Perhimpunan Bersih 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perhimpunan Bersih 2.0)
Perhimpunan Bersih 2011
Para penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan di Kuala Lumpur secara aman sebelum polis menghadapi mereka.
Tarikh9 Julai 2011
Lokasi
MatlamatUntuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.
StatusBersurai
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
Ambiga Sreenevasan Khairy Jamaluddin
Bilangan
20,000[1][2]
(50,000 didakwa)[3]
500[4]
Korban
1

Perhimpunan Bersih 2011 atau 'BERSIH 2.0' dirancang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai 2011. Pengerusi penganjurnya ialah Datuk Ambiga Sreenevasan. Perhimpunan Bersih sebelum ini telah diadakan pada 2007 dengan matlamat untuk membersihkan perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Rancangan awal lokasi utama ialah di Masjid Kampung Baru, Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka. Selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah, penganjur perhimpunan menerima tawaran kerajaan untuk berhimpun di stadium.[5]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Parti perikatan pemerintah di Malaysia, Barisan Nasional (BN), yang terdiri daripada pelbagai parti yang mewakili kaum-kaum utama di Malaysia, telah menang setiap pilihan raya umum yang diadakan sejak kemerdekaan pada tahun 1957.[6] Parti-parti pembangkang serta pertubuhan awam telah lama mendakwa dengan mengatakan BN telah memanipulasikan keputusan pilihan raya supaya berpihak kepadanya.[7][8][9][10][11][12][13]

Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mohamad Sabu berkata terdapat "kebimbangan" mengenai bagaimana pilihan raya umum akan datang bakal dijalankan. Dia tidak mahu ketidakadilan berlaku dalam proses pilihanraya samaada dari pihaknya mahupun pihak kerajaan.[7] Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) "telah menyalahgunakan kuasa," serta mendakwa terdapat "salah guna media yang berleluasa."[8] Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) Teresa Kok menuduh kononnya BN "menyempadankan semula" serta "mengagihkan" kawasan pilihan raya.[9] Dia juga telah menunjukkan bagaimana bahagian kerusi parti pembangkang di parlimen adalah lebih daripada sepuluh peratus kurang daripada bahagian undi popular.[9] Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa BN sepatutnya akan hilang kuasa jika pilihan raya dijalankan dengan bebas dan adil.[10]

Pertubuhan awam Aliran mendakwa terdapat "kekangan besar terhadap kebebasan berpolitik" bagi ahli-ahli politik pembangkang di Malaysia.[11] Ia mengetengahkan masalah struktur seperti capaian kepada media yang minima, notis tarikh pilihan raya yang terlalu singkat, serta tempoh berkempen yang terlalu pendek.[11][12] Kumpulan hak asasi manusia SUARAM juga mendakwa berlaku salah guna oleh parti pemerintah seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya, menggunakan wang rakyat untuk projek-projek bagi memenangi sokongan politik, serta pengiraan undi pos yang "tidak dipantau".[11] Cawangan Malaysia bagi Transparency International mengkritik kedua-dua BN dan parti-parti pembangkang, bersuara bagi menentang ganjaran kewangan yang dijanjikan oleh parti-parti politik kepada pengundi semasa berkempen, dengan mengatakan bahawa amalan tersebut sebagai "pembelian undi", "politik wang" dan "rasuah".[13]

Kedua-dua Suruhanjaya Pilihan Raya serta BN menafikan segala tuduhan salah guna kuasa.[14][15][16][17]

