Perbincangan pengguna:Yk Yk Yk/Arkib 1

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Selamat datang ke Wikipedia, Yk Yk Yk/Arkib 1!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 334,457 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya Yk Yk Yk, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
  Pengenalan kepada Wikipedia
  Lima tonggak Wikipedia
  Tutorial suntingan
  Bagaimana menyunting halaman
  Manual gaya penulisan
  Asas-asas Kod Wiki
  Bagaimana mencipta artikel
  Laman bantuan
  Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
  Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
  Digalakkan beranggapan niat baik
  Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
  Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
  Jangan melaku musnah
  Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
  Meja bantuan
atau:
  Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
  Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
  Membantu menyumbang pada artikel
           
  Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
  Membantu mencipta templat baru
  Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, Yk Yk Yk
Yosri 04:57, 31 Mei 2007 (UTC)[balas]

Ciptaan rencana[sunting sumber]

Hai yk yk yk, setiap kali anda membuat rencana baru, sila letakkan kategori jika boleh. Harap maklum. — Aeon 10:58, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]

Jangan lupa dengan interwiki ya. :) Polar 11:11, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]

Greece atau Yunani?[sunting sumber]

Saya tidak tahu kenapa, kena tanya DBP. Saya cuma ikut kamus dan penggunaan semasa. ...Aurora... 13:00, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]

Yunani lebih kepada Kerajaan Yunani Purba/Kuno, Greece pula adalah nama negara mereka sekarang. Lagipun media cetak dan elektronik gunakan perkataan Greece bagi merujuk negara itu sekarang. — Master2841 17:17, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]

Bahasa Malaysia[sunting sumber]

Tidak kerana subdomain "ms" telah dikhususkan untuk Bahasa Melayu. — Master2841 16:15, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Lagipun jika boleh ditukar pun, ia akan menyisihkan pengguna-pengguna dari singapura, indonesia, dan brunei. Malah di sini juga terdapat seorang penyelia dari brunei. Ini akan menyusahkan beliau untuk menyumbang kerana dia ialah salah satu penyumbang aktif di sini. — Master2841 16:46, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Maaf ye kerana tak periksa pula. Kini saya telah buat redirect untuk Parti Nazi. Saya juga pindah beberapa barang yg perlu. --Edmund The King of The Woods! (Sedang memohon menjadi penyelia) 16:10, 14 Julai 2007 (UTC)[balas]

Saya rasa tajuk kebanyakan rencana mengenai PBB itu panjang sangat. Boleh pendekkan tak? Susah nak ingat, susah nak taip. Sebagai contoh, Majlis Ekonomi dan Sosial PBB atau Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB?

Mengenai pengguna baru dan tawaran penyelia kepada anda[sunting sumber]

Assalamualaikum, Sheikh Yk Yk Yk, saya lihat semakin ramai pengguna baru yang mendaftar, tapi malangnya mereka cuma daftarkan diri tanpa menyumbang di wiki ms ni. Tak laratlah beberapa pengguna di sini, termasuk saya, untuk menyumbang dengan mudah di sini. Ada kebaikan jika pengguna baru yang bertambah dan terus segera menyumbang di sini, antaranya:

a) Dapat menambahkan rencana dengan lebih berkesan, lancar dan pantas.
b) Jawatan penyelia akan dapat ditambah lebih berkesan dan pantauan juga menjadi lebih mudah.
c) Kerja baru lain seperti checkuser, oversight dan bot dapat ditambah dengan lebih cepat dan berkesan.
d) Masalah maklumat yang cepat lapuk pada rencana juga dapat diatasi.
e) Pergerakan wiki ms ke tahap lebih maju akan lebih pantas dilaksanakan.

