Percubaan rampasan kuasa Turki 2016

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Percubaan coup d'état Turki 2016
Percubaan rampasan kuasa Turki 2016 is located in Bumi
Percubaan rampasan kuasa Turki 2016 (Bumi)
Tarikh 15 Julai 2016 – 16 Julai 2016 (2016-07-16)
Lokasi
Status Rampasan kuasa gagal[5]

Perkembangan penting

Pihak yang terlibat
Turki Majlis Keamanan Turki Turki Kerajaan Turki
Komandan
Tidak jelas[11] Recep Tayyip Erdoğan
Binali Yıldırım
Hulusi Akar
Umit Dundar (Komander Tentera Pertama)[10]
Kekuatan
Tidak diketahui Tidak diketahui
Korban
104 orang tentera pro-coup terbunuh dan 2,839 orang ditawan[12][13]
2 UH-60 helicopters shot down[10][14]
114 orang pro-kerajaan terbunuh[12] (41 pegawai polis dan 2 orang tentera)[15]
47 orang awam terbunuh[12]
265 orang terbunuh dan 1,440 orang cedera[12]

Pada 15 Julai 2016, satu cubaan rampasan kuasa (coup d'état) telah gagal untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi di Turki. Rampasan kuasa ini dipercayai didalangi oleh sekumpulan kecil anggota tentera dari Angkatan Tentera Turki.[16][17][18] Sekurang-kurangnya 265 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera. Di Ankara, Parlimen Turki telah dibom.[6][7][8][9] Tembakan juga terdengan di lapangan terbang utama di Ankara dan Istanbul.[19]

Majoriti reaksi dari dalam dan luar negara menentang cubaan rampasan kuasa ini. Parti pembangkang utama di Turki, mengutuk cubaan ini, sementara beberapa pemimpin antarabangsa seperti Amerika Syarikat, NATO, dan Kesatuan Eropah mendesak agar institusi demokrasi dan para pemimpin dan dipilih dihormati.[20][21] Satu cadangan kenyataan mengecam rampasan kuasa yang disediakan oleh Majlis Keselamatan PBB tidak diterima oleh Mesir, sebuah negara anggota bukan tetap.[22]

Kerajaan sekarang dengan pantas mengistiharkan cubaan ini satu kegagalan dan mula mendakwa mereka yang terlibat. Reaksi rasmi pertama datang daripada Perdana Menteri Binali Yıldırım yang bercakap pada pihak media sehari kemudian, berkata situasi "dapat dikawal sepenuhnya". Penahanan besar-besaran terhadap 2,839 orang tentera dan 2,745 orang hakim dipecat.[23][24]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejak negara moden Turki ditubuhkan pada tahun 1923, Angkatan Tentera Turki (TSK) telah melakukan rampasan kuasa tiga kali pada tahun 1960, 1971, dan 1980—dan pada tahun 1997 campur tangan melalui satu memorandum ketenteraan.[25] Dari segi sejarah, tentera Turki melihat diri mereka sebagai penjaga negara sekular Turki yang diasaskan oleh Mustafa Kemal Atatürk.[25]

Pada tahun-tahun sebelum berlakunya cubaan rampasan kuasa 2016, perbicaraan Ergenekon telah dijalankan, di mana ia dilihat sebagai cubaan oleh pemimpin awam Turki di bawah Presiden Recep Tayyip Erdoğan untuk mewujudkan dominasi ke atas ketenteraan.[25][26] Dalam perbicaraan pada tahun 2013—ia dilihat "sensasi"[25] dan "salah satu yang terbesar dalam sejarah Turki"[26]—275 orang, termasuk para pegawai kanan tentera, wartawan, peguam dan ahli akademik, telah dituduh merancang satu rampasan kuasa pada tahun 2003 dan 2004 dalam satu sebahagian dari rangkaian rahsia yang bernama "Ergenekon" menentang perdana menteri Erdoğan.[26] (beberapa pegawai tentera telah dituduh terlibat dalam plot tuduhan berasingan, Sledgehammer.)[26] Pengakuan "Ergenekon" telah dijukirbalik pada bulan April 2016 oleh mahkamah rayuan tertinggi Turki, yang mana memutuskan kewujudan rangkaian ini tidak dapat dibuktikan.[26][27]

