Perbincangan pengguna:Polar/Arkib5

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana kerelatifan am[sunting sumber]

Hai Polar, ingat nak membantu anda menghabiskan penterjemahan rencana Kerelatifan am. Bagaimanapun, rencana ini adalah terlalu esoterik, dan saya langsung tidak memahami maksud ayat-ayatnya, hehehe. — PM Poon 11:17, 1 September 2006 (UTC)[balas]

Rencana fizik[sunting sumber]

Sebenarnya, selain daripada rencana Nanoteknologi, saya tidak berhasrat nak menyumbang rencana fizik lagi kerana dah jemu. Bagaimanapun, memandangkan anda tidak mempunyai banyak masa pada musim cuti ini, dan Portal:Harry Potter dapat membuat anda berasa lebih santai, SERTA anda sudi membetulkan terjemahan saya, saya bercadang bahawa kita bersama-sama menyumbang rencana fizik, iaitu:

  • anda mencadangkan rencana;
  • saya menterjemahkannya; dan
  • anda membetulkannya.

Dengan itu, anda boleh sambil menyelam minum air, dan saya boleh membunuh dua ekor burung dengan seketul batu, hehehe. Saya akan bermula dengan rencana Kerelatifan am. — PM Poon 16:25, 1 September 2006 (UTC)[balas]

Hai Polar. Saja nak maklumkan, saya telah siap terjemah Wikipedia:CutiWiki. Kebetulan terbaca anda mahu pergi bercuti. Guna-gunakanlah templat yang ada dalam halaman istimewa itu. — Alistaire 03:25, 2 September 2006 (UTC)[balas]

Portal:Harry Potter[sunting sumber]

Wah Polar nampaknya Portal:Harry Potter dalam pembikinan. Saya amat tertarik dengan isi kandungannya. Teruskan! :D — Master2841 07:03, 2 September 2006 (UTC)[balas]

Portal: Harry Potter[sunting sumber]

Hai Polar, portal Harry Potter anda canggih lagi canggih. Daripada kelihatannya, portal itu memang dicipta oleh seorang penagih, hehehe. Benar-benar cakap, anda kena mempertimbangkan semula adakah anda hendak menjadi ahli fizik, atau ahli Harry Potter. Mungkin kejayaan anda di dunia ini terdapat dalam bidang kesusasteraan, dan bukan fizik, hehehe.

(P/S: Tolong nyahlindungi halaman pengguna anda. Saya ingin memasukkan satu bintang untuk penciptaan portal Harry Potter anda.) — PM Poon 10:10, 2 September 2006 (UTC)[balas]


Dah!! Boleh tutup semula, hehehe. — PM Poon 10:29, 2 September 2006 (UTC)[balas]


Semakin saya menua, semakin saya mempercayai bahawa kejayaan seseorang terdiri pada hampir keseluruhannya daripada minat. Keupayaan langsung tak berguna tanpa minat. Sebaliknya dengan minat, terdapat usaha-usaha untuk mencari keupayaan. — PM Poon 11:13, 2 September 2006 (UTC)[balas]

Rencana pilihan[sunting sumber]

Kecewa sedikit sahaja, bukan serius. Dah biasa, kan? — PM Poon

Rencana fizik[sunting sumber]

Hai Polar, kakak saya telah membantu saya meminjam buku pokok tempatan dari Perpustakaan Singapura. Wikipedia bahasa Inggeris tidak mempunyai banyak bahan atau rencana mengenai pokok-pokok tropika, khususnya pokok-pokok yang berasal dari Malaysia; serupa juga dengan laman-laman dalam internet. Saya ingin mengisikan maklumat ke dalam rencana-rencana tumbuhan yang dimulakan oleh Yosri. Disebabkan saya kena pulang dua buah buku itu dalam tempoh dua minggu, saya terpaksa menghabiskan sebeberapa banyak yang mungkin. Ini akan mengambil masa saya daripada rencana-rencana fizik yang terpaksa dibiarkan dahulu. Bagaimanapun, saya akan meneruskan rencana-rencana fizik kemudian.