Jadi, inilah yang kita semua perlu tekankan dan perlu juga dibuatkan. Dan, satu lagi, untuk tawaran penyelia kepada anda, adakah anda mahu mohon jadi penyelia bagi mengatasi kekurangan penyelia yang wiki ms hadapi? Apa-apapun terpulang kepada anda. Selamat berwiki dan semoga anda dicucuri berkat. — Imran Al-Sahih 07:55, 2 Ogos 2007 (UTC)[balas]

RE:Be polite[sunting sumber]

Oh, saya guna perkataan f itu sebagai balas kpd nama itu. Tengoklah nama itu sendiri. Saya rasa SAAAANGAAAAT BOOOOSAAAAN kalau hanya guna alasan seperti "Nama yg tak sesuai", "Melanggar polisi nama pengguna", etc etc etc. Saya lebih suka menulis alasan dlm bentuk yg lebih humour... --Edmund The King of The Woods! 07:36, 4 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Tentang kehadiran saya dan bakal jawatan pengundian saya sebagai penyelia sekali lagi[sunting sumber]

Hai Yk Yk Yk, saya tak tau berapa lama saya akan berada di sini. Juga, jika saya bakal jadi penyelia sekali lagi pada bulan November atau Disember tahun ini, adakah itu masa yang baik? Serta adakah anda akan kemungkinan sokong saya? Jika saya gagal sekali lagi pada bulan tersebut saya akan minta jadi penyelia buat kali kelima dalam akaun asal saya (Emrrans) pada bulan April atau Mei 2008. Saya harap dosa saya ditebus 100% sepenuhnya. Hehe, anda tak perlu risau sangat tentang saya. Saya boleh jaga diri saya dengan baik. — Imran Al-Sahih 13:52, 22 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Penyelia[sunting sumber]

Saya ingin menanyakan anda sesuatu iaitu anda sudi tak untuk menjadi seorang penyelia di ms.wiki ini. Memandangkan anda telahpun melepasi syarat untuk menjadi penyelia. Maka, kini saya hanya menanti jawapan daripada anda, saudara Yk Yk Yk. Saya lihat anda kelihatan aktif dari sudut laman perubahan terkini. Semoga penantian saya dibalas dengan satu jawapan yang baik ye. Sekian..... — Didie 07:02, 25 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih. Sila lihat ini untuk keterangan lebih lanjut berhubung pengundian yang akan dijalankan nanti.— Didie 07:22, 25 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Saya telahpun mengundi anda. Semoga anda menjadi penyelia yang berjasa di sini. InsyaAllah. — Imran Al-Sahih 13:12, 25 Ogos 2007 (UTC)[balas]

hal penting[sunting sumber]

Buat masa sekarang, saya tak boleh tumpukan perhatian pada penyumbangan aktif di sini kerana saya ada kelas di Cosmopoint, tiap-tiap hari Sabtu, mula Ogos hingga Oktober. Jadi saya harap lepas habis kelas saya dan dah dapat sijil, barukan saya mula buat penyumbangan di sini. Kemudian saya akan aktif 3 bulan dan, InsyaAllah, saya akan mula memohon jawatan penyelia. Jangan lupa sokong saya, hehe. Sebab saya telahpun undi untuk anda. So see you later. — Imran Al-Sahih 13:21, 25 Ogos 2007 (UTC)[balas]

Adakah anda Org Cina?[sunting sumber]

Salam berkenalan. Adakah anda Org Cina? Saya nampak anda gunakan Templat:Pengguna en dgn Templat:Pengguna ms-3, jadi saya jangkakan anda Org Cina yg membesar berBahasa Inggeris dan berpendidikan Melayu kan? Kalau begitu, apa kata anda gunakan Templat:Pengguna zh-0 kalau anda tak tau Bahasa Cina? --Edmund The King of The Woods! 10:27, 1 September 2007 (UTC)[balas]

Tapi saya rasa lebih baik anda gunakan, supaya kalau ada sesiapa yg perlukan bantuan dpd org yg tau Bahasa Cina. Lagipun apa salahnya nyatakan semua bahasa yg anda tau? Satu lagi, adakah anda mempunyai akaun di Wikipedia Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina? Jika ada, tolong buat pautan InterWiki ke laman pengguna anda di sana... Cadangan aje... --Edmund The King of The Woods! 10:50, 1 September 2007 (UTC)[balas]

OOps sorry tak nampak InterWiki :-P --Edmund The King of The Woods! 10:51, 1 September 2007 (UTC)[balas]

Menjadi penyelia[sunting sumber]