Penentangan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Demonstrasi jalanan jarang diadakan di Malaysia, tetapi semakin menonjol sejak akhir-akhir ini berikutan peningkatan penggunaan media alternatif serta kebangkitan semula pembangkang.[18] Perhimpunan di Malaysia yang dianggotai lima orang atau lebih diwajibkan memohon permit polis yang jarang sekali diluluskan.[16] Kerajaan telah mengerah sebegitu ramai anggota polis untuk menyekat perhimpunan di samping menahan pemimpin penunjuk perasaan untuk menghentikan perhimpunan haram. Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau sanggup mengorbankan kebebasan rakyat demi kestabilan negara.[19] Empat tunjuk perasaan pada tahun 2007 berakhir dengan tangkapan oleh pihak polis.[20] Satu tunjuk perasaan pada tahun 2009 yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri juga disuraikan oleh gas pemedih mata dan tembakan meriam air.[21]

Pelancaran rasmi[sunting | sunting sumber]

Pelancaran rasmi BERSIH 2.0 telah diadakan pada 19 Jun 2011 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Hishamuddin Rais, Nurul Izzah Anwar, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Latheefa Koya, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan lain-lain.[22][23]

Matlamat perhimpunan[sunting | sunting sumber]

Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam kekal yang lebih dipercayai. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya. SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.[24]

Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan.

Undian akhbar[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Jun, satu undian umum telah dilaksanakan oleh akhbar berbahasa Inggeris Malaysia The Star menerusi perkhidmatan dalam taliannya iaitu The Star Online, mengenai pandangan umum tentang pelaksanaan Perhimpunan Bersih 2.0 (2011) yang dijangka dibuat secara besar-besaran pada 9 Julai. Suatu keputusan mengejut telah dikeluarkan menerusi portal rasmi akhbar tersebut. Perkara ini turut dilaporkan akhbar Harakah dan Malaysiakini melalui portal dalam talian masing-masing.[25][26]

Soalan undian adalah dalam bahasa Inggeris seperti ini, "What is your view on the proposed Bersih 2.0 rally in July 9?" yang bermaksud "Apakah pandangan anda berkenaan pelaksanaan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini?" Keputusan yang dapat diambil sehingga 21 Jun lalu menunjukkan 99% pengundi yang terdiri dari 1,312,917 pengundi mengatakan himpunan patut diteruskan. Manakala 1% pengundi pula yang terdiri dari 14,222 pengundi mengatakan himpunan perlu dibatalkan.[26]

Bagaimanapun, undian tersebut ditutup serta-merta oleh pihak The Star Online pada tengah hari 21 Jun 2011 dan dihilangkan daripada arkib.[25] The Star kemudian mengeluarkan kenyataan pada hari berikutnya yang menyatakan bahawa terdapat gangguan penggodam. Siasatan yang dilakukan oleh pihak mereka menunjukkan bahawa keputusan itu telah dipalsukan dengan lebih dari satu juta undian dibuat oleh satu alamat IP tunggal.[27]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai reaksi negatif daripada pelbagai pihak terutama dari Perkasa dan Pergerakan Pemuda UMNO. Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali mengadakan perhimpunan awal di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mereka menamainya sebagai Gerak Aman.[28] 1278 laporan polis telah dibuat di seluruh negara bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0.

Bantahan daripada Perkasa[sunting | sunting sumber]

Datuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa setiap negeri akan menghantar 20 buah bas ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan membantah BERSIH 2.0 ini. Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara. Beliau sendiri akan bermalam di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Pada 19 Jun , pelbagai risalah diedarkan dan kain rentang yang turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". Majoriti orang Cina yang banyak terlibat dengan perniagaan diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ini . Sebaliknya mereka hendaklah berkira-kira untuk menyimpan bekalan makanan.

Bantahan Pemuda UMNO[sunting | sunting sumber]

Pemuda UMNO diketuai oleh Khairy Jamaludin akan turut mengadakan perhimpunan yang sama pada hari tersebut. Pemuda UMNO akan menganjurkan "Himpunan Patriot" bagi menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai itu. Himpunan Patriot ini mewakili 'majoriti senyap' yang tidak ada medium pada 2007. [29] Mereka diketuai oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican.

