Perbincangan pengguna:Politikus Murahan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Salam sejahtera Politikus Murahan! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Welcome to the Malay Wikipedia!
The following are relevant wiki links for users based here mainly for InterWiki purposes.

See also our list of local administrators. Should you require any assistance here, you may contact me or any one of our ambassadors listed at our embassy. You may also leave a message there for the attention of the whole Malay Wikipedia community. Should the assistance you require be technical in nature, please leave a note with one of our administrators.

To sign your message, please type four tildes (~~~~) after it if you are using your local Malay Wikipedia account, or the InterWiki link {{:[Wikipedia language code]: [Name of your page] | [Your personal ID] }}, followed by five tildes (~~~~~) to allow for the date to accompany your message if you are using your foreign Wikipedia account. It would be preferable if you could indicate which Wikipedia language version you are from (meaning the one you most regularly use) to simplify any referencing or liaison that may follow. Enjoy your stay here at the Malay Wikipedia. Cheers!

Arrazzaz, 22:01, 9 April 2009 (UTC)[balas]

Hoi. Lu tolol ke? Kamalzack (bincang) 01:45, 10 April 2009 (UTC)[balas]

Kalau dah dungu dan tolol macam mana nak berhemah. Tajuk Kenyataan perkauman Ahmad Ismail dah ada la tolol. Tak ada nilai langsung masuk dalam biodata Tsu Koon. Aku bukan sokong kerajaan BN sgt pun tapi ketololan kau tahap gaban. Semua sampah2 politik kau nak masukkan dalam Wikipedia ni, apa kes? Kamalzack (bincang) 01:56, 10 April 2009 (UTC)[balas]

Dungu. Wikipedia bukan koran politik bila semua sampah dan omong-omong murahan politik kau nak sumbat dalam Wikipedia. Kamalzack (bincang) 02:10, 10 April 2009 (UTC)[balas]

Suntingan anda pada rencana Koh Tsu Koon telah diundurkan kerana gaya penulisan yang bersifat berat sebelah. Saya ingin mengingatkan anda bahawa Wikipedia bukanlah medan pertempuran politik. Jika anda ingin membuat ulasan politik, lakukannya di blog-blog politik dan bukannya di sini. - Hezery99 (bincang) 02:48, 10 April 2009 (UTC)[balas]

Re: Koh Tsu Koon[sunting sumber]

Ini Wikipedia Bahasa Melayu jadi saya hanya akan menggunakan Bahasa Melayu di sini. Paling utama sekali, mengenai perlantikan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai Menteri Perpaduan. Anda mengaitkan isu lama mengenai isu Ahmad Ismail dengan Koh Tsu Koon sedangkan isu tersebut tidak ada kena-mengena dengan perlantikan sebagai menteri baru-baru ini. Sebab itulah suntingan tersebut tidak boleh dianggap sebagai berkecuali. Jika anda ingin menyetakan mengenai perlantikan beliau sebagai menteri, hanya tulis berkaitan dengan perlantikannya dan bukannya mengaitkannya dengan isu lama yang tak relevan langsung dengan perlantikan sebagai menteri. - Hezery99 (bincang) 03:14, 10 April 2009 (UTC)[balas]

Suntingan anda pada rencana Tudung telah diundurkan. Tak payahlah anda ungkit mengenai pemimpin wanita yang tak pakai tudung ataupun pakai tudung tak betul, itu hal mereka dengan Allah nanti; ia langsung tidak ada kena-mengena dengan rencana tersebut dan ia berbaur berat sebelah. Lagi satu, jangan boldkan teks rencana kerana ia samalah seperti memberi amaran ataupun menjerit. - Hezery99 (bincang) 03:55, 11 April 2009 (UTC)[balas]

Polis Diraja Malaysia[sunting sumber]

Suntingan anda pada rencana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah diundurkan. Suntingan anda diundurkan kerana ia berbaur berat sebelah dan lebih kepada memfitnah, menghina serta memburuk-burukkan pasukan polis Malaysia. Saya tahu memang benar ada kes-kes keganasan polis yang melibatkan anggota PDRM, tetapi anda mestilah mengemukakan bukti berupa rujukan sahih lagi tepat. Lagi satu, pastikan penulisan anda tidak berbaur berat sebelah. Sudah banyak kali anda melakukan kesalahan sebegini, yang sebenarnya boleh dianggap sebagai vandalisme. Jika anda terus melakukan suntingan seperti begitu, anda akan disekat. Ini amaran terakhir saya. Hezery99 (bincang) 04:03, 12 April 2009 (UTC)[balas]