Tahniah kerana menang dlm pengundian! Saya akan pergi minta Yosri dan Aurora utk melantik anda. --Edmund The King of The Woods! 07:04, 8 September 2007 (UTC)[balas]

Dah minta. Sama-sama. --Edmund The King of The Woods! 09:43, 8 September 2007 (UTC)[balas]

William Arthur Philip Louis Mountbatten-Windsor[sunting sumber]

Kenapa William Arthur Philip Louis Mountbatten-Windsor dialihkan kepada pangkatnya? Aturan Wiki Inggeris menyatakan nama seseorang perlu digunakan tanpa pangkat. Ini kerana pangkat boleh berubah. Apa jadi sekiranya dia dilantik menjadi Raja England atau turun pangkat (abdicate). Sila alihkan kembali kepada nama asalnya. Yosri 10:26, 12 September 2007 (UTC)[balas]

Untuk pengetahuan anda, templat2 ujian kebanyakannya boleh menerima parameter, sbg contoh {{subst:ujian1|Kejohanan Skuasy Terbuka British‎}} akan menghasilkan "Terima kasih kerana mencuba di laman Kejohanan Skuasy Terbuka British‎ di... " dan seterusnya. ...Aurora... 14:51, 12 September 2007 (UTC)[balas]

Pangkat diraja.[sunting sumber]

Sebenarnya peraturan itu untuk semua. Ini kerana, jika Putera Whales menjadi raja, ini bererti ia perlu dialih kerana orang lain pula mengambil tempat Putera Whales. Berkenaan Wiki BM menggunakan Pangkat bagi Keluarga Diraja, ini adalah kerana tidak mengikut peraturan, bukannya kerana itu piwaian. Putera Whales hanyalah pangkat yang sebelumnya disandang oleh orang lain dan akan disandang oleh orang lain selepasnya. Jadi rencana Putera Whales, sepatutnya mengisi siapakah yang pernah menyandang gelaran tersebut, tarikh, apa terjadi selepas itu - abdicate / naik pangkat / mati, dll yang berkenaan jawatan Putera Whales. Bukannya berkenaan Putera Whales sekarang semata-mata. Yosri 00:17, 14 September 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya terdapat perbezaan antara usul dengan perlaksanaan. Sebenarnya telah lama saya meletakkan rencana dengan nama sebenar kerasa mengikut dasar asal, tetapi disebabkan ramai penyumbang lain yang tidak mengikut dan saya pun kekurangan masa untuk mengubahnya, terpaksa saya biarkan sahaja selama ini. Bagaimanapun sekiranya anda merasakan tidak perlu menggunakan usul tersebut dan turut menggunakan nama+pangkat, mungkin anda boleh bawakan usul ini kepada kedai kopi atau membuka laman pengundian untuk dibincangkan bersama. Bagaimanapun syabas saya ucapkan kepada anda kerana rajin menyumbang berkenaan kekerabatan Diraja England. Yosri 07:10, 14 September 2007 (UTC)[balas]

Anda dijemput menyertai perbincangan tentang pesanan sistem itu. Terima kasih. --Edmund The King of The Woods! 09:15, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Barnstar[sunting sumber]

Saya ingin berikan anda barnstar, Yk Yk Yk. Tapi semasa meletakkan templat ini, saya menemui kesukaran dan kebuntuan. Macam masalah saya lihat selepas letak templat ini. Entahlah. Saya pun tak tahu lagi nak letak di ruang mana. Walau apa pun, kalau anda tahu menggunakan ruang laman pengguna anda sendiri, mungkin anda boleh meletakkan templat ini di laman pengguna anda mengikut citarasa anda ye.


Sekian terima kasih. — Didie 14:01, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Minta tolong betulkan template ini[sunting sumber]

Assalamulaikum. Minta kepakaran anda betulkan template ini.