Bebas[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen Bebas YB Zulkifli Noordin telah menyoalkan kerelevanan diadakan perhimpunan, beliau mendakwa aktivis perhimpunan yang mahu membuat protes bagi mewujudkan demokrasi sebenarya "demokrasi" tersebut sudah hidup, beliau menyifatkan keputusan pilihan raya 2008 yang menyebabkan pembangkang berjaya menawan negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan adalah bukti di mana pilihan raya yang dijalankan di Malaysia adalah telus.[30] Sementara Ahli Parlimen Bebas yang lain YB Wee Choo Keong membayangkan Bersih menyebabkan "motivasi politik," dan menyarankan Ambiga untuk menyertai parti politik dari bernaung di belakang organisasi bukan kerajaan.[31]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Memandangkan Kuala Lumpur merupakan bandaraya yang dipenuhi dengan pelbagai sektor perniagaan yang mewah dan pelbagai. Maka kebanyakan diantara komuniti yang menjalankan perniagaan di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur menentang penganjuran perhimpunan jalanan. Mereka berhujah bahawa operasi perniagaan mereka mengalami kerugian pada Sabtu 9 Julai 2011.[32] Diantara kumpulan penentang perhimpunan yang terdiri dari komuniti peniaga adalah Dewan Perdagangan dan Industri India Selangor dan Kuala Lumpur,[33] Dewan Perdagangan dan Industri India Bersatu Malaysia,[34] dan Persatuan Pemilik Teksi Eksekutif.[35]

Namun dalam pada itu sesetengah pihak pro-perhimpunan menyifatkan penutupan jalan yang dilakukan oleh pihak polis sebenarnya lebih mendorong kepada masalah kerugian operasi perniagaan berbanding jika jalan tidak ditutup walaupun demonstrasi jalanan sedang diadakan.[36][37]

Dalam hal berbangkit yang lain, UMNO menyarankan untuk operator perniagaan dan pemandu teksi menyaman Bersih atas sebarang kerugian yang terjadi akibat penganjuran perhimpunan tersebut.[38]

Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah mengeluarkan penyataan rasmi menerusi Titah Khas Istana Negara Dibawah Duli Tuanku pada 3 Julai 2011 bagi meminta semua pihak agar berfikir kembali tentang implikasi penganjuran perhimpunan dan demontrasi jalanan, dengan kaedah menumpukan akan kesan yang akan timbul dari pelaksanaan perhimpunan, selanjutnya memikirkan masa hadapan kearah kemakmuran dan pembangunan negara. Baginda menyifatkan "demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.," dan meminta pihak Bersih supaya menyelesaikan perbalahan dengan kerajaan secara aman. Baginda turut menyatakan rasa keyakinan kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik.[39][40]

Sebagai suatu respon dan tindak balas terhadap penyataan titah Raja ini, Perkasa dan Pemuda UMNO menerusi Gerakan Patriot telah mencadangkan untuk membatalkan perhimpunan balas jika Bersih turut membuat perkara yang sama.[41]

Berikutan ramai pihak yang cuba melihat titah Yang di-Pertuan Agong sebagai perkembangan positif bagi meredakan api kepanasan antara kedua-dua pihak yang bersengketa. Ambiga ketua perhimpunan Bersih telah bersetuju untuk mengadakan perhimpunan Bersih di stadium sebagai menerima tawaran dari Kerajaan Malaysia, yang juga meminta perhimpunan dilakukan di stadium berbanding di jalanan.[5][42]

Ambiga memasuki Istana Negara[sunting | sunting sumber]

Pada 1.55 petang 5 Julai 2011, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenavasan dilihat memasuki Istana Negara. Beliau ditemani Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin.[43] Sebaik keluar dari perkarangan Istana Negara pada pukul 3.20 petang, Ambiga menyatakan kepada hadirin di luar perkarangan bahawa beliau berasa gembira dapat menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menyifatkan pertemuannya itu suatu perkara yang membuahkan hasil. Beliau juga turut mengatakan seperti; "Sekarang kita ambil keputusan untuk tidak mengadakan demonstrasi di jalanan, tapi ubah ke stadium...stadium mana kita akan bincang dengan kerajaan."[44]