Pada 13 Julai, kurang dua hari sebelum rampasan kuasa dilancarkan, Erdoğan telah menandatangani satu rang undang-undang yang memberi anggota tentera Turki kekebalan daripada didakwa semasa menganbil bahagian dalam operasi keselamatan dalam negera, di mana kes-kes pendakwaan ke atas para komander perlu mendapatkan kelulusan daripada perdana menteri, sementara kes-kes melibatkan dakwaan ke atass tentera berpangkat rendah perlu mendapatkan kelulusan gabenor daerah. Rang undang-undang imuniti ini dilihat sebagai sebahagian daripada satu détente di antara kerajaan dengan angkatan tentera, di mana berlakuk peningkatan dalam operasi ketenteraan di kawasan pendudk Kurdish oleh unit-unit polis dan separa tentera.[28]

Semasa kejadian cubaan rampasan kuasa ini, Erdoğan sedang bercuti di sebuah kawasan di barat daya Turki.

Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Perdana MenteriBinali Yıldırım

Pada 15 Julai 2016, mengikut laporan sebelum 11:00 PM waktu tempatan, jet-jet tentera dilihat terbang di ruang udara Ankara, dan kedua-dua jambatan Fatih Sultan Mehmet dan Bosphorus di Istanbul dari arah Anatolia ke Eropah telah ditutup.[19][29][30]

Perdana Menteri Turki, Binali Yıldırım mengatakan bahawa tindakan tentera telah "dilakukan di luar rangkain perintah" dan ia adalah satu "cubaan haram" untuk merampas kuasa "dengan menggunakan ketenteraan".[16] Beliau kemudian menambah mereka yang terlibat "akan mendapat hukuman setimpal."[31] Media tempatan juga melaporkan kereta kebal berada di Lapangan Terbang Atatürk, Istanbul.[32] Laporan juga menyebut para pengguna Internet dalam Turki telah dihalang daripada menggunakan Twitter, Facebook, dan YouTube.[33][34] Tepai Twitter kemudian mendakwa bahawa mereka "tidak mempunyai sebab untuk berfikir mereka telah dihalang seluruhnya".[35] Beberapa tahanan telah dibawa ke ibu pejabat tentera, termasuk Ketua Staf Jeneral Turki Hulusi Akar.[36] Tentera juga memasuki pejabat Parti Pembangunan dan Keadilan di Istanbul dan meminta staf untuk meninggalkan bangunan.[37]

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Turki berbunyi: "Angkatan Tentera Turki telah mengambil alih sepenuhnya pentadbiran negara bagi mengembalikan perlembagaan, hak-hak kemanusiaan dan kebebasan, pemerintahan undang-undang dan keselamatan awam yang telah dirosakkan. […] Kesemua perjanjian antarabangsa masih lagi sah. Kami berharap agar hubungan baik kami dengan kesemua negara berterusan."[38][39] Tentera menyatakan bahawa ia "dilakukan bagi memelihara suruhan demokrasi, dan pematuhan undang-undang menjadi keutamaan".[40] Arahan Jeneral Tentera Pertama di İstanbul mendakwa bahawa Angkatan Tentera Turki tidak menyokong rampasan kuasa ini dan para dalang mewakili sekumpulan kecil dan golongan ini hampir dapat dikawal.[17]

Pada 21:02 UTC, Reuters melaporkan bahawa tentera Turki berada di dalam bangunan penyiaran negara Turki, Perbadanan Radio dan Televisyen Turki (TRT) di Ankara.[38] Selepas tentera merampas kawalan, tentera telah memaksa Tijen Karaş untuk membaca sebuah kenyataan yang berbunyi "pemerintahan undang-undang demokrasi dan sekular telah dihakis oleh kerajaan sekarang" dan Turki kini dipimpin oleh "majlis keamanan" yang akan "memastikan keselamtan rakyat."[34][41] Saluran TRT dihentikan siarannya.[38]

Lapangan Terbang Atatürk Istanbul telah ditutup; semua penerbangan daripada lapangan terbang dibatalkan.[42]