Saya juga mendapati bahawa kekadang, rencana fizik Wikipedia bahasa Inggeris terlalu panjang dan teknikal, hehehe. Oleh itu, saya berhasrat memudahkan rencana terjemahannya untuk pembaca di luar bidang fizik seperti saya. Percubaan saya yang pertama ialah Nanoteknologi, kerana selepas menterjemahkan separuh, saya langsung tidak faham lagi apa yang dibincangkan, hehehe. Jika anda ada masa, tolong bandingkannya dengan rencana terjemahannya dan berikan sedikit maklum balas. — PM Poon 15:29, 4 September 2006 (UTC)[balas]

Istilah fizik[sunting sumber]

Hai Polar, saya berasa istilah piawai yang disarankan oleh Dewan Bahasa harus dipergunakan. Bahasa Melayu kini mempunyai semua istilah fizik, asalkan bahasa Inggeris mempunyainya. Ini disebabkan Dewan Bahasa telah mencipta sebuah sistem pengejaan istilah pinjaman bahasa Melayu yang amat berkuasa.

Dalam bukunya, Panduan Menterjemah, Ainon Muhammad menyarankan bahawa semua istilah yang sukar diterangkan sebaik sahaja perkataan itu dikemukakan. Sebagai contoh, "Orang Jepun adalah pakar dalam proses peminiaturan, iaitu proses membuat sesuatu dalam saiz kecil". Menurut beliau, seseorang yang langsung tidak hendak menggunakan perkataan pinjaman adalah sama buruk dengan orang yang menggunakannya ketika terdapat perkataan asli.

Biar kita mengamalkan dua rencana bagi setiap tajuk yang terlalu panjang atau terlalu eksoterik, seperti dalam kes bahasa Inggeris yang mempunyai Inggeris piawai, serta Inggeris mudah (Simple English). Penterjemahan rencana bahasa Inggeris harus diteruskan untuk mengukuhkan keupayaan bahasa Melayu untuk membuat sebarang terjemahan. — PM Poon 15:59, 4 September 2006 (UTC)[balas]

Mengenai saya dengan PM Poon...[sunting sumber]

Hai Polar. Saya amat terkejut dengan apa yang telah dibalas oleh PM Poon di Wikipedia:Calon rencana pilihan. Saya rasa dia telah menyalah erti akan tulisan saya di sana. Tindakan drastiknya juga saya amat kesali.

Saya akan sediakan satu ulasan di Kedai Kopi nanti untuk penerangan secara terperinci kepada semua pengguna. Sebenarnya saya tengah menulis ulasan tadi tetapi ia terhapus. Maka saya mengambil keputusan untuk menulis satu pesan pendek kepada anda terlebih dahulu kerana andalah satu-satunya pengguna lain yang berada di sini pada masa ini.

Saya minta maaf kepada anda dan semua pengguna lain akan keselisihan yang timbul terlebih dahulu. — Alistaire 06:23, 5 September 2006 (UTC)[balas]


Hai Polar, terima kasih atas penghargaan anda di Wikipedia:Kedai Kopi. Saya telah meninggalkan jawapan saya di sana. Mengenai rencana-rencana fizik, angin daripada monsun timur laut dah terlepas, hehehe. Bagaimanapun, saya akan menangkapnya pada musim berikut. — PM Poon 03:43, 8 September 2006 (UTC)[balas]

Greetings from Turkey[sunting sumber]

Hello, this is Bahar from the Turkish Wikipedia. If you don't mind, I was going to ask you something. A Turkish user 'Tembelejderha' (lazy dragon) is asking what his user name is in other languages. If you can write its' Malay to my talk page, that would be great. Thank-you very much. Bahar (means spring in Turkish) and thank-you for your welcome message. Thanks a lot for your translation in Malay. If you ever creat an account in the Turkish Wikipedia, you can ask me to write in it. Musim Bunga Polar in Turkish is Kutup.

