Perbincangan pengguna:Yosri/Archive6

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kapal induk Jepun Soryu[sunting sumber]

Hai Yosri, sebenarnya saya tidak beberapa minat akan kapal-kapal dan pesawat-pesawat, hehehe.

Disebabkan saya telah menyedari bahawa saya telah membuat beberapa pertindanan terhadap pemasukan kategori dan Aurora telah menonjolkan kesilapan itu, saya berasa bahawa saya bertanggungjawab untuk membetulkan kesilapan saya. Sewaktu saya meninjau halaman Istimewa:Categories yang anda menunjukkan, saya mendapati bahawa rencana kapal tidak begitu banyak dan oleh itu, memutuskan untuk mengemaskinikan kategori untuk semua rencana kapal.

Bagaimanapun, untuk semua pengemaskinian yang saya membuat, anda boleh memulihkannya tanpa merujuk kepada saya. Saya juga sentiasa membuat pengemaskinian terhadap suntingan pengguna lain, tanpa merujuk kepada mereka, hehehe. Jika saya tidak bersetuju dengan mana-mana satu pemulihan, saya akan memberitahu anda tentang alasan saya.

Saya menukarkan kategori untuk rencana-rencana "Kapal induk Jepun" kerana saya berasa bahawa kategori berikut terlalu khusus:


Rencana Kategori
    Kapal induk Jepun Shokaku         Kapal induk kelas Shokaku    
Kapal induk Jepun Zuikaku Kapal induk kelas Shokaku
Kapal induk Jepun Akagi Kapal induk kelas Akagi
Kapal induk Jepun Soryu Kapal induk kelas Soryu
Kapal induk Jepun Hiryu Kapal induk kelas Soryu


Oleh sebab "kapal induk ialah kapal perang" (menurut rencana Kapal induk), maka saya cenderung menukarkan kategori menjadi "kapal perang", tetapi sudah terdapatnya kategori untuk "kapal tentera". Oleh itu, saya juga menukarkan semua kategori "kapal perang" yang ada, menjadi "kapal tentera"; serupa juga dengan kategori "kapal tentera laut" yang telah saya meringkaskan menjadi "kapal tentera" saje.

Sebenarnya, pemilihan kategori kekadang amat mengelirukan. Mana-mana satu kategori yang dipilih bergantung kepada ramalan bilangan rencana yang akan ditulis untuk kategori itu. Umpamanya, jika kita berasa kita akan memperoleh banyak rencana mengenai kapal induk, kita boleh mencipta sebuah subkategori yang bertajuk "Kapal induk". Saya biasanya tidak mengikut kategori Wikipedia bahasa Inggeris sewaktu menterjemahkan rencana mereka, kerana kategori mereka memang amat khusus. Saya menjangka bahawa kita tidak akan sampai tahap mereka dari segi bilangan rencana.

Bagi cadangan anda terhadap kapal moden, dan kapal tempoh Perang Dunia II, saya berasa itu mungkin akan menyebabkan kekeliruan.... kecuali kita mengehadkan kepada satu subkategori untuk Perang Dunia II saje (kerana terdapat banyak kapal yang terlibat dalam peperangan itu), dan bukan untuk peperangan yang lain. Kalau kita menggunakan perkataan "moden", kita harus mentakrifkan apa yang dimaksudkan sebagai "moden". Banyak "buku teks moden" saya kini dah ketinggalan masa tetapi tajuknya masih bernama "Fizik Moden" "Bahasa Inggeris Moden", dan sebagainya, hehehe. — PM Poon 13:28, 27 April 2006 (UTC)[balas]

Penggunaan kategori[sunting sumber]

Hai Yosri, ada yang suka minum kopi o, ada yang suka minum kopi susu, hehehe. Sememangnya, kategori dan daftar mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Daftar nampak kemas, tetapi harus dicipta secara manual. Sebaliknya, format kategori tidak dapat dikawal, tetapi ia dicipta secara automatik. Dalam sebuah portal yang mempunyai banyak pengguna, kaedah manual memang susah. Umpamanya, jika seorang pengguna mencipta rencana baru, dan ini terlepas perhatian anda, daftar itu tidak akan dikemaskinikan, berbanding penggunaaan kategori (iaitu, jika pengguna menggunakan kategori). Saya pemalas. Oleh itu, saya cenderung menggunakan cara automatik. Bagi saya, kereta buruk tak kesah, asalkan automatik, hehehe.

Saya berasa macam ini. Kita tidak perlu merancang terlalu panjang. Sewaktu kita menyedari bahawa bilangan rencana kapal Jepun telah mencapai lima atau enam rencana, dan akan meningkat lagi, kita boleh mengubahkan kategori. Pada masa itu, bilangan rencana yang perlu ditukarkan kategori tidak banyak dan masih mudah untuk ditukarkan. Jika kita merancang untuk jangka masa yang terlalu panjang, ciri kategori tidak begitu berguna buat sementara sewaktu menunggu penciptaan rencana yang lebih banyak.

Saya bukan rajin menulis... saya penagih penulisan dan gambar-gambar, hehehe. Kan gambar boleh memberikan pemerihalan yang serupa dengan seribu perkataan? Apa nak buat jika saya dicipta untuk kecenderungan akademik dan bukannya untuk perniagaan, walaupun saya dah khusus dalam pengurusan perniagaan? Kan baik jika saya lagi minat terhadap perniagaan? Kan kaya sekarang, berbanding kini semua jem, hehehe. Tetapi saya memang tidak minat terhadap perniagaan. Oleh itu, terpaksalah hidup dengan sederhana saje.

Mak saya memberikan amaran kepada saya: "Kau boleh beli apa-apa saje, asalkan bukan buku!" hehehe. Kini, bilik stor saya tiada tempat lagi nak menyimpan buku, walaupun saya dah mendirikan rak dinding berbentuk L yang mencapai siling. Nak masuk stor pun merupakan suatu pencapaian agung, sebab banyak buku di atas lantai, hehehe. — PM Poon 07:02, 28 April 2006 (UTC)[balas]

Daftar Burung[sunting sumber]

Wa lauuuuu! Ingat siap daftar pokok, dah siap semua! Lu masih ala laftar bulung ke! hehehe — PM Poon 11:08, 28 April 2006 (UTC)[balas]

Resipi Masakan[sunting sumber]

Hai Yosri, sewaktu saya hendak mencapai "Perubahan Terkini", saya tertekan "Halaman Rawak". Tidak sangka tertimbulnya Daftar Burung, hehehe!

Rencana masakan anda memang amat membantu untuk saya. Kini, terpaksa belajar masak, hehehe. Dulu, saya tidak pernah masak. Sewaktu saya memesan sepiring udang goreng yang terdiri daripada lapan ekor udang serdana di restoran Cina, saya berasa RM25 banyak murah! Kini, saya boleh mendapat satu kilo dari pasar dengan wang RM22! Lagipun, memasak udang goreng dengan mentega ataupun dengan tepung bukannya susah! Kalau tak silap, sekilo udang mempunyai 45 ekor udang sederhana dan 80 ekor udang kecil-sederhana (lama tak masak udang kerana keluarga saya tak makan. Entah mereka agama apa? Udang pun tak boleh makan, hehehe).

Serupa juga dengan kentang jejari. Satu bungkus "besar" di McDonald's berharga RM3.36, termasuk cukai. Saya tambah lagi 63 sen, boleh dapat sekilo. Cuba fikir beberapa bungkus "besar" saya boleh bikin? Dulu tak tahu goreng, hasil macam makan kayu, hehehe. Kini dah pandai, lebih sedap daripada McDonald's. Tapi anak-anak masih suka McDonald's. Oleh itu, kena buat muslihat! Saya membeli kentang jejari McDonald's dan menggunakan kotaknya untuk kentang jejari yang saya masak. Mereka kata sedap. Kini tak complain lagi sewaktu saya masak kentang jejari, hehehe.

