Pergolakan di Tibet 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Warna jingga menandakan kawasan yang banyak diduduki orang Tibet

Pergolakan di Tibet 2008 tercetus disebabkan tunjuk perasaan pada 10 Mac 2008 (Hari Pemberontakan Tibet), iaitu ulang tahun ke-49 cubaan pemberontakan Tibet 1959 menentang pemerintahan China yang gagal. Tunjuk perasaan ini dimulakan oleh sami-sami Buddha yang menggesa pembebasan saudara-saudara mereka yang ditahan pada Oktober 2007 ketika menyambut penerimaan Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat oleh Dalai Lama pada 27 September 2007.[perlu rujukan] Tunjuk perasaan itu beralih kepada seruan kemerdekaan lalu mengakibatkan keganasan, rusuhan, pembakaran dan rampasan harta serta serangan terhadap golongan etnik bukan Tibet pada 14 Mac. Tunjuk perasaan ini dikatakan sebagai antara yang terbesar pernah dihadapi pemerintah komunis dalam jangka 20 tahun.[1]

Tibet secara rasminya merupakan sebuah kawasan autonomi Republik Rakyat China sejak tahun 1951. Meskipun diiktiraf kebanyakan negara dan Bangsa-bangsa Bersatu, namun kedaulatan China sering disangkal oleh pendukung kemerdekaan Tibet.

Maklumat terperinci sukar diperoleh kerana pihak berkuasa China melarang pihak media luar dari memasuki dan melaporkan rantau berkenaan, kecuali James Miles, seorang wartawan The Economist yang mendapat kebenaran untuk bercuti di situ selama seminggu yang kebetulan menyaksikan ketengangan yang berlaku.[2][3]

Keganasan di Lhasa[sunting | sunting sumber]

Seorang saksi di tempat kejadian berkata, sami-sami membakar kereta polis selepas satu demonstrasi berhampiran sebuah kuil kecil di Lhasa dihentikan oleh polis.[4] Ketegangan di Lhasa kian meningkat apabila tiga buah biara terbesar di bandaraya itu ditutup oleh ribuan askar dan polis bersenjata di tengah-tengah tunjuk perasaan terbesar sejak kira-kira 20 tahun. Pihak berkuasa China dilaporkan mengeluarkan tembakan amaran dan menggunakan gas pemedih mata dan penujah elektrik untuk menyuraikan ratusan penunjuk perasaan, di samping menahan seramai 50 orang sami.[4] Pegawai kedutaan AS di Beijing memaklumkan Associated Press bahawa warga AS telah melaporkan tembak-menembak dan rusuhan di Lhasa.[5]

Penunjuk perasaan kelihatan menyerang kedai-kedai dan kenderaan milik orang Cina Han, iaitu golongan etnik terbesar di China.[6] Menurut BBC, penunjuk perasaan tertumpu pada membakar dan menjarah premis perniagaan milik orang Han.[1] Menurut CNN, seorang gadis Han dimasukkan ke dalam hospital setelah dibelasah sekumpulan orang Tibet.[6]

Menurut The Economist, "Gerombolan penunjuk perasaan yang meliputi kumpulan-kumpulan pemuda kecil (ada yang berlengkapkan pedang tradisional Tibet) hingga kumpulan-kumpulan lebih besar termasuk wanita dan kanak-kanak, mengamuk di seluruh lorong-lorong sempit kawasan orang Tibet. Mereka mengecai bidai kedai-kedai, memecah masuk lalu merampas apa-apa yang mereka mampu, baik ketulan daging, kanister gas mahupun pakaian. Ada yang melarikan barang begitu sahaja, dan ada juga yang mencampak barang ke dalam api marak yang dinyalakan di jalanan.[1] "Little children could also be seen looting a toyshop..."[3]

The Guardian melaporkan bahawa menurut pengalaman saksi warga asing, penunjuk perasaan sering menyerang orang-orang Han, orang Hui Muslim dan golongan etnik minoriti lain, kecuali warga asing, lebih-lebih lagi kebanyakan hotel mengalami kemusnahan teruk kecuali yang milik orang Tibet.[7] Saksi itu juga melaporkan tiga orang penunjuk perasaan menikam seorang lelaki yang dalam keadaan pengsan.[7] Selepas batas waktu hari Isnin, polis China mengumumkan melalui pembesar suara bahawa sesiapa sahaja yang menyertai keganasan itu - termasuk bangsa Han yang ditikam dan dibelasah oleh orang Tibet - dan menyerah diri akan diberi layanan ringan.[8]