Saya memang ada membacanya di internet dan di dada akhbar serta menonton berita mengenainya di kaca televisyen. Sumber yang anda lampirkan itu memang sahih. Cuma yang salahnya ialah gaya penulisan anda yang menjadikan rencana tersebut berat sebelah kerana gaya penulisan anda itu sememangnya mahu menghentam pihak polis sehabis-habisnya. Baik atau buruk sesuatu pihak itu mestilah disertakan dengan rujukan yang sahih serta gaya penulisan mestilah bersifat berkecuali. Lagi satu, anda tak payahlah nak tebalkan bahagian tu. Saya cadangkan lebih baik anda rujuk kepada versi Bahasa Inggeris bagi rencana tersebut untuk cara yang betul menulis mengenainya. - Hezery99 (bincang) 04:26, 12 April 2009 (UTC)[balas]

Suntingan anda pada rencana Rasisme sudah pun diundurkan. Saya berasa amat kecewa kerana anda masih tak faham-faham lagi bahawa suntingan anda itu berat sebelah. Anda sepatutnya tahu, suntingan anda tersebut boleh melahirkan rasa tidak puas hati oleh kaum-kaum tertentu. Beginilah, kalau anda tak faham kenapa suntingan saudara itu dikatakan berat sebelah, saya rasa lebih baik anda berhenti menyunting rencana berkaitan politik ataupun kaum, habis cerita. - Hezery99 (bincang) 08:20, 12 April 2009 (UTC)[balas]

Anda masih tidak puas hati lagi? Baiklah, biar saya jelaskan kenapa suntingan anda yang saya sertakan ini adalah berat sebelah.
Telah lama rakyat Malaysia Timor terasa hina kerana mereka sering digolongkan sebagai kaum lain-lain dalam dokumen-dokumen ofisial kerajaan. Dalam dokumen-dokumen tersebut, biasanya di ruangan kaum hanya terdapat Melayu, Cina dan India. Mana-mana kaum yang tidak termasuk dalam satu daripada tiga kategori ini dimasukkan ke dalam lain-lain. Oleh yang demikian, ramai dari Malaysia Timor merasa etnik mereka tidak dipandang berat, sedangkan ketika penubuhan Malaysia, kedua-dua Malaysia Timur dan Semenanjung merupakan "equal partners". [1]

Perkataan-perkataan yang saya tebalkan ini adalah perkataan-perkataan yang sememangnya berat sebelah. Anda sepatutnya tahu apa akibatnya jika anda terus menulis dengan gaya sebegini. Tulisan sebegini boleh membangkitkan rasa tidak puas hati di antara kaum dan boleh mencetuskan rusuhan kaum. Inikah yang anda katakan sebagai "tidak berat sebelah"...? Sepatutnya kalau pun ada sumber rujukan, pastikan gaya penulisan anda itu berkecuali sebab ada banyak juga sumber yang berat sebelah. Dah puas hati sekarang? - Hezery99 (bincang) 08:38, 12 April 2009 (UTC)[balas]

Saya bukan ejen Umno, dan saya pun bukannya ahli Umno. Saya sendiri pun ada kalanya tak setuju dengan dasar-dasar Umno. Tapi dalam Wikipedia ni, anda sepatutnya sedar akibat yang bakal timbul daripada sebarang penulisan anda. Anda sepatutnya peka dengan perasaan semua pihak dan bukannya diri anda saja. In other words, go and walk in other people's shoes. Rata-rata suntingan anda selama ni semuanya lebih kepada perasaan peribadi anda sendiri sahaja untuk menghentam kerajaan, parti politik dan kaum yang anda tak suka. Suntingan sebegini bukan sahaja bersifat berat sebelah, tetapi juga vandalisme - ditambah lagi dengan sikap anda yang mudah melenting apabila orang lain memperbetulkan suntingan anda. Sila hentikan semua ini untuk mengelakkan anda daripada disekat. Ini amaran terakhir saya. - Hezery99 (bincang) 09:04, 12 April 2009 (UTC)[balas]

