Perbincangan pengguna:Ychmatematik

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Archive Arkib
  1. Mei 2005 – Mei 2006

Kotak pengguna aktif[sunting sumber]

Sebenarnya, saya pernah mencadangkan idea ini kepada Yosri tetapi beliau tidak membalas. Saya memang menganggap bahawa langkah ini adalah langkah yang positif, disebabkan portal ini merupakan sebuah portal yang seakan-akan tiada orang menghirau ketika penyumbang memberi penyumbangan yang harus dihargai, tetapi pesanan hanya akan diberikan (kekadang dengan serta-merta) jika anda membuat kesilapan.

Bagaimanapun, hehehe.... nampaknya saya seorang pembangkang, tetapi bukan... saya ingin mengalihkan perhatian anda terhadap masalah-masalah pelaksanaan:

  1. Pengiktirafan pengguna aktif harus dikaitkan kepada suatu formula; kalau tidak, amalan ini kemudian akan menyebabkan pengiktirafan yang sewenang-sewenang.
  2. Kelayakan penerimaan harus tidak begitu senang atau begitu susah. Jika terlalu senang, pengiktirafan itu tidak akan dihargai dan menjadi kaunterproduktif (ejaan ini dihakcipta, hehehe). Sebaliknya, jika pengiktirafan itu terlalu susah, inisiatif ini tidak akan mencapai matlamat yang menyebabkan penciptaannya.

Sebenarnya, saya keliru tentang apa yang boleh dianggap sebagai aktif. Disebabkan adanya pengguna yang hanya bersikap "tahi-tahi ayam" , teg itu mungkin harus mempunyai tarikh melalui penggunaan:

{{Pengguna Aktif|{{1}}}}     — PM Poon 17:21, 10 Jun 2006 (UTC)[balas]

[NOTA: Pesanan ini telah diubah suai. — PM Poon 18:33, 10 Jun 2006 (UTC)][balas]


Kekeliruan saya hanya terdiri daripada cara bagaimana hendak melaksanakannya, bukan daripada segi konsep yang saya berasa memang amat bagus. Saya terperangkap oleh cara untuk menghitungkan dan mengkuantifikasikan takrif "aktif". Memang penghitungan adalah sesuatu yang amat memakan masa dan tidak praktik.

Saya baru mendapat idea yang baru, iaitu suatu takrif yang subjektif. Pengiktirafan harus dibuat oleh sekurang-kurang tiga pengguna yang merupakan penyelia ATAUPUN telah diiktirafkan sebagai "pengguna aktif". Jika terdapat sebarang bantahan, perkadaran bilangan pengguna yang diperlukan untuk pengiktirafan haruslah sekurang-kurang 2/3 (67%), tertakluk kepada sekurang-kurang lima orang.

Ini hanya merupakan pendapat saya. Mungkin pengguna lain mempunyai idea yang lebih baik. — PM Poon 17:52, 10 Jun 2006 (UTC)[balas]

Pengguna aktif[sunting sumber]

Hai Ychmatematik, seperti yang saya pernah berkata, apa-apa yang saya berkata cuma merupakan pandangan saya yang diberikan hanya untuk satu tujuan yang tunggal, iaitu untuk mengalih perhatian kepada aspek-aspek yang berkaitan supaya dapat memperluaskan pandangan semua orang. Oleh itu, saya kekadang juga bertindak sebagai peguam hantu, iaitu "devil's advocate", hehehe. Bagaimanapun, saya tidak akan membantah tentang segala hal dalam Wikipedia ini. Sebagaimana yang anda mungkin tahu, kesemua pandangan saya adalah jujur daripada hati saya, baik pendapat itu menyakitkan orang lain mahupun tidak, dan tidak bersikap politik. Selain itu, pandangan saya pun boleh salah. Ini adalah suatu kenyataan yang memang sentiasa saya sedar. Bagi saya, apa-apa pun boleh dicuba asalkan ada pengawalan, seperti dalam bidang pengurusan. Pengawalan akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan sesuatu inisiatif.