Dakwaan Perkasa dilarang bertemu Agong[sunting | sunting sumber]

Akhbar dalam talian alternatif Malaysia Today dan Malaysian Digest melaporkan bahawa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali telah membatalkan jadualnya untuk bertemu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan surat mohon perkenan bagi menemui Agong. Kedua akhbar tersebut melaporkan bahawa menurut sumber yang tidak dinyatakan, perjumpaan tersebut terpaksa dibatalkan berikutan Istana Negara enggan menerima kumpulan tersebut bagi menemui baginda. Tiada kenyataan langsung dari Perkasa atau Istana Negara dilaporkan. Terdahulu Perkasa telah membuat ramalan dapat bertemu Agong pada 6 Julai 2011 pada pukul 10.00 pagi bagi menyampaikan surat mohon perkenan menghadap Raja sebelum 9 Julai 2011.[45][46]

Tindakan kerajaan[sunting | sunting sumber]

  1. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menyatakan semua penganjur akan dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Bukit Aman.[47] Sehingga 7 Julai 2011, 3256 laporan polis telah diterima di seluruh negara. 235 orang telah ditahan dan 29 didakwa di mahkamah.[48]
  2. Dari segi perundangan, Bersih 2.0 merupakan sebuah pertubuhan haram dan permit perhimpunan tidak akan dikeluarkan sebagaimana janji asal PM. Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Ahmad Zahedi Ayob menyatakan permit di Stadium Shah Alam tidak akan dikeluarkan kerana menyalahi peraturan. Permit di Stadium Negara, Stadium Merdeka serta Stadium Nasional Bukit Jalil juga tidak dapat dikeluarkan.[49]
  3. Pada 25 Jun 2011, beberapa pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda PAS ditangkap kerana mempromosikan perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai.[50] Sebaliknya Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei mendakwa bahawa mereka ditahan hanya kerana berpakaian kemeja-T berwarna kuning Bersih 2.0 di Shah Alam dan Klang. Timbalan Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin digari polis Selangor kerana AMK mengenakan kemeja-T Bersih 2.0 di program Jelajah Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam. Bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud yang sepatutnya memberi ucapan, tidak muncul-muncul. Tujuh lagi ditahan di Kluang, Johor. Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei secara menyindir menyatakan baju T itu setaraf dengan heroin dan kokain.[51]
  4. Pada 26 Jun 2011, seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk pemimpinnya Michael Jayakumar Devaraj ditahan reman dan dihadapkan ke mahkamah di Georgetown , Pulau Pinang. Mereka didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong dan menghidupkan fahaman komunis. Mereka ditahan di plaza Tol Sungai Dua semasa menuju ke majlis di Pulau Pinang. 14 wanita dan 17 lelaki itu ditahan di Balai Polis Seberang Perai Utara. Polis menemui risalah dan kemeja-T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah yang merupakan pengasas Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka memakai baju T berwarna kelabu tertera gambar dacing digunting serta tulisan 'Sudahla..Bersaralah' manakala terdapat kain rentang tertulis 'Cukup 54 tahun. Bersaralah' digantung pada cermin bas. Pelampau Al-Ma'unah pernah ditahan menggunakan seksyen ini kerana kes rampasan senjata.[52] Lima orang yang lain turut ditahan di bawah Ordinan Darurat ialah Sukumaran Munisamy, 50; Letchumanan Aseer Patham, 49; Choo Chon Kai, 33; Sarasvathy Muthu, 58, dan Sarat Babu Raman, 25.
  5. Pada 26 Jun 2011, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kerahan tentera jika situasi perhimpunan Bersih tidak terkawal.[53] Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyatakan ATM akan bekerjasama jika PDRM meminta bantuan melalui prosedur yang ditetapkan. ATM sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan bandar sungguhpun kawasan itu di bawah bidang kuasa PDRM.[54]
  6. Polis menemui parang, pemetik api, botol plastik berisi petrol dan baju T kuning bertulisan Bersih di celah batu lereng bukit belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak - Bentong setelah menerima maklumat seorang orang Asli yang mencari rotan di kawasan itu. Kemudian polis turut menemui empat molotov koktel, 28 mercun bola, topeng dan baju T Bersih dalam bungkusan plastik hitam di celah pokok hiasan di hadapan restoran The Ship Kompleks Pertama. Lanjutan itu, pada 6 Julai 2011, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam menuntut agar Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melakukan siasatan terpeinci dan mendedahkan dalangnya.[55] Polis turut menemui senapang buatan sendiri di Petaling Jaya.[56]
  7. Pada 7 Julai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan Kuala Lumpur-Seremban) dan Terminal Pekeliling dipindahkan buat sementara waktu ke Hentian Duta, manakala operasi bas di Hentian Putra dan laluan Kuala Lumpur-Seremban yang beroperasi di Puduraya dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Tujuannya agar dapat mengelakkan jam 10 malam Sabtu bagi memastikan perjalanan bas ekspres tidak terganggu.[57]

