Pergi ke kandungan

Pergunungan Pontos

(Dilencongkan daripada Pergunungan Pontik)
Pergunungan Pontos
Biara Sumela di atas Pergunungan Pontos
Titik tertinggi
PuncakGunung Kaçkar
Ketinggian3,937 m (12,917 ka)
Dimensi
Panjang1,000 km (620 bt)
Geografi
NegaraTurki and Georgia
Koordinat banjaran40°30′U 40°30′T / 40.500°U 40.500°T / 40.500; 40.500

Pergunungan Pontos,[a] Pergunungan Parhar[b] atau Pergunungan Anatolia Utara (Turki: Kuzey Anadolu Dağları) merupakan sebuah banjaran gunung yang terbentang sepanjang kawasan Pontos menghadap Laut Hitam di utara Anatolia, Turki.

Panorama Pergunungan Pontik di Turki

Banjaran ini memanjang dari timur ke barat, menghampiri pantai selatan Laut Hitam. Ia menjangkau ke timur laut ke Georgia, dan ke barat ke Laut Marmara. Ia termasuk bahagian barat laut Pergunungan Küre, bersama dengan Pergunungan Akçakoca, dan Pergunungan Bolu, mengiringi pantai. Puncak tertinggi banjaran ini ialah Kaçkar Dağı, yang menjulang 3,937 m (12,917 ka) ke udara. Sesar Anatolia Utara dan Sesar Anatolia Timur Laut, yang merupakan sesar bumi yang merentas seluruh banjaran ini dari timur ke barat.

Istana Zilkale

Pergunungan ini biasanya dilitupi hutan tebal, kebanyakannya jenis konifer.

Hutan-hutan daun luruh dan konifer Anatolia Utara meliputi sebahagian besar banjaran ini, manakala hutan campuran Caucasus terletak di hujung timur jauh banjaran dan dinamakan Pergunungan Kaçkar. Di pantai yang sempit di antara pergunungan dan Laut Hitam dikenali sebagai Pontos, adanya hutan daun luruh Euksin-Colchia menempatkan salah seberapa buah hutan hujan iklim sederhana di dunia.

Kawasan ini adalah rumah kepada hidupan liar Eurasia seperti lang sikap Eurasia, helang emas, lang tengkuk timur, helang tompok kecil, geros hitam Kaukasia, serin dahi merah dan perayap dinding.[4]

Keadaan musim sejuk sangat teruk, dan salji turun walaupun pada bulan-bulan musim panas di ketinggian tertentu.[5]

Penara Anatolia, yang terletak di selatan banjaran ini, mempunyai iklim benua dan lebih kering berbanding pesisirnya yang lembap dan sederhana, disebabkan oleh kesan bayangan hujan banjaran.[6]

Nota-nota

[sunting | sunting sumber]
  1. Yunani: Ποντιακές Άλπεις Póntos Halpeis, Ποντιακά Παρχάραι Póntos Parkhárai atau Πόντος Όρη Póntos Óri
  2. Bahasa Yunani Pontos: Παρχάραι Parkhárai daripada kata bahasa Het parhar "tinggi, puncak",[1] Παρυάδρης Paryadres;[2] Latin: Parihedri)[3]
  1. Karadeniz Ansiklopedik Sözlük Diarkibkan 2008-05-13 di Wayback Machine. Lihat rencana "Parhar" (penara) dan "Parhal" (kampung).
  2. Strabo. "XI". Geographica. m/s. xii.4.
  3. Gaius Plinius Secundus. "VI". Naturalis Historia. m/s. iix.25.
  4. Couzens, Dominic (2008). Top 100 Birding Sites of the World. University of California Press. m/s. 73–75. ISBN 978-0-520-25932-4.
  5. "File:Koppen-Geiger Map TUR present.svg". commons.wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris). 6 November 2018. Dicapai pada 2021-03-14.
  6. Pontic Mountains and highlands Diarkibkan 2014-02-26 di Wayback Machine