Perbincangan pengguna:PM Poon/2 Julai 2006

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

kotak pengguna aktif[sunting sumber]

Baru-baru ini saya telah mencipta satu kotak pengguna, iaitu pengguna aktif:

PM_Poon telah aktif di Wikipedia selama beberapa lama.


Kotak pengguna ini sebenarnya dicipta sebagai satu penghargaan kepada mereka(terutamanya orang baru)yang giat menyumbang kepada wikipedia.

Saya rasa pemberian dorongan kepada orang baru memang boleh merangsang mereka untuk terus menyumbang untuk wikipedia.

Maka, sekiranya anda menjumpai siapa-siapa orang baru yang aktif dalam wikipedia, jagan kedekut untuk memberi penghargaan ini kepada mereka.

Ychmatematik 16:04, 10 Jun 2006 (UTC)[balas]

Saya pernah fikir juga bagaimana melaksanakan pengiktirafan ini. Dari segi teknikal, bolehkah kita menjadikan kotak pengguna ini hanya boleh diusik oleh penyelia sahaja? yakni hanya penyelia saja yang dapat meletakkan stiker ini ke atas laman pengguna.
Masalah hangat-hangat tahi ayam sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, mahupun penyelia sendiri. Tetapi adanya "pengharagaan sebagai pengguna aktif" walaupun tidak bermaksud pengguna ini aktif untuk selama-lamanya, tetapi sekurang-kurangnya menandakan bahawa pengguna ini pernah aktif untuk satu jangka masa yang tertentu.
Untuk kriteria untuk menentukan siapakah pengguna aktif kita ambil kriteria subjektif sahaja. Asal orang itu sentiasa hadir dalam "perubahan terkini" dan tidak melakukan vandalisme maka kita boleh memberi "stiker" ini kepada mereka. Pemberian penghargaan tidak seharusnya memlalui proses yang terlalu rumit kerana ia tidak melibatkan perubahan fitur-fitur akuan pengguna seperti pemberian kuasa sysop.

Ychmatematik 07:26, 11 Jun 2006 (UTC)[balas]


Wahai PM poon, tolonglah aku untuk menglengkapkan templat: Pengguna Aktif supaya menjadi {{Pengguna Aktif{{1}}}}. Saya memang tak tahu caranya. 08:02, 11 Jun 2006 (UTC) 08:03, 11 Jun 2006 (UTC)


wiki Pengguna PM Poon/2 Julai 2006
dihargai sebagai pengguna aktif
Wikipedia pada 24 April 2024.

Tag Hakmilik.[sunting sumber]

Berkenaan tag hak milik, maksud saya, apabila Wikipedia mencetak bahan mereka, mereka hanya menggunakan imej yang memiliki tag bebas hakmilik / Common Creativity sahaja. Yosri 00:31, 12 Jun 2006 (UTC)[balas]

Jika perlu...[sunting sumber]

Hai PM Poon. Dah lama saya tak menconteng laman perbincangan awak ni. Hehe. Sejak bila awak jadi "Lim Kit Siang Wikipedia Bahasa Melayu". Erm... Kalau saya jadi Mahathir, boleh juga beri pandangan dan kritikan, kan? Seperti yang dilakukan beliau terhadap kerajaan... Hehe. Tak perlulah saya nak jadi ahli politik. Baik duduk rumah minum kopi, tonton TV.

Oh ya, berkenaan pandangan peribadi awak tentang "Senarai rencana semua bahasa perlu ada", saya tak tahupun yang harus ada kena 100 buah rencana. Banyak tu... Hmm. Sebahagiannya dah diusulkan untuk dijadikan Rencana Pilihan (cth: seperti saya telah cadangkan rencana Cleopatra) tetapi ketika itu sudah siap dan panjang. Tinggal pemeriksaan oleh juru bahasa dan piawaian sahaja.

Sekarang ni saya tak berani buat rencana atau terjemah rencana yang panjang-panjang. Saya sering terkandas dan lazimnya tewas. Huhu. Banyak yang terbengkalai. Nak tunggu angin datang, lambat lagi monsun bertukar. Mood saya pun sudah bercampur aduk. Aduhai.

Oh ya, berkenaan:

Mungkin rencana-rencana dalam senarai itu tidak cukup piawai bagi pemilihnya. Dalam hal demikian, kita cuma mempunyai dua pilihan:
  • memperbaiki rencana-rencana itu secara kerjasama (jika boleh diperbaiki); atau
  • menghapuskan rencana-rencana itu (jika tidak boleh diperbaiki).

Rencana yang bagaimana tak boleh diperbaiki dan akan dihapuskan. Harap dapat diterangkan. Terima kasih. — Polar 17:54, 12 Jun 2006 (UTC)[balas]

Nampaknya saya salah lagi, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan huhu.... Terima kasih kepada Poon (boleh saya tahu Poon lelaki atau perempuan?) Benarkah Poon telah berusia lebih setengah abad? Ciklee 11:16, 13 Jun 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih atas Kotak Pengguna Aktif[sunting sumber]

Hai PM Poon, Terima kasih banyak-banyak atas benda itu, saya memang berpuas hati dengannya dan rasanya tidak perlu buat apa-apa perubahan. Baru-baru ini saya tengah sibuk dengan kerja sekolah, jadi maaf ya akan kelambatan menjawab.