Bagaimanapun.... hmmm, bagaimanapun pulak! Jika pengiktirafan diberikan dengan mudah, pengiktirafan itu tidak akan dihargai. Inilah sikap dan kelemahan manusia yang anda perlu berhati-hati. Perlantikan jawatan penyelia di Wikipedia bahasa Inggeris seolah-olah mendapat anugerah "Tun", tetapi di sini, hmmm.....

Lagi satu.... hmmmm, ya, lagi satu. Oleh sebab pengiktirafan diberikan oleh penyelia-penyelia yang tidak sama, ketidaktekalan akan mewujud, kecuali ada panduan yang lebih nyata. Perkataan "sentiasa hadir dalam Perubahan Terkini" amat kabur. Apakah maksud "sentiasa hadir"? Kalau seorang pengguna menulis sebuah rencana yang amat panjang tanpa menggunakan perisian Wikipedia, tetapi menggunakan perisian Microsoft Word atau perisian penyunting yang lain (seperti dapat diperlihatkan daripada simbol tanda petikan ' yang senget dalam sebilangan rencana), adakah perbuatan itu dianggap sebagai "sentiasa hadir"?

Saya pernah fikir tentang keadaan seorang yang mempunyai anugerah "Pengguna Aktif" tetapi tiada pengguna yang pernah nampaknya sekali pun. Kan keadaan ini amat kelakar? Oleh sebab itu, saya mencadangkan bahawa tarikh penganugerahan itu diberikan supaya keadaan ini boleh dijelaskan. Umpamanya, jika anugerah itu mempunyai tarikh 31 Februari 2004, kita tahulah bahawa anugerah itu bukan untuk semalam. — PM Poon 08:11, 11 Jun 2006 (UTC)[balas]

Templat pengguna aktif[sunting sumber]

Hai Ychmatematik, templat telah siap. Anda cuma dikehendaki menggunakan perintah {{subst:aktif}} dan perisian Wikipedia akan memasukkan nama pengguna dan tarikh secara automatik. Sebaliknya, jika anda hanya menggunakan {{aktif}} atau {{Pengguna Aktif}}, tarikh itu akan hidup dan bertukar setiap hari mengikut tarikh hari itu! — PM Poon 08:31, 11 Jun 2006 (UTC)[balas]


Hai Ychmatematik, jika anda tidak suka kaedah yang telah saya buat kerana templat ini kelihatan amat rumit dalam kotak penyuntingan halaman perbualan pengguna, saya boleh menukarkannya supaya templat itu hanya mengambil bentuk {{aktif|11 Jun 2006}}. Keburukan kaedah ini adalah bahawa anda perlu menaipkan tarikh penganugerahan, sedangkan kaedah yang pertama tidak memerlukan anda memasukkan sebarang butiran. — PM Poon 08:50, 11 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai Ychmatematik, teruskan...saya amat bersetuju dengan anda ...che 03:57, 13 Jun 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih![sunting sumber]

Terima kasih kerana penganugerahan status Pengguna Aktif. Saya amat menghargainya. 希望我们的维基百料能成功! — Alistair 阿力斯特伊儿 13:21, 13 Jun 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih kepada anda kerana menganugerahkan status Pengguna Aktif kepada saya. Saya amat menghargai pemberian status tersebut. Ditulis oleh Didie 07:40, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Pengguna aktif[sunting sumber]

Hai Ychmatematik, sebenarnya saya masih berasa ragu-ragu tentang penganugerahan "pengguna aktif" untuk pengguna BARU walaupun pada satu masa, saya juga mempunyai idea yang tepat sama. Tetapi selepas melihat banyak kes "tahi-tahi ayam", pendapat saya telah tukar.

Takrif "aktif"

Perkataan "aktif" adalah satu perkataan yang berkaitan dengan sifat, dan membawa konotasi bahawa sifat itu adalah tekal, sekurang-kurangnya untuk satu jangka masa. Kalau kita menganugerahkan "pengguna aktif" kepada pengguna baru, anugerah itu mempunyai kemungkinan besar untuk menjadi satu jenaka. Bukan semua kes adalah terang seperti Alistair. Sebenarnya, Alistair kelihatan dalam superway ke jawatan penyelia. Kalau Alistair muncul dua bulan lebih awal, iaitu sebelum kejadian si penyelia itu, saya yakin dia kini dah menjadi penyelia. Bagi pengguna baru yang lain, saya berasa pelaksanaan penganugerahan akan menimbulkan banyak masalah, umpamanya bagaimana hendak mengendalikan kes Ciklee, dan beberapa pengguna yang baru lagi seperti Aiman abmajid, dan baru-baru ini Lokey3310.

