Perbincangan Wikipedia:Kedai Kopi

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arkib terbaru?

Mengapa arkib Kedai Kopi Sept 2008-Jan 2009 tiada pautan? ataupun memang tidak wujud? Takkan waktu tu kedai kopi lengang! Lagipun, kenapa tajuk arkib Ogos 2008 tidak selaras dengan yang sebelumnya? 115.133.72.151 04:29, 19 Februari 2009 (UTC)[balas]

Kerana sejak itu Kedai Kopi telah dipecah kepada 5 bahagian, dan diarkibkan mengikut pecahan. ...Aurora... (b) 14:23, 19 Februari 2009 (UTC)[balas]

Mana semua bot dan penyelia WBM. Mengapa tidak jalankan tugas. Saya lihat hanya segelintir penyelia saja yg aktif.Bot pun satu hal... MAcam mana WBM nak dapat 100K. Bukan nak kutuk.. Cuma nak majukan WBM setanding dengan Wikipedia Bahasa Indonesia dan Wikipedia Bahasa Arab.--Farhan 09:30, 14 Oktober 2010 (UTC)

Kawan, anda dan saya mempunyai tujuan yang berlainan di sini. Matlamat anda untuk mencapai bilangan rencana 100K. Matlamat saya untuk menyumbangkan rencana yang berkualiti. Tolong jangan memaksa orang lain melakukan perkara yang mereka tidak inginkan. Perkara berkaitan ketidakaktifan para penyelia, anda boleh saja usulkan pelucutan jawatan. Zamwan (bincang) 14:37, 20 Oktober 2010 (UTC)[balas]

Kemasan baru untuk tampilan pengatas laman Kedai Kopi WBM

Assalamualaikum WBT dan Salam Wikipedia, dimaklumkan bahawa kemasan baru untuk tampilan pengatas Laman Kedai Kopi Wikipedia Bahasa Melayu, sudah dikemaskini, sila beri komen dan cadangan penambahbaikan anda. terima kasih...Marilah lestarikan Wikipedia bahasa Melayu bersama --Smim90 (bincang) 16:18, 3 Januari 2013 (UTC)[balas]

Saya cadangkan agar KedaiKopi dijarakkan menjadi Kedai Kopi. Boleh tak ketengahkan Kedai Kopi dan ucapan selamat datang (berserta jawi) itu? Saya rasa kata 'Lihat lagi' tidak perlu kerana tidak berfungsi apa-apa. -- i wong (bincang) 01:50, 4 Januari 2013 (UTC)[balas]

Geografi berkaitan Sungai

Saya baru sahaja meletakkan templat ini {{Morfologi sungai}}

Saya nak tahu ada tak portal berkaitan bumi hijau, geografi atau sewaktu dengannya SNN95 (bincang) 14:50, 5 April 2013 (UTC)[balas]

Ada Portal:Geografi. ...Aurora... (b) 15:01, 5 April 2013 (UTC)[balas]