Ychmatematik 12:46, 13 Jun 2006 (UTC)[balas]

Piawai untuk menentukan seorang itu Pengguna Aktif[sunting sumber]

Hai, PM Poon. Sebenarnya, saya telah membuat Piawai itu, tapi rasanya agak mudah, kalau PM Poon sanggup membaikinya, anda boleh pergi ke Wikipedia: Pengguna aktif

Pada suatu ketika, saya pernah melihat seorang pengguna yang agak aktif, iaitu "ciklee", pada pendapat anda adakah beliau layak di beri penghargaan ini? saya keberatan kerana dia tak muncul-muncul.



Hai PM Poon,

Terima kasih atas pujian yang diberikan anda. Saya menghargainya khususnya kerana ia datang daripada anda disebabkan andalah yang telah banyak membantu saya apabila saya mula aktif di sini, dan jasamu ini amatlah saya kenang, terutama dalam penolongan anda menciptakan templat untuk saya, he he.

Sebenarnya saya ini memang seperti yang dikatakan anda, iaitu seorang yang ketat pada prinsip. Hal ini demikian mungkin disebabkan saya telah mendapat didikan sebegini (tidak pasti dari mana, hehe) sejak kecil lagi. Bagi saya, prinsip merupakan sesuatu yang, jika kita pinjam kata-kata Jimbo Wales, "mutlak" dan "tidak boleh dirundingkan". Kehidupan yang berprinsip hanya boleh mendatangkan kebaikan, mahupun pada diri-sendiri baik orang lain di sekitar. Pendekatan prinsip dituntut agama serta semua ajaran terdahulu, dan bukan sahaja itu. Saya tidak pasti adakah anda pernah terbaca sebuah buku karangan Stephen R. Covey iaitu "The 7 Habits of Highly Effective People" iaitu buku motivasi yang paling laris, dalamnya beliau menekankan bahawa hanyalah kehidupan berprinsip menjamin kesejahteraan sebenar. Beliau mengulas lagi bahawa prinsip, sekiranya dibandingkan dengan sesuatu yang physical, prinsip akan menjadi suatu benda yang paling keras dan kita tidak dapat mematahkannya. Kita mungkin boleh mematahkan diri semasa cuba mematahkannya, tetapi tidak boleh mematahkannya. Satu lagi analogi yang diberi beliau adalah bahawa prinsip bagai rumah api: ia tidak bergerak, malah ia memberi petunjuk kepada kapal yang berlalu pada waktu malam.

Sememangnya saya sedar akan masalah real world yang anda cakapkan itu, malah, saya dah dapat pun kesannya, tidak usah tunggu sehingga masa perkerjaan. Saya telah banyak dihampakan oleh ramai sekali orang (keluarga mahupun bukan keluarga). Adapun yang kata pada saya "Kenapa awak nie? Relakslah!" tetapi saya tidak tahu, ia seolah-olah saya tidak mahu berputus asa, sama seperti sejenis patung Cina yang walau dilontar bagaimanapun, ia tetap akan berdiri semula dalam keadaan asal. Dalam penegakkan prinsip, saya akui diri sebagai seorang yang beremosi, tetapi semasa menterjemah rencana Sherlock Holmes, saya dapati bukan saya seorang sahaja yang begini. Tak sangka beliau yang memang terkenal dengan sifat cold and calculative pun boleh beremosi dalam keadaan melibatkan moral. Orang yang mahukan kebaikan memang akan dibenci, dihina dan dicaci, dan keadaan ini menjadi pada bila-bila dan di mana sahaja baik di barat (semasa kesnya dengan nabi-nabi yang membawa pesanan daripada Tuhan) mahupun timur (semasa Confucius cuba membawa pendekatan kerajaan berprinsip). Orang yang ingin berprinsip memang kena bayar harga yang tinggi, tetapi ia sesuatu yang saya sanggup lakukan, kerana hakikatnya adalah all it takes for evil to rule is for good people to do nothing. Lagipun Tuhan kan ada, seperti yang saya beritahu anda, Dia pasti akan "betulkan" keadaan nanti.

Dalam keadaan menegakkan undang-undang pula, saya juga mengetahui akan ketidakadilan seperti anda katakan. Ketidakadilan ini bukan sahaja wujud dalam amalan undang-undang, bah dalam undang-undang itu sendiri juga. Seperti yang saya pernah diajar masa kelas, adanya hakim yang membuat dakwaan yang mereka mahu melindungi moraliti dalam keputusan mahkamah mereka. Seorang hakim Inggeris pernah kata, "apa-apa yang contra bonos at decorum" iaitu apa yang tidak bermoral, bukanlah undang-undang "sebenarnya". Namun hakikatnya sesebuah undang-undang itu didrafkan dengan motif tertentu, dan ini tidak semestinya melibatkan moraliti. Jika anda hendak mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh mengaji perbezaan antara falsafah natural law dan positivism. Yang pertama menekankan undang-undang sebagai berdasarkan hukum alam dan ianya mesti mengikut alam, iaitu adil dan sebagainya, manakala yang satu lagi menekankan bahawa sesuatu itu menjadi undang-undang hanya apabila diluluskan kuasa yang lebih tinggi daripada yang diperintah.