Tentera mendakwa satu perlembagaan baru akan disediakan "secepat mungkin."[40] Satu letupan di ibu pejabat TRT dan tembakan senjata dilaporkan di Ankara.[40]

Kereta kebal menembak berdekatan Bangunan Parlimen Turki.[38] Bangunan parlimen juga ditembak dari udara.[6][7][43] Kecederaan dilaporkan dalam kalangan penunjuk perasaan di Jambatan Bosphorus diikuti dengan tembakan senjata.[40][8]

Sebuah helikopter milik kumpulan menyokong rampasan kuasa telah ditembak jatuh oleh jet pejuang Turki.[40][44] Terdapat laporan yang menyebut jet-jet tentera terbang di ruang udara bagi "meneutralkan" helikopter yang digunakan oleh dalang rampasan kuasa ini.[40]

Pada 12:10 UTC, Angkatan Tentera Turki mendakwa telah sepenuhnya mengawal negara melalui tapak sesawang mereka.[45]

CNN Türk melaporkan bahawa satu bom meletup di parlimen Turki membunuh 12 orang manakala dua orang lagi cedera parah.[46] Sebuah helikopter yang dimiliki oleh tentera yang pro-rampasan kuasa juga dilihat terbang di atas. Setengah jam selepas laporan mangsa korban parlimen, anggota tentera memasuki ibu pejabat CNN Türk dan memaksa studio ditutup dari ke udara.[46][38][40] Selepas sejam gangguan daripada tentera pro-rampasan kuasa, CNN Türk menyambung semula siarannya.[47]

Tentera mengambil alih kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk tidak lama selepas Presiden membuat kenyataan di sana.[40]

Recep Tayyip Erdoğan[sunting | sunting sumber]

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan

Laporan awal menyebut Presiden Recep Tayyip Erdoğan berada dalam keadaan selamat di Marmaris, barat daya Turki, di mana merupakan tempat beliau bercuti,[29] meskipun terdapat laporan mengatakan beliau telah melarikan diri keluar negara dengan menggunakan jet peribadi.[48][49] Dalam sebuah wawancara melalui FaceTime dengan CNN Türk, Erdoğan menyeru para penyokong beliau untuk keluar ke jalanan bagi membantah perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak tentera, mengatakan "Tiada kuasa yang lebih besar daripada kuasa rakyat. Biar mereka buat apa yang mereka mahu di dataran dan lapangan terbang."[25]

Presiden juga mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa tentera yang setia kepada Fethullah Gülen dan Pergerakkan Hizmet beliau merupakan dalang di belakang cubaan rampasan kuasa ini.[50][51][52] Bagaimanapun, Persekutuan Perkongsian Bersama, sebuah kumpulan bukan untung yang berkait dengan Gülen, mengeluarkan satu kenyataan yang menegaskan bahawa ia mengutuk sebarang campur tangan tentera dalam politik tempatannya, dan mengatakan bahawa tuduhan Erdogan menentang pergerakkan mereka adalah 'sangat tidak bertanggungjawab'.[53]

Selepas ketidakpastian berkenaan kedudukan Presiden Erdoğan, para pegawai kanan Turki menyatakan kepada agendi-agensi berita bahawa pesawat Presiden Erdoğan terbang dan mendarat di Istanbul. Laporan-laporan ini kemudian disahkan[40][38]. Erdoğan muncul di kaca TV secara langsung daripada Istanbul dan mengatakan bahawa beliau mempunyai rancangan untuk "membersihkan" pasukan tentera.[40]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Pejabat Presiden Turki mengatakan bahawa Presiden Erdoğan sedang bercuti di luar Turki dan berada dalam keadaan selamat, dan mengutuk cubaan rampasan kuasa sebagai serangan ke atas demokrasi.[38][32] Satu sumber presiden juga mengatakan bahawa Erdoğan dan kerajaan beliau masih memegang kuasa.[40] Bercakap dalam sebuah program TV melalui FaceTime, Erdoğan menyeru rakyat Turki untuk keluar ke jalanan.[38][40][54] Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmuş muncul di kaca TV, menyatakan bahawa parti pemerintah Turki, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) masih mengetuai kerajaan. [40] Datuk Bandar Ankara, Melih Gökçek dari AKP, menggalakan rakyat untuk keluar ke jalan-jalan kota untuk membuat demonstrasi, meskipun perintah berkurung dikuatkuasa oleh pihak tentera yang merampas kuasa.[34]

