Perhimpunan Anti ISA 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Perhimpunan Anti ISA 2008 telah diadakan pada waktu malam, jam 8.00 -9.00 , Sabtu, 27 September 2008 di Puduraya, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Hampir 2000 dari pelbagai NGO dan parti pembangkang turut serta. Mereka menuntut kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sehingga kini Raja Petra Kamaruddin belum dibebaskan tetapi Teresa Kok, Tan Hoon Cheng dan Syed Azidi telah dibebaskan sebelum hari raya AidilFitri.

Anjuran[sunting | sunting sumber]

Difahamkan Barisan Bertindak Hak Hindu (HIndraf) dan gabungan NGO yang diketuai oleh Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) - merancang memasang ratusan lilin di Dataran Merdeka jam 7.30 sempena malam minggu dan bulan puasa ini. Kemudian kumpulan 500 orang ini berarak ke kuil Hindu berhadapan Puduraya. Mereka melaungkan “Mansuhkan ISA”, “Bebaskan Raja Petra” dan “Hindraf Valga (Hidup Hindraf)”. Beberapa peserta memberi ucapan termasuk Penyelaras pusat Hindraf, R Thanenthiran. Beliau menggesa pembebasan tahanan ISA. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak boleh memutuskan seorang diri apakah yang terbaik untuk negara. Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran memberitahu hadirin bahawa perhimpunan tersebut diadakan untuk mengingati ulangtahun pertama penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA dan kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting. Perhimpunan selanjutnya akan diadakan sehingga semua tahanan dibebaskan.


Pindah ke Puduraya[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya perhimpunan dijadualkan di Dataran Merdeka dan berarak ke Stesen LRT berhampiran Masjid Jamek, Jalan Tun Perak. Tetapi polis Kuala Lumpur telah membuat sekatan jalan di beberapa simpang dan lokasi menyebabkan lokasi perhimpunan itu dipindah ke tempat awam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman menjelaskan tiada insiden buruk berlaku dan tiada tangkapan dibuat. Perhimpunan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di Puduraya. Thanenthiran menyatakan perhimpunan malam ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman untuk menyuarakan isi hati.Jika pihak polis mematuhi undang-undang, kita pun boleh mematuhi undang-undang. Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy mengucap terima kasih kepada pihak polis kerana membenarkan perarakan aman itu diadakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]