Pasal Mahathir itu, bukan apa, tetapi sebagai seorang anak muda, saya amat bangga apa yang beliau telah buat untuk Malaysia. Tidak dinafikan beliau pernah membuat salah, tetapi semua orang punyai keburukan bersertakan kebaikan, dan sumbangannya jauh mengatasi keburukannya. Bukan senang nak dapat pemimpin macam dia itu! Semasa saya mengenali orang-orang daripada luar negara, ramai yang mengeluh pada saya bahawa ahli politik mereka corrupt seratus peratus, mereka hanya hidup untuk melincirkan punggung mereka dengan wang dll tampa seorang pun fikirkan pasal rakyat, saya ulangi, tampa seorang pun fikirkan pasal rakyat. Kita di sini seharusnya mengira kebaikan (count our blessings). Apabila anda cakap tentang manusia, sentiasa ada ruang untuk pembaikian, perkara penting yang perlu dahulu hanyalah niat baik. Saya percaya Mahathir ada niat itu.

Tentang peranan anda sebagai "penyokong hantu". Saya mengerti dan saya juga suka mengamalkan sebegitu. Walaupun ada kalanya kita mempunyai perbezaan pendapat atau falsafah dalam erti sebenarnya, usahlah berlaku ketegangan. Seberti kata Polar, "kita kerja sama-sama, kritik sama-sama dan betulkan kesilapan sama-sama". Alistair 阿力斯特伊儿 01:37, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Lagi satu yang saya perlu beritahu adalah memang saya ini seorang lelaki, he he. Hmm, tidak tahu pula nama itu merupakan nama Scotland, kerana saya hanya main pilih daripada Kamus Oxford sahaja. Saya pula berketurunan Wales dan nama sebenar saya memang merupakan nama Wales. Oh well... Alistair 阿力斯特伊儿 01:46, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Pengguna aktif yang tidak lagi aktif[sunting sumber]

Saya rasa ini memang satu kelemahan yang wujud dalam penganugerahan pengguna aktif. Apabila wujud banyak pengguna akitf yang tidak lagi aktif, maka ini akan menjadi satu jenaka.

Tapi buat masa sekarang, oleh kerana dua orang telah diangugerahkan dengan "title" ini, maka kita tidak ada peluang lagi untuk berpatah balik. Apa yang boleh buat ialah lebih berhati-hati dalam menganugerahkan titile ini kepada pengguna. Mungkin kita cuma memberi gelaran ini kepada mereka yang telah:

  • Terbukti telah menyumbangkan banyak rencana.
  • Mempunyai butiran dalam laman pengguna.
  • telah aktif sekurang-kurangnya satu bulan.

Konsep ini telahpun diperkenalkan, tetapi sekirannya ia tidak dilaksanakan, kerana kejayaan sesuatu adalah bergantung kepada tindakan.

...kali ini saya mungkin terlalu terburu-buru dalam memperkenalkan sistem ini : Ychmatematik 07:25, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]



PM Poon. Minta tolong sedikit. Boleh tak ubahkan templat {{subst:td}} supaya bahagian yang bertulis "...anda boleh menanyakan saya atau mana-mana penyelia..." yang dibawahnya itu dan buangkan perkataan "..saya atau.." kerana templat itu merujuk kepada orang yang menandatanganinya sebagai seorang penyelia. Sebagaimana yang anda ketahui, kini saya juga menyambut pengguna baru (biasalah nak menolong, heh) dan takut pula nak guna templat itu kerana saya bukan penyelia. Oleh itu saya kini terikat tangan kepada kebolehan menggunakan {{subst:sd}} saje. Dahlah saya tengok Lokey3310 itu juga asyik dengan menggunakan yang "td" tu walaupun juga bukan penyelia. Buka saja kesemuanya kepada penggunaan umum. Tempat ini demokratik, jadi "pemimpin" dan "rakyat" hendaklah sama taraf, bukan? hehe. Alistair 阿力斯特伊儿 17:24, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Oh ya, dan jika anda tanya bahawa adakah saya gunakan teknik "Templat:xxx" dalam kotak carian yang awak ajarkan, saya dah cuba, it doesn't work. Ini mesti "synsop only" punya ni, hehe. Alistair 阿力斯特伊儿

Erm... Alang-alang dia ni amat demokratik dan aktif, apa kata kita cadangkan untuk menaikkannya sebagai penyelia dalam masa sebulan lagi. Cukupkan tiga bulan (lebih kurang la) setelah dia mula berkhidmat kepada portal ini. Mungkin kita akan letakkan dia dalam tempoh pemerhatian buat masa sebulan ini. Kita lihat sama ada cukup atau tidak enam syarat yang dikenakan. Hehe. Sekurang-kurangnya nanti, ada yang akan mengaktifkan "parlimen" kita dengan banyak bersidang. Hehe. Demi kebaikan wikipedia Melayu juga. — Polar 18:19, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Oh, begitu[sunting sumber]

Hai PM Poon, kini saya dah faham. Semasa saya melihat templat itu dengan frasa "...saya atau mana-mana penyelia..." otak saya telah memahaminya sebagai;

  1. "Saya" merupakan penyelia.
  2. "Anda" boleh menanyakan mana-mana penyelia "termasuk saya".