Penunjuk perasaan juga membakar sebuah masjid pada lewat malam Jumaat, mungkin sekali sebagai penanda rasa tidak puas terhadap kehadiran etnik Hui yang semakin meningkat di Lhasa.[9][10]

Seorang saksi Tibet mendakwa sebuah kenderaan berperisai hijau merempuh dan menggilis orang ramai kira-kira pukul 3 petang pada 14 Mac. Lori-lori tentera kemudian dikerah untuk menahan lebih 100 orang. [11]

Xinhua, agensi akhbar rasmi kerajaan Republik Rakyat China (PRC) melaporkan, pada hari Isnin, 160 lokasi di Lhasa dibakar oleh perusuh, termasuk sekolah, hospital, bank, pejabat akhbar dan kedai.[12]

Tunjuk perasaan di wilayah lain[sunting | sunting sumber]

Gansu
Qinghai
Sichuan

Gansu[sunting | sunting sumber]

Tunjuk perasaan Tibet tersebar di luar Kawasan Autonomi Tibet buat julung kalinya. Tunjuk perasan oleh etnik Tibet dan sami-sami berlangsung di wilayah barat laut Gansu pada hari Sabtu, 15 Mac 2008.[13] Tunjuk perasaan itu tertumpu di sekitar Biara Labrang Gansu, iaitu salah sebuah biara Buddha Tibet terbesar di luar Tibet.[13] Penunjuk perasaan berarak sepanjang jalan-jalan di Xiahe, sebuah daerah yang didominasi etnik Tibet di Gansu yang mengelilingi Biara Labrang.[14] Seramai 5,000 penunjuk perasaan dilaporkan terlibat dalam tunjuk perasaan di Gansu.[13] Terdapat juga laporan mengenai pejabat kerajaan China dirosakkan penunjuk perasaan, serta polis China menggunakan gas pemedih mata dan kekerasan untuk meleraikan tunjuk perasaan.[13]

Qinghai[sunting | sunting sumber]

Pihak berkuasa China dilaporkan telah menahan 12 orang sami Tibet berikutan satu kejadian di kawasan bersejarah Rebkong yang terletak di Prefektur Autonomi Tibet Huangnan di Qinghai.[14] Angkatan keselamatan China dilaporkan mengepung Biara Ditsa di Daerah Bayan.[14] Wilayah Qinghai bersempadan dengan Tibet dan mempunyai ramai penduduk Tibet.

Sichuan[sunting | sunting sumber]

Di wilayah Sichuan, sami-sami Tibet dan polis bertempur di daerah Aba pada 16 Mac selepas sami-sami mengadakan tunjuk perasaan, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang anggota polis terbunuh, manakala tiga atau empat buah van polis terbakar. Pusat Tibet untuk Hak Asasi Manusia dan Demokrasi yang bertapak di India mendakwa sekurang-kurangnya tujuh orang ditembak mati; namun dakwaan ini masih belum disahkan secara bebas.[15]

Beijing[sunting | sunting sumber]

Menurut Times Online, di Universiti Pusat untuk Bangsa-bangsa di Beijing, kira-kira 100 orang penuntut etnik Tibet mengadakan tunjuk perasaan aman di sebagai menyokong penunjuk perasaan di Tibet. Polis mengepung kawasan berkenaan, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap peserta tunjuk perasaan yang duduk diam dalam satu bulatan di tengah kampus.[16]

Tunjuk perasaan di luar China[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan pro-Tibet di luar kedutaan China di Paris (16 Mac)

Perancis[sunting | sunting sumber]

Gas pemedih mata digunakan oleh polis rusuhan tempatan di Paris, Perancis pada hari Ahad, 16 Mac di mana lebih 500 orang penunjuk perasaan berhimpun di luar kedutaan China di Lebuh George V. Polis telah menahan sepuluh orang. [17]

India[sunting | sunting sumber]

Orang Tibet yang tinggal di negeri Meghalaya di India menutup perniagaan mereka lalu mengadakan demonstrasi untuk membantah tindakan keras China di Tibet.[18]