Larangan ke Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Seramai 91 pemimpin Bersih, Perkasa dan Pemuda UMNO dilarang berada di Kuala Lumpur dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang pada 9 Julai. Pada 7 Julai 2011, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh menyatakan pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah bagi penghalangan ini. Berikut senarai mereka yang dihalang:

Bersih[sunting | sunting sumber]

Ambiga Sreenevasan, Mohamad Sabu, Hishamuddin Rais, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Maria Chin Abdullah, Chua Tian Chang, Kamarulzaman mohamad, Mohd Hatta Md Ramli, Syed Shahir Syed Mohamad, Syed Ibrahim Syed Noh, Teresa Kok, Badrul Hisham Shaharin, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Arutchelvam Subramaniam, Wong Chin Huat, Ong Boon Keong, Enalini Elumalai, Haris Fathillah Sathiasingam Mohd Ibrahim, Dr Zubir Harun, Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nurul Izzah Anwar, Kohila Yanasekaran, Zaid Kamaruddin, Khoo Teng Swee, Fadiah Nadwa Fikri, Yap Swee Seng, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Nasaruddin Hassan, Mazlan Aliman, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Abd Samad, Mohammad Nizar Jamaluddin, Azman Shapawi Abd Rani, Suhaizan Kaiat, Nor Azli Musa, Mohd Firdaus Jaafar, Loke Siew Fook, Lai Wen San, Mohamed Azmin Ali, Mat Shuhaimi Shafie, Satiful Bahari Mamat, Wan Hassan Mohd Ramli, Mohamad Izzuddin Hilmi Mohd Zaini, Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Hilman Idham, Mohd Shukri Che Ab Razak, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, Choo Chon Kai, Sarasvathy Muthu, Soh Sook Hwa, Nurul Izham Nurul Anuar, Abd Rahim Osman, Mohd Sibri Ismail, Mohd Lukman Muda, Mohd Noordin Abdullah.

Pemuda UMNO[sunting | sunting sumber]

Khairy Jamaludin, Megat Firdaus Megat Junid, Reezal Merican Bin Naina Merican, Megat Zulkarnain Omar Din, Rizalman Mokhtar, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, Lokman Noor Adam, Abdul Azeez Abdul Rahim, Ungku Saleh Ungku Jamal, Arman Azha Abu Hanifah, Tun Faisal Ismail Aziz.