Statistik keaktifan penyelia[sunting sumber]

Hai Polar, saya tengok anda bersusah-susah mengemaskinikan statistik keaktifan penyelia. Jika saya tak silap, proses ini patut boleh diautomatikkan dengan cara yang sama sahaja dengan pengiraan bilangan rencana portal dalam Laman Utama. Cuba minta Aurora untuk membantu anda dan jika tugas ini berjaya diautomatikkan, anda hutang saya secawan kopi! — PM Poon 14:19, 13 September 2006 (UTC)[balas]


Pengautomatikan sememangnya perlu menggunakan CGI, Javaskrip, atau sebagainya. Tiada kerja di portal ini? Hmmmm, kan banyak lagi kerja yang kena buat? Tak kan boleh sampai tak ade kerja, hehehe.

Entahlaaaa, mood saya di sini semakin merosot. Tak macam dulu lagi. Dulu saya memang mencadangkan agar pengguna tidak berdaftar tidak boleh menyunting. Cadangan itu berdasarkan keadaan pada masa itu. Banyaknya penyelia tidak sebegitu aktif ketika itu, termasuk Aurora yang paling tekal. Yang aktif hanya pelaku musnah. Oleh itu, cadangan itu adalah untuk memeliharakan rencana-rencana yang sedia ada supaya tidak diserang oleh rumpai. Kini, para penyelia dah semakin aktif dan cadangan saya itu tidak diperlukan lagi.

Pengenalan statistik keaktifan

Pengenalan statistik keaktifan penyelia merupakan satu perkembangan yang amat baik untuk portal ini. Hanya dengan penyeliaan yang baik bahawa satu portal dapat berkembang dengan cekap. Anda bukan saje seorang ahli sastera, seperti yang ditunjukkan oleh rencana-rencana Harry Potter, tetapi juga mempunyai akal saintifik, seperti yang ditunjukkan oleh pengenalan statistik tersebut yang saya amat menghormati. Alat itu memang amat baik untuk mencapaii keputusan yang tidak subjektif untuk pengendalian badan penyelia (bukan penyelia punya badan, hehehe), dan tidak akan menimbulkan sebarang pergaduhan.

Istilah "mementingkan diri"

Ehhhh, saya tidak perasan bahawa "mementingkan diri" juga bermaksud "selfish". Saya hendak mengatakan "self interest" dan Kamus Karyanet Dewan Bahasa menyatakan "kepentingan diri". Bagaimanapun bagi saya, selfishness hanya merupakan salah satu keadaan dalam spektrum kepentingan diri, iaitu keadaan yang paling keterlaluan. Siapakah yang tidak mementingkan diri? Saya rasa tiada orang di dunia ini. Kalau ada pun, dia telah mati. Mengapa? Satu lawatan ke hospital besar dah mencukupi untuknya meninggal dunia ini! Ketika tengok pesakit kegagalan ginjal, dia menderma sebuah ginjal. Tak kan hanya ada satu pesakit kegagalan ginjal dalam wad kan? Ketika berjumpa dengan lagi satu pesakit kegagalan ginjal, bagi lagi satu kerana dia tak mementingkan diri, hanya mementingkan orang lain. Mungkin pesakit itu lagi memerlukan ginjalnya sebab anak-anak masih kecil. Habislaaaa, terus mati!

Setiap orang mempunyai 24 jam. Mana boleh kata tiada masa? Nak kerja, nak menyertai kursus? Untuk siapa? Kalau untuk tujuan sendiri, kan perbuatan itu merupakan kepentingan diri? Seperti yang tertulis dalam rencana Altruisme yang saya baru menterjemahkan, "Penyokong-penyokong altruisme sebagai suatu doktrin etika mempertahankan bahawa seseorang harus bertindak (atau menahan diri supaya tidak bertindak), supaya manfaat atau kebaikan diberi kepada orang-orang lain, dan jika perlu, sehingga menjejaskan kepentingan diri sendiri". Berapakah bilangan orang di dunia ini yang boleh berbuat begitu? Cuma dua orang, iaitu orang mati dan penyamar, hehehe.