Ratusan orang buangan Tibet di India berarak dari bandar Dharamshala ke sempadan India-China sebagai tanda rasa tidak puas hati mereka terhadap pendudukan China di Tibet. Pihak berkuasa India menahan lebih 100 orang penunjuk perasaan Tibet.[19] Polis India juga menahan 12 orang buangan Tibet yang cuba merempuh masuk kedutaan China di New Delhi.[20]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Di New York, lebih 100 orang mengadakan tunjuk perasaan di luar Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Jabatan Polis bandaraya ini berkata mereka menahan enam orang penunjuk perasaan pro-Tibet yang cuba memasuki bangunan itu.[21]

Tindak balas Republik Rakyat China[sunting | sunting sumber]

Republik Rakyat China bertindak dengan mengerah Polis Bersenjata Rakyat pada hari ketiga berlangsungnya tunjuk perasaan[4] dan menutup biara. Wartawan Hong Kong dipadam video dan foto yang diambil lalu dibawa keluar dari Tibet. China juga menolak gesaan media asing untuk memasuki Tibet. Menurut Jeneral Yang Deping, khidmat askar-askar dari Tentera Pembebasan Rakyat tidak akan digunakan.[22]

Pihak berkuasa juga dilaporkan khuatir bahawa tunjuk perasaan Tibet boleh merangsang aktivis Uyghur di wilayah Xinjiang yang berhampiran untuk turut mengadakan tunjuk perasaan di jalanan.[14]

Gyaincain Norbu, Panchen Lama yang dilantik China, mengecam kejadian ini dengan berkata "tindakan perusuh itu bukan sahaja mengancam kepentingan negara dan rakyat, malah bercanggah dengan matlamat agama Buddha. Kami dengan tegasnya menentang segala kegiatan yang memecahbelahkan negara dan menghakis perpaduan sesama etnik. Kami mengecam sepenuhnya jenayah yang dilakukan sebilangan kecil orang yang membahayakan nyawa dan harta rakyat."[23]

Korban[sunting | sunting sumber]

Radio Free Asia yang dibiayai Kongres Amerika Syarikat memetik saksi yang mendakwa terlihat dua mayat di jalanan Lhasa.[1]

Agensi Berita Xinhua yang dikawal negeri China melaporkan pada 15 Mac bahawa setakat ini 10 orang dibakar sampai mati oleh perusuh, termasuk dua kakitangan hotel dan dua tauke kedai.[24] Adalah dilaporkan juga bahawa semua mangsa adalah orang awam yang tidak bersalah.[25] and that most of them were business people.[26]

Di satu sidang akhbar pada 17 Mac, gabenor Kawasan Autonomi Tibet Champa Phuntsok dilaporkan mengumumkan 16 sudah disahkan terkorban dan puluhan lagi cedera sepanjang hujung minggu yang huru-hara itu.[27] Sumber-sumber lain menyatakan bahawa China mendakwa 13 orang terkorban di Lhasa.[28]

Pada 15 Mac, Kerajaan Tibet dalam buangan menyatakan bahawa mereka menerima "laporan-laporan belum pasti" bahawa seramai 100 orang terkorban dalam pergolakan di Tibet.[29] Pada hari seterusnya, kerajaan buangan itu berkata sekurang-kurangnya 80 kematian telah disahkan.[30]

Menurut James Miles, wartawan The Economist di Lhasa, korban di kalangan polis termasuk orang Tibet dan juga Cina Han yang menjadi sasaran dalam keganasan ini. Qiangba Puncog, selaku ketua kerajaan wilayah Tibet, berkata bahawa polis China tidak menembak atau menggunakan senjata pembinasa anggota terhadapa penunjuk perasaan Tibet, sekalipun orang Tibet mencederakan 61 pegawai polis, termasuk enam orang dalam keadaan parah,[12] manakala kerajaan Tibet yang disokong Beijing pula melaporkan bahawa 13 orang awam tidak bersalah telah dibunuh oleh gerombolan penunjuk perasaan.[31]