  • Templat:SEA Games infobox

Malekhanif 16:36, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Ikrar ?[sunting sumber]

Tak pasti. Macam sumpah je ...Malekhanif 16:55, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Template[sunting sumber]

Template bendera dalam Sukan Asia Tenggara 2007 tak jadi.Malekhanif 17:07, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Tak jadi pada Sukan Asia Tenggara 2001Malekhanif 17:25, 15 September 2007 (UTC)[balas]

Adalah benar saya sibuk. Lagipun kini sebenarnya ibubapa saya larang saya main komputer sampai bulan November, jadi kini saya hanya dpt curi-curi main semasa mereka keluar lama, atau cari peluang utk curi-curi pergi ke kafe siber, seperti skrg. Saya pun tak ada masa nak fikirkan apa rencana yg nak tulis. Tentang kerja-kerja yg saya buat kini pula, kerana org lain tak buat, kalau saya tak buat, siapa pergi buat!? Ada sesetengah yg memang tidak dikesan oleh pengguna lain, akhirnya saya terpaksa buat, sgt menyeksa tau! Kalau tiada perkara mcm tu, saya bolehlah beri sumbangan seperti dulu... --Edmund The King of The Woods! 08:12, 16 September 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih banyak-banyak atas ucapan anda. Duhh... skrg bapa saya benarkan saya main komputer pd petang Sabtu, walaupun saya akan ada UEC Senior (高中統考)pd akhir bulan ni. Peperiksaan itu amat penting kpd saya kerana itu memutuskan masa depan saya. Walaupun tak dpt guna komputer pd weekdays, tapi saya masih boleh mengikut sikit keadaan di sini dgn telefon bimbit saya, malangnya skrg dah expired, kena tambah duit semula, dan rasanya saya takkan ikut tiap-tiap hari lagi supaya jimat wang. Btw saya tak dpt menyumbang di sini dgn handphone saya kerana handphone saya terlalu lama, cuma Sony Ericsson T610 aje... --Edmund The King of The Woods! 07:31, 22 September 2007 (UTC)[balas]

Minggu lepas saya dpt curi pergi ke kafe siber tiap-tiap hari kerana saya ada SPM Trial Exam, selalu habis kira-kira 1 petang, tapi sekolah habis 3.25, jadi bolehlah saya tipu sikit... :-P SPM tak penting bagi saya, saya cuma ambil utk dptkan satu lagi sijil aje, hehe... --Edmund The King of The Woods! 07:33, 22 September 2007 (UTC)[balas]

Petua-petua tradisional[sunting sumber]

Saya tengah kursus ni tak sempat tengok. Rasanya bolehlah, cuma kena ubah suai sedikit, dan kasi warning tak bertanggungjawab. Yosri 07:17, 19 September 2007 (UTC)[balas]

Templat 18sx1[sunting sumber]

Hi Yk Yk Yk, saya mencipta templat ini kerana saya rasa bahawa ruang besar yang diperuntukkan oleh Templat 18sx tidak diperlukan dalam rencana Hamil. Sebenarnya, saya pun berasa hairan mengapa rencana ini dikelaskan sebagai 18sx.... terlalu Victorian, kot! hehehe

Saya berasa bahawa semua rencana yang gambar dewasa dipaparkan melebihi satu skrin dari garis rencana yang pertama tidak memerlukan ruang yang besar. Ini mungkin juga merupakan pendapat pencipta templat 18sx yang memperuntukkan ruang kosong seluas satu skrin. — Syarikat Pemunggahan Rencana 05:56, 28 September 2007 (UTC)[balas]

Mencolok atau menjolok[sunting sumber]

Hi Yk Yk Yk, Kamus Dewan mentakrifkan "mencolok mata" sebagai:

a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu

manakala "menjolok mata" ialah:

a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati.

Maka dengan itu, kedua-dua istilah ini masih tepat. — Syarikat Pemunggahan Rencana 06:10, 28 September 2007 (UTC)[balas]

kalau begitu, baiklah, maafkan saya ye.[sunting sumber]

Kalau begitu, baiklah, mengenai tajuk "amaun bahan", anda boleh kekalkan tajuk ayat ini serta rencana yang mengandungi ayat asalnya. Maaf banyak ye kerana keegoan saya. — Imran Al-Sahih 07:48, 28 September 2007 (UTC)[balas]

Tahniah kerana dianugerahkan sebagai pengguna yang ketagih wiki[sunting sumber]