Tapi seni masak memang ada trick. Anda jangan tipu. Jangan saje tulis kaedah yang dasar, kena berikan rahsia masak supaya dapat menghasilkan rasa yang lain daripada lain, hehehe.

(P/S: Jangan tulis rencana-rencana yang berikut. Kena khaskan rencana itu untuk saya: "Bagaimana masak air yang sedap", "Bagaimana masak nasi yang sedap dengan periuk elektrik Nasional", "Bagaimana masak mi segera jenama Mamee yang sedap" (Cara untuk jenama Mamee tak sama dengan cara untuk jenama yang lain. Setiap jenama mempunyai kaedah tersendiri, hehehe) — PM Poon 11:57, 28 April 2006 (UTC)[balas]

Perbualan terkini[sunting sumber]

Hmmm, mungkin pengguna ini berkongsi komputer atau server yang sama. Rencana yang dirosakkan pengguna ini telah saya padam. Berlaku sedikit kesilapan. Saya akan nyahsekat kan dia. — Master2841 17:58, 28 April 2006 (UTC)[balas]

Press contact[sunting sumber]

Hai Yosri, pesanan anda di halaman Perbualan Laman Utama terlepas perhatian saya. Salah satu daripada alasan mengapa saya hendak bersara awal ialah sebab saya tidak hendak tanggungjawab, hehehe. Itulah sebabnya juga mengapa saya tidak minat menjadi penyelia Wikipedia, baik di sini ataupun di Wikipedia bahasa Inggeris (jika ditawarkan di sana).

Kini, saya cuma hendak mengamalkan hidup yang sederhana, tanpa apa-apa tanggungjawab atau bebanan, iaitu mengikut ajaran Laozi serta Buddha. Sememangnya, kini merupakan masa yang paling seronok untuk saya, walaupun saya cuma mengamalkan kehidupan yang sederhana, hehehe.

(P/S: Nampaknya Emrrans salah faham tentang jawatan penyelia. Dia memperlihatkan jawatan penyelia sebagai suatu anugerah, bukannya suatu tanggungjawab, hehehe.) — PM Poon 18:57, 28 April 2006 (UTC)[balas]

Hai PM Poon,
Tidak mengapalah. Pendapat saya, lebih baik anda kekalkan taraf penyelia agar anda dapat membantu sekiranya berlaku vandal. Anda juga mengekalkan hak mengundi (penyelia sahaja). Jika anda masih hendak berhenti anda perlu minta di meta. Yosri 03:26, 29 April 2006 (UTC)[balas]

Rencana-rencana burung[sunting sumber]

  Burung  
Yosri

Hai Yosri, oleh sebab Kamus Dewan dalam talian down tadi pada pukul 11.20 malam, saya kini mengemaskinikan rencana-rencana burung. Boleh tak anda memastikan adakah kedua-dua rencana yang berikut sama atau tidak, kerana mereka mempunyai nama sains yang sama, iaitu Egretta intermedia:

Kalau sama, boleh tak anda mengalihkan rencana Burung Bangau Sederhana ke Burung Bangau Kerbau yang lebih lengkap.

Saya tengah cari burung Yosri. Memang susah nak cari. Nasib selepas usaha yang bersungguh-sungguh, akhirnya, saya dapat menemuinya. Pandai sorok ye? hehehe. — 17:45, 3 Mei 2006 (UTC)

Alamak, burung hilang ke!

Yosri, kini kita semakin advanced! Tadi, kita baru mengautomatikkan rencana pilihan. Dah berlangsung dah! Nampak macam sama je... macam tiada apa-apa perubahan, kan?

Kini, saya dah mendapat sebuah Kamus Indonesia dalam talian yang sungguh baik. Saya akan menunggang Wikipedia Indonesia. Kenalah seimbangkan sudut pandangan Barat dengan sudut pandangan Timur. Kalau tak, nanti Alistair marah, hehehe. Dia tu bakal lauyar. Saya cuma lauyar buruk je. — PM Poon 11:26, 4 Mei 2006 (UTC)[balas]

Senarai makanan[sunting sumber]

Hai Yosli, gua tolong lu bikin senalai makan... halap lu sukak! Kalau lu tak sukak, lu boleh pulang! Saya tak kesah. — PM Poon 21:20, 4 Mei 2006 (UTC)[balas]

Memohon rencana[sunting sumber]

Hai Yosri, saya ingin memperbaik keadaan hidup saya. Oleh itu, saya mahu maklumat-maklumat tentang menjadi kaya (bukan masak kaya untuk roti, okay?). Maklumat-maklumat yang say ingin saya ialah:

  • Cara mendapat banyak keuntungan tanpa bekerja
  • Bidang apa yang lebih banyak potensi
  • Bagaimana dapat modal
  • Bagaimana melarikan cukai.

Beliau boleh memberi maklumat tersebut kepada saya dengan menggunakan cara-cara yang dinyatakan di bawah :

  • Emel : pmpoon@yahoo.com
  • Menghantar surat:
No. 13, Jalan Belakang Mati
Taman Daya, Johor Bahru
Johor Darul Ta'zim
Malaysia, Asia Tenggara
Dunia Timur.

Sekian, terima kasih. — PM Poon 08:23, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]

Rencana Taiwan dan Republik China[sunting sumber]

Hai Yosri, sebenarnya saya pun keliru tentang rencana Taiwan dan Republik China. Tajuknya mempunyai makna yang sama. Oleh itu, kita harus menukarkan nama tajuk, tetapi kandungan kedua-dua rencana memang amat mengelirukan.


Rencana Republik China Rencana Taiwan
Sejarah kerajaan Taiwan tiada
tiada Sejarah Taiwan
tiada Geografi Taiwan
Demografi Taiwan
Politik dan kerajaan Taiwan Status politik
Pembahagian politik
Tentera Taiwan tiada
Ekonomi Taiwan Ekonomi Taiwan
Budaya Taiwan Budaya Taiwan
NOTA: Huruf tebal merujuk kepada pertindanan.


Kan terdapat banyak pertindanan? Nampaknya kedua-dua rencana harus digabungkan dan kemudian, dipecahkan semula kerana gabungan rencana itu terlalu panjang. — PM Poon 11:13, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]

SIla rujuk Wikipedia BI. Terlalu panjang untuk diulas. Yosri 11:20, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hehehe, tak kan kena merujuk kepada Wikipedia BI? Pertama sekali, tajuk kedua-dua rencana amat mengelirukan. Taiwan ialah Republik China dan Republik China ialah Taiwan. Ia serupa dengan mengatakan:

My reply[sunting sumber]

Sila lihat bahagian perbualan Taiwan untuk balasan saya. Alistair 12:17, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Yosri...macam mana nak buat jadual yang canggih...tak reti la..kadangkala tak de garis pon...harap boleh membantu.. che 19:58, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]

Rencana-rencana pokok[sunting sumber]

Hai Yosri, tadi Che090572 bantu membubuh kategori untuk rencana Pokok tapak kuda anda. Beliau menggunakan kategori "Convolvulaceae" yang merupakan familinya. Saya berasa penggunaan famili terlalu khusus dan menukarkannya kepada "Solanales", iaitu susunannya. Sewaktu saya bermula menukarkan kategori untuk sebilangan rencana pokok tropika, saya mendapati bahawa seseorang yang hendak mencari rencana pokok dalam halaman kategori harus mengetahui susunan pokoknya. Kalau tidak, memang susah nak cari. Jika pengguna itu hendak menggunakan enjin carian, dia mesti tahu nama penuh pokok itu.