Reaksi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Tibet Dalai Lama, ketua Kerajaan Tibet dalam buangan di India, menggesa kerajaan China agar berhenti menggunakan kekerasan, lalu menggesa orang Tibet agar menghindari keganasan.[32] kata beliau, jika keganasan berterusan, beliau akan meletak jawatan selaku ketua kerajaan dalam buangan, serta menegaskan bahawa beliau cuma hendak mendapatkan lebih banyak autonomi untuk Tibet, dan bukannya kemerdekaan penuh yang disifatkan beliau sebagai "mustahil".[33]
  • Jepun Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Nobutaka Machimura menyatakan bahawa pergolakan ini "secara asasnya merupakan isu domestik bagi China tetapi kami berharap agar kedua-dua pihak menahan diri agar kekacauan tidak merebak." Tambah beliau, "Saya hendak tahu dengan jelas bagaimana keadaan itu sebenarnya dan hakikat-hakikat di sebalik apa yang berlaku. Saya berharap agar semua pihak yang terlibat akan menangani situasi ini dengan tenang serta memastikan bilangan mangsa yang terkorban atau cedera tidak bertambah buruk."[34] Kazuo Kodama, setiausaha akhbar untuk Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, berkata dalam satu kenyataan bahawa Jepun berasa bimbang akan keadaan di Tibet dan sedang "memerhati situasi terkini di bandaraya Lhasa dengan teliti."[35]
  • Republik Rakyat China Perdana Menteri China Wen Jiabao menyalahkan penyokong Dalai Lama atas keganasan di Tibet. "Kami juga ada banyak bukti bahawa kejadian ini diatur, dirancang, didalang dan dicetuskan oleh klik Dalai." [36]
  • Rusia Pada 17 Mac, Rusia meluahkan harapan agar kerajaan China "akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menghentikan tindakan haram serta bersedia untuk memulihkan kembali keadaan secepat mungkin." Kementerian Luar Rusia juga berkata bahawa segala usaha untuk memboikot Sukan Olimpik Beijing "tidak boleh diterima."[37] Kementerian Luar juga mengaitkan kejadian di Tibet dengan perisytiharan kemerdekaan Kosovo sebelum ini, sebagai petanda makin ramai pergerakan yang meminta kemerdekaan.[38]
  • Singapura Singapura menyokong dasar kerajaan China untuk melindungi nyawa dan harta benda rakyatnya dari demonstrasi dengan penggunaan polis dan tentera secara minimum. Singapura juga menentang usaha untuk mempolitikkan Olimpik.[39]
  • Republik China Kementrian luar Republik China mengeluarkan kenyataan yang berkata, "Kami amat mengecam penggunaan kekerasan pihak China untuk menindas Tibet dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengawasi perkembangan di Tibet." Majlis Hal Ehwal Tanah Besar juga mengecam respons China.[40]
  • United Kingdom Perdana Menteri Gordon Brown memberitahu Dewan Rakyat United Kingdom pada 19 Mac 2008, bahawa beliau berbincang dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao untuk "menggesa berakhirlah keganasan". Brown mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan Dalai Lama yang mengunjungi Britain. [41]
  • Amerika Syarikat Duta Amerika Syarikat ke Beijing Clark Randt urged China to exercise restraint. While meeting with the Dalai Lama in Dharmsala, House Speaker Nancy Pelosi called on demonstrators to denounce Chinese rule.[32][42]
  • Kesatuan Eropah Pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah meminta China agar menahankan diri dan menghormati hak asasi manusia. Wakil Tinggi EU Javier Solana berkata ini tidak akan menjejaskan penglibatan Eropah dalam Sukan Olimpik Beijing .[43]
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia Louise Arbour menggesa kerajaan China agar membenarkan penunjuk perasaan "melaksanakan hak mereka untuk bebas bersuara dan berhimpun" serta menghindari kekerasan melampau atau penindasan terhadap individu-individu yang ditahan.[44] Setiausaha Agung Ban Ki-Moon menggesa agar "resolusi damai" dicapai tetapi menafikan kemungkinan PBB campur tangan.[45]

Kemungkinan boikot Olimpik[sunting | sunting sumber]

Menurut naib presiden Majlis Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach, beberapa atlit hendak memboikot Sukan Olimpik 2008 pada bulan Ogos akan datang gara-gara kejadian di Tibet.[46] Beliau berkata bahawa beliau memahami perasaan mereka tetapi menggesa mereka agar hadir bertanding juga. "Mereka akan sedar apabila mereka menilai situasi berkenaan bahawa adalah lebih baik untuk hadir daripada menghindari diri. Inilah petanda yang akan dilihat oleh orang ramai," kata beliau.