Dalam kalangan parti-parti pembangkang Turki, Parti Rakyat Republikan (CHP) mengeluarkan kenyataan bantahan terbuka mereka akan rampasan kuasa ini, dan Hürriyet Daily News melaporkan bahawa pemimpin Parti Pergerakan Kebangsaan (MHP) Devlet Bahçeli telah menelifon Perdana Menteri Binali Yıldırım bagi menyatakan bantahan beliau ke atas rampasan kuasa.[55] Pengerusi bersama Parti Demokrratik Rakyat (HDP) mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa parti "dalam semua keadaan dan dari segi prinsip menentang sebarang bentuk rampasan kuasa..."[56]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  •  Australia – Menteri Luar Negeri Julie Bishop mengumumkan bahawa beliau telah bercakap pada pagi ini dengan Duta James Larsen di Kedutaan Australia di Ankara dan mengikuti rapat situasi ini.[57]
  •  Kanada – Menteri Luar Negeri Stéphane Dion membuat tweet bahawa beliau "bimbang" dan mendesak supaya "tenang, akur, [dan] keselamtan rakyat Turki."[58] Prime Minister Justin Trudeau released a statement calling for restraint by all parties, stating Canada supports the preservation of democracy in Turkey, and condemns any attempt to undermine its democratic institutions by "force of arms".[59]
  •  Georgia - Perdana Menteri Georgia Giorgi Kvirikashvili mengatakan bahawa Georgia mengikuti perkembangan "dengan amat bimbang," dan satu sesi tergempar Majlis Keselamatan Negara telah dibuat, yang mana dihadiri oleh Presiden Giorgi Margvelashvili. Kvirakishvili juga mengatakan sempadan Georgia-Turki akan ditutup dengan secepat mungkin, meskipun tiada kejadian berlaku berhampiran dengan sempadan.[60]
  •  Jerman – Steffen Seibert, setiausaha akhbar kerajaan Jerman, membuat tweet bahawa undang-undang demokratik di Turko=i mesti dihormati.[61]
  •  Greece – Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras mengumumkkan di Twitter bahawa "kerajaan dan rakyat Greece berdiri teguh di sisi demokrasi dan keluhuran perlembagaan."[62]
  •  Iran – Menteri Luar Negeri Javad Zarif membuat tweet beliau "bimbang" akan krisis di Turki dan "kestabilan, demokrasi dan keselamatan rakyat Turki adalah keutamaan" dan mendesak "kesatuan dan kebijaksaan undang-undang" di kalangan rakyat Turki. [63]
  •  Ireland – Menteri Luar Negeri Charlie Flanagan membuat kenyataan agar mengawal dan menghormati institusi demokrasi di Turki.[64]
  •  Malaysia Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak menyatakan: ''Turki dan Malaysia adalah sekutu firma dalam memerangi keganasan dan ekstremisme. Kami rakan dagangan dan negara-negara sekutu dalam Pertubuhan Kerjasama Islam. Kami berdiri bersama-sama menentang percubaan rampasan kuasa untuk melemahkan bangsanya, seperti yang dinyatakan melalui peti undi. Rampasan kuasa dalam apa jua bentuk tidak harus dibiarkan, Ia terutamanya mengenai ramai terbunuh dan cedera. Ingatan dan doa kami bersama rakyat Turki''
  •  Qatar – Menteri Luar Negeri mengumumkan bahawa "Qatar meluahkan kecaman dan mengutuk cubaan rampasan kuasa, tanpa undang-undang, dan melanggar kesahihan perlembagaan Republik Turki."[65]
  •  Rusia – Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov membuat satu kenyataan dan berkata bahawa adalah penting untuk "mengelakkan pertumpahan darah" di Turki dan "sebarang isu harus diselesaikan mengikut rangka kerja perlembagaan."[40]
  •  Somalia – Menteri Luar Negeri Somalia membuat tweet bahawa Presiden Hassan Sheikh Mohamud mengutuk cubaan rampasan kuasa.[66] It also tweeted that the President was "very glad to hear that evil forces who tried to turn Turkey into a violence ground have been defeated.’’[67]
  •  Ukraine – Menteri Luar Negeri Pavlo Klimkin menulis di Twitter: "Keutamaan kunci Turki kini adalah menghormati institusi yang dipilih secara demokrasi dan menyelamatkan nyawa rakyat." [68] Presiden Petro Poroshenko membuat tweet menyatakan beliau "bimbang"[69] dan "Ukraine menyokong Presiden dan Kerajaan Turki yang dipilih secara demokrasi"[70].
  •  United Kingdom – Setiausaha Luar Boris Johnson membuat tweet menyatakan "bilau amat bimbang perkembangan yang berlaku di Turki," dan keduataan Britian sedang mengawasi dengan rapat situasi ini. Beliau menasihati warganegara Britain untuk mengikuti tapak sesawang Pejabat Luar Negeri dan Kommonwealth untuk nasihat.[40]
  •  Amerika Syarikat – Setiausaha Negara John Kerry berkata beliau "berharap untuk kestabilan, keamanan, berterusan di Turki."[40] Presiden Barack Obama telah diberitahu berkenaan situasi.[71] Kedua-dua mereka “bersetuju kesemua pihak di Turki harus menyokong Kerajaan Turki yang dipilih secara demokratik, mengawal diri, dan mengelakkan sebarang keganasan atau pertumpahan darah."[38] Kedutaan Amerika Syarikat di Ankara telah mengeluarkan satu Pesanan Kecemasan, mendesak warganegara A.S. di Turki untuk "menghubungi keluarga dan rakan bagi memberitahu mereka kamu berada dalam keadaan selamat," juga mengikuti "berita tempatan untuk berita terkini, mengelakkan kawasan konflik dan berhati-hati apabila berada dalam kawasan tentera atau pasukan keselamatan."[72]"Department of State on Twitter". </ref>