Cadangan alternatif

frames
frames
Pingat Barnstar
Pengiktirafan untuk
memartabatkan ilmu
botani oleh Che090572
pada 4 Jun 2006

Untuk mendorong pengguna-pengguna baru, kita boleh memberikan anugerah untuk sesuatu pencapaian yang tertentu, seperti anugerah yang Che090572 berikan kepada saya di sebelah kanan. Kita boleh memberikan seseorang pengguna banyak bintang pencapaian, bukan hanya satu sahaja. Anugerah juga boleh diberikan untuk banyak jenis penyumbangan, umpamanya memberikan satu idea yang bagus, atau lazim memulihkan rencana yang dirosakkan oleh pelaku musnah, bukan sahaja untuk menyumbang rencana.

Bintang di sebelah kanan merupakan bintang gangsa. Setiap kali bilangan pingat gangsa melebihi angka kandungan tiga, kita mengumpulkannya menjadi satu bintang perak, supaya nampak kemas, dan juga bermakna. Peringkat-peringkat yang saya cadangkan adalah seperti berikut:

  • Peringkat pertama: sehingga tiga bintang gangsa.
  • Peringkat kedua: sehingga tujuh bintang gangsa, iaitu satu pingat perak + tiga bintang gangsa (satu bintang perak = 4 bintang gangsa)
  • Peringkat ketiga: dua bintang perak + 4 bintang gangsa menjadi satu bintang emas (iaitu, satu bintang emas = 3 bintang perak = 12 bintang gangsa)

Dengan cara ini, banyak akan mendapat bintang gangsa, tetapi sikit yang akan mendapat pingat emas dan oleh itu, pingat emas menjadi sesuatu yang amat dihargai. Kemudian, jika seorang mendapat pingat emas + 4 bintang gangsa, kita boleh menganugerahkannya dengan pingat "pengguna aktif" (pingat aktif = 4 bintang perak = 16 bintang gangsa). Pingat "pengguna aktif" merupakan anugerah yang tertinggi dalam portal ini, iaitu anugerah "Tun Wikipedia".

Saya berasa pemeringkatan ini untuk pingat aktif adalah selaras dengan maksud perkataan "aktif" yang hanya bermakna dalam konteks penyumbangan. Dengan sistem ini, istilah "aktif" juga mengambil maksud yang khusus dan tidak kabur, iaitu seorang yang telah menerima 16 pingat gangsa. Dengan kaedah yang membenarkan seorang pengguna untuk mengumpulkan (accumulate) pingat, seseorang pengguna juga boleh menjadi "pengguna aktif", walaupun mereka hanya muncul sekali sekala. Mungkin mereka mengambil dua atau tiga tahun untuk memperoleh pingat itu, tetapi masih boleh dapat. Masa tidak lagi merupakan sesuatu yang penting dalam penganugerahan ini.

Mekanisme kawalan

Ketika mencipta sesuatu sistem yang digunakan oleh banyak orang, kita harus ingat bahawa bukan semua orang akan bersikap seperti kita. Oleh itu, satu sistem kawalah harus dipasang. Saya menyarankan bahawa perbincangan dan persetujuan diadakan antara dua orang, iaitu dua orang penyelia, ataupun dua orang yang mempunyai pingat. Dengan adanya perbincangan:
  • kemungkinan untuk kesilapan dikurangkan;
  • kemungkinan untuk memberikan penganugerahan secara sewenang-wenang juga dikurangkan; dan
  • jika terdapat pertikaian, suatu perbincangan yang lebih rasional akan wujud kerana si penganugerah itu tidak bersikap mempertahankan diri (very defensive) kerana dia tidak berasa dia seorang sendiri saje yang membuat kesilapan (jika penganugerahan itu silap); bagaimanapun, jika terdapat kesilapan, kita tidak boleh menarik balik anugerah itu; sebaliknya, perbincangan hanya bertujuan untuk mengelakkan kesilapan yang sama pada masa hadapan.
Pemberian kuasa (empowerment) kepada pemegang pingat untuk menganugerahkan pengguna yang lain juga menyebabkan pingat itu lebih bernilai dan bermakna. Saya juga berasa bahawa penyelia dikecualikan daripada sistem ini kerana perjawatan penyelia sudah merupakan anugerah yang tertinggi.