Tetapi kini setelah melihat penjelasan anda, saya memahaminya sekarang. Memang perkataan "saya" tidak semestinya bermaksud pengerim adalah penyelia. Maaflah, saya salahkan otak saya, kadang-kala memang slow sikit, hehe.

Saya juga sepakat dengan anda mengenai hal dorongan itu. Walaupun tiadanya kenaikan penyumbangan bersama dengan kenaikan pendaftaran pengguna baru, namun ia merupakan langkah pertama atau first step. Kini dengan perlaksanaan dorongan oleh Ychmatematik, saya rasa semua cara yang, dalam istilah yang digunakan oleh anda, "membawa kuda ke air" telahpun dilakukan. Tidak ramai yang minum, tetapi sekurang-kurangnya ada pengguna terbaru yang aktif seperti Lokey3310 memberi harapan. Dalam agama saya, usaha harus diikuti oleh tawakal, iaitu doa. Hanya Tuhan dapat mengubah keinginan hati seseorang itu dari tidak menyumbang kepada menyumbang, hehe.

Tentang soalan saya "Templat:xxx" itu, ala, bukankah anda pernah ajarkan saya jika saya hendak mencari sebuah templat, kena taip "Templat:(nama templat)" dalam kotak carian? Sebelum ini saya cuba "Templat:subst:td" dalam kotak carian sebelum anda menerangkan apa gunanya "subst". Nampaknya banyak lagi saya perlu belajar mengenai Wikipedia ini. — Alistair 阿力斯特伊儿 03:51, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Tentang penyelia, lihat catatan saya di laman perbincangan Polar.

Tentang Emrrans[sunting sumber]

Hai PM Poon, nasib baiklah anda masih berada di sini termasuk juga Aurora dan Yosri. Kalau tak kita semua susah. Mungkin kalau ada masa saya akan memujuk dan menasihati Emrrans untuk kembali ke Wikipedia Melayu. Adakah anda boleh terima cadangan saya? Sebab saya kawan dia. — Lokey3310 11:15, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

PM Poon, awak tolonglah kesiankan kawan saya iaitu Emrrans kerana dia masih sayangkan anda, Wikipedia Melayu dan semua pengguna berjasa di sini. Dan InsyaAllah dia tak akan buat lagi perkara ini lagi iaitu menyusahkan lagi orang di sini. — Lokey3310 12:02, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai PM Poon, sila lihat laman perbualan "Emrrans" untuk keterangan antara saya dengan Emrrans. — Lokey3310 15:02, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Perbualan Terkini[sunting sumber]

Hai PM Poon. Nampaknya, awak akan jarang menyumbang kerana awak kata awak ingin membuat rencana inggeris. Hmm. Ikut awaklah. Mungkin anda ingin berubah angin. Saya rasa pengesyoran awak kali ini tidak salah dalam memilih Alistair. (Kalau silap, seperti Mahathir kata tentangnya, ada "sifat memilih orang yang salah". Tapi rasanya tidak.) Ke mana Che Det sekarang ni ya? Sibuk agaknya. Langsung tak nampak. Oh ya, apa-apapun, saya ada hantar email untuk anda. Bukan virus atau spam. Bacalah. Hehehe. — Polar 02:05, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih[sunting sumber]

PM Poon. Buat saja apa yang anda mahu. Terima kasihlah kerana memberikan saya pengajaran dan dorongan di sini. Saya akan ingatinya dan saya akan cuba sedaya upaya lakukan apa yang anda pesan. Jangan risau. Semoga anda berjaya dalam apa yang anda lakukan selepas ini. Selamat tinggal. Alistair 阿力斯特伊儿 04:46, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]

Permintaan anda[sunting sumber]

Lihat m:Requests for permissions#Removal of access. ...Aurora... 05:35, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]

Wikipedia bahasa Melayu (ms): Removal of sysop rights
I'm requesting removal of my sysop rights on Wikipedia bahasa Melayu to make room for new sysop applicants since the quota has been reached, and also because I will be less active. — PM Poon 22:24, 15 June 2006 (UTC)

Put a notice on you talk page there that confirms this and link to it form here. I suppose you know this but there is from the technical POV not reason to have many sysops. --Walter 07:30, 17 June 2006 (UTC)

Hai PM Poon, tak sangka anda masih berada di sini.

Setelah penat berusaha, akhirnya siaplah ketiga-tiga ruangan sumbangan pilihan itu. Walaupun rasa lega, tetapi nampaknya masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan di sini dan kesemuanya membuat saya runsing. Izinkanlah saya berkongsi kerunsingan dengan anda. As they say, a problem shared is a problem halved, hehe.