Oleh itu, saya berasa kita harus menggunakan dua kategori bagi setiap rencana pokok, iaitu:

Oleh sebab ini bukan cara piawai, saya ingin mendengar pendapat anda. Untuk cara piawai, Kategori: Solanales harus menjadi subkategori Kategori: Pokok tropika, dan oleh itu, kita cuma memasukkan Kategori: Solanales. — PM Poon 16:11, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Dukungan[sunting sumber]

Halo Yosri, mohon dukungan Anda atas usulan di Wikipedia Indonesia ini. Terima Kasih. -- borgx (bicara) 23:18, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Bentuk penulisan judul lagu[sunting sumber]

Hai Yosri, baru perasan anda di sini! Saya baru nak tanya Che Det tetapi dia masih tidur kot! Semalam dia di sini sampai pukul 4 pagi.

Apakah kelaziman penggunaan huruf kecil untuk judul lagu-lagu bahasa Melayu? Adakah semua kata penghubung ditulis dalam huruf kecil? Atau cuma "dan"?

Saya baru siap menterjemahkan Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana kecuali bahagian berikut:

In titles of songs or albums, unless it is unique, the standard rule in the English language is to capitalize words that are the first word in the title and those that are not conjunctions (and, but, or, nor, for), prepositions (in, to, over, through). — PM Poon 01:18, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

Halo Yosri. Voting di id:Pembicaraan Wikipedia:Checkuser diulang, karena menurut ketentuan bahwa voting harus terpisah per usernya bukan 1 paket. Jadi tolong agar dapat memberikan suaranya kembali. Maaf sebelumnya karena sudah merepotkan. borgx (bicara) 07:03, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

Pengarang Tanah Melayu[sunting sumber]

  1. Abdul Rahim Kajai
  2. Abdullah Sani Raja Kechil
  3. Abdullah Sidek
  4. Abu Yazid Abidin
  5. Ahmad Abdullah
  6. Ahmad Ismail
  7. Ahmad Murad Nasaruddin
  8. Bachtiar Djamily
  9. Buyong Adil
  10. Embong Yahaya
  11. Hamzah Abdul Majid Hussin
  12. Harun Mohammad Hasan
  13. Harun Mohd Amin
  14. Ishak Haji Muhammad
  15. Muhammad Ariff Ahmad
  16. Munir Ali
  17. Munshi Abdullah
  18. Raja Manshoor Raja Abdul Kadir
  19. Shaharom Husain
  20. Syed Abdullah Abdul Hamid Al-Edrus
  21. Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi
  22. Tun Seri Lanang
  23. Zainal Abidin Ahmad

Hai Yosri, saya memang tepat pada masa untuk soalan ini, hehehe. Baru je terjemahkan sebahagian rencana Taoisme daripada en:Wikipedia yang menjelaskan kekeliruan saya terhadap istilah Taoisme itu.

Tiga tafsiran bagi istilah "Taoisme"[sunting sumber]

Merujuk kepada rencana Taoisme yang terkini, istilah ini mempunyai tiga makna yang amat berbeza:

  1. falsafah: ajaran Lao Tze, menurut Daode Jing;
  2. mazhab-mazhab yang mengamalkan kuasa ajaib, termasuk percubaan melanjutkan usia, feng shui, dan sebagainya.
  3. agama kepercayaan orang Cina yang tidak mempunyai nama rasmi (dalam bahasa Inggeris: Chinese folklore religion).

Tafsiran No. 1[sunting sumber]

Sememangnya, Lao Tze, serupa dengan Buddha, tidak bertujuan ajaran mereka diagamakan. Oleh itu, saya juga sering mengatakan bahawa Taoisme bukan sebuah agama (jika anda pernah membaca pesanan saya kepada pelbagai pengguna di portal ini tentang perkara itu). Sewaktu saya mengatakan itu, saya memang tengah merujuk kepada tafsiran No. 1 di atas, iatu Taoisme sebagai ajaran Lao Tze. Sama juga, sewaktu anda membaca bahawa Taoisme bukanlah satu agama (kerana tidak mengajar ketuhanan). Apa yang anda baca juga merujuk kepada tafsiran No. 1 di atas.

Tafsiran No. 2[sunting sumber]

Jika kita menyelidikkan perkataan "Taoisme" yang berasal daripada kata dasar, "Tao", tafsiran No. 1 itu memang merupakan tafsiran yang lebih tepat. "Tao" bermaksud "Kebenaran" ataupun "Hukum-hukum alam semesta". Oleh sebab Lao Tze cuba mentafsirkan Tao dalam karyanya Daode Jing (juga dieja sebagai Tao Te Ching), hasilnya bolehlah dianggap sebagai Taoisme. Bagaimanapun, Tao bukan hak eksklusif Lao Tze. Mazhab-mazhab yang cuba menguasai kuasa ajaib (Tafsiran No. 2) juga cuba memahami Hukum-hukum Alam Semesta untuk mengamalkan kuasa ajaib. Mereka juga menuntut nama "Taoisme". Oleh itu, ajaran Lao Tze harus dinamakan Laoisme*, bukannya Taoisme.

Tafsiran No. 3[sunting sumber]

Di Malaysia serta di Singapura, China dan Taiwan, nama Taoisme telah dipergunakan oleh kerajaan masing-masing untuk merujuk kepada agama kepercayaan orang Cina (agama Tua Pek Kong dan dewa-dewa lain) yang tidak mempunyai nama rasmi. Agama kepercayaan orang Cina ialah agama orang Cina yang diamalkan oleh banyak orang Cina. Pokok agama ini ialah pemujaan leluhur (ancestral worship), tetapi kemudiannya menyerap sebahagian amalan mazhab-mazhab Taoisme (bukannya ajaran Lao Tze), serta ajaran Buddhisme. Bagaimanapun, seperti yang ditulis dalam rencana Taoisme, penganut-penganut agama kepercayaan orang Cina tidak menganggap agama mereka sebagai Taoisme. Daode Jing bukan kitab mereka, dan mereka tidak mempunyai kitab.

Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa label Taoisme untuk agama kepercayaan orang Cina adalah salah. Tetapi penggunaannya secara rasmi oleh pelbagai kerajaan untuk menamakan agama ini telah menjadi suatu fakta atau kenyataan. Kuil-kuil agama kepercayaan orang Cina kini harus didaftarkan dengan kerajaan Malaysia sebagai agama Taoisme, dan menyertai Persatuan Penganut-penganut Agama Taoisme.

Nama yang tidak padan (misnomer)[sunting sumber]

Sesuatu yang salah, jika digunakan secara meluas, menjadi betul, hehehe. Serupa juga dengan banyak istilah yang lain, umpamanya:

  • The "lead" in pencils is made of graphite and clay, not lead.
  • Hot Dogs are not made out of dogs.
  • Ladybirds are not birds; they are beetles.
  • Arabic numerals originated in India, not in the Arab world.
  • A coconut is not a nut, but a dry fruit.
  • Ladyfingers are not lady fingers, hehehe... dan sebagainya.

Oleh sebab istilah "Taoisme" mempunyai tiga tafsiran yang amat berbeza, saya mencadangkan begini:

  • Rencana-rencana Taoisme dalam portal ini dibahagikan kepada tiga golongan:
    • Rencana-rencana Ajaran Lao Tze yang dikategorikan sebagai falsafah.
    • Rencana-rencana mazhab-mazhab yang dikategorikan sebagai ilmu seni, umpamanya Tai Chi, fengshui, qigong, dan sebagainya.
    • Rencana-rencana agama kepercayaan orang Cina yang dikategorikan sebagai agama (iaitu agama politeisme, berbanding agama monoteisme).

Halaman rencana Taoisme kemudian dijadikan halaman nyahkekaburan, hehehe.

