Replikasi DNA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pereplikaan DNA)
Pereplikaan DNA: Dalam langkah pertama, heliks duaan yang ditunjukkan dengan warna biru di atas diungkai oleh enzim helicase. Kemudian, satu molekul polymerase III DNA yang ditunjukkan dengan warna hijau mengikat kepada satu bebenang DNA. Ia bergerak pada sepanjang bebenang dan mempergunakannya sebagai templat untuk mencipta bebenang tuju nukleotida yang ditunjukkan dengan warna merah dan membentuk semula satu heliks duaan. Satu molekul polimerase I DNA (juga berwarna hijau) digunakan untuk mengikat kepada bebenang yang lain (bebenang bebatan) apabila heliks duaan membuka. Molekul ini harus mensintesiskan segmen-segmen polinukleotida yang terputus-putus (dipanggil serpihan Okazaki). Lagi satu enzim, ligase DNA yang ditunjukkan dengan warna ungu, kemudian menjalin kesemua ini menjadi bebenang bebatan.

Replikasi DNA [1] atau pereplikaan DNA [2] ialah proses untuk menyalin bebenang DNA. Oleh sebab bebenang DNA adalah anti-selari dan saling melengkapi, setiap bebenang boleh bertindak sebagai templat untuk membuat salinan bagi bebenang yang bertentangan. Bebenang templat dikekalkan pada keseluruhannya dan bebenang baru dicipta daripada nukleotida trifosfat. Proses ini dipanggil replikasi separa konservatif. Secara ideal, kedua-dua bebenang yang dihasilkan adalah sama tetapi pada hakikatnya, kesilapan sering berlaku, walaupun terdapat baca pruf dan mekanisme semak salah bagi memastikan kesetiaan pada tahap yang amat tinggi.

Dalam satu sel, langkah ini adalah wajib sebelum pembahagian sel boleh berlaku. Prokariot tidak henti-henti mereplikakan DNAnya dan penciptaan satu kromosom baru adalah langkah mengehad bagi pembahagian sel. Untuk eukariot, pengaturan masa amat dikawal dan ini berlaku semasa fasa S dalam kitaran sel, dan mendahului mitosis atau meiosis. Proses ini juga dapat dilaksanakan in vitro dengan menggunakan komponen-komponen bancuhan atau tiruan dalam sebuah proses yang dikenali sebagai PCR.

DNA boleh disintesiskan secara buatan, tetapi proses ini pada asasnya bukannya proses pengulangan, dan hanya menghasilkan satu bebenang DNA.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Replikasi DNA (Istilah Bahasa Melayu)". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  2. ^ "Pereplikaan DNA (Istilah Bahasa Melayu)". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 18 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]