Perhimpunan Agung UMNO 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perhimpunan Agung UMNO ke 61 dilansungkan pada 19 Oktober 2010 sehingga 23 Oktober 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Agenda Perhimpunan[sunting | sunting sumber]

  • Presiden Parti UMNO, Datuk Seri Najib Razak telah membuat ucapan dasarnya sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka yang bertajuk 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran'. Antara agenda yang dicanangkan adalah kemestian UMNO untuk mempertahankan Putrajaya dari pembangkang serta menggalas misi kerajan melalui Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan Enam NKRAnya serta Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP.
  • Timbalan Presiden Parti UMNO pula merasmikan secara serentak tiga sayap UMNO iaitu sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.
  • Mengusulkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang berperanan sebagai badan pemantau dan penyelaras agenda golongan itu. Ia bertujuan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIC) yang betul-betul berjaya.
  • Datuk Seri Najib Razak, melancarkan buku bertajuk "Jawapan Najib" yang dihasilkan berdasarkan teks ucapan terpilih sepanjang beliau menerajui kerajaan mulai 3 April 2009. Buku terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) itu dipasarkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Buat pertama kalinya, Solat Jumaat diadakan di PWTC semasa berlangsungnya perhimpunan ini. Ia diimamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]