Kesimpulan

Mungkin cadangan saya kelihatan amat rumit, tetapi hanya dengan beberapa peringkat yang canggih (sophisticated), satu sistem penganugerahan hanya boleh merangkumi semua jenis pengguna dan memberikan dorongan secara berterusan.

Saya berasa anda tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan cadangan ini pada peringkat konsepnya, hanya mungkin dengan perincian. Tujuan kita masih sama, cuma "pingat pengguna aktif" dijadikan "pingat gangsa" dan "pingat pengguna aktif" itu dijadikan pingat yang tertinggi dengan taraf "Tun Wikipedia". Pengguna baru masih boleh mendapat pingat dengan mudah sebagai dorongan.

Maaf jika anda mengharap-harapkan jawapan dalam jangka setengah jam, seperti yang dikatakan oleh Polar, hehehe. Sebenarnya, walaupun pesanan itu kelihatan pendek sahaja, saya telah menghabiskan beberapa jam untuk mencipta sistem ini selepas menerima pesanan anda yang terkini. Sebenarnya, saya tidak mengambil berat tentang perkara ini selepas pesanan saya kepada Yosri mengenai penganugerahan pengguna pada 7 Februari 2006 tidak menerima sebarang balasan, atau dalam bahasa kasar, tidak dihiraukan, hehehe. — PM Poon 18:23, 13 Jun 2006 (UTC)

Anugerah pengguna aktif

Hai Ychmatematik, sebenarnya saya tidak akan membantah jika anda hendak meneruskan sistem anda. Saya juga tidak berasa kita tidak boleh menukarkan sistem atau berpatah balik sekarang. Sememangnya, apa yang telah diberikan tidak boleh ditarik balik, seperti yang saya mengatakan dalam pesanan terawal. Bagaimanapun, penganugerahan untuk Alistair memang wajar bagi pendapat saya, tetapi saya tidak begitu pasti tentang Didie.

Selain itu, anugerah "pengguna aktif" yang saya cadangkan membawa takrif teknik yang khusus, dan amat berbeza dengan maksud "pengguna aktif" kini. Selain itu, kita menggunakan bentuk bintang yang tak serupa dengan bentuk anugerah "pengguna aktif" sekarang. Tambahan pula, saya tidak menjangka bahawa kita akan menganugerahkan sesiapa sebagai "pengguna aktif" dalam tempoh setahun melalui sistem ini yang memerlukan 16 bintang gangsa, dan oleh itu percanggahan tidak akan berlaku. Kini, cuma nak atau tak nak saje.

Tetapi memang nampaknya, penyelia lama tidak begitu minat tentang perkara ini, walaupun saya juga berasa bahawa kita harus mengamalkan sistem dorongan, berbanding duduk dan merungut bahawa kita tidak mempunyai banyak pengguna atau rencana. Sebarang tindakan dalam arah ini memang merupakan langkah yang positif. Oleh itu, buatlah saje apa yang anda berasa selesa. — PM Poon 07:53, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai Ychmatematik, sila lihat laman perbualan "Yosri" untuk keterangan saya yang terkini. — Lokey3310 11:56, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

terima kasih..[sunting sumber]

Hai Ychmatematik, terima kasih kerana barnstar pengguna aktif...cuma saya rasa saya tak layak sebab status saya sebagai seorang penyeia..walau bagaimanapun....saya berterima kasih kerana menghargai saya dan mark my word! saya akan tetap menyumbang di wikipedia melayu yang saya sayangi ini....che 09:36, 17 Jun 2006 (UTC)[balas]