  1. Manual gaya penulisan.

Dulu semasa baru di sini, saya lihat anda begitu sibuk dengan menterjemah Manual gaya penulisan. Semasa itu, kepentingannya tidak begitu nyata bagi saya, tetapi dua hari yang lalu, saya ada tangkap satu penyumbang yang melanggar peraturan itu di rencana Anwar Ibrahim. Setelah beranggapan niat baik dan membetulkannya sekali, saya dapati bahawa penyumbang berkenaan membuatnya sekali lagi, dan lalu saya tinggalkan beberapa teguran di halaman perbualannya. Apabila merujuk kepada Manual gaya penulisan berkenaan garis panduan yang beraplikasi kepada kes pengguna ini, saya dapati yang berkenaan masih belum diterjemah. Kini saya sedar betapa pentingnya satu manual gaya penulisan yang utuh di portal kita kerana kewujudannya dan penguatkuasaannyalah yang menentukan satu portal piawai daripada himpunan cerita-cerita dogeng, jadi saya telah membuat keputusan untuk membantu menterjemahkannya, tetapi begitu banyak perkara yang hendak diterjemah, kalau saya sendiri buatkan, sudah tentu pengsan! Tetapi perkara itu mesti dilakukan juga, heh.

  1. Berkenaan perihal InterWiki

Saya dapat bahagian Babel masih belum diperlengkapkan, dan ini seterusnya menyebabkan masalah terutama apabila ada pengguna negara lain mendaftar di portal kita untuk hal-hal InterWiki. Senarai bahasa-bahasa yang belum ada itu pun perlu dilengkapkan juga, dan guess who is going to do it? hehe. Wikipedia:Kedutaan, iaitu sepatutnya satu laman untuk orang asing datang bincang InterWikian pun masih belum terdiri. Kesemua perkara ini mesti dilakukan supaya orang luar berasa selesa di portal kita.

  1. Polisi dan garis panduan terkini

Semasa saya membanding-bandingkan garis panduan kita dengan yang di Wikipedia Inggeris, saya dapati bahawa sebagai satu portal yang vibrant dan dinamik, mereka sentiasa menggubal polisi-polisi atau garis panduan baru untuk menghadapi cabaran-cabaran bersifat baru seperti masalah Sockpuppetry dan sebagainya dan saya fikir, apa akan jadi jika cabaran bersifat baru atau lainnya terjadi di portal kita dan kita tidak punyai polisi atau garis panduan yang boleh diaplikasi? Hal ini serupalah juga dalam keadaan di mana tiada undang-undang berkenaan satu perkara untuk diaplikasikan atau dalam bahasa Latinnya lacuna. Di negara kita Malaysia, oleh sebab kita ada sejarah jajahan British, ada provisi dalam Civil Law Act 1956 yang berkata undang-undang England pada tahun 1956 akan beraplikasi di mana ada hal tiada local laws atau undang-undang tempatan. Oleh ini, saya nak cadangkan satu garis panduan baru di portal kita ini yang akan berfungsi seperti Civil Law Act, iaitu membenarkan pengaplikasian polisi dan garis panduan Wikipedia Inggeris di portal kita di mana tiada polisi dan garis panduan "tempatan", hehe. Sudah tentu akan ada teething problems daripada perlaksanaan cadangan ini, tetapi saya pasti mereka boleh diseterikakan (ironed out) :P.

Saya bercadang mahu melakukan kesemua di atas tetapi ia amat overwhealming, jadi saya mahu mengambil cuti buat beberapa hari dulu untuk pull myself together, hehe.

Alistair 阿力斯特伊儿 09:43, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]

(P/S: Oh ya, sekarang giliran saya mengajarkan kepada anda sesuatu yang anda tidak tahu! Jika hendak membuat pautan daripada iiki yang lain daripada portal kita, tak perlu buat dalam gaya pautan luar, hanya perlu taip (contohnya jika anda hendak mengambil dari wiki-en) {{:en:(nama rencana di situ)}} dan kesannya akan sama seperti pautan ke laman berkenaan! :D


Hai PM Poon,
Terkejut juga saya melihat anda memohon berundur dari sysop. Bagaimanapun, untuk pengetahuan anda, saya telah menghapuskan had bilangan sysop. Jadi sekiranya anda ingin kembali, sila nyatakan sahaja. Oh! selamat bercuti.... Yosri

Hai PM Poon,
Yang itu bukannya keistimewaan, tetapi anda sememangnya layak mendapatkannya. Sememangnya saya amat berbangga melihat Wikipedia kini amat aktif, cuma saya harap ia kekal sebegini. Dahulu dengan tiga nyamuk amat aktif sebelum perlahan kembali. (hee... hee.. guna kata-kata anda.) Kini kembali aktif. Saya masih terbabit, cuma kurang sedikit berbanding dahulu. Yosri

Kehilangan anda...[sunting sumber]

Hai PM Poon. Nampaknya anda mungkin sudah dapat kelonggaran. Baguslah kalau itu yang emang anda inginkan. Sekurang-kurangnya anda boleh lebih banyak membaca lagi dan meluangkan masa dengan berjalan-jalan menghirup bayu Tebrau. Hehehe. Apa-apapun, saya saja melawat setelah anda meletakkan jawatan anda. Bukannya apa, saya teringat lagi istilah "Tiga Nyamuk" yang anda cipta dan biarpun sesiapa saja yang menjadi nyamuk itu, biarlah nyamuk-nyamuk itu membantu wiki ini dengan lebih baik.