Okeylaaaa, tak nak tulis terlalu panjang, nanti anda pening baca pulak, hehehe. — PM Poon 05:40, 14 September 2006 (UTC)[balas]


Hai Polar, pengguna Bapa Ayam bolehlah disekat secara kekal kerana nama itu bukanlah nama yang dapat diterima dalam portal ini. Kalau anda baik hati, mungkin anda boleh menyarankannya ke portal Bomis yang merupakan portal berkait yang dimulakan oleh Jimmy Wales, pengasas Wikipedia, hehehe. — PM Poon 18:39, 15 September 2006 (UTC)[balas]


Nampaknya, Dewan Bahasa ada mengemaskinikan kamus mereka dalam talian. "Ada mengemaskinikan".... janggal tak? Hmmmm.... macam bahasa basahan, tapi struktur ayat itu merupakan tatabahasa piawai 30 tahun dahulu, seperti yang ditulis oleh Lufti Abas dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa, hehehe. ("Ada" dalam ayat itu digunakan sebagai pengeras.)

Demikian juga "Johor Bahru bandar". Ayat inti ini adalah ayat piawai dua puluh tahun dahulu. Sebaliknya, "Johor Bahru ialah sebuah bandar" adalah ayat salah dan merupakan ayat keinggerisan ketika itu. Bagaimanapun, "Johor Bahru ialah sebuah bandar" kini diajar di sekolah rendah, dan "adalah" tak boleh dipakai untuk "Johor Bahru adalah sebuah bandar", mengikut anak saya di sekolah rendah. Kini, saya semakin konfused, hehehe.

Macam mana saya tahu Dewan ada mengemaskinikan kamus mereka dalam talian? Oak tree beberapa bulan dahulu diterjemahkan sebagai "pokok ok". Saya tidak menggunakannya kerana bunyinya macam "pokok okey" saje, hehehe. Baru dua tiga hari yang lalu, saya mendapati bahawa mereka telah menukarkannya menjadi "pokok oak", kan lebih dapat diterima?

(P/S: Saya bukan ahli sejarah bahasa. Tapi Perpustakaan Awam Johor Bahru seolah-olah Muzium Sejarah. Semua buku seakan-akan melebihi 20-30 tahun, hehehe.) — PM Poon 13:50, 17 September 2006 (UTC)[balas]

Kita buat apa yang diterima pakai oleh semua dan itulah piawai.[sunting sumber]

" Kita buat apa yang diterima pakai oleh semua dan itulah piawai." Hmmmmm.... Jangan cakap terlalu kuat, nanti Abang Awang Sariyan marah! hehehe. Pendapat anda ini dikatakan pendekatan deskriptif, sedangkan pendekatan yang disokong olehnya ialah preskriptif. Dengan kata lain, ahli bahasa Awang Sariyan, mengatakan, "Aku doktor, lu pesakit. Aku mempreskripsikan, lu diam-diam dan makan saje apa yang aku preskripsikan, sebab aku doktor bahasa. Lu semua ogang pesakit", hehehe. (Awang nie orang Johor gak, macam kita, tapi dia Pontianak.)