(P/S: Penggunaan Laoisme pun salah, hehehe. "Lao" bermaksud "tua" dan merupakan gelaran kehormat, kerana bagi orang Cina kuno, "tua" membawa maksud "bijaksana". Penggunaan Laoisme seolah-olah menggelarkan falsafah Mahathir sebagai Tunisme (daripada perkataan "Tun"), dan bukannya Mahathirisme, hehehe.) — PM Poon 03:00, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hak cipta gambar[sunting sumber]

Hai Yosri, saya nampak anda banyak muat naik gambar yang mempunyai hakcipta:

@Hakcipta Mohamed Yosri Mohamed Yong Di bebaskan di bawah Common Creativity Version 2, non-commercial.)

Mengikut syarat-syarat yang saya telah belajar sewaktu menyelidiki latar belakang Wikipedia, semua kandungan dalam portal Wikipedia harus mempunyai hak cipta GNU Komersil, atau lebih bebas. Beberapa hari dahulu, sewaktu saya hendak muat turun gambar daripada en:Wikipedia, saya ternampak templat untuk menghapuskan gambar yang mempunyai lesen Common Creativity Version 2, non-commercial itu di sana.

Menurut rencana Nupedia terjemahan dan sumber yang lain, Jimmy Wales sebenarnya tidak hendak menggunakan lesen GNU untuk Wikipedia, tetapi terpaksa berbuat demikian sewaktu dipaksakan oleh Yayasan Perisian Bebas. Jimmy bersetuju hanya sewaktu Yayasan itu memulakan GNUpedia sendiri yang menggunakan lesen GNU. Sewaktu itu, Jimmy menggunakan Lesen Kandungan Terbuka Nupedia yang mempunyai syarat-syarat yang dianggap memihak Nupedia dan terlalu lebih berat sebelah. — PM Poon 05:43, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]

Alamak! Kini, saya keliru, hehehe. — 02:41, 15 Mei 2006 (UTC)

Pengguna baru[sunting sumber]

Wahhhh! Banyaknya pengguna baru! Saya baru mengucapkan selamat datang kepada 28 nama. Mungkin ini disebabkan hari cuti. Tetapi mungkin juga terdapat sebilangan pelaku musnah. Bagaimanapun, asalkan kita boleh dapat tiga orang daripada 28 nama itu yang betul-betul aktif, kan dah cukup? — PM Poon 16:05, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]

Templat untuk pengguna baru dan pengguna tidak mendaftar[sunting sumber]

Saya telah mengubah suai format untuk templat: "Selamat Datang" dan mencipta templat baru untuk pengguna yang tidak mendaftar. Kini, kita cuma perlu menulis:

  • ((sd}} untuk pengguna yang baru mendaftar; dan
  • ((td}} untuk pengguna yang tidak mendaftar.

Dengan penggunaan templat ini, anda tidak perlu memasukkan ~~~~ sebab itu telah dimasukkan dalam templat. Saya juga menggunakan perintah subst untuk memasukkan teks templat-templat itu dalam halaman pengguna. Penggunaan ini disyorkan dalam Wikipedia bahasa Inggeris kerana ia kelihatan lebih peribadi, berbanding templat yang memberi tanggapan bahawa pesanan itu merupakan sebahagian pengeluaran besar-besaran. Bagaimanapun, kita masih menggunakan templat. Kalau tidak, mana ada masa! — PM Poon 17:38, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]


Sori ye, penggunaan subst dan ~~~~ dalam templat sd dan td tak terjadi! Saya silap tadi, ingat terjadi! Oleh itu, kita kena menggunakan:

Pengguna baru[sunting sumber]

Hehehe, tak susah hati, sebaliknya memang gembira. Walaupun masih belum mencapai matlamat, sekurang-kurang mencapai satu langkah ke depan. Idea untuk templat:td sebenarnya datang daripada Ciklee yang bertanya di kedai Kopi Tiam tentang bagaimana dapat mendaftar. Memang ajaib! Kan kita selalu fikir itu memang senang dan tak payah mengajar? hehehe.

Nampaknya, kini macam musim kemarau. Polar tengah sibuk dengan kerjanya, dan Che Det pun mengatakan dia sibuk. Saya tak sibuk tetapi kini, memang angin dah tak tiup lagi laaaaa.... sejak kamus Dewan down selama lima hari berturut-berturut pada awal bulan ini, atau akhir bulan lepas. Susah nak dapatkan mood balik. Saya kena rehat sebenar kerana nak menghabiskan buku Photoshop yang kena dipulang ke Perpustakaan Singapura. Dah pinjam sebulan, masih belum habis membaca!

Bagaimanapun, portal ini telah mencapai beberapa perkembangan yang baik dalam tempoh kebelakangan ini. Pemasukan Alistair memang merupakan satu aset yang utama untuk portal ini. Dia ini amat teliti, memang kualiti portal ini akan naik. Kini satu Alistair untuk menjaga kualiti, dan satu Yosri untuk menjaga kuantiti, hehehe. Yang lain di tengah-tengah, saling membantu. — PM Poon 11:50, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Laman peribadi anda[sunting sumber]

Siapa kata tak tengok?!!! Tengok sakit hati! Memang kualiti laman web anda amat piawai, berbanding rencana anda di sini. Tempoh hari baru tengok satu rencana perubatan, lupa namanya. Rencana anda kat laman peribadi anda panjang, kat sini, pendek! Macam mana tu?!!!

Tapi tak apa laaa... kalau tak ada anda mengebomkan portal ini dengan stub, saya rasa portal ini sudah mati, jangan fikir nak masuk Kelas Wikipedia Ke-2. Masuk kubur, mungkin... hehehe. Bagaimanapun, kalau anda tidak memasukkan nama sains untuk rencana tumbuhan anda, memang saya tidak boleh siapkan jadual. Apabila anda tidak masukkan nama sains dalam rencana anda, saya memang memerlukan banyak masa untuk mencarinya. Sikit-sikit, kita mengembangkan rencana tumbuhan itu. Memang banyak masa diperlukan.

Hari itu, saya baru bincang dengan Polar nak ambik hak cipta daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk mengembalikan gambar untuk masjid-masjid. Malangnya, mereka juga menghapuskan gambar mereka. Kini, laman mereka tiada gambar. Saya memang menghabiskan banyak masa untuk memperbaik gambar mereka yang mempunyai kualiti yang amat teruk, hehehe.

P/S: Menurut Dewan Bahasa, adjektif "scientific" diterjemahkan sebagai "sains" saje, kecuali ia merujuk kepada kaedah sains. Oleh itu, "scientific name" ialah "nama sains" (bukan nama saintifik") dan "scientific observation" ialah "pencerapan saintifik", bukan "pencerapan sains". — PM Poon 12:29, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hambur tangan (gimnastik)[sunting sumber]

mana artikel dulu...apasal ubah?? che 08:31, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

cuba lihat pada Hambur tangan(gimnastik), sebenarnya saya dah pautkan laman berkenaan dengan gimnastik dan juga terjemahan daripada bahasa ingeris...tapi lihat...saya tak pasti apa yang anda lakukan...ok..saya faham anda sepatutnya masukkan ke dlm perbincangan kott....che 10:06, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Terima Kasih[sunting sumber]

Terima kasih atas pujian anda. It's nice to be appriciated :) Alistair 阿力斯特伊儿 12:03, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Rencana katak puru[sunting sumber]

Hai Yosri, sori ye, tadi terdapat konflik penyuntingan. Ingat anda dah siap mengemaskinikan rencana itu. Oleh sebab rencana itu sama dengan rencana Kodok, saya telah mengalihkan rencana Kodok ke rencana Katak puru. Mengikut tiga buah kamus yang saya merujuk (Kamus Dewan, Kamus Fajar Bakti, dan Kamus United Publishing House), "kodok" sebenarnya bukan "toad" tetapi membawa maksud yang sama dengan "katak".

