Perbincangan pengguna:Ultron90

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Perihal: pewajaran "Jaringan Sejagat" kepada "Sesawang Sejagat"[sunting sumber]

Salam sejahtera, saudara. Saya dan para penyunting semua amat menghargai sumbangan saudara di sini. Cuma, ada suatu masalah yang diutamakan mengenai pemindahan "Jaringan Sejagat" dibuat saudara. Perkataan "Jaringan Sejagat" ini seingat saya sudah lama wujud sejak dekad 2000-an malah sudah dilazimkan dalam penulisan akademik. (contoh: penulisan di Universiti Kebangsaan Malaysia, surat khabar di Brunei dsb.) Istilah tersebut sudah dikira menjadi bersejarah (historical); lagipun tiada bukti bertulis atau dapat dicari terhadap istilah "sesawang sejagat".

Jika pihak bahasa seperti badan-badan yang menganggotai Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia ada bersetuju "Sesawang Sejagat" yang bakal mereka pakai, bolehlah kita pindahkan. Manalah tahu. Tapi, buat masa sekarang, kita biarkan sahajalah, ya.

Sekian,

Anumengelamun (bincang) 08:36, 13 November 2020 (UTC)[balas]

@Anumengelamun:Salam sejahtera. Saya minta maaf atas kesilapan saya membuat penyuntingan tanpa membuat perbincangan kerana masih baru dengan penggunaan Wikipedia. Matlamat saya adalah untuk mengembangkan rencana-rencana di sini dengan sebaik mungkin sambil memberikan perubahan istilah secara kecil-kecilan supaya lebih senang dikaitkan dengan terjemahan bahasa sumber (terutamanya jika istilah aslinya datang dari Bahasa Inggeris) sambil juga mengurangkan terjemahan pinjaman terus (web -> web) jika boleh. Mungkin saya perlu ubah dan sesuaikan cara saya mengembangkan rencana sambil mendapatkan izin dan cadangan daripada badan-badan rasmi yang berkaitan. Saya juga akan sertakan sumber jika saya diberi kebenaran menggunakan istilah-istilah cadangan. Terima kasih atas teguran Saudara dan semoga kita semua dapat mengembangkan rencana di sini dengan baik. Ultron90 (bincang) 09:45, 13 November 2020 (UTC)[balas]
@Ultron90: Salam kembali. Sebenarnya saudara tidak perlu meminta keizinan dan kebenaran badan-badan rasmi sangat, hal ini boleh payah kerana memakan masa yang agak lama. Saudara boleh carikan sahaja berdasarkan sumber bahasa Melayu bertulis yang ada.
Saudara cuba dulu jika perkataan menggambarkan sesuatu idea yang saudara fikirkan itu ada dalam penulisan serata Alam Melayu. Saudara boleh mulakan mencari di sumber-sumber berita dan penulisan keempat-empat negara Nusantara jika ada: carikan di laman-laman surat khabar, majalah dan portal-portal berita yang datang dari negara-negara ini. Kalau ada istilah yang dirasa sesuai dan masuk akal (jika ada diperiksa dengan kamus-kamus sesuai lidah Melayulah), bolehlah diserapkan dalam WBM. Jika pencarian yang dibuat sudah langsung tidak ada hasil yang memuaskan, bolehlah ada kelonggaran mencipta istilah berdasarkan akar bahasa yang sedia ada dalam istilah bahasa sumber. Saya selalu menghasilkan laman topik belum atau jarang disentuh penulisan bahasa Melayu dengan cara begini. - Anumengelamun (bincang) 11:10, 13 November 2020 (UTC)[balas]

Fitnah[sunting sumber]

Salam sejahtera saudara. Saya tidak pernah melakukan spam dan saya tidak pernah mengendalikan artikel yang anda masukkan tersebut . Nazran225 (bincang) 10:14, 3 Jun 2022 (UTC)[balas]

Salam sejahtera. Maaf, mungkin saudara salah baca. Akaun yang saya laporkan itu bukan saudara punya. Akaun itu dieja Nazrran225 (ada dua R). Baru-baru ini banyak akaun baharu yang menyamar jadi pengguna lama untuk membuat spam atau laku musnah. Ultron90 (bincang) 10:18, 3 Jun 2022 (UTC)[balas]