Ahli-ahli Kesatuan Eropah dan Jawatankuasa-jawatankuasa Olimpik meluahkan bantahan terhadap cadangan memboikot Sukan Beijing gara-gara cara China menangani tunjuk perasaan di Tibet, dengan menyatakan bahawa sukan tidak patut dihubungkaitkan dengan politik.[37] Patrick Hickey, selaku ketua Jawatankuasa Olimpik Eropah, berkata dalam satu temubual dengan Associated Press, "Kami tidak akan menyokong boikot walau apa sekalipun. Kami 100 peratus sebulat suara. Tiada seorang ketua kerajaan pun menggesa boikot. Boikot cuma m,enghukum atlit."[37] Jawatankuasa Olimpik Australia juga membantah,[37] dan, sehingga hari ini, tiada satu kerajaan pun yang menyeru boikot pun.[47] Bagaimanapun, Menteri Luar Perancis Bernard Kouchner tidak mengenepikan cadangan boikot itu.[48][49]

Dalai Lama sendiri menegaskan bahawa beliau menentang apa jua boikot, dengan berkata bahawa rakyat China tidak patut dipersalahkan atas keadaan di tanah air beliau. Beliau berkaat Beijing perlu "diingatkan agar menjadi tuan rumah yang baik" di Sukan Olimpik.[50]

Kebanyakan penaja Olimpik Beijing kini menghadapi tekanan termasuk Lenovo, Coca-Cola, Samsung, dan McDonalds.[51] Pergolakan ini dibandingkan dengan pemulauan penaja dari Sukan Atlanta 1996 gara-gara sentimen anti-homoseksual, dan juga Sukan Sydney 2000 mengenai hak-hak pribumi Australia.[52][51]

Perdana Menteri Poland Donald Tusk telah memutuskan untuk memboikot upacara pembukaan Olimpik Beijing, menjadikan beliau ketua kerajaan Eropah pertama yang mengumumkan pemulauan [53]