Hai Ychmatematik,
Terima kasih di atas sumbangan anda di Wikipedia bahasa Melayu. Saya meminta maaf sekiranya tidak menjawap beberapa pesanan anda di laman perbualan saya dahulu, tetapi ini adalah disebabkan saya sibuk dan tidak mempunyai sebarang bantahan, dan bukannya tidak ingin menjawabnya. Teruskan dengan sumbangan anda. Yosri 12:10, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]

Kedutaan[sunting sumber]

Hai Ychmatematik, saja nak beritahu anda tentang kedutaan baru kita. Anda merupakan salah seorang duta dan anda dijangka menjawap apa-apa makluman yang sampai dalam bahasa Cina. Terima kasih. Alistair 阿力斯特伊儿 08:04, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]

Sama-sama. Saya pun gembira anda sudi menerima tanggungjawab ini. Anda juga mungkin mahu memaklumkan Wikipedia Cina supaya mereka dapat mengetahui akan kewujudan kedutaan kita. :) Alistair 阿力斯特伊儿 08:42, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]

Laut China Selatan[sunting sumber]

您好,想問問:Laut China Selatan有沒有相對應的中文名稱?如果有的話,可否幫忙在中文維基翻譯本條目? //bow -- Tomchiukc 03:57, 27 Jun 2006 (UTC)[balas]

Bintang-bintang Barnstar[sunting sumber]

Saya mencadangkan nilai setiap jenis barnstar adalah seperti berikut:

  • 1 barnstar perak = 3 barnstar gangsa
  • 1 barnstar emas = 3 barnstar perak = 9 barnstar gangsa.

Ini adalah supaya barnstar emas dibuatkan sebagai pingat yang tidak begitu mudah untuk diperoleh dan oleh itu, amat eksklusif. Saya hendak mendengar pandangan anda sebelum saya mencipta gambarajah yang sesuai untuk pingat berbilang. PM Poon 22:30, 18 Julai 2006 (UTC)[balas]

Barnstar[sunting sumber]

Hai Ychmatematik, saya bukan bermaksud tentang penamaan gelaran. Saya berasa Barnstar Gangsa, Barnstar Perak, dan Barnstar Emas dah mencukupi.

Apa yang saya maksudkan ialah adakah anda bersetuju dengan persamaan berikut:

1 emas = 3 perak = 9 emas

Dengan persamaan ini, lebih pengguna boleh menganugerahkan barnstar tanpa menjejaskan kepentingan barnstar perak dan emas.

Jika anda bersetuju, soalan yang menyusul ialah adakah keperluannya untuk membuat gambar:

  • barnstar kembar;
  • 1 barnstar perak + 1 barnstar gangsa;
  • 1 barnstar perak + 2 barnstar gangsa;
  • 2 barnstar perak kembar;
  • 2 barnstar perak + 1 barnstar gangsa... dan sebagainya.

Perhatiankanlah bahawa jika kita hendak membuat gambar tersebut, barnstar-barnstar itu akan bertindih (satu depan satu), kecuali kita membuat barnstar lebih kecil. Tetapi saya berasa pengecilan saiz barnstar tidak sesuai kerana ia memberikan tanggapan bahawa barnstar berbilang adalah tidak begitu bernilai. — PM Poon 08:19, 20 Julai 2006 (UTC)[balas]

Anti manusia[sunting sumber]

Hai Ychmatematik, ini adalah buat pertama kali saya melihat sebuah falsafah yang dinamakan anti manusia. Nama ini memberi tanggapan bahawa penyokong-penyokong falsafah ini hendak membunuh orang. Adakah terjemahan nama falsafah ini tepat, atau penggunaan "anti sosial" lebih tepat?

