Pergeseran Vokal Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:English phonology topics

Pergeseran Vokal Besar (bahasa Inggeris: Great Vowel Shift) merupakan perubahan yang berturut-turut dalam sebutan bahasa Inggeris yang berlangsung terutamanya antara tahun 1400 dan 1700, bermula di selatan England dan kini telah mempengaruhi kesemua dialek bahasa Inggeris pada hakikatnya. Melalui pergeseran vokal ini, sebutan kesemua vokal panjang bahasa Inggeris Pertengahan telah diubah. Beberapa bunyi konsonan diubah juga, terutamanya bunyi yang menjadi senyap; istilah Great Vowel Shift kadangkala digunakan untuk memasukkan perubahan konsonan ini.[1][2]

Ejaan bahasa Inggeris mula dibakukan pada abad ke-15 dan ke-16, dan Pergeseran Vokal Besar ialah sebab utama ejaan bahasa Inggeris kini kerap sangat menyimpang daripada cara ia melambangkan sebutan.[3] Pergeseran Vokal Besar kali pertama dikaji oleh Otto Jespersen (1860–1943), seorang ahli linguistik dan ahli pengajian Inggeris Denmark, yang mencipta istilah tersebut.[4]

Punca[sunting | sunting sumber]

Punca Pergeseran Vokal Besar telah menjadi sumber bahas sarjana yang gigih, dan sekarang tiada kesepakatan yang kukuh. Perubahan terbesar belaku semasa abad ke-15 dan ke-16.

  • Migrasi populasi: Beberapa sarjana telah berhujah bahawa migrasi orang yang pesat dari utara England ke tenggara berikutan Maut Hitam menyebabkan pencampuran aksen yang memaksa perubahan dalam vernakular London baku.
  • Kata pinjaman bahasa Perancis: Yang lain berhujah bahawa pemasukan kata pinjaman bahasa Perancis dengan banyaknya merupakan faktor utama dalam pergeseran tersebut.[5]
  • Pembetulan berlebihan kelas pertengahan: Namun yang lain menegaskan bahawa kerana darjat sebutan bahasa Perancis yang meningkat dalam kalangan kelas pertengahan (mungkin berkaitan dengan golongan bangsawan Inggeris menukar dari bahasa Perancis ke bahasa Inggeris sekitar masa ini), proses pembetulan berlebihan mungkin memulakan pergeseran yang tidak sengaja mengakibatkan dalam sebutan vokal yang merupakan ajukan sebutan bahasa Perancis.[6]
  • Perang dengan Perancis: Teori yang opposing berlawanan menyatakan bahawa perang dengan Perancis dan sentimen anti-Perancis yang umum menyebabkan pembetulan berlebihan dengan sengaja membuatkan bunyi bahasa Inggeris lebih kurang seperti bahasa Perancis.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stockwell, Robert (2002). "How Much Shifting Actually Occurred in the Historical English Vowel Shift?" (PDF). Dalam Minkova, Donka; Stockwell, Robert (penyunting). Studies in the History of the English Language: A Millennial Perspective. Mouton de Gruyter. ISBN 3-11-017368-9.
  2. ^ Wyld, H. C. (1957) [1914]. A Short History of English.
  3. ^ Denham, Kristin; Lobeck, Anne (2009). Linguistics for Everyone: An Introduction. Cengage Learning. m/s. 89. ISBN 9781413015898.
  4. ^ Labov, William (1994). Principles of Linguistic Change. Blackwell Publishing. m/s. 145. ISBN 0-631-17914-3.
  5. ^ Millward, C. M.; Hayes, Mary (2011). A Biography of the English Language (ed. 3rd). Wadsworth Publishing. m/s. 250. ISBN 978-0495906414.
  6. ^ Nevalainen, Terttu; Traugott, Elizabeth Closs, penyunting (2012). The Oxford Handbook of the History of English. Oxford University Press. m/s. 794. ISBN 9780199996384.
  7. ^ Asya Pereltsvaig (3 Ogos 2010). "Great Vowel Shift — part 3". Languages of the World.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Baugh, Alfred C.; Cable, Thomas (1993). A History of the English Language (ed. 4). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
  • Cable, Thomas (1983). A Companion to Baugh & Cable's History of the English Language. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
  • Cercignani, Fausto (1981). Shakespeare's Works and Elizabethan Pronunciation. Oxford: Clarendon Press.
  • Dillon, George L., "American English vowels", Studying Phonetics on the Net, diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-18, dicapai pada 2021-02-13
  • Dobson, E. J. (1968). English Pronunciation 1500–1700 (2 vols) (ed. 2). Oxford: Clarendon Press. (See vol. 2, 594–713 for discussion of long stressed vowels)
  • Freeborn, Dennis (1992). From Old English to Standard English: A Course Book in Language Variation Across Time. Ottawa, Canada: University of Ottawa Press.
  • Görlach, Manfred (1991). Introduction to Early Modern English. Cambridge University Press.
  • Kökeritz, Helge (1953). Shakespeare's Pronunciation. New Haven: Yale University Press.
  • Lass, Roger (2000). "Chapter 3: Phonology and Morphology". Dalam Lass, Roger (penyunting). The Cambridge History of the English Language, Volume III: 1476–1776. Cambridge University Press. m/s. 56–186.
  • Millward, Celia (1996). A Biography of the English Language (ed. 2). Fort Worth: Harcourt Brace.
  • Pyles, Thomas; Algeo, John (1993). The Origins and Development of the English Language (ed. 4). Orlando, FL: Harcourt Brace & Co.
  • Rogers, William 'Bill', A Simplified History of the Phonemes of English, Furman, diarkibkan daripada yang asal pada 2002-08-03

Pautan luar[sunting | sunting sumber]