Kini, saya menggunakan perisian penterjemah bahasa Inggeris-bahasa Melayu untuk mencepatkan pengeboman portal ini dengan bom-bom rencana. Selain daripada mudah digunakan, saya tidak lagi bertanggungjawab terhadap segala kesilapan tatabahasa saya, hehehe. Cuma satu saje, perisian hanya membenarkan 200 perkataan setiap kali. Kalau tidak, saya akan terus memasukkan seluruh portal Wikipedia bahasa Inggeris ke dalam perisian itu dan presto! kita mempunyai satu juta rencana, hehehe. Bagaimanapun, 200 perkataan dah mencukupi. Dulu sewaktu mengambil apa yang kini digelarkan SPM, kami cuma diperlukan menulis 300 perkataan. Oleh itu, dua kali dah siap!

Sebagai contoh, semalam saya menggunakan perisian itu untuk mengembangkan rencana Hikayat Hang Tuah anda melalui penterjemahan rencana daripada Wikipedia bahasa Inggeris:

Hang Tuah continued to serve Malacca after the death of Hang Jebat. Later in life as Hang Tuah progressed in his years, he was ordered by a Malaccan Sultan to court a legendary princess who resided on top of Mount Ledang. He failed his mission. Ashamed by his failure, he disappeared and was never seen again. (See the legend of Puteri Gunung Ledang)
Hang Tuah meneruskan berkhidmat Melaka selepas kematian Ampai Jebat. Kemudian dalam kehidupan sebagai Hang Tuah mencatat kemajuan dalam tahun-tahunnya, beliau adalah dititahkan oleh satu Melaka Sultan untuk memahkamahkan satu dongengan puteri yang tinggal di atas Ledang Gunung. Beliau gagal misinya. Disebabkan kemaluannya atas kegagalan itu, beliau hilang dan wujud tidak kelihatan lagi. (Melihat legenda Puteri Ledang Gunung)

Perisian itu memang AMAT efisien. Umpamanya, untuk rencana bahasa Ido, perisian itu juga membantu saya menterjemahkan vokal, walaupun tidak perlu:

Ido has the same typical five-vowel system (a, e, i, o, u) as Esperanto.
Ido mempunyai sama biasa lima vokal sistem (satu, e, saya, o, awak) seperti Esperanto.

Kan senang! — PM Poon 12:13, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Katak dan kodok[sunting sumber]

Alamak! Salah masuk tadi, hehehe. Kini memang dah blur.

Hai Yosri, saya bersetuju dengan anda. Tak kan frog harus mempunyai dua nama, sedangkan toad tak ada nama sendiri? Sebenarnya, saya berasa nama "kodok" untuk toad adalah sesuai kerana bunyinya macam toad jugak, hehehe.

Perisian yang anda uji itu Linguaweb ke? Saya mendapati perisian ini adalah lebih baik berbanding lain-lain yang saya pernah beli dan cuba. Ya, saya memang bersetuju dengan anda bahawa perisian ini cuma memerlukan sedikit pembetulan. Umpamanya, contoh-contoh yang klasik:

  • As a result, the Quanzhen School of Taoism continued to flourish long after Wang's death and even up to the present.
Hasilnya, Quanzhen Sekolah yang Taoisme meneruskan makmur lama selepas kematian Wang dan malah sehingga hadiah.
  • On one Esperanto bulletin board was written the following which sums this up well.
Pada satu Esperanto buletin naik adalah ditulis berikutan yang jumlah ini naik telaga.

Nasib boleh naik telaga, kalau tidak, mati lemas nanti! Tetapi perisian itu pandai juga sewaktu saya meminta terjemahan: "Don't play play!" "Dia" berkata: "Jangan main drama!" Tahupun menggunakan perkataan yang lain, walaupun kedua-dua perkataan bahasa Inggeris sama saje! hehehe.

Alistair kini nampaknya sakit hati dengan saya selepas jawapan saya yang terakhir dalam Perbualan: Negara, hehehe. Memang susah nak menyertai perbincangan tanpa beremosi, khususnya orang muda. Dulu, saya pun macam itu juga. Bukan semua orang serupa dengan Yosri, si peramah! Lu berjanggut juga ke, atau masih anak remaja? hehehe. Tak berjanggut pun dah bermisai, kan?

Sewaktu saya melihat pesanan "jelaskan apa itu sunnah dengan terperinci", dalam halaman Kedai Kopi, saya hendak membalas dengan: "Apa? Hutang lu ke?" Memang masih terdapat banyak orang yang tidak mempunyai kemahiran interaksi sosial, termasuk saya. Anda masih boleh berkata macam ini, macam itu, macam ini, macam itu..... hehehe.

(P/S: Sejak Kamus Dewan Bahasa down selama 5 hari dari akhir bulan lepas hingga awal bulan ini, kini memang tak ada momentum. Nak bom, bom pun tak meletup. Yang meletup cuma kentut, hehehe.)

[Pesanan ini merupakan pesanan komputer terjana. Jawapan tidak diperlukan, hehehe.]PM Poon 12:13, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Yosri, sebenarnya saya sekarang jarang meletakkan templat stub. Mungkin itu masa dulu.

Sebenarnya, istilah stub bukan ditakrif dari segi panjangnya, walaupun panjangnya kekadang boleh digunakan sebagai panduan. Sebaliknya, sesuatu rencana yang terlalu pendek tidak ditakrif sebagai stub. Bagi pendapat saya, sebuah rencana hanya boleh dianggap sebagai suatu masukan ensiklopedia yang sempurna jika ia sekurang-kurangnya memberikan gambaran keseluruhan yang menyeluruh. Sila lihat Wikipedia: Rencana stub.

Dalam satu dua bulan ini, Wikipedia Indonesia telah menambahkan lagi 10,000 rencana; memang suatu pencapaian yang amat ajaib. Kini, mereka mempunyai 25,000 rencana. Baru semalam, saya hendak menyalin sebilangan rencana mereka ke portal ini. Malangnya, sewaktu saya mencapai halaman sembarang mereka, apa yang saya lihat cuma masukan kamus. Bagi tanggapan saya, dalam pengejaran bilangan rencana, mereka hanya berjaya mentransformasikan atau mengubah Wikipedia Bahasa Indonesia menjadi sebuah Wikikamus Bahasa Indonesia.

Saya berasa kita kena berhati-hati supaya tidak mengikut mereka. Entah anda dah tahu atau tidak, beberapa pengguna pernah menceritakan kepada saya tentang kebimbangan mereka terhadap bilangan stub yang terlalu banyak dalam portal ini. — PM Poon 15:00, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]

(P/S: Saya telah mengeluarkan beberapa teg "Stub" pada hari kebelakangan ini kerana mendapati bahawa walaupun pengguna telah mengembangkan rencana, mereka tidak mengeluarkan teg itu) — PM Poon 17:00, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]

Pendapat peribadi[sunting sumber]

Rencana stub memang memainkan peranan yang penting sebagai anak benih untuk rencana lengkap. Bagaimanapun, saya berasa kita harus mengehadkan bilangannya kepada tahap 30% untuk mengimbangkan kehendak pembaca dengan kehendak penyumbang portal ini.

Jika setiap sepuluh kali pembaca datang ke portal ini untuk mendapat maklumat, dan tujuh kali keluar dari portal dengan wajah yang riang, kita dah berjaya. Sebaliknya, kalau mereka datang sepuluh kali ke portal ini dan tujuh kali keluar dengan mengatakan, "Aisei man!" atau lagi teruk, "#$@%$#@$#*&", kita dah gagal, hehehe. — PM Poon 19:08, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]

Request for removal of access[sunting sumber]

Please see m:Requests_for_permission#Removal_of_access for requesting help with desysopping. Please gain consensus for this with a vote on this wiki, first; and link to the vote when you make your request. Sj 19:26, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]

Takrif rencana stub oleh Wikipedia induk[sunting sumber]

Soalan SPM No. 1: Berapakah panjangnya sesuatu rencana sebelum anda berhenti meletakkan stub?