Pertubuhan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Marmaris'te Erdoğan'ın oteli vuruldu" [Erdogan's hotels were hit in Marmaris]. Milliyet. 16 July 2016. Dicapai 16 July 2016. 
  2. ^ "Malatya 2. Ordu Karargahına Cenaze Arabası Girdi". Malatya Haber. 16 July 2016. Dicapai 16 July 2016. 
  3. ^ "Malatya'da Askeri Linçten Polis Kurtardı" [Malatya: Police Rescued from Attempted Lynching]. Sabah. 16 July 2016. Dicapai 16 July 2016. 
  4. ^ a b c "Darbeci Generaller Gözaltında". Al Jazeera Turk. 16 July 2016. Dicapai 16 July 2016. 
  5. ^ Cunningham, Erin; Sly, Liz; Karatas, Zeynep (16 July 2016). "Turkey rounds up thousands of suspected participants in coup attempt". The Washington Post. Dicapai 16 July 2016. 
  6. ^ a b c "Ankara parliament building 'bombed from air' – state agency". RT. 15 July 2016. Dicapai 16 July 2016. 
  7. ^ a b c https://twitter.com/FOXhaber/status/754110243068600320
  8. ^ a b c https://twitter.com/omerrcelik/status/754139536389771264?ref_src=twsrc%5Etfw
  9. ^ a b "Shootout with mass casualties reported in central Ankara, over 150 injured in Istanbul". rt.com. Russia Today. Dicapai 15 July 2016. 
  10. ^ a b c d e "The Latest: Parliament speaker says lawmakers safe". Associated Press. 15 July 2016. Dicapai 15 July 2016. 
  11. ^ Tumult in Turkey: What We Know and What We Don't Know, New York Times (15 July 2016).
  12. ^ a b c d "Turkey PM: Attempted coup leaves 265 people dead". aljazeera.com. Dicapai 16 July 2016. 
  13. ^ "Turkish PM Blames Coup Attempt on 'Terrorist Organization:' 161 Killed, 2,839 Detained". 16 July 2016. 
  14. ^ "Darbe Girişimi". Diken. 16 July 2016. Dicapai 16 July 2016. 
  15. ^ "LOCAL – Top commander saved but others remain hostage to Gülenist coup plotters: Military". 
  16. ^ a b "Turkish Military Says It Has Seized Control From Ankara Government". Dicapai 15 July 2016. 
  17. ^ a b "1. Ordu Komutanı'ndan açıklama!" [Explanation from the commander of the 1st Army !]. haber7.com (dalam bahasa Turkish). 16 July 2016. Dicapai 15 July 2016. 
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan reuters tidak disediakan
  19. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan APLiveBlog tidak disediakan
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mhp_oppose tidak disediakan
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan hdp_oppose tidak disediakan
  22. ^ Michelle Nichols (16 July 2016). "Egypt blocks U.N. call to respect 'democratically elected' government in Turkey". Reuters. Dicapai 16 July 2016. 
  23. ^ "Turkey: Mass arrests after coup bid quashed, says PM – BBC News". Dicapai 16 July 2016. 
  24. ^ "Turkey's top judicial board HSYK orders detention of 2,745 Gülen-linked judges over coup attempt". Dicapai 2016-07-17. 
  25. ^ a b c d e Tim Arango; Ceylan Yeğinsu (15 July 2016). "President of Turkey Urges Resistance as Military Attempts Coup". The New York Times. Dicapai 15 July 2016. 