Saudara Politikus Murahan, saya percaya anda tidak memiliki kefahaman yang mendalam akan kedudukan Malaysia Timur dalam konteks penggabungan Malaysia. Meminjam sumbangan anda seperti kata saudara Hazery di atas, anda hanya memuatkan cerita berkenaan pandangan masyarat Malaysia Timur ke atas isu-isu yang remeh. Tahukan anda di negeri Sarawak sahaja, terdapat berpuluh-puluh kaum yang jika ingin dibandingkan dengan populasi 3 kaum utama di Malaysia, bilangan adalah terlalu kecil. Oleh itu, cadangan terbaharu agar kaum2 di Sabah dan Sarawak agar dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih relevan. Satu lagi anda suka membangkit isu2 remeh, tapi saya ingin bertanya kepada anda, tahukah anda setiap penduduk Semenanjung yang ingin ke Sarawak dan Sabah memerlukan passport atau IC? Mereka juga hanya dibenarkan tinggal di negeri2 ini tidak lebih drpd 3 bulan, dan sekiranya ingin bekerja anda memerlukan permit kerja? Tahukan anda apa itu Perkara 20? Saya lihat kefahaman anda tentang peraturan penulisan di wiki adalah terlalu lemah, dan saya pasti anda adalah orang yang sama dengan beberapa penyumbang wiki yang suka membuat onar di ms.wiki sejak beberapa dulu.11:39, 12 April 2009 (UTC)

Politikus Murahan, ensiklopedia memang bukan bertujuan untuk menjaga hati orang, jauh sekali untuk membodek. Tapi ensiklopedia bukanlah sebagai ruangan berita, jauh sekali sebagai sebagai ruangan perang politik. Ensiklopedia adalah ensiklopedia, berita adalah berita - sepatutnya anda tahu membezakan antara keduanya. Takkanlah itu pun tak faham-faham lagi...? Kalau anda tak faham juga yang mana satu ayat berkecuali dan yang mana berat sebelah, cuba anda bezakan antara kedua-dua ayat di bawah:-

  • Datuk Seri xxx adalah seorang pemimpin yang lembab, bodoh dan tak pandai menguruskan ekonomi Negara yyy.
  • Semasa kepemimpinan Datuk Seri xxx, ekonomi negara yyy mengalami kemerosotan sebanyak nn%.

Saya cabar anda sekarang, boleh tak anda bezakan yang mana ayat yang berat sebelah dan yang mana pula yang berkecuali? - Hezery99 (bincang) 01:12, 13 April 2009 (UTC)[balas]

Putar belit[sunting sumber]

Setelah memeriksa sumber rujukan, didapati kenyataan itu bukan kenyataan rasmi parti tetapi putar belit MalaysiaKini. Lihat "...kata sumber dalaman parti itu hari ini." sumber dalam yang tiada nama, tidak rasmi, tidak diketahui kesahihannya. Yosri (bincang) 05:32, 13 April 2009 (UTC)[balas]


Ini merupakan amaran terakhir. Jika anda melaku musnah sekali lagi pada halaman, anda akan dihalang daripada menyunting di Wikipedia. Lepas ni tak ada amaran lagi, saya akan terus sekat. Hezery99 (bincang) 08:17, 13 April 2009 (UTC)[balas]


Stop icon with clock
Anda telah disekat sementara daripada menyunting kerana penyalahgunaan keistimewaan menyunting. Sebaik sahaja sekatan telah tamat tempoh, anda dialu-alukan untuk melakukan sumbangan yang bermanfaat. Jika anda rasa ada sebab-sebab yang baik mengapa anda perlu dinyahsekat, anda boleh merayu menyahsekat dengan menambah teks berikut di bawah notis ini: {{nyahsekat|sebab=Sebab anda di sini ~~~~}}. Walau bagaimanapun, anda perlu membaca panduan untuk rayuan sekatan terlebih dahulu.

Hezery99 (bincang) 08:26, 13 April 2009 (UTC)[balas]

Ayat Kaum Tionghoa Tidak Mengenang Budi adalah ayat pembangkang dalam The Malaysian Insider. Tidak ada dalam rencana Utusan Malaysia ayat sedemikian. Setuju dengan sekatan pada pengguna ini dan semua sockpupet di masa akan datang. Yosri (bincang) 09:56, 13 April 2009 (UTC)[balas]