Perduaan dan
Jika dua keadaan digabungkan dengan logik dan, kedua-duanya harus benar untuk keadaan majmuk juga benar.
Begitu juga, dua bit boleh digabungkan dengan dan:
x | y | x DAN y |
---|---|---|
0 | 0 | 0 |
0 | 1 | 0 |
1 | 0 | 0 |
1 | 1 | 1 |
Iaitu nilainya adalah 1, jika kedua-dua x dan y adalah 1, dan 0 jika tidak. Jika 0 bersamaan dengan salah, dan 1 dengan benar operasi bit dan berfungsi seperti logik dan kita.
Perduaan dan dapat digunakan pada nombor perduaan dengan apa jua saiz, nombornya hanya akan didankan digit demi digit. Contohnya:
x: 10001101 y: 01010111 x DAN y: 00000101
(Hanya pada lajur yang pertama dan ketiga dari kanan, kedua-dua bit yang dioperasi mempunyai digit 1.)
dan sering digelar menopeng, oleh kerana y dapat dilihat sebagai sekeping topeng yang lutsinar (1) pada sesetengah tempat (x akan bersinar lalu), dan hitam (0) pada yang lain (x akan diblok).