Em. Oh ya. Kalau anda nak membaca bacaan untuk memperkembangkan bahasa Melayu (Tidak kira UPSR, PMR, SPM atau STPM), saya syorkan untuk mengutamakan bahagian tatabahasanya kerana untuk menulis bahasa Melayu, kebanyakan penulis sering mengutamakan aspek kesedapan tetapi sebahagian mereka sering melakukan kesilapan tatabahasa (termasuk saya). Itu tidak boleh juga. Ibarat bunga tahi ayam, bunganya cantik tetapi baunya busuk, tetap tidak digemari. Penguasaan bahasa itu perlu bermula dengan kosa kata (Perbendaharaan kata atau vocabulary) dan diiringi tatabahasa (grammar) dan kemudian pengayaan dari segi olahan dan penyusunan (Rasanya betul. Kalau silap, sila betulkan). Itulah yang saya dapat syorkan (sepertimana cikgu saya nasihatkan saya dalam mempelajari bahasa) memandangkan saya pun bakal sibuk dan anda pun akan mengurangkan keaktifan anda dalalm portal ini. Oh ya. Jangan lupa ya ajarkan saya Adobe Photoshop apabila anda sudah mahir seperti yang anda katakan dulu. Selamat berehat. Hehehe. — Polar 15:07, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]

Thank you[sunting sumber]

I'll just write this one in English.

You may already know this but I logged in just a while ago to find that I had already been granted sysop status by Yosri. There can be no doubt as to who I owe this honour to, namely first and formost, you. I express my deepest gratitute for your great faith in me as well as your tremendous support. I personally promise you that I shall carry out the responsibility that comes with this new status to the utmost of my ability so that our portal can become a dignified one that ranks amongst the best in line with the phase "Malaysia can!", hehe. Once again, thank you for your support. I read your latest message to Yosri about the burden that comes with being an administrator, and you know what, you are absolutely right! Hehe.

By the way, regarding your current drive to improve your command of the Malay language, you might want to try getting Frank Swettenham's "Learning Malay" for a colonist's perspective of the language as well (Frank Swettenham was the first Selangor resident during colonial times and wrote many intresting observations regarding Malays in general, and I am still trying to find another book he supposibly wrote, "The Real Malay", hehe). I agree with his observation that Malay as a language is "bafflingly easy" to learn (though not inclined with the snide way he puts it). Anyway, it's also a good thing that you are helping the Indonesians with their portal.

I agree with Yosri that you definately deserve sysop status here, and thus should have a free pass at getting it back anytime you wish to have it again. I would say you've earned it, just like me eh? :D

Hope to see you around soon! Regards, — Alistair 阿力斯特伊儿 16:47, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]

(P/S: Sorry, I would have finished this message a little sooner if my cat didn't suddenly jump on the laptop and actually manage to turn it off! Darn them cats, hehe).

He he, tiba-tiba anda muncul. Yang pesanan terbaru tu nantilah ya. Alistair 阿力斯特伊儿 04:29, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]

Kedutaan![sunting sumber]

Hai PM Poon, saja nak maklumkan penubuhan Wikipedia:Kedutaan kita. Anda merupakan salah seorang duta. Saya lihat anda memang pakar templat jadi boleh tak ciptakan templat teg pengguna duta? Saya tahu tidak perlu tetapi adalah lebih baik. Alistair 阿力斯特伊儿 08:02, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]

Gambar Datuk[sunting sumber]

Memang kelas, tak nampak macam mana di merge. Gambar hakcipta sudah dipadamkan. Yosri 12:15, 21 Jun 2006 (UTC)[balas]

Minta maaf[sunting sumber]

Hai Pm Poon, saya minta maaf atas kelakuan saya. Saya berjanji tidak akan menyusahkan orang lain lagi. Inilah luahan hati saya melalui lagu seperti berikut:

So you're standin on the ledge
It looks like you might fall
Its so far down
Or maybe you were thinkin about jumpin
Now you could have it all
If you learned a little patience
For though I cannot fly
I'm not content to crawl
So give me a little credit
Have in me a little faith
I wanna be with you forever
If tomorrow's not too late
But its always too late when you got nothin
So you say
You should never let the sun set on tomorrow
Before the sun rises today
If I am
Another waste of everything you dreamed of
I will let you down
If I am
Only here to watch you as you suffer
I will let you down
So you're walkin on the edge
And you wait your turn to fall
But you're so far gone
That you don't see the hands upheld to catch you
And you could find the fault
In the heart that you've been handed
For though you cannot fly
You're not content to crawl
And its always too late when you got nothin
So you say
But we should never let the sun set on tomorrow
Before the sun rises
If I am
Another waste of everything you hoped for
I will let you down
If I am
Only here to watch you as you suffer
I will let you down
So you're standin on the ledge
It looks like you might fall
If I am
Another waste of everything you dreamed of
I will let you down
If I am
Only here to watch you as you suffer
I will let you down
The answers we find
Are never what we had in mind
So we make it up as we go along
You don't talk of dreams
When I won't mention tomorrow
And we won't make those promises that we can't keep
I will never leave you
I will not let you down
I will never leave you
I will not let you down

Dari band Nine DaysEmrrans 15:09, 21 Jun 2006 (UTC)[balas]

P/S:Saya harap anda maafkan saya sepenuhnya....

Kedutaan[sunting sumber]

Baiklah anda tidak perlu mencipta templat itu. Saya akan meminta Polar melakukannya.

Mengenai buku karya Frank Swettenham itu, saya menghadapi masalah mencari maklumat mengenainya. Bukunya pun lama, iaitu buku era 1900-an, jadi saya tak pasti sama ada ia ada pun ISBN atau tidak. — Alistair 阿力斯特伊儿 16:22, 21 Jun 2006 (UTC)[balas]

Lupa pula, tentang kedudukan senarai dalam kedutaan, rasanya biarlah sekurang-kurangnya buat kini, kerana jika saya mahu tukar turutan dalam templat, saya juga kena tukar turutan di meta untuk kesesuaian, dan saya dah pun buat banyak sangat suntingan pada meta seperti tambah lagi nama duta terbaru dan lain-lain. Takutlah nak sentuh lagi kut nanti mereka syak saya buat laku musnah pula, hehe. Lagipun turutan taklah begitu penting. Alistair 阿力斯特伊儿 16:42, 21 Jun 2006 (UTC)[balas]

Maksud saya mengenai sentuhan adalah pada Senarai duta di Meta. Saya saja telah seragamkan turutan nama di sana dan pada templat di sini supaya nampak kemas. Saya akan nyahlindungkan templat itu untuk pembetulan oleh anda. Alistair 阿力斯特伊儿 16:58, 21 Jun 2006 (UTC)[balas]

Yeah, but just what Interwiki links exactly? Links to the other embassies have already been provided at the left side of the screen. Lagipun saya rasa templat itu dah cukup besar dan padat maka saya agat reluctant juga nak tambah apa-apa lagi. Alistair 阿力斯特伊儿 05:03, 22 Jun 2006 (UTC)[balas]

Perkataan Gamal[sunting sumber]

Hai PM Poon, terima kasih atas pesanan anda, saya nak tanya sedikit. Semua perkataan "unta" dalam bahasa lain seperti bahasa Arab mesti gamal, gamol ,gaml-a dan camel. Tapi bahasa kita nie iaitu bahasa Melayu bukan perkataan seperti "gamal" atau hampir serupa dengannya. Tapi bahasa Melayu kita panggil "unta". Pelik kan? — Emrrans 11:21, 22 Jun 2006 (UTC)[balas]

P/S: Saya terlihat ada suatu mesej entah kat mana ada samada anda atau orang lain cadangkan untuk buat tag kedutaan. Camana nak serahkan tag tu kepada duta kita lain sedangkan kita nie terlalu berjauhan dari rumah lain?

Rotan Matang[sunting sumber]

O.K. Saya pun terpaksa memeriksa sumber asal dahulu. Yosri 13:58, 24 Jun 2006 (UTC)[balas]

Mengapa anda meletak jawatan sebagai sysop[sunting sumber]

Hai PM Poon, mengapa anda meletakkan jawatan sebagai sysop? Ini kerana anda merupakan penyelia yang amat dihormati dari kalangan penyelia lain dan juga dari kalangan sesetengah pengguna berdaftar yang aktif. — Emrrans 07:11, 25 Jun 2006 (UTC)[balas]

Tentang pengguna laku musnah itu[sunting sumber]

Hai PM Poon, maaflah, saya tidak dapat log masuk lebih awal.

Walau bagaimanapun saya melihat kes yang anda katakan itu, dan nampaknya dia punya agenda sendiri yang ingin disebarkan di sini (lihat laman perbualan utamanya). Oleh sebab itu dan juga sebab-sebab yang anda katakan, saya telah mengambil tindakan sekat 3 bulan. Rasanya this should do the trick, at least, for now that is. Alistair 阿力斯特伊儿 17:00, 25 Jun 2006 (UTC)[balas]

No probs, mate![sunting sumber]

It's up to you whatever language you wish to use in the course of our communication, as it hardly matters. What's important is that the ability to communicate is there.

