Pergerakan Mau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perarakan menunjuk perasaan oleh anggota-anggota Mau di Apia, tahun 1929

Pergerakan Mau merupakan suatu pergerakan bukan ganas yang mendokong kemerdekaan Samoa daripada penjajahan di bawah slogan "Samoa mo Samoa" ("Samoa untuk orang Samoa"), dari seawal kekuasaan tersebut dilakukan pihak Empayar Jerman ke atas mereka sampailah ketika Samoa dinaungi dalam pemerintahan New Zealand. Pergerakan ini mula tercetus di pulau Savai'i pada awal tahun 1900-an dan lama kelamaan menguatnya sokongandiperolehi ramai pada tahun 2 dekad kemudian[1] dengan bertambahnya sokongan dalam kalangan ketua-ketua adat setempat[2] serta kaum wanita yang mengetuai pertubuhan dan tunjuk perasaan menggiat dalam perjuangan ini.

Pergerakan ini membuahkan hasil dengan pemutusan kemerdekaan Samoa pada tahun 1962.

Susur sejarah[sunting | sunting sumber]

Zaman kekuasaan Jerman[sunting | sunting sumber]

Pada 1908, suatu pertelingkahan antara pihak Empayar Jerman dengan Majlis Ketua Samoa (Malo o Samoa) mengenai ehwal ekonomi penubuhan suatu syarikat kopra dimiliki sepenuhnya warga peribumi Samoa mendorong kepada pembentukan suatu gerakan pemberontakan di pulau Savai'i, Mau a Pule, pimpinan Lauaki Namulau'ulu Mamoe dari Safotulafai.

Zaman kekuasaan New Zealand - berikutan wabak influenza 1919[sunting | sunting sumber]

Kapal SS Talune di dok Port Chalmers, New Zealand; sekitar tahun 1890-an

Pada 7 November 1918, sebuah kapal saudagar milik New Zealand bernama SS Talune dibenarkan berlabuh di Apia meskipun banyak penumpangnya dijangkiti penyakit influenza berikutan pandemik hebat yang berlaku awal tahun itu. Jangkitan ini merebak kepada penduduk setempat Samoa di mana beberapa orang dilaporkan mati dua hari kemudian; bilangan korban influenza ini meningkat mendadak kepada sebanyak 7,542 orang Samoa selewat 31 Disember dan akhirnya 8,500 orang atau 22% penduduk Samoa Barat pada 1919.[3] Sikap lepas tangan pemerintah New Zealand yang barangkali boleh membantu mencegah bencana ini daripada bertambah teruk[4] sehingga pihak Kolonel Samoa sendiri menolak keras dan menghalang bantuan perubatan penting dari pemerintahan Samoa Amerika yang berjiranan membangkitkan semula kemarahan orang Samoa terhadap pihak penjajah.

Black Saturday[sunting | sunting sumber]

Pada hari Sabtu tanggal 28 Disember 1929, suatu keramaian aman berkumpul untuk menyambut pulang Alfred Smyth, seorang pejuang kemerdekaan kelahiran Australia yang dibuang negeri dua tahun lepas. Polis New Zealand segera meleraikan perjumpaan ini, mereka diserang batu dipaling penunjuk perasaan Samoa namun bertindak balas dengan menembak ke arah orang ramai, penembakan ini mengorbankan tiga orang termasuk salah satu ketua pergerakan ini, Tupua Tamasese Lealofi III.

Suatu pemburuan terhadap anggota-anggota Mau ini dilaksanakan Tentera Laut New Zealand pada 12 Januari 1930 namun mereka gagal memberkas para pemberontak ini yang mampu mencari tempat persembunyian dalam selokbelok belantara pulau. Suatu pendamaian sementara diisytiharkan pada 12 Mac tahun sama.

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Pergelutan yang berlaku ini ada mendapat perhatian daripada warga New Zealand sendiri sehingga menjadi satu isu diungkitkan dalam pilihan raya sana tahun 1936. Suatu kabinet baharu diketuai Parti Buruh New Zealand pada 1936 akhirnya mendorong terbukanya peluang kepada warga Samoa untuk memerintah sendiri.

Permohonan maaf[sunting | sunting sumber]

Semasa ulang tahun ke-40 kemerdekaan Samoa pada 2002 di Apia, Perdana Menteri New Zealand Helen Clark sebagai tetamu undangan membuat permohonan maaf mengakui kesalahan kerajaannya menindas warga Samoa - meskipun pernyataan tersebut tidak dirancang dari Clark sendiri, namun pengakuan tersebut sangat dipuji serta mengharukan orang Samoa yang menyaksikan.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The rise of the Mau movement". Nzhistory.net.nz. New Zealand in Samoa. New Zealand history online. Dicapai pada 1 September 2010.
  2. ^ Wendt, Albert. "Guardians of the West". Dicapai pada 21 February 2009.
  3. ^ Rice, G. (2005). Black November – the 1918 influenza pandemic in New Zealand (edisi ke-2). Christchurch, New Zealand: Canterbury University Press. ISBN 1-877257-35-4
  4. ^ Dictionary of New Zealand Biography, Robert Logan
  5. ^ "Apology to Samoa surprises New Zealand". BBC News. 4 June 2002. Dicapai pada 12 May 2010.
  6. ^ "Emotions high as Clark seeks closure in Samoa - Tapu Misa". New Zealand Herald. 5 Jun 2002. Dicapai pada 1 September 2010.