Perencat enzim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Suatu tapak ikatan enzim yang biasanya mengikat substrat boleh mengikat secara alternatif pada perencat bersaing bagi mencegah capaian substrat. Dihidrofolat reduktase direncatkan oleh metotreksat yang menghalang ikatan substratnya, asid folik. Tapak ikatan ditunjukkan dalam warna biru, perencat dalam warna hijau, dan substrat dalam warna hitam.

Perencat enzim ialah suatu molekul yang mengikat pada suatu enzim dan mengurangkan aktivitinya. Disebabkan menyekat suatu aktiviti enzim boleh membunuh patogen atau membetulkan ketidakseimbangan metabolik, banyak ubat-ubatan merupakan perencat enzim. Ia juga digunakan dalam racun makhluk perosak. Tidak kesemua molekul yang mengikat pada enzim adalah perencat; pengaktif enzim mengikat enzim dan meningkatkan aktivitinya, sementara substrat enzim diikat dan ditukar kepada hasil dalam kitaran pemangkin enzim.

Mengikat suatu perencat boleh menghentikan suatu substrat daripada memasuki tapak aktif enzi dan/atau membantutkan enzim daripada memangkinkan tindak balasnya. Ikatan perencat ialah sama ada boleh berbalik atau tak berbalik. Perencat tak berbalik biasanya bertindak balas dengan enzim dan mengubahnya secara kimia (contohnya melalui pembentukan ikatan kovalen). Perencat-perencat ini mengubah sisa asid amino utama yang diperlukan untuk aktiviti enzim. Sebaliknya, perencat berbalik mengikat secara bukan kovalen dan jenis perencatan berbeza dihasilkan bergantung sama ada perencat-perencat ini mengikat pada enzim, kompleks enzim-substrat atau kedua-duanya.