Perkasa[sunting | sunting sumber]

Ibrahim Ali, Ab Rahman A. Bakar, Syed Hassan Syed Ali, Irwan Fahmi Ideris, Roslan Kassim, Sharifuddin Abd Hamid, Dr Zubir Harun, Ameir Hj Hassan, Ahmad Saad, Ahmad Zaini Ismail, Muhammad Zahid Md Arip, Abdullah Mansor, Zaira Jaafar, Norkhaila Jamaludin,Prof. Kamaruddin Kachar,Zulkifli Noordin,Khalid Yunus.[58]

Penentangan[sunting | sunting sumber]

Peserta Bersih 2.0 berarak secara aman
Polis meluru ke arah peserta Bersih 2.0

Kuala Lumpur disifatkan sebagai "bandar hantu" pada sebelah pagi 9 Julai. Kebanyakan pejabat dan premis perniagaan ditutup semasa kemunculan ramai anggota polis di lokasi-lokasi utama.[59] Orang ramai mula berkumpul menjelang tengah hari, di mana mereka bertembung dengan polis yang mengambil langkah keselamatan "luar biasa", dikenali sebagai "Ops Padam Bersih."[1] Ramai yang ditahan dan dihantar ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).[60][61] Penunjuk perasaan tersebut ditahan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana merancang untuk menyertai perhimpunan haram,[59] serta bakal dikenakan hukuman penjara selama beberapa tahun sekiranya didapati bersalah.[61]

Laporan berita menganggarkan lebih kurang 20,000 orang terlibat dalam tunjuk perasaan tersebut.[1][2] Tempat berkumpul utama termasuklah Menara Maybank dan Jalan Pudu di mana polis anti-rusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan.[62] Beribu-ribu penunjuk perasaan cuba mara ke Stadium Merdeka dari beberapa bahagian bandar raya, sambil melaungkan "Hidup rakyat!".[1] Polis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan air berisi bahan kimia, menyebabkan penunjuk perasaan bertempiaran lari ke bangunan berhampiran.[1]

Pada pukul 2:00 petang, para pemimpin Bersih dan Pakatan Rakyat meninggalkan KL Sentral untuk berarak ke Stadium Merdeka. Dengan berperisaikan ratusan penyokong, mereka melepasi tiga barisan anggota polis yang menunggu mereka di luar KL Sentral.[63] Lebih kurang pukul 2:30 petang, semasa berarak bersama-sama penyokongnya di Brickfields, Ambiga dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah ditangkap.[64] Pemimpin-pemimpin pembangkang yang ditahan termasuklah Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Dzulkefly Ahmad, Azmin Ali, Tian Chua, Fuziah Salleh, Sivarasa Rasiah, dan Ngeh Koo Ham.[65] Anwar Ibrahim berkata dia mengalami "kecederaan ringan".[66] Ahli Perlimen PAS Khalid Abd Samad pula dikatakan mengalami kecederaan kepala yang serius serta telah dikejarkan ke hospital.[65]

Perhimpunan balas oleh Pemuda UMNO juga dihalang pihak polis menggunakan gas pemedih mata. Pemimpinnya Khairy Jamaluddin telah ditangkap.[4][67]

Lebih kurang 1,000 penyokong tiba di Stadium Merdeka, termasuklah Sasterawan Negara A. Samad Said dan Husam Musa.[68] Pada sekitar pukul 4:00 petang, kelompok berkenaan mula bersurai.[68] Satu lagi kumpulan penunjuk perasaan cuba mara ke Istana Negara, sementara kumpulan ketiga pula berkumpul di KLCC berhampiran Menara Berkembar Petronas.[68][69]

Setakat pukul 6:40 petang, polis telah mengesahkan seramai 1,667 orang ditangkap, termasuk 167 wanita dan kanak-kanak.[70][71]

Satu kematian dilaporkan. Seorang penunjuk perasaan, Baharuddin Ahmad terjatuh dan mati semasa melarikan diri daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.[72]

Penentangan di luar negara[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Bersih turut diadakan di Melbourne, Sydney, Perth, Adelaide dan Canberra, Australia, masing-masing disertai seramai 750, 300, 200, 150 dan 30 orang. Selain itu, tunjuk perasaan turut diadakan di Auckland, Wellington dan Christchurch, New Zealand.[73]