Jawapan: Sebuah rencana stub ialah sebuah rencana yang terlalu pendek, tetapi tidak pendek sehingga tidak berguna. Secara amnya, rencana stub harus mempunyai panjang yang cukup untuk mentakrifkan tajuk rencana, dan biasanya merupakan tiga sehingga sepuluh patah ayat yang pendek. Perhatikan bahawa rencana yang lebih panjang bagi topik yang rumit mungkin masih dianggap sebagai rencana stub; sebaliknya, sebuah rencana pendek mengenai topik yang amat sempit ruang lingkupnya mungkin bukannya rencana stub.

Cara yang lain untuk mentakrifkan sebuah rencana stub ialah rencana itu tidak cukup lengkap sehingga seorang penyunting yang tidak mengetahui banyak atau langsung tidak tahu tentang topik itu boleh memperbaik kandungnya selepas carian Web yang cetek, atau selepas beberapa minit di dalam perpustakaan. Sebuah rencana yang boleh diperbaik hanya oleh seorang penyunting yang berpengetahuan, atau selepas penyelidikan yang mendalam, tidak dipanggil sebagai rencana stub.

Perhatikan bahawa rencana-rencana pendek yang tidak mempunyai banyak maklumat mungkin akan dicalonkan untuk penghapusan atau untuk penggabungan dengan rencana lain yang berkaitan. Wikipedia bukan sebuah kamus, tetapi mempunyai projek kembar, iaitu Wiktionary. Jika rencana anda terlalu pendek, pertimbangkanlah pengalihannya ke Wiktionary atau, lebih baik, tambahkanlah lebih banyak maklumat untuk rencana anda. (Petikan daripada Rencana stub: Maklumat penting.

Soalan SPM No. 2: Siapakah yang bertanggungjawab kepada peletakan teg rencana stub?

Jawapan: Selepas menulis rencana yang pendek, seorang penyumbang harus bertanggungjawb untuk memasukkan apa yang dipanggil templat stub yang memungkinkan rencana itu ditandai sebagai rencana stub. Bagaimanapun, oleh sebab Wikipedia merupakan sebuah portal komuniti yang mengandungi penyumbang-penyumbang yang baru atau tidak mahir dalam garis panduan Wikipedia, mana-mana satu penyunting yang mencapai rencana stub tanpa teg yang wajar harus bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan itu.

(P/S: Yosri, nampaknya anda telah keliru antara rencana untuk dihapus dengan rencana stub, hehehe.) — PM Poon 11:14, 20 Mei 2006 (UTC)[balas]

Salam Sejahtera[sunting sumber]

Hai, Yosri.

Terima kasih kerana sanggup bertegur sapa. Saya sebenarnya rasa gembira kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan di sini.

Saya sebenarnya sedang menghabiskan semester akhir bagi kursus diploma saya. Dengan itu sekarang saya sibuk sikit.

saya rasa ms.wikipedia sudah nampak ada kemajuan, ini tanda-tanda yang baik dan satu dorongan kepada semua.

Ychmatematik 12:20, 24 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Yosri. Saya juga begitu. ...Aurora... 03:09, 25 Mei 2006 (UTC)[balas]

gari panduan baru[sunting sumber]

Berdasarkan perbincangan di kedai kopi berkenaan isu Bahasa Indonesia dalam ms.wikipedia, saya akan memasukkan satu lagi garis panduan ke dalam bahagian polisi. Sekiranya tiada bantahan ia akan dikuatkuasakan sebagai garis panduan

Garis Panduan yang Dicadangkan ialah:

  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Wikipedia Indonesia secara bulat-bulat
  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Bahasa Asing

Kalau ada nama yang lebih baik untuk garis panduan baru ini, tolong cadangkan

(pergi kedai kopi untuk buat undian)

Ychmatematik 08:11, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]

Bercuti.[sunting sumber]

Saya akan bercuti dari Wikipedia kerana balik kampung. Selamat berwiki kepada rakan seperjuangan. Tulis-tulislah rencana berkualiti. Kepada pengguna baru, sumbangan anda amat saya hargai. Yosri 08:24, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]

Jambatan[sunting sumber]

Lihat versi lama. Banyak gambar jambatan "hilang". Saya gantikan dengan gambar lain mana yang saya dapat cari dan saya susun semula. Jika anda dapat mencari kembali gambar yg hilang, silalah tambahkan kembali. Selamat bercuti. ...Aurora... 09:15, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]


Rencana: Gadis kecil[sunting sumber]

Saya tak faham penggunaan wikisource...blh terangkan...? che 02:16, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Alamak! Lu cuma tau gadis kecil, apa lagi lu tau? — PM Poon 14:38, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kemudahan sysop[sunting sumber]

Hai Yosri, sebenarnya saya pun keliru adakah saya perlu memulangkan kemudahan yang diberikan sysop. Jika mengikut peraturan sysop dengan ketat, memang kena. Tetapi sebagaimana yang anda berkata, tiada kos atau akibat yang terlibat, saya berasa tiada keperluan untuk saya memulangkannya ketika ini semasa saya masih aktif, asalkan saya tidak salah menggunakannya. Tetapi jika terdapat bantahan, saya akan pulang dengan serta merta. — PM Poon 07:36, 1 Jun 2006 (UTC)[balas]

Akaun pengguna saya mungkin akan diambilalih oleh orang lain[sunting sumber]

Hai Yosri, untuk pengetahuan anda, akaun pengguna saya kemungkinan besar akan diambilalih oleh kawan saya memandangkan saya tidak lagi aktif menggunakan Wikipedia ini. Jadi, sila berikan toleransi sebanyak mungkin kepada kawan saya kerana kawan saya amat baru untuk Wikipedia ini dan sangat tidak berpengalaman. Baru petang tadi saya ajar kawan saya guna Wikipedia. Terima kasih, kerjasama anda adalah amat dialu-alukan. — Emrrans 13:29, 4 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai Yosri, sumbangan anda kepada Wikipedia bahasa Melayu memang tidak dapat dipertikaikan. Bagi tanggapan saya, Wikipedia bahasa Melayu seolah-olah WikiYosri bahasa Melayu. Ketabahan anda amat luar biasa, khususnya di muka (in the face of, hehehe) keadaan penyumbangan yang masih amat mengecewakan, apalagi pada tempoh awal-awal lagi. Banyaknya penyumbang yang merupakan percikan api di gelap malam, hehehe. Yang penting ialah kebolehpercayaan (reliability), bukannya sekejap ada, sekejap takde, seakan-akan gerila dalam peperangan. Inilah sifat yang amat susah untuk mengamalkan, dan yang membezakan orang yang berjaya dengan orang-orang lain. (Saya ahli golongan kedua, hehehe.)

Saya tidak nampak anda pada beberapa hari yang lalu, dan berfikir "how unYosri!. Sehingga Alistair memberitahu saya bahawa anda telah balik kampung, saya ingat anda kecil hati disebabkan kena panah-panah sesat daripada perbualan dalam Kedai Kopi, hehehe. Sebenarnya, pada tempoh permulaan Wikipedia Bahasa Inggeris, mereka juga menggunakan taktik anda untuk menghasilkan banyak rencana bandar-bandar Amerika Syarikat. Oleh sebab Amerika Syarikat mempunyai pangkalan data yang amat maju, maka mereka boleh mencipta stub yang lebih menyeluruh.