  26. ^ a b c d e Ergenekon: Court quashes 'coup plot' convictions, BBC News (21 April 2016).
  27. ^ Emre Peker, Turkish Court Overturns Coup Plot Convictions of Generals, Wall Street Journal (21 April 2016).
  28. ^ Hannah Lucinda Smith (15 July 2016). "Erdogan gives Turkish military immunity". The Times. Dicapai 15 July 2016. 
  29. ^ a b "Turkey coup: military attempt to seize power from Erdogan as low flying jets and gunfire heard in Ankara and bridges across Bosphorus in Istanbul closed". 
  30. ^ "Turkish Prime Minister Reports Coup Attempt". WSJ. 15 July 2016. Dicapai 15 July 2016. 
  31. ^ "Turkey's Prime Minister Says Attempted Military Coup Underway – BuzzFeed News". 
  32. ^ a b "Turkey army group announces takeover on TV". BBC News. Dicapai 16 July 2016. 
  33. ^ "Turkish military seizes power according to media reports; jets flyover Ankara, Istanbul's bridges closed — Quartz". 
  34. ^ a b c "Turkey 'coup': Live updates as explosion and gunfire reported in capital Ankara – Mirror Online". 
  35. ^ Twitter global policy team [policy] (15 July 2016). "We have no reason to think we've been fully blocked in #Turkey, but we suspect there is an intentional slowing of our traffic in country" (Tweet) – melalui Twitter. 
  36. ^ "Live: Turkey coup". Daily Telegraph. 15 July 2016. Dicapai 15 July 2016. 
  37. ^ SkyNewsBreak (15 July 2016). "Update – Turkish media reports soldiers have entered #Turkey's ruling party's #Istanbul offices and have asked people to leave" (Tweet) – melalui Twitter. 
  38. ^ a b c d e f g h i Levin, Sam; Rawlinson, Kevin (16 July 2016). "Turkey military coup: tanks open fire near parliament building – live updates". The Guardian. Dicapai 16 July 2016. 
  39. ^ "Turkish military has said in a statement that the military has taken over". The Jerusalem Post. 15 July 2016. Dicapai 15 July 2016. 
  40. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Turkish army 'takes over power'". BBC News. Dicapai 16 July 2016. 
  41. ^ "Tijen Karaş: "Bildiriyi Silah Zoru Altında Okudum, Hayatımın En Zor Yayınıydı"". Onedio. Dicapai 16 July 2016. 
  42. ^ "All flights from Istanbul's Ataturk airport canceled: Reuters witness". Reuters. 
  43. ^ "LIVE: Gunfire And injuries On Istanbul Bridge". 
  44. ^ "Turkey coup: Live updates - CNN.com". 
  45. ^ "Türk Silahlı Kuvvetleri Genelkurmay Başkanlığı". 
  46. ^ a b "Bomb at Parliament Kills 12, CNN Turk Reports". The New York Times. 15 July 2016. Dicapai 15 July 2016. 
  47. ^ "CNN Turk resumes program". Teletrader. 2016-07-15. Dicapai 2016-07-15. 
  48. ^ Rkaina, Sam (15 July 2016). "Turkish President Recep Tayyip Erdoğan 'flees country in private jet' after military launches coup". Daily Mirror. Dicapai 15 July 2016. 
  49. ^ "Erdoğan'dan ilk açıklama: Milletimizi meydanlara davet ediyorum; en ağır bedeli ödeyecekler!". t24.com.tr. 