Pada 28 Mac 2008 canselor Jerman, Angela Merkel, berkata beliau tidak akan menghadiri Olympik.[54] Namun menteri luar Jerman berkata Merkel tidak pernah sekalipun bercadang untuk melawat Beijing, maka "tiada apa-apa untuk dibatalkan", dan "tiada kaitan dengan Tibet".[55]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Deaths reported in Tibet protests". BBC News. 15 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Monks on the march, The Economist, 13 Mac 2008
  3. ^ a b Fire on the roof of the world The Economist March 14, 2008
  4. ^ a b c Tibet protests turn violent Al-Jazeera 14 Mac 2008
  5. ^ Shops on fire amid Tibet protests BBC
  6. ^ a b Tibet in turmoil as riots grip capital CNN 14 Mac 2008
  7. ^ a b Eyewitness account of violence between protesters and police in Tibet The Guardian March 15, 2008
  8. ^ [1]
  9. ^ News Yahoo!
  10. ^ News Yahoo!
  11. ^ Laporan Daily Yomiuri
  12. ^ a b "China's premier blames Dalai Lama 'clique' for violence in Tibet". CNN. 18 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ a b c d Spencer, Richard (2008-03-15). "Tibet protests continue after day of violence". The Telegraph. Dicapai 2008-03-15. 
  14. ^ a b c d Spencer, Richard (2008-03-15). "Q&A: The showdown in Tibet. Why would Tibet boil over right now". Chicago Tribune. Diarkibkan daripada asal pada 2012-07-31. Dicapai 2008-03-16. 
  15. ^ Yahoo News!
  16. ^ Beijing students in silent protest for Tibet, Times Online, 17 Mac 2008
  17. ^ http://sport.guardian.co.uk/breakingnews/feedstory/0,,-7389729,00.html
  18. ^ "Meghalaya Tibetans protest Lhasa killings". Sify News. 2008-03-15. Dicapai 2008-03-16. 
  19. ^ [2]
  20. ^ AFP. "Indian Police Arrest 50 Tibetans At Chinese Embassy"
  21. ^ http://www.reuters.com/article/topNews/idUSN1442309920080314
  22. ^ http://www.nytimes.com/2008/03/16/world/asia/16tibet.html
  23. ^ http://english.people.com.cn/90001/90776/90882/6374367.html
  24. ^ "Chinese security forces swarm Tibet". Yahoo! News. 15 Mac 2008. Diarkibkan daripada asal pada 2008-03-16. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  25. ^ "'The victims are all innocent civilians'". Independent Online. 15 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  26. ^ "Ten people killed in Tibet riots". Channel NewsAsia. 15 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  27. ^ "Tibet governor promises leniency, says death toll is 16 as protests spread". Yahoo! News. 17 Mac 2008. Diarkibkan daripada asal pada 2008-03-20. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  28. ^ "China and Dalai Lama face off over Tibet unrest". Reuters. 18 Mac 2008. Dicapai 2008-03-21.  Check date values in: |date= (bantuan)
  29. ^ "Tibet government in exile reports of 100 dead in China protests". Ynetnews. 15 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  30. ^ "Dalai Lama: China causing 'cultural genocide'". CNN. 17 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  31. ^ "UN calls for restraint in Tibet". BBC News. 17 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  32. ^ a b "Deaths reported in Tibet as China blames Dalai Lama". Reuters. 14 Mac 2008. Dicapai 2008-03-14.  Check date values in: |date= (bantuan)
  33. ^ "China blames Dalai Lama for riots". BBC News. 18 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  34. ^ "In quotes: Reaction to Tibet protests". BBC News. 17 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  35. ^ "Japan expresses concern about Tibet situation". Japan Today. 16 Mac 2008. Dicapai 2008-03-16.  Check date values in: |date= (bantuan)
  36. ^ "Report: Over 100 surrender, admit involvement in Tibet clashes". CNN. 19 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  37. ^ a b c d "China vows to protect its territory, blames Dalai Lama for attacks on embassies". Yahoo! News. 18 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  38. ^ "Russia links Tibet violence to Kosovo precedent". RIA Novosti. 18 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  39. ^ Kenyataan Kementerian Luar Singapura mengenai situasi di Tibet.
  40. ^ "Taiwan criticises China over Tibet". Reuters. 15 Mac 2008. Dicapai 2008-03-15.  Check date values in: |date= (bantuan)
  41. ^ "Brown planning to meet Dalai Lama". BBC. 19 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  42. ^ "Pelosi denounces China's Tibet crackdown". Associated Press. 21 Mac 2008. Diarkibkan daripada asal pada 2008-03-24. Dicapai 2008-03-21.  Check date values in: |date= (bantuan)
  43. ^ "EU urges China to show restraint in Tibet". Reuters. 14 Mac 2008. Dicapai 2008-03-14.  Check date values in: |date= (bantuan)
  44. ^ "China should allow demonstrations in Tibet — U.N." Reuters. 14 Mac 2008. Dicapai 2008-03-14.  Check date values in: |date= (bantuan)
  45. ^ "UN calls for restraint in Tibet". BBC News. 17 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  46. ^ Olympic official: athletes mulling Beijing boycott
  47. ^ "No calls for Olympic boycott". Regina Leader-Post. 17 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  48. ^ "Calls mount for Olympic ceremony boycott". Yahoo! News. 18 Mac 2008. Diarkibkan daripada asal pada 2008-03-20. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  49. ^ "France raises idea of boycotting Olympics ceremony over Tibet". International Herald Tribune. 18 Mac 2008. Diarkibkan daripada asal pada 2008-03-20. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  50. ^ "Dalai Lama against Olympic boycott". Yahoo! News. 18 Mac 2008. Dicapai 2008-03-19.  Check date values in: |date= (bantuan)
  51. ^ a b "Tibet adds pressure for Olympic sponsors". KansasCity.com. 20 Mac 2008. Dicapai 2008-03-20.  Check date values in: |date= (bantuan)
  52. ^ "Sponsors caught in political crossfire". South China Morning Post. 20 Mac 2008. Dicapai 2008-03-21.  Check date values in: |date= (bantuan)
  53. ^ "Polish government to boycott opening of Olympics" (dalam bahasa English). Warsaw: Warsaw Business Journal. 27 Mac 2008. Dicapai 2008-03-27.  Check date values in: |date= (bantuan)
  54. ^ "Markel says she will not attend opening of Beijing Olympics" (dalam bahasa English). The Guardian. 29 Mac 2008. Dicapai 2008-03-29.  Check date values in: |date= (bantuan)
  55. ^ "Call for Olympic boycott rejected". BBC News. 2008-03-28. Dicapai 2008-03-29.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]