Pergerakan pelajar Bakung Liar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salah satu perarakan tunjuk perasaan dilakukan siswa-siswi universiti di Taipei pada 18 Mac 1990.

Pergerakan pelajar Bakung Liar (Cina Tradisional: 野百合學運; pinyin: Yě Bǎihé xuéyùn) atau gerakan pelajar Mac (Cina Tradisional: 三月學運; pinyin: sānyuě xuéyùn) dilangsungkan di Taiwan dari 16 hingga 22 hari bulan Mac 1990 di mana hampir 6,000 orang pelajar kolej dari seluruh pulau tersebut berkumpul di dataran luar Dewan Peringatan Chiang Kai-shek (kini Dataran Merdeka Taipei) lalu melakukan mogok duduk sambil mengemukakan beberapa syarat utama iaitu "pembubaran Dewan Negara ", "pemansuhan fasal sementara " serta pengadaan pilihan raya utama untuk Presiden dan Naib Presiden serta wakil-wakil Perhimpunan Negara.

Ia adalah pergerakan pelajar besar-besaran pertama yang pernah dialami Taiwan sejak bermulanya pemerintahan republik Kuomintang berpindah ke pulau tersebut pada zaman Perang Saudara China. Ia mempunyai pengaruh besar terhadap ehwal kenegaraan Taiwan (yang sebelum ini diperintah secara undang-undang darurat) sehingga banyak tindakan dilakukan yang merombak negara ini menjadi lebih bebas secara demokratiknya.

Pergerakan ini dinamakan sedemikian kerana para peserta yang menunjuk perasaan memakai bunga bakung putih melambangkan kesucian dan ketabahan, malah dikaitkan dengan orang asal pulau Taiwan yang dijadikan simbol pemberi semangat.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Botanists' labor of love revives Formosan lily population". Taiwan Info. taiwaninfo.nat.gov.tw. 2003-12-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-22. Dicapai pada 2014-02-13.