A few things first though. Those "phases" in the development of our portal you talked about, the first one being "expansion" and the second one being "consolidation" well (and a third one you refuse to give a name to, hehe), allow me to fine-tune it a little. I would say that there are indeed at least three phases, but the first one wouldn't be the expansion phase, as the very term "expansion" itself denotes that it has to come after something, and that is the foundation. Thus, the three "phases" may be more appropriately named, in order, Phase 1:Laying out the foundation, Phase 2:Expansion and Phase 3:Consolidation (which is a likely final phase in itself). Those "new developments" that propel our portal into "Phase 3" that you refer too are in fact actually what should have been done before and essentially part of the first phase of foundation. I am sure you know as well as I do that a good foundation to anything is critical towards getting anything sucessfully off, as for anything advanced to follow, the basics have to be there first. In our case (as in this portal's case) this means good and complete facilities (such as a functioning community meeting place for the locals as well as foreigners, as well as complete babel userboxes, and not to mention other userboxes too as well as a guide to tell them how to go about it), complete, concise and workable policies and guidelines which provide frameworks in which things can be done (especially the manual of writing style given this portal's existance as an encyclopaedia) as well as others etc. Just go to our community portal and I'm sure you'll know what I mean. It is true though that much of the work here has been centred upon the second phase, with scarce attention paid to foundation (the high number of yet-to-be-translated pages on the community portal serves to illustrate my point and by right they should already be complete too, as we're already a catagory-2 portal) and this needs to change, so what I have done is to go back to establishing the basics. The embassy is just the beginning of what needs to be done. Next perhaps I will probably be getting the babel userboxes ready (which will take a very long time I'm sure :P). A good solid foundation is critical to our portals sucess. Here's a case in point, right now, without proper manual writing styles on such things as verifiability and citing sources (both critical to article credibility) anyone can write anything here and as long as they sound logical, they don't have to be removed (unlike in the English Wikipedia, where everything revolves around proof). If anyone suddenly claimed that Dr. Mahathir doesn't like blondes for example, who's to stop him? So foundation is important as the pillars that hold this house together.

That's about it for now. Kudos to you and whatever you do though, just don't let it get to your health :D . It so happens that my new semester is about to start soon (all this while you have been seeing me on here is actually time spent while I am still on semester hols, that's why I seem to have so much time, hehe) but don't worry I'll see what I can do about it. Will keep your previous advice in mind. :) Alistair 阿力斯特伊儿 08:21, 26 Jun 2006 (UTC)[balas]

Sudah disekat[sunting sumber]

Sudah disekat pun Alistair 阿力斯特伊儿 05:08, 27 Jun 2006 (UTC)[balas]

Indutably. — Alistair 阿力斯特伊儿 07:19, 27 Jun 2006 (UTC)[balas]

Syed Ahmad Idid[sunting sumber]

Hai che poon....! Ada ..tapi kurang aktif sikit sebab sekrg ni tgh cari keje.....jadi tak lekat kat komputer pun...pasal...syed idid...ok...mengancam habis!!! mengenai eusof chin...tu saje nak letak...supaya org blh tambah..lagipun kita kekurangan artikel mengenai institusi kehakiman..satu lagi cabang eksekutif negara !!che 08:25, 27 Jun 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih[sunting sumber]

Terima kasih atas pujian saudara Poon dengan artikel Angelina Jolie. Sayapun suka dengan gambar Jolie sewaktu 12 tahun. (Dulu pun lawa jugak!) Memang saya berharap dalam lebih banyak artikel akan ditulis mengenai perkara-perkara diluar Malaysia agar lebih ramain rakyat kita yang berbahasa Melayu boleh menambahkan ilmu pengetahuan mereka. naisi 08:12, 27 Jun 2006 (UTC)[balas]

Rencana Trigonometri[sunting sumber]

Hmm... Ternyata apabila kita bekerjasama, rencana siap diterjemahkan tidak lebih dari dua jam dan tidak berhari-hari. Terima kasih. Polar 18:49, 27 Jun 2006 (UTC)[balas]

Gambar pilihan[sunting sumber]

Laa saya ingat sapa tadi, hehe. Gambar pilihan tidak boleh diletakkan terlalu atas kerana nanti ia akan menyentuh dinding templat kotak tajuk gambar pilihan di Laman Utama. Alistair 阿力斯特伊儿 04:45, 1 Julai 2006 (UTC)[balas]

Lagi satu PM Poon, tahukah anda bagaimana nak ciptakan 4 warna (satu untuk satu sudut di Laman Utama)? Saya telah cuba tetapi gagal. Saya ingat nak ambil templat hijau dan ungu seperti di Wikipedia Inggeris untuk 2 lagi warna tambahan tu... Alistair 阿力斯特伊儿 04:47, 1 Julai 2006 (UTC)[balas]

Lebih canggih? Jangan-jangan anda sedang berbuat advokat syaitan lagi? :P Tentang perkara ini, biarlah dulu kerana tiba-tiba masa saya untuk berada di sini terambil oleh beberapa perkara. Lagipun saya dah tinggalkan pesan kepada Aurora juga mengenai perkara ini jadi tunggu dia log masuk, bacanya, dan melalukan sesuatu mengenainya/membalas pesanan saya. Alistair 阿力斯特伊儿 12:11, 1 Julai 2006 (UTC)[balas]