  50. ^ Serhan, Krishnadev Calamur, Matt Vasilogambros, J. Weston Phippen, David A. Graham, and Yasmeen. "What's Going On in Turkey?". theatlantic.com. Dicapai 15 July 2016. 
  51. ^ LeVine, Steve. "A reclusive religious scholar in Pennsylvania may be behind the attempted coup in Turkey". qz.com. Dicapai 15 July 2016. 
  52. ^ "Paralel'den darbe girişimi! – Haber 10 – Haberler – Güncel ve Son Dakika Haberleri". haber10.com. 
  53. ^ "Statement by Alliance for Shared Values on Developments in Turkey". Alliance for Shared Values. 16 July 2016. Dicapai 16 July 2016. 
  54. ^ Ceylan Yeginsu [CeylanWrites] (15 July 2016). "Erdogan making a statement on facetime right now" (Tweet) – melalui Twitter. 
  55. ^ Opposition parties reject the military coup attempt, Hürriyet Daily News (15 July 2016).
  56. ^ Tweet by Mutlu Civiroglu (3:47 PM, 15 July 2016)
  57. ^ "Situation in Turkey". Department of Foreign Affairs and Trade. Dicapai 16 July 2016. 
  58. ^ "Canadian travellers in Turkey advised to contact embassy amid military coup". Dicapai 15 July 2016. 
  59. ^ Trudeau, Justin. "STATEMENT BY THE PRIME MINISTER OF CANADA ON TODAY'S SITUATION IN TURKEY". 
  60. ^ Civil.ge (16 July 2016). "Georgia's PM: 'We Follow Developments in Turkey with Great Concern'". Civil.ge. Dicapai 16 July 2016. 
  61. ^ Steffen Seibert (15 July 2016). "Steffen Seibert on Twitter" (dalam bahasa Jerman). Twitter. Dicapai 16 July 2016. 
  62. ^ "Η Αθήνα στηρίζει τη δημοκρατική και συνταγματική νομιμότητα στην Τουρκία" (dalam bahasa Greek). In.gr. 16 July 2016. Dicapai 16 July 2016. 
  63. ^ "Javad Zarif on Twitter". Dicapai 15 July 2016. 
  64. ^ "Irish Foreign Ministry on Twitter". 
  65. ^ "Qatar Condemns Military Coup Attempt in Turkey". mofa.gov.qa. Dicapai 16 July 2016. 
  66. ^ "Foreign Affairs on Twitter". Dicapai 16 July 2016. 
  67. ^ "Foreign Affairs on Twitter". Dicapai 16 July 2016. 
  68. ^ "Pavlo Klimkin on Twitter". Dicapai 16 July 2016. 
  69. ^ "Petro Poroshenko on Twitter". Dicapai 16 July 2016. 
  70. ^ "Petro Poroshenko on Twitter". Dicapai 16 July 2016. 
  71. ^ WestWingReport (15 July 2016). "White House says President has been briefed on "the unfolding situation in Turkey" (Tweet) – melalui Twitter. 
  72. ^ United States Embassy in Ankara, Turkey (15 July 2016). "Emergency Message for U.S. Citizens: Shots Heard in Ankara, Bridges Closed in Istanbul". Messages for US Citizens. United States Government. Dicapai 15 July 2016. We urge U.S. citizens to contact family and friends to let them know you are safe. 
  73. ^ Federica Mogherini (15 July 2016). "Federica Mogherini on Twitter". Twitter. Dicapai 16 July 2016. 
  74. ^ NATO. "NATO Secretary General statement on events in Turkey". nato.int. Dicapai 16 July 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]