Konfederasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pergabungan)
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Federation.

Konfederasi (juga dikenali sebagai pergabungan atau liga; Jawi: كونفيديراسي/ڤرڬابوڠن/ليڬا/) ialah kesatuan negara berdaulat, bersatu untuk tujuan aksi bersama yang sering berkaitan dengan negara-negara lain.[1] Biasanya diwujudkan oleh suatu perjanjian, pergabungan negara cenderung ditubuhkan untuk menangani isu-isu kritikal, seperti pembelaan, hubungan luar, perdagangan dalaman atau mata wang, dengan kerajaan pusat yang dikehendaki memberikan sokongan kepada semua anggotanya. Konfederalisme merupakan bentuk utama fahaman antara kerajaan, ini ditakrifkan sebagai sebarang bentuk interaksi antara negeri-negeri yang berlaku atas dasar kemerdekaan berdaulat atau pemerintahan.

Sifat perhubungan di antara negara anggota yang membentuk konfederasi berbeza-beza dengan ketara. Begitu juga, hubungan antara negara anggota dan kerajaan pusat, dan pembahagian kuasa di antara mereka sangat berubah-ubah. Sesetengah konfederasi yang lebih longgar mempunyai persamaan dengan organisasi antarabangsa. Konfederasi lain dengan peraturan ketat mungkin menyerupai sistem persekutuan.

Disebabkan negara-negara anggota konfederasi mengekalkan kedaulatan mereka, mereka mempunyai hak pemisahan yang tersirat. Ahli falsafah politik Emmerich Vattel mengamati: 'Beberapa negeri yang berdaulat dan bebas boleh bersama-sama bersatu dengan sebuah pergabungan yang kekal tanpa masing-masing perlu berhenti menjadi negeri yang sempurna. ... Pertimbangan akan hal yang sama tidak akan memberi kemudaratan kepada kedaulatan setiap ahli'.[2]

Di bawah perjanjian pergabungan, berbeza dengan persekutuan, kekuasaan peringkat pusat lebih lemah.[3] Keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat dalam badan perundangan dewan tunggal, sebuah majlis negeri anggota, memerlukan tindakan lanjutan oleh negara-negara anggota untuk berkuatkuasa. Oleh itu, ia bukanlah undang-undang yang bertindak secara langsung kepada individu, tetapi sebaliknya mempunyai lebih banyak diadun oleh perjanjian antara negeri.[4] Juga, pengambilan keputusan dalam kerajaan pusat biasanya diteruskan dengan persetujuan (kesepakatan sebulat suara) dan bukan majoriti, yang menjadikanna suatu pemerintahan yang perlahan dan tidak cekap. Ciri-ciri bermasalah ini, yang mengehadkan keberkesanan kesatuan, bermakna tekanan politik cenderung terbina dari masa ke masa untuk peralihan kepada sistem kerajaan persekutuan, seperti yang berlaku dalam kesatuan serantau Amerika, Switzerland, Jerman dan Eropah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oxford English Dictionary
  2. ^ Vattel, Emmerich (1758) The Law of Nations, cited in Wood, Gordon (1969) The Creation of the American Republic 1776 - 1787, University of North Carolina Press, Chapel Hill, p.355.
  3. ^ McCormick, John (2002) Understanding the European Union: a Concise Introduction, Palgrave, Basingstoke, p. 6.
  4. ^ This was the key feature that distinguished the first American union, under the Articles of Confederation of 1781, from the second, under the US Constitution of 1789. Alexander Hamilton, in Federalist 15, called the absence of directly-effective law in the Articles a 'defect' and the ‘great and radical vice’ in the initial system. Madison, James, Hamilton, Alexander and Jay, John (1987) The Federalist Papers, Penguin, Harmondsworth, p. 147.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Autonomous types of first-tier administration