Pergunungan Taebaek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pergunungan Taebaek
Lokasi Pergunungan Taebaek.
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanTaebaek Sanmaek
McCune–ReischauerT'aebaek Sanmaek

Pergunungan Taebaek (Jawi: ڤرݢونوڠن تيبيك) merupakan sebuah banjaran gunung yang terletak di Semenanjung Korea. Penghujung utara pergunungan ini terletak di bandar raya Wonsan, wilayah Kangwon, Korea Utara manakala penghujung selatannya pula berada di bandar raya metropolitan Busan, Korea Selatan.

Antara puncak tertinggi di Pergunungan Taebaek ialah Gunung Seorak (1,708 m), Gunung Kumgang (1,638 m), Gunung Taebaek (1,566.7 m) dan Gunung Odae (1,563 m). Sungai–sungai terpenting di Korea Selatan seperti Sungai Han dan Sungai Nakdong berpunca dari pergunungan ini.