Anda tidak memberikan sebarang rujukan. Saya ingin tahu adakah ayat yang berikut telah anda petik atau merupakan kesimpulan anda sendiri:

Perasaan anti manusia timbul apabila seseorang membuat generalisasi bahawa "semua manusia itu jahat". — PM Poon 02:15, 25 Julai 2006 (UTC)[balas]

Polisi sekatan[sunting sumber]

Hai Ychmatematik, pengguna Thijs!bot ini tidak boleh mengawal dirinya sendiri. Bolehkah anda sekatkan pengguna bot ini sehingga infinite, kerana di Wikipedia bahasa lain yang saya lihat, ada sesetengah bot ini disekat. Dan satu lagi saya akan buat satu laman mengenai wikipedia:polisi sekatan. Terima kasih. — Legolas Greenleaf 06:38, 3 Ogos 2006 (UTC)[balas]

Sebenarnya jika anda dapati pengguna Thijs!bot spam terlalu banyak, anda boleh menghubungi pemilik bot ini supaya mengurangkan sedikit aktivitinya. Saya akan nyahsekat pengguna ini. — Master2841 17:00, 3 Ogos 2006 (UTC)[balas]


Birokrat[sunting sumber]

Sila pergi ke halaman Wikipedia:Penyelia untuk melakukan pengundian birokrat juga penamaan calon di kalangan penyelia. Pemilihan ini akan berakhir 31 Januari 2007 untuk proses penapisan. -Didie 08:11, 13 Januari 2007 (UTC)[balas]

Fail tanpa lesen sah[sunting sumber]

Hai! Terima kasih atas muat naik anda. Saya perasan sebahagian fail yang anda muat naik tidak memiliki lesen (lihat senarai di bawah). Anda boleh membantu kami dengan meletakkan lesen dan sumbernya. Sumber boleh jadi ÔÇÿKarya sendiriÔÇÖ jika anda mengambil gambar tersebut/menggunakan kamera anda sendiri atau mencipta sendiri fail tersebut. Jika anda mengambil foto/fail itu di tempat lain, sila berikan pautan ke tapak web berkaitan atau nyatakan di mana anda menjumpainya.

Fail tanpa lesen sah boleh dihapuskan, jadi kami amat berharap anda membantu kami menambah lesen supaya fail-fail tersebut dapat dikekalkan.

Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  1. Fail:Road.jpg
  2. Fail:KlangKio.jpg
  3. Fail:Kapalterbangkertasdc032.JPG
  4. Fail:Dictionary.jpg
  5. Fail:Philosophy.JPG
  6. Fail:Musnah kong Tze.jpg
  7. Fail:Lamanutamakedaikopi.PNG
  8. Fail:Perbualan saya.PNG
  9. Fail:Perbincangan.PNG
  10. Fail:Lamanpengguna2.PNG
  11. Fail:Ruangan ringkasan.PNG

--MGA73bot (bincang) 22:30, 11 Julai 2011 (UTC)[balas]

Pengundian pengguna 26 Ramadan sebagai penyelia[sunting sumber]

Anda dijemput mengundi 26 Ramadan sebagai penyelia. Undian boleh dilakukan di sini. SNN95 19:08, 9 Januari 2015 (UTC)[balas]

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 12 & 13 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk dua minggu akan datang:

Gambar pilihan mingguan
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian.
Minggu 12 (Tekan gambar untuk mengundi)
Minggu 13 (Tekan gambar untuk mengundi)
Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana pilihan
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan Mac lepas, rencana Ayam telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan April 2017:
  1. We Can Do It! (undi disini)
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 30 Mac 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Rencana baik
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Penghapusan laman
Buat masa ini, terdapat 10 halaman yang layak untuk dihapuskan. Jika salah sebuah laman anda yang sedang dihapuskan, anda boleh mengemukakan bantahan yang tersenarai disini. Jika tidak tersenarai di situ, mungkin perbincangan sedang dijalankan di laman perbincangan rencana yang akan dihapuskan tersebut.

SNN95 16:46, 10 Mac 2017 (UTC)[balas]

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 12 & 13 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk dua minggu akan datang:

Gambar pilihan mingguan
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian.
Minggu 12 (Tekan gambar untuk mengundi)
Minggu 13 (Tekan gambar untuk mengundi)
Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana pilihan
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan Mac lepas, rencana Ayam telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan April 2017:
  1. We Can Do It! (undi disini)
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 30 Mac 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Rencana baik
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Penghapusan laman
Buat masa ini, terdapat 10 halaman yang layak untuk dihapuskan. Jika salah sebuah laman anda yang sedang dihapuskan, anda boleh mengemukakan bantahan yang tersenarai disini. Jika tidak tersenarai di situ, mungkin perbincangan sedang dijalankan di laman perbincangan rencana yang akan dihapuskan tersebut.