Hai Sheikh Yk yk yk, tahniah kepada anda kerana dianugerahkan sebagai pengguna yang ketagih wiki, sila lihat laman pengguna anda. — Imran Al-Sahih 10:54, 29 September 2007 (UTC)[balas]

Sila sertailah perbincangan rencana ini di sini. Terima kasih. --Edmund The King of The Woods! 16:12, 2 November 2007 (UTC)[balas]

as-Salihin Trustee Berhad[sunting sumber]

Bolehkah anda mengesahkan pendaftaran syarikat ini? Yosri 10:17, 6 November 2007 (UTC)[balas]

Laman WEB sebagai bukti.[sunting sumber]

Alaaaaa... Please lah. Sekarang laman pishing pun banyak, belum tentu laman sah. Maksud saya senarai dari jabatan web kerajaan ke.. Dari Pejabat Pendaftaran Syarikat ke.... Dari laman yang dipercayailah. Dll. Saya tidak mahu syarikat skim cepat kaya di daftarkan di sini. Yosri 10:34, 6 November 2007 (UTC)[balas]


Sebab saya ragu adalah:-

Terima kasih di atas jawapan anda. Biar saya berterus terang di sini. Kami sebagai penyelia Wikipedia tidak dapat mengesahkan dengan sebarang pihak ketiga yang kami percayai bahawa syarikat anda merupakan syarikat yang benar-benar berdaftar dan berlesen di Malaysia. Oleh itu menyenaraikan syarikat anda di Wikipedia, seolah-olah kami telah mengesahkan syarikat anda merupakan sebuah syarikat yang berdaftar. Oleh itu sebarang orang yang kerugian di masa akan datang, mungkin akan menuduh mereka melabur di syarikat tuan kerana Wikipedia menyenaraikan syarikat tuan, dengan itu kerugian mereka perlu diganti oleh yayasan Wikipedia. Oleh itu saya merasa ragu hendak meluluskan rencana syarikat tuan di sini, terutamanya kerana saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Ini bukan bererti saya menuduh syarikat anda tidak berdaftar, tetapi kami tidak dapat mengesahkan yang sedemikian. Yosri 10:40, 6 November 2007 (UTC)


Xenophobia xeno[sunting sumber]

Saya rasa ia seperti satu Oxymoron. Asing yang takutkan asing = Takutkan diri sendiri. Yosri 01:24, 20 November 2007 (UTC)[balas]

Maafkan saya kerana tak lihat dgn betul-betul... --Edmund The King of The Woods! 05:37, 24 November 2007 (UTC)[balas]

Kejamnya...[sunting sumber]

Hei, tadi anda sekat seorang pengguna anonim. Tapi dia hanya buat satu rencana sampah saja, perlukah anda buat macam tu? Beri dia amaran {{test}} dah cukup lah... --Edmund The King of The Woods! 07:03, 28 November 2007 (UTC)[balas]

OK thank you dan maafkan saya kerana meninggalkan kandungan Bahasa Inggeris. Tadi saya pergi makanlah... --Edmund The King of The Woods! 10:49, 28 November 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya saya juga ingin guna untuk rencana Jerman Barat, tapi templat itu susah nak uruskan, jadi saya hapuskan buat sementara, dan saya ingin cari penyelesaian untuk masalah penterjemahan. Kandungannya sangat keliru, saya tak tau programming! --Edmund The King of The Woods! 08:01, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Hi Yk Yk Yk[sunting sumber]

Thanks for everything.

If there is any other language you could help with, that would be great.

Thanks again,

Curious&LovelyGirl 06:40, 1 Disember 2007 (UTC)[balas]

Apakah fungsi <blockout> sebenarnya?[sunting sumber]

Adakah ia boleh dilakukan pada artikel-artikel dalam Wikipedia? -- Lipasmalaya 02:13, 4 Disember 2007 (UTC)[balas]

Suntingan mencurigakan[sunting sumber]

Mengenai tuduhan bahawa malaikat Raqib dan Atid tidak disebut dalam Quran dan Sunnah:

Sebenarnya dalam Quran ada disebut mengenai malaikat-malaikat yang mencatit perbuatan manusia (Raqib dan Atid). Firman Allah:

إِذۡ يَتَلَقَّي الۡمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الۡيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ

مَا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Maksudnya: "Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." [Qaf:17-18]

Kalimah "raqib" dan "atid" disebut pada akhir ayat 18. Oleh itu tuduhan tersebut tidak berasas.