"Perdebatan dan kelainan pendapat memang tidak akan ada habisnya di kalangan ahli bahasa", berkata Awang. Tapi memang kelakar tengok dia orang bergaduh, berbanding sendiri bergaduh, hehehe. Memang banyak pendapat. Oleh itu, kita tembak, orang tak boleh mendakwa kita salah, kerana memang ada ahli bahasa yang akan menyokong kita. Umpamanya, ayat anda tadi. Rahman Shaari dan khususnya Eugene A. Nida, mahaguru pendekatan deskriptif, akan datang membantu anda jika Awang Sariyan hentam anda! — PM Poon 14:37, 17 September 2006 (UTC)[balas]


Jika saya memberi tanggapan bahawa saya tidak menyokong perkataan "pembedahan pintasan", sebenarnya bukan! Apa yang saya maksudkan ialah jika perkataan "pembedahan bipas" digunakan berbanding perkataan "jalan bipas", ini lebih dapat diterima. Tapi kalau "pembedahan pintasan" telah diterimaguna, tidaklah masuk akal bagi sesiapa untuk mencipta perkataan "jalan bipas" lagi. — PM Poon 14:50, 17 September 2006 (UTC)[balas]

Nama Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tulisan jawi[sunting sumber]

Assalamualaikum, Hai Polar, Boleh tak tolong buatkan nama Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tulisan Jawi? Sebab, tulisan jawi ini penting sebagai tulisan nenek moyang kita dalam membudayakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanah air kita (Malaysia). Tanpa tulisan jawi, orang Melayu akan mudah lupa dan tidak tahu tulisan nenek moyang kita ini. -- Aiman abmajid 11:23 18 September 2006


Hai Polar, mungkin anda boleh memulakan satu portal khusus untuk rencana-rencana tulisan Jawi dalam Wikipedia ini atau jika perlu, tubuhkanlah lagi satu Wikipedia bahasa Melayu Jawi, dan jadikan Wikipedia Bahasa Melayu ini menjadi Wikipedia Bahasa Malaysia, hehehe. — Gua Yanglutahu 14:55, 21 September 2006 (UTC)

Bola lisut[sunting sumber]

Bola lisut itu besbol atau sofbol ya? ...Aurora... 14:10, 21 September 2006 (UTC)[balas]

Sama-sama. ...Aurora... 12:22, 22 September 2006 (UTC)[balas]

Bola lisut ke bola kasut? Base ball ialah bola pangkalan, manakala soft ball ialah bola lembut. Tak kan itu pun tak tahu ke?

Penggabungan Disney Channel and Disney Channel Asia ke dalam satu artikel[sunting sumber]

Assalamualaikum, Hai Polar! Saya tengok artikel Disney Channel dan Disney Channel Asia nampak berbeza. Nanti, boleh tak tolong gabungkan artikel Disney Channel dan Disney Channel Asia ke dalam satu artikel. Terima kasih dan selamat berpuasa! -- Peminat Disney Channel 2 Oktober 2006 20:00 (UTC)

Pingat Barnstar pertama dari saya!! -- Aiman abmajid[sunting sumber]

Assalamualaikum, Hai Polar! Tadi semasa saya membaca artikel Wikipedia dalam Bahasa Inggeris, Tiba-tiba saya dikejutkan dengan penerimaan pingat Barnstar pertama dari pengguna Acs4b kerana sumbangan saya dalam membuat semua artikel berkaitan dengan sistem dan nama-nama lebuh raya dan jalan raya di Malaysia dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. Syukur Alhamdulillah. -- Aiman abmajid, 13:37, 9 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Rencana stub[sunting sumber]

Hai Polar, saya merujuk kepada perutusan anda di Wikipedia Kedai Kopi. Sememangnya saya menentang rencana stub dan berdasarkan ingatan saya, saya tidak pernah menulisnya sehingga baru-baru ini.

