]

Hai Master2841, Saya sebenarnya ingin menanyakan sesuatu terhadap anda mengenai status kepenyeliaan Meursault2004 bahawa jumlah suntingan dia menjalankan fungsi sebagai seorang penyelia dalam 605 hari ini(2 tahun lebih), Meursault2004 masih kurang daripada 50 suntingan. Apakah dia akan dibincangkan mengenai statusnya tetapi dia aktif di id.wiki? Satu lagi Alistair yang suatu ketika dahulu memang aktif di sini tetapi dia sekarang sudah 114 hari tidak membuat suntingan yang bersamaan 3 bulan lebih ye. Jadi apakah sebenarnya yang terjadi terhadap antara mereka berdua ini ye? Mungkin sibuk...

Selain itu, Abangmanuk yang baru dilantik menjadi penyelia tidak menunjukkan aktivitinya di ms.wiki. Adakah perlantikannya boleh dipersoalkan kerana awal perlantikannya lagi sudah tidak menunjukkan lagi aktiviti sebagai penyelia. Nampaknya panjang lebar juga ye mengenai status kepenyeliaan ini. Diharap pemberitahuan ini akan diambil perhatian. Terima kasih...... -Didie 11:48, 23 Januari 2007 (UTC)[balas]

Boleh ker menyalinkan common.css[sunting sumber]

Boleh minta tolong cuba menyalinkan common.css dr wikimedia english/indo ke wikimedia wiki melayu tak? terima kasih --Zack2007 02:07, 9 Februari 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih. So far so good. Jadual-jadual yang mempunyai link wikitable sekarang dah boleh digunakan. Kalau tiada apa2 masalah, boleh juga menyalinkan MediaWiki:Monobook.css dari Wikipedia English ke MediaWiki:Monobook.css kita. Terima kasih sangat-sangatlah. --Zack2007 09:21, 10 Februari 2007 (UTC)[balas]
Berjuta-jutaan terima kasih kerana mengecilkan font pada Template:Infobox Country. Ada masalah sedikit dengan Templat:Negeri. Boleh anda tolong lihatkan? saya masih lagi belajar dari segi bahasa2 wiki ni. Minta tolong yer. Thank you --Zack2007 13:39, 12 Februari 2007 (UTC)[balas]

Minta tolong satu lagi. Common.js sekarang ni masih kosong. Ini menyebabkan kotak navigasi tidak mempunyai attribusi untuk menyembunyi/papar. Sila lihat MediaWiki:Common.js, dan jelas Common js English mempunyai atribusi itu. Boleh Encik Master2841 menyalin javascript ini ke MediaWiki Melayu. Satu lagi, jika anda teliti js nya, terdapat attribusi collapsible table. Sila tukar Hide ->sembunyi, dan Show ->papar (atau terjemahan yang setandingnya). Terima kasih ya. Saya bukan penyelia, tidak ada kuasa untuk menyunting laman-laman sebegini, tetapi ingin membantu menyumbang kepada WIki Melayu. --Zack2007 03:24, 4 Mac 2007 (UTC)[balas]

Ehem?--Zack2007 08:58, 6 Mac 2007 (UTC)[balas]

Amsterdam[sunting sumber]

hai master2841! saya cuba sunting laman berkenaan dengan Amsterdam tapi mesej filter spam tertulis seperti di bawah: 150pcx

Macam mana nak buat?

che 03:49, 25 Februari 2007 (UTC)[balas]