SNN95 16:57, 10 Mac 2017 (UTC)[balas]

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 14 & 15 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Anda sudah terlepas untuk mengundi? Anda boleh mendapat kemaskini terbaru melalui senarai pantau anda. Anda hanya perlu klik butang "(Masukkan ke senarai pantau saya)".

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk bulan Disember 2017:

Untuk mengundi, anda hanya perlu meletakkan *{{Undi|v}} ~~~~ atau *{{Undi|x}} ~~~~ pada bahagian undian.

Gambar pilihan mingguan (Masukkan ke senarai pantau saya)
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Tekan gambar untuk ke bahagian mengundi. Gambar yang sudah ditutup undian, pautan akan memaut ke laman rencana tajuk gambar tersebut.

Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.

Rencana pilihan (Masukkan ke senarai pantau saya)
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Rencana Pilihan sebelum ini adalah Lie Kim Hok. Berikut adalah calon rencana pilihan bagi bulan Disember 2017:
  1. Jam air (undi di sini)
Anda boleh mula mencalonkan dari sekarang sehingga 31 Disember 2017 bagi pencalonan bulan Januari 2018. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain jika ada.
Rencana baik (Masukkan ke senarai pantau saya)
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan. Anda juga boleh mencalonkan terus ke Rencana Baik tanpa melalui Rencana Pilihan. Berikut adalah rencana baik yang boleh di undi:
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan (Masukkan ke senarai pantau saya)
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Tahukah anda
Ruangan Tahukah anda? di Laman Utama memaparkan beberapa fakta yang difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama. Fakta-fakta berikut akan dipaparkan secara rawak pada setiap masa berdasarkan:
  • berita semasa
  • pengetahuan am
  • rencana terbaru Wikipedia
Jika anda ada sebarang cadangan info yang boleh dikongsi; anda boleh membantu kami dengan mencadangkan atau menyumbang terus ke dalam paparan automatik kami. Baca dahulu peraturan sebelum menyumbang.

Berita ini akan diberikan kepada semua ahli aktif di WBM secara automatik. Jika anda tidak mahu mendapat langganan berita ini, anda boleh menyahlanggan berita ini di sini
SNN95 08:16, 1 April 2017 (UTC)[balas]

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 16 & 17 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk dua minggu akan datang:

Gambar pilihan mingguan
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian.
Minggu 16 (Tekan gambar untuk mengundi)
Minggu 17 (Tekan gambar untuk mengundi)
Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana pilihan
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan April, rencana We Can Do It! telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan Mei 2017:
  1. Soeara Berbisa (undi disini)
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 23 April 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Rencana baik
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.

SNN95 18:12, 7 April 2017 (UTC)[balas]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia[sunting sumber]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia

Anda dijemput untuk mengikuti Bulan Asia Wikipedia 2018!

Cipta 4 rencana berkaitan Asia dan menangi poskad khas daripada komuniti Wikimedia dari Asia!

Ahli Wikipedia yang mencipta rencana yang terbanyak akan dianugerahi "Duta Asia Wikipedia" dan mendapat sijil bertandatangan khas!

Daftar sekarang! Peraturan

TofeikuBincang 06:29, 1 November 2018 (UTC)[balas]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia 2019[sunting sumber]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia
Hai Ychmatematik! Saya, MediaWiki message delivery, salah seorang penganjur pertandingan ini dan saya mengalu-alukan penyertaan anda dalam pertandingan ini. Anda dijemput untuk mengikuti Bulan Asia Wikipedia 2019!

Cipta 4 rencana berkaitan Asia dan menangi poskad khas daripada komuniti Wikimedia dari Asia!

Ahli Wikipedia yang mencipta rencana yang terbanyak akan dianugerahi "Duta Asia Wikipedia" dan mendapat sijil bertandatangan khas!