Bagi pendapat saya, Yosri memang tidak menjaga mutu portal ini ketika dia membenarkan biografi murid-murid dimasukkan ke dalam ensiklopedia ini. Bagaimanapun, tiada orang yang berani membangkangnya. Yosri memanglah stub king yang telah banyak memasukkan rencana stub untuk rencana-rencana pokok, haiwan, masjid, dan penyanyi, tetapi Aurora tidak pernah berkata apa-apa walaupun pada anggaran saya, stub Yosri sekurang-kurang 2,000 (mungkin 3,000 ribu). Saya cuma nak mengukur reaksi Aurora dan pengguna-pengguna yang lain di sini apabila orang lain memasukkan stub. Kalau nak cakap, saya telah banyak mengembangkan stub Yosri, khususnya rencana pokok dan pada jumlahnya, rencana stub yang saya mengembangkan jauh melebihi stub yang dipindah daripada Wikipedia bahasa Indonesia semata-mata untuk menafsirkan reaksi pengguna.

Nampaknya, Aurora patut masuk Wanita UMNO atau PUTERI UMNO, kerana dia memang pandai tengok angin, hehehe. Oleh sebab maklamat saya telah dicapai, anda bolehlah menghapuskannya, jika rajin. — PM Poon 16:13, 16 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Ketika saya menulis:

Nampaknya ada orang menganggap portal ini bukannya ensiklopedia dan memasukkan banyak rencana biografi pelajar-pelajar Akademi Fantasia. Yang paling baru ini ialah rencana Velvet Lawrence Aduk. Kalau perbuatan ini tidak diberhentikan, portal Wikipedia Bahasa Melayu akan menjadi tong sampah. — PM Poon 11:30, 4 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Aurora menjawab:

Itu berita lamalah PM Poon, bukan sahaja pelajar AF, banyak lagi orang2 yg tidak dikenali di sini. ...Aurora... 16:12, 4 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Tetapi ketika "perdebatan" dengan Yosri, Aurora diam saje. Kemudian, dia boleh mengatakan saya kecil hati. Nampaknya, dia langsung tak boleh diharap, jika anda memerlukan sokongan. Dia orang tengok angin, hehehe.

Memangnya, wawasan saya pada suatu ketika adalah untuk menaikkan prestij laman web Wikipedia bahasa Melayu. Tetapi sebagai Yosri berkata, "Saya harap kita jangan terlalu over serius." Namun, tak payahlah naik sebarang prestasi. Berak saje kat sini. Jika saya dah tahu lebih awal, saya tidak akan mengembangkan stub pokok, khususnya kerana rencana-rencana pokok tu amat boring. Sebenarnya, saya nak menterjemahkan rencana zakar, faraj, dan sebagainya, hehehe... tapi terlalu sensitif. Sebab itulah, saya tak tulis.

Hampir kesemua rencana stub itu diambil daripada Wikipedia Indonesia. Sebenarnya, tak perlu mengembangkannya. Buang masa saje. Hapuskannya sahaja. Seperti yang saya katakan, saya cuma nak tahu tentang reaksi pengguna. Dah tahulaaaa, hehehe.

Kini, saya dah balik ke Wikipedia bahasa Inggeris, kerana Mel Etitis yang selalu kacau saya dahulu sekarang dah hilang, hehehe. Katanya dalam laman penggunanya bahawa dia sibuk. Tapi yang saya tahu, dia kena masuk mahkamah Wikipedia Inggeris beberapa kali. Bagaimanapun, kini saya lebih tahu tentang selok-belok Wikipedia bahasa Inggeris. Jika dia nak kacau, dia akan kena amat teruk daripada saya. Saya tak peduli dia profesor ke apa di Universiti Oxford. Dulu masih baru, senang kena buli. Sekarang, saya tiau dia cukup-cukup, hehehe.

Maka dengan inilah, tutup cerita saya di sini. Tak perlu gaduh lagi, hehehe. — PM Poon 20:25, 16 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Rapid KL[sunting sumber]

terima kasih kerana menolong saya menterjemahkan Perkhidmatan bas Rapid KL :) - Zack2007 09:06, 18 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Hari kiamat[sunting sumber]

Saya kembalikan hari kiamat kerana ia berlainan dengan hari akhirat yang berlaku selepasnya. Yosri 00:31, 30 Oktober 2006 (UTC)[balas]