Perbincangan pengguna:Mohd Zainuddin

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Salam sejahtera Mohd Zainuddin! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Yosri (bincang) 09:27, 19 Mac 2010 (UTC)[balas]

Kenali Mohd Zainuddin a.k.a Din Beramboi[sunting sumber]

Zainuddin Che Ismail a.k.a Din Beramboi (admin blog : http://www.dinberamboi.com ) di lahirkan pada 6 Mei 1986 di Rantau Panjang, Kelantan. Lahir dari sebuah keluarga yang sederhana dan mempunyai 11 orang adik beradik. Beliau adalah anak keempat dan anak lelaki kedua di dalam keluarga . Bapa beliau bernama Che Ismail Che Long, dan ibunya bernama Che Bidah Bt Che Daud.

Beliau mempunyai keturunan darah siam dan jawa kerana bapanya berasal dari Narathiwat manakala datuk kepada ibunya pula orang jawa yang merantau suatu masa dulu. Datuk sebelah ibunya kemudian di kerah oleh tentera Jepun membina landasan keretapi maut di Siam dan Burma dan di khabarkan meninggal di sana.

Kehidupannya seperti kanak-kanak kampung yang lain. Aktiviti zaman kanak-kanaknya penuh ceria seperti melastik burung, mandi sungai (Sg. Golok), bermain di tepi tasik adalah perkara biasa.

Bapanya seorang peniaga dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Bapanya minat dan pandai berniaga dan minat inilah yang di turunkan kepada Mohd Zainuddin. Pelbagai jenis perniagaan dijalankan oleh bapanya seperti menjual ikan, membuka kedai runcit, membuka restoren kecil di bulan Ramadhan, membuka kedai 'bundle' dan sebagainya.

Mohd Zainuddin selalu mengikut bapanya pergi berniaga. Beliau adalah peneman setia bapanya ke mana sahaja kerana abangnya tidak minat berniaga. Pernah juga beliau menjual kacang rebus dan jagung rebus di sekolah (sekolah rendah) dan permintaan sangat hebat daripada rakan-rakan dan guru.

Pendidikan Awal (Sekolah rendah)

Mula memasuki persekolahan peringkat rendah pada tahun 1993 di Sekolah Kebangsaan Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan. Beliau seorang pelajar yang pemalu, pendiam tetapi pandai di dalam mata pelajaran. Seringkali mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga di dalam kelas.

Pada tahun 1998, beliau menduduki UPSR dan berjaya mendapat 4A,1B.

Pendidikan Menengah (Sekolah menengah)

Tamat sahaja darjah 6, bapanya bercadang menghantar beliau ke Yala, Thailand dan menjadi seorang hafiz al-Quran. Tetapi kerana keputusan UPSR yang agak cemerlang, gurunya mencadangkan supaya menunggu keputusan belajar di sekolah asrama penuh.

Permohonan asrama penuh tidak berjaya dan sekolah menengah pertamanya adalah Sekolah Menengah Rantau Panjang, Kelantan. Beliau antara pelajar cemerlang pada zamannya dan menjadi pelajar terbaik pada ujian percubaan PMR. Pada ujian sebenar PMR pula (tahun 2001), beliau berjaya mendapat 7A, 1C, suatu pencapaiaan yang agak berjaya.

Kemudian, beliau berjaya ke MRSM Yayasan Terengganu, Besut, Terengganu. Beliau di MRSM itu hanya setahun kerana kemudiannya di pindahkan ke MRSM Kuala Terengganu, Terengganu. Pada tahun 2003, beliau menduduki SPM dan berjaya mendapat keputusan 7A,2B dan 1C.

Pendidikan Matrikulasi dan Universiti.

Selepas tamat tingkatan 5 di MRSM Kuala Terengganu, beliau menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi di Kolej MARA Kulim, Kulim, Kedah. Beliau di situ selama setahun (2004) dan kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya, universiti nombor 1 di Malaysia (2005).

Di Universiti Malaya, beliau mengambil jurusan sains di Fakulti Sains, Jabatan Geleology.Selama tiga tahun setengah di Universiti Malaya dan sepanjang tempoh itu, beliau agak aktif dengan menyertai pelbagai projek kolej dan Universiti. Antara jawatannya di Universiti Malaya adalah Ketua Balai Islam, Kolej Kediaman Kinabalu. Menjadi pengarah projek umrah ke Mekah,Arab Saudi dan lawatan ke Mesir dan sebagainya.

Graduate pada tahun 2008 dan kini menjalankan perniagaan Vemma secara sepenuh masa. Boleh lawati laman webnya di : http://www.panduanbisnes.com

Dengan bisnes Vemma, kini pendapatannya setiap minggu mencecah 4 angka dan mendapat pendapatan bulanan sehingga 5 angka. Bisnes Vemma dalah bisnes yang paling berjaya di ceburinya dan beliau banyak membantu orang ramai untuk berjaya di Vemma terutamanya rakyat Malaysia.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes Vemma, sila lawati : http://www.panduanbisnes.com atau lawati http://www.vsomebody.biz

Kenapa Di Gelar Din Beramboi?

Beliau menggunakan nama Din Beramboi di internet bukanlah kerana ingin menumpang populariti mana-mana artis atau selebriti. Sejarah digelar Din Beramboi sebenarnya sejak beliau di bangku sekolah rendah lagi. Maklumlah pada zaman kanak-kanak, ada sedikit persamaan saja hatta nama sekalipun, kawan-kawan akan mula memanggil dengan nama tersebut.

Pada usianya masih di sekolah rendah, tidak dinafikan Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad) agak popular pada masa itu dan mungkin dari situ ianya bermula di panggil rakan-rakan.

Nama panggilan itu kekal daripada sekolah rendah ke sekolah menengah, kemudian ke Matrikulasi dan Universiti kerana kawan-kawan sekampung ramai melanjutkan pengajian di tempat yang sama.

Apabila beliau mula menulis blog pada tahun 2006, nama itu (Din Beramboi) di 'brand'kan sebagai nama panggilan di internet.