Perhiasan kebesaran diraja United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mahkota St Edward, orbus, cincin dan cogan alam dimiliki kerabat diraja British

Perhiasan Kebesaran Diraja United Kingdom atau Mahkota Permata United Kingdom (Bahasa Inggeris: Crown Jewels of the United Kingdom) merupakan 140 alat kebesaran diraja yang disimpan di Menara London termasuk alat kebesaran dan persalinan yang dipakai oleh raja (atau ratu) dan permaisuri (atau Putera Suami) sewaktu pertabalan baginda berdua.

Sebagai simbol kepada 800 tahun pemerintahan beraja, penggunaan alat kebesaran pertabalan di United Kingdom adalah satu-satunya yang masih berjalan di Eropah – monarki masa kini di negara lain telah mengabaikan pertabalan dengan mendukung upacara perlantikan atau penobatan (naik takhta) – dan merupakan set alat kebesaran yang terbesar di dunia. Objek-objek yang digunakan untuk menganugerahkan dan memahkotakan monarki yang pelbagai menunjukkan peranan baginda sebagai sebagai ketua negara (atau ketua negeri), Gabenor Agung Gereja England dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera British.

Penggunaan alat kebesaran oleh raja (atau ratu) di England boleh disusuri pada sejarah awalnya. Suatu set alat kebesaran pertabalan, yang pernah menjadi milik Edward si Pengaku, diwujudkan selepas baginda menjadi seorang santo pada abad ke-12. Pada zaman Tudor, ia menjadi suatu kebiasaan bagi seseorang raja untuk mewarisi alat kebesaran diraja daripada pendahulunya. Kebanyakan koleksi pada hari ini secara keseluruhannya bermula dari sekitar 350 tahun yang lalu ketika Raja Charles II menaiki takhta. Alat-alat kebesaran pada zaman pertengahan dan Tudor telah dijual atau dileburkan selepas sistem beraja dimansuhkan pada tahun 1649 ketika Perang Saudara Inggeris. Hanya empat barang asli sebelum tarikh Pemulihan yang masih wujud iaitu sudu pelumuran lewat abad ke-12 yang merupakan objek tertua dalam koleksi dan tiga pedang dari awal abad ke-17.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]