Daftar sekarang! Peraturan

Selamat berjaya! Ikhlas daripada saya, MediaWiki message delivery
-- TofeikuBincang 18:28, 29 Oktober 2019 (UTC+8)

Jemputan melakukan pengundian sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama[sunting sumber]

Salam semua ahli Wikipedia! Pesanan ini dihantar bertujuan untuk menjemput anda semua bagi membuat pengundian dasar sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama yang diusulkan oleh saya, CyberTroopers. Pengundian ini diteruskan semula kerana kutipan undian tidak mencukupi untuk diterima/ditolak. Dasar ini akan mengubah konfigurasi hak bagi kumpulan penggguna untuk pengguna awanama iaitu membatalkan hak kumpulan ini daripada mencipta rencana di Wikipedia bahasa Melayu. Namun begitu, mereka boleh memohon rencana untuk diciptakan atau membuka akaun bagi tujuan tersebut. Oleh itu saya berharap anda semua dapat memberi kerjasama dengan membuat undian. Saya juga ingin memohon kerjasama semua ahli Wikipedia untuk berganding bahu dengan sentiasa menyemak dan mencipta rencana di Wikipedia:Memohon rencana yang dipinta oleh pengguna-pengguna. Sekian.-CyberTroopers (bincang · sumbangan · log) 06:54, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]

Undi sekarang! Cipta rencana

Selamat Hari Raya Aidilfitri[sunting sumber]

[[Fail:Aidilfitri Wiki.png |40px]]Salam pengguna Wikipedia Bahasa Melayu!

Pentadbir Wikipedia Bahasa Melayu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang meraikannya. Sila amalkan penjarakan sosial dan kebersihan yang tinggi bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh penyakit Covid-19. Semoga kedatangan Aidilfitri ini akan memberi semangat yang tinggi kepada kita semua untuk terus menyumbang dalam Wikipedia Bahasa Melayu! Terima kasih.

Jemputan pengundian PeaceSearcher sebagai penyelia[sunting sumber]

Salam Wikipediawan dan Wikipediawati! Anda dijemput untuk membuat pengundian ke atas PeaceSearcher sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman pengundian telah dicipta dan anda sudah boleh mengundi pada bila-bila masa. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan untuk diajukan kepada calon, anda dibenarkan berbuat demikian di bahagian yang telah disediakan. Saya harap anda semua boleh bersama-sama melakukan undian sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan rasional. Kerjasama anda amat diperlukan. Sekiranya anda mempunyai permasalahan berhubung pengundian, sila hubungi mana-mana penyelia. Sekian. MediaWiki message delivery (bincang) 09:25, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]

Freely licensed file(s)[sunting sumber]

Hi! You have uploaded one or more files with a free license. I have added an information template to the file(s) if there were none. You can see all free files in Kategori:Unidentified subjects in Malaysia and there is a link you can click to see who uploaded the files (just search for your own name).

You can help by checking if all the information is there and in the right place. If not please add or move the information.

If information is not there and if it is not possible to add it then nominate for deletion.

Once all the information is there the file can probably be moved to Commons. You can do so if you know how. If you need help you are welcome to ask Pengguna:MGA73. --MGA73bot (bincang) 14:17, 21 Februari 2021 (UTC)[balas]

Jemputan 100hariwiki[sunting sumber]

Jemputan #100hariwiki

Hai NAMA PESERTA! Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia mengalu-alukan penyertaan anda dalam pertandingan ini. Anda dijemput untuk mengikuti cabaran #100hariwiki.

Cipta rencana baru setiap hari selama 100 hari berturut-turut dari 15 Januari 2023 hingga 25 April 2023 dan menangi biasiswa perjalanan penuh ke persidangan antarabangsa Wikimania 2023 di Singapura!

Wikipediawan yang berjaya melengkapkan cabaran akan mendapat beg cenderamata daripada Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia!

Daftar sekarang! Hantar rencana Maklumat lanjut

Selamat berjaya! Ikhlas daripada saya, NAMA ANDA

Pengundian perlucutan hak penyelia[sunting sumber]

Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 2 orang penyelia oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini iaitu Kurniasan dan Azuru79 melebih 3 bulan tanpa sebarang notis dan alasan yang munasabah.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang! MediaWiki message delivery (bincang) 18:57, 11 Jun 2023 (UTC)[balas]