Maulidur Rasul

Saya rasa suntingan dia yang memadam hadis mengenai sambutan maulidur rasul pada rencana ini adalah tepat. Maulud tidak pernah dirayakan pada zaman kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Masakan pula nabi boleh bersabda sedemikian?

Catatan sejarah menyatakan bahawa peristiwa terawal sambutan maulidurrasul ialah empat kurun setelah kewafatan Nabi di Mesir. Walaupun Nabi tidak pernah menganjurkannya, sebilangan ulama termasuklah Imam as-Suyuti mengatakannya adalah sunat dan bid'ah hasanah, selagi mana tidak bertentangan dengan Quran, Sunnah, dan Athar.

Malaikat 10 dan Sifat 20

Saya tak tahu kenapa dia membuang senarai-senarai ini. Mungkin dia terbuang senarai-senarai ini secara tidak sengaja ketika menyunting bahagian atas.—Aviator, 17:44, 9 Disember 2007 (UTC)[balas]

Syarat syahadah

Untuk syarat-syarat syahadah, lihat http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/pillars/shahadah/shahadahprereq.html (oleh Jamaal al-Din Zarabozo).—Aviator, 17:56, 9 Disember 2007 (UTC)[balas]

Janganlah cemas. Mungkin itu memanglah Khairy Jamaluddin ini, tapi saya sudah pergi tanya dia, dan kita duduk saja dan tengok tindak balasnya. Kalau dia bukan, kita arahkannya utk tukar nama. --King Edmund of The Woods 10:24, 10 Disember 2007 (UTC)[balas]

Thank you for welcoming me so quickly. It appears that Alistair is not active any more. Could you help us at oldwikisource:Wikisource:Proposed deletions#Wikisource:Letters ? Cheers, John Vandenberg 10:47, 13 Disember 2007 (UTC)[balas]

Thank you both. While I am here, I have created Templat:WikisourceWiki, but need a little help finishing it. It has two slightly different uses: [1][2]. I have not found the Malay word for "repository", and my Malay grammar is zero. Could you fix it? Thank you again. John Vandenberg 12:39, 13 Disember 2007 (UTC)[balas]
Thanks for your help; I've updated the template with your suggestions. John Vandenberg 23:11, 13 Disember 2007 (UTC)[balas]

Betul Gak Kan....[sunting sumber]

Cakap Saudara Yk memang ada asasnya. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 17:47, 15 Disember 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih akan nasihat Saudara Yk. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 09:48, 16 Disember 2007 (UTC)[balas]

Selamat Hari Raya Aidil Adha[sunting sumber]

Saya pun tak pasti awak Islam ke tak tapi tak kisahlah.Mohon Maaf Dipinta Dari Saya,Putera Luqman Tunku Andre. Enjoy Raya. Cheers.Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 11:53, 19 Disember 2007 (UTC)[balas]

What religion r u? If Christian,Merry Christmas to you. But no gift from me.Haha.Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 16:49, 19 Disember 2007 (UTC)[balas]
It's okay. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 16:57, 19 Disember 2007 (UTC)[balas]

Kenapa???[sunting sumber]

Helo, aper kene....Saya tak faham sepatah pun.Apa yang Saudara cuba cakapkan.DaniAsh| Nak Kritik, Klik Sini 04:23, 24 Disember 2007 (UTC)[balas]

Pengundian[sunting sumber]

Hmmm, sebenarnya laman pengundian hanya bermula pada 00:00, 1 Januari 2008 (UTC)(bersamaan 08:00 a.m. (waktu Malaysia). Tolong batalkan suntingan anda pada laman undian kerana undian hanya bermula esok. Akan tetapi, anda boleh mengundi pada keesokan hari ye. Harap maaf. — Didie (bincang) 06:44, 31 Disember 2007 (UTC)[balas]