Reaksi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Menurut The Wall Street Journal, bekas duta A.S. ke Malaysia John R. Malott menyifatkat Najib dan parti UMNO "berlari dalam ketakutan" kerana takut hilang kuasa dan melancarkan kempen ugutan untuk melawan Bersih. Beliau menggelar protes sebagai "langkah bijak" kearah peralihan negara yang berdemokrasi penuh.[74]

Al Jazeera English menerusi kenyataan Teymoor Nabili menyifatkan Kerajaan Malaysia bertindak diluar ketakutan seperti gaya revolusi Mesir.[75]

Selepas tunjuk perasaan[sunting | sunting sumber]

Sasterawan Negara A. Samad Said mengatakan bahawa perhimpunan tersebut merupakan "satu kejayaan besar", memupuk semangat perpaduan berbilang kaum di kalangan penunjuk perasaan.[3] Pemimpin Bersih memuji para penunjuk perasaan kerana berkelakuan baik serta mengutuk polis kerana bertindak secara kasar terhadap demonstrasi tersebut.[76] Mereka berkata bahawa perhimpunan tersebut "bukan penamat, tetapi selangkah lagi dalam perjalanan yang jauh ke arah pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia."[76]

Perdana Menteri Najib Razak tidak mahu mengheboh-hebohkan perhimpunan tersebut, sambil berkeras mengatakan bahawa "lebih ramai lagi yang menentang" perhimpunan tersebut.[77] Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein memuji pihak polis kerana berjaya mengawal perhimpunan tersebut. Dia juga berkata sentimen anti-kerajaan di kalangan penunjuk perasaan telah mengesahkan ketakutan kerajaan bahawa agenda Bersih telah dimanipulasikan oleh pembangkang.[78]

Pada 15 Ogos 2011, Najib mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan parlimen untuk mengkaji sistem pilihan raya. Katanya, jawatankuasa tersebut akan terdiri daripada ahli-ahli parlimen dari pihak pemerintah dan pembangkang yang bakal membincangkan isu-isu pembaharuan pilihan raya sehingga tercapainya sebulat suara.[79]

Kajian oleh Merdeka Center mendapati reputasi dan populariti Najib terus merosot dari 72 % (Mei 2010), 69 % (November 2010), 67 % (Mac 2011), 65 % (Mei 2011) dan 59 % (Ogos 2011). Seramai 1,027 respoden - pengundi berdaftar iaitu sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0. Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan pasukan polis yang bertindak keras terhadap pendemontran termasuk menangkap sesiapa berbaju kuning.Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon selalu pengerusi Gerakan segera menyalahkan polis.Namun Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menggesa kerajaan tidak menyalahkan pasukan polis sebagaimana sistem demokrasi Westminster yang lain.[80]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Malaysian police crack down on protesters". Al Jazeera English. 9 July 2011. Dicapai pada 9 July 2011.
  2. ^ a b AP (9 July 2011). "Malaysia police detain hundreds at rally". The Guardian. Dicapai pada 9 July 2011.
  3. ^ a b "Bersih says 50,000 protested, declares rally 'great success'". The Malaysian Insider. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 9 July 2011.
  4. ^ a b Lee, Regina (9 July 2011). "Umno Youth's Patriot rally fizzles out in the rain". Malaysiakini. Dicapai pada 9 July 2011.
  5. ^ a b Lee, Yen Mun (5 July 2011). "Bersih's Ambiga: No street march, rally will be held in stadium". The Star. Dicapai pada 5 July 2011.
  6. ^ "Malaysia set for general election". BBC News. 7 March 2008. Dicapai pada 20 June 2011.
  7. ^ a b Tarani Palani (5 June 2011). "Mat Sabu: Make Bersih rally a success". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-10. Dicapai pada 13