Disebabkan portal kini ini berada dalam fasa kedua, maka kita kena mengikut cara Deng Xiaoping. Kita harus tidak mengikut China yang telah membazirkan masa sebanyak setengah abad di bawah tangan Mao Zedung. Sememangnya, Mao merupakan tokoh yang terutama dalam fasa pertama dari 1921 hingga 1949. Tetapi selepas itu, pencapaiannya amat mengecewakan, dan mengakibatkan kematian berjuta-juta orang disebabkan kebuluran. Strategi yang terbukti berkesan pada fasa pertama gagal dengan begitu teruk dalam fasa pembinaan semula.

Rencana Masjid-masjid[sunting sumber]

Saya cuba memperoleh hak cipta daripada Jabatan Agama Islam, Pulau Pinang tetapi mereka telah memadamkan gambar-gambar mereka. Memang sayang sebab suatu sumber budaya Melayu telah dihapuskan dengan begitu sahaja.

Yosri, bolehkah anda memulihkan gambar-gambar masjid? Nilai sebuah gambar sama dengan seribu perkataan. Oleh itu, walaupun rencana-rencana masjid tidak mempunyai banyak maklumat, jika dimasukkan gambar, sekurang-kurang rencana itu lebih bermakna. Sebenarnya, saya telah menghabiskan banyak masa untuk memperbaiki gambar-gambar Jabatan Agama Islam, Pulau Pinang, kerana kebanyakan gambar mereka adalah dalam keadaan yang amat teruk. Kekadang sebuah gambar memakan masa hampir setengah hari, tetapi biasanya, sekurang-kurang setengah jam. Dalam ingatan saya, tidak sampai sepuluh gambar yang tidak perlu diperbaiki.

Oleh sebab saya berasa pengetahuan agama sepatutnya tidak harus dihakcipta kerana ini bercanggah dengan tujuan sesuatu agama, saya berasa penggunaan gambar tersebut adalah fair use dan tidak salah. Kalau anda tidak percaya, cuba tanya Allah, hehehe. — PM Poon 12:50, 5 Jun 2006 (UTC)[balas]

Tentang Wookieepedia[sunting sumber]

Hai Yosri, baru-baru tahun saya telah jumpa satu lagi anak Wiki iaitu Wookieepedia. Ia sebuah ensiklopedia yang berkenaan dengan Star Wars. Topik Star Wars di sana amat menarik sekali. Can you do me a favour? Boleh tak anda pergi ke sana dan tanya orang di sana untuk tolong menubuhkan STAR WARS WIKI berbahasa Melayu? Sebab saya tak tahu bagaimana untuk buat Star Wars beredisi Melayu walaupun saya mula ternampak link Star Wars Wiki berbahasa lain pada Star Wars Wiki Inggeris. Hehe, kalau tak mampu saya suruh orang lain, kalau tak boleh juga saya sendiri akan melakukannya. Akan menjadi manfaat besar bagi pengguna berbahasa Melayu yang minat topik Star Wars. — Emrrans 11:23, 6 Jun 2006 (UTC)[balas]

Apasal tak reply?? Sibuk ke? Kalau tak boleh buat saya buatkan, senang cerita. — Emrrans 13:34, 6 Jun 2006 (UTC)[balas]

Lupakan Wookieepedia[sunting sumber]

Hai Yosri, disebabkan anda yang menjaga Wikipedia Melayu ini maka kita lupakan saja Wookieepedia buat masa yang panjang, ini kerana masih banyak lagi rencana yang perlu diusahakan dalam Wikipedia Melayu. — Emrrans 08:52, 7 Jun 2006 (UTC)[balas]

Tiga perkara[sunting sumber]

Rencana buah-buahan[sunting sumber]

Hai Yosri, saya menukarkan semua rencana buah-buahan menjadi pokok sebab tidak terdapatnya rencana pokok untuk buah-buahan itu. Dengan kata yang lain, saya kini cuba mengukuhkan (consolidate) rencana-rencana botani dalam portal ini. Kini, kita tidak perlu mementingkan bilangan rencana, sedangkan saya telah menambahkan lagi 50 rencana botani baru yang lengkap pada satu minggu yang lepas ini.

Sememangnya, jika sebuah rencana terlalu panjang, rencana itu harus dipecahkan. Tetapi kita tidak menghadapi masalah ini buat sementara. Sebaliknya, masalah kita ialah rencana kita terlalu pendek. Oleh itu, penyelesaian kita adalah untuk menggabungkan rencana-rencana yang berkaitan, dan bukan untuk memecahkannya. Kita masih boleh memecahkan dan harus memecahkan rencana tumbuhan menjadi dua, tiga, empat atau lima subrencana (iaitu rencana pokok menjadi rencana pokok, rencana bunga, rencana buah-buahan, rencana kayu, dan sebagainya) ketika panjang rencana itu memerlukan perbuatan sedemikian.

Teg hak cipta[sunting sumber]

Sebenarnya, saya tidak menentangi teg hak cipta. Sebaliknya, saya rasa teg harus dibubuh dan saya juga yang meminta Aurora untuk menyediakan kotak hak cipta dalam halaman muat naik Wikipedia bahasa Melayu, disebabkan banyak gambar telah dimuat naik tanpa sebarang rujukan. Yang saya menentangi ketika itu ialah cara Wikipedia bahasa Inggeris memadamkan gambar serta sebilangan besar perbincangan tentang hak cipta di Wikipedia bahasa Inggeris. Sewaktu saya membaca perdebatan di sana, saya tahu bahawa banyak orang yang cakap tidak tahu akan apa itu hak cipta dan dasar-dasar yang mana undang-undang hak cipta diasaskan.

Tetapi yang paling mustahak ialah saya tidak tahu bahawa bahan-bahan dalam Wikipedia yang diterima dengan percuma boleh diperlacurkan oleh peniaga-peniaga. Sebenarnya, inilah tujuan Jimmy Wales sewaktu mencipta Wikipedia, iaitu untuk memperbodohkan penyumbang untuk manfaat Nupedia, sebuah projek Bomis yang merupakan syarikat peribadinya. Bagaimanapun, perkembangan yang begitu pesat dan di luar jangkaan Jimmy sendiri telah menyebabkan suatu perkembangan yang sebaliknya memberi manfaat kepada masyarakat dan menyebabkan penutupan Nupedia.

Ketika itu, saya salah menganggap bahawa lesen Wikipedia ialah lesen bukan komersil yang cuma bertujuan untuk memberikan maklumat percuma kepada dunia daripada sumbangan yang diterima dengan percuma dan tidak boleh dijual. Bagaimanapun, projek Jerman untuk menerbitkan sebuah ensiklopedia, iaitu suatu projek yang diperagung-agungkan oleh seorang pengguna "pakar" di portal ini, telah dibatalkan (sila lihat rencana Sejarah Wikipedia).

Oleh sebab Wikipedia mempunyai lesen yang boleh diperlacurkan, saya kini bersetuju bahawa kita tidak boleh mengambil gambar orang lain yang berhak cipta. Dahulu, saya berfikir asalkan kita tidak menjual gambar mereka, kita boleh saling tolong menolong, iaitu kita menggunakan gambar mereka dan mereka menerima manfaat melalui pendedahan portal mereka melalui sebuah pautan pengakuan ke halaman mereka.

Gambar masjid[sunting sumber]

Tak yahlah cakap sorry kepada saya tentang gambar masjid. Sebenarnya, rencana stub masjid bukan dicipta saya, apa lagi saya bukan orang beragama Islam. Sebaliknya, saya telah mendapat banyak pengalaman Photoshop melalui latihan memperbaik gambar masjid yang kebanyakannya begitu teruk disebabkan bayang-bayang hitam, serta bangunan yang senget-senget.

Jika rencana-rencana itu tidak dapat dikembangkan, maka mengikut garis panduan Wikipedia, kesemuanya yang tidak dapat dikembangkan untuk menjadi rencana benar harus dipadam. — PM Poon 12:13, 8 Jun 2006 (UTC)[balas]


Mungkin untuk rencana-rencana masjid yang tidak mempunyai sebarang maklumat kecuali alamatnya, kita boleh menggabungkannya menjadi beberapa rencana yang sempurna seperti berikut:

  • Senarai masjid di Pulau Pinang;
  • Senarai masjid di Melaka;
  • Senarai masjid di Perak; dan sebagainya.

Saya berasa bilangan rencana masjid adalah di kalangan 800 hingga seribu. Jika kita berbuat demikian, kita masih tidak menjejaskan kedudukan kita dalam Wikipedia Kelas Kedua kerana kini, kita telah mencapai melebihi 13,000 rencana. — PM Poon 12:43, 8 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hak cipta gambar Common Creativity Version 2, non-commercial[sunting sumber]

Hai Yosri, saya memang keliru. Anda bertulis:

Berkenaan gambar, saya percaya gambar di WIkipedia Inggeris memerlukan tag agar mereka dapat memastikan, yang mana tag hakcipta, agar mereka dapat mengelak penggunaan imej sedemikian apabila mereka menerbitkan buku.

Adakah mereka akan mengasingkan gambar-gambar mengikut mana yang boleh dijual dan mana yang tidak boleh dijual? Ataupun mereka akan jual sahaja semua gambar, baik berhak cipta komersil atau bukan komersil?

Saya tengah mencari garis panduan dalam Wikipedia bahasa Inggeris yang mengatakan bahawa hak cipta gambar Common Creativity Version 2, non-commercial boleh digunakan, tetapi gagal. Kedua-dua lesen Common Creativity yang ada dalam kotak hak cipta di halaman muat naik mereka bersifat komersil, iaitu:

kotak pengguna aktif[sunting sumber]

Baru-baru ini saya telah mencipta satu kotak pengguna, iaitu pengguna aktif:

Yosri telah aktif di Wikipedia selama beberapa lama.


Kotak pengguna ini sebenarnya dicipta sebagai satu penghargaan kepada mereka(terutamanya orang baru)yang giat menyumbang kepada wikipedia.

Saya rasa pemberian dorongan kepada orang baru memang boleh merangsang mereka untuk terus menyumbang untuk wikipedia.

Maka, sekiranya anda menjumpai siapa-siapa orang baru yang aktif dalam wikipedia, jagan kedekut untuk memberi penghargaan ini kepada mereka.

Ychmatematik 16:21, 10 Jun 2006 (UTC)[balas]

Teg Hakmilik[sunting sumber]

Hai Yosri, masih risau tentang teg hak milik ke? hehehe. Kini, saya menggunakan teknik penggabungan gambar untuk mengelakkan sebarang masalah tentang hak cipta. Saya bergantung kepada prinsip "sufficient time and effort expended in producing the work. Tak nak pening lagi tentang masalah itu. Sila lihat ciptaan gambar tokoh di rencana Le Corbusier. Memang amat puas melihat sebuah gambar hitam putih dijadikan gambar warna dengan latar yang mempunyai lesen GNU. — PM Poon 00:36, 12 Jun 2006 (UTC)[balas]

Berkenaan Emrrans[sunting sumber]

Hai Yosri, berkenaan Emrrans, mungkin dia tak suka jadi penyumbang Wikipedia Melayu ini, tetapi saya boleh memujuknya untuk kembali ke Wikipedia dan saya juga akan memujuknya supaya memaafkan semua pengguna Wikipedia Melayu di sini. Saya juga lihat di laman perbualan Alistair bahawa anda "terbengang" dengan Emrrans. Saya pun tak percaya. Kenapa begitu? Takpe Emrrans itu masih sayangkan anda dan pengguna lain di Wikipedia Melayu ini. Lagipun, saya kawan dia. Takpe kita perlu tahan dengan dia atas sebab lagi dia memang pelik tetapi amat mengambil berat tentang Wikipedia Melayu ini. Saya akan pujuk dia suruh kembali ke Wikipedia Melayu. Adakah anda setuju? — Lokey3310 11:37, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Yosri, tolonglah kesiankan kawan saya iaitu Emrrans kerana dia masih sayangkan anda, Wikipedia Melayu dan semua pengguna berjasa di sini. Dan InsyaAllah dia tak akan buat lagi perkara ini lagi iaitu menyusahkan lagi orang di sini. — Lokey3310 12:00, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai Yosri, sebenarnya anda dah tahu bahawa mengikut rancangan awal saya, saya hanya merancang akan di sini hingga 31 Disember 2005, tetapi kini dah 19 Jun 2006! Banyak air telah mengalir di bawah jambatan, hehehe (tak dapat melarikan diri daripada sikap keinggerisian). Saya memang awal-awal melihat Alistair sebagai seorang pemuda yang amat agresif dan bertanggungjawab, tetapi cuma sekarang tiada bola lagi nak mencadangkan lebih awal, hehehe.

Saya akan balik aktif semula pada suatu hari, tetapi kini nak tukar persekitaran sedikit serta membuat kerja-kerja yang lama dah ketinggalan, hehehe. Sebenarnya, saya hendak menyertai kursus terjemahan Dewan Bahasa tetapi Kuala Lumpur amat jauh dan sini tidak ada kursus ini.

Kini, Wikipedia bahasa Melayu semakin aktif dan pada suatu hari, persaingan untuk jawatan sysop akan seolah-olah sama dengan Wikipedia bahasa Inggeris. Dapat jawatan saje macam dapat gelaran Tun, hehehe. Ketika saya di Wikipedia bahasa Inggeris, saya melihat mereka begitu gembira ketika mendapat jawatan sysop sehingga peluru-peluru pesanan sapaan menerbang di kiri kanan, hehehe.

Bagaimanapun, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada anda kerana memberikan hak istimewa untuk menjadi sysop semula. Tetapi saya berasa saya akan lebih berkesan jika saya tidak mengambil jawatan itu yang merupakan beban yang amat berat untuk saya. Itulah salah satu sebab saya keberatan hendak menerima jawatan sysop ketika anda menawarkan jawatan itu kepada saya pada mula-mulanya. Kini, Alistair dah terasa keadaan yang sama, hehehe. Memang banyak lagi yang masih kena buat sebelum kita betul-betul stabil. Tapi Wikipedia bahasa Melayu kini boleh berasa bangga kerana pencapaian masih lebih baik berbanding banyak bahasa lain. Ketika saya mengkritikkan portal ini, saya memang berbanding dengan Wikipedia Kelas I. Apa gunanya membandingkan dengan si buta, hehehe, tapi memang banyak lagi si buta di kalangan Wikipedia bahasa-bahasa lain.

Anda juga boleh memperlahankan diri. Saya berasa momentum kini akan berterusan kerana nampaknya, titik genting telah dicapai. Anda harus berasa bangga dan gembira dengan pencapaian ini kerana banyaknya portal yang menggunakan perisian Wikimedia kini di ICU, Hospital Besar. Ambillah sedikit masa untuk menikmati perasaan kejayaan anda!!!

(P/S: Kini, saya akan lebih masuk Wikipedia bahasa Indonesia untuk membantu memuat naik gambar dan membetulkan reka letak. Jika saya tidak silap, orang-orang Indonesia dah amat membantu portal ini pada peringkat permulaan. Penyertaan saya disana bolehlah dianggap sebagai suatu percubaan untuk membalas budi. Sebenarnya, saya amat suka orang Indonesia kerana ketika menjawat jawatan sumber manusia, kilang-kilang kami banyak menggunakan orang Indonesia. Saya tak akan menyumbang rencana di sana kerana tak faham banyak tentang bahasa Indonesia. Mana tau, silap-silap nanti bertemu dengan Alistair versi Indonesia. Kena tampar nanti, hehehe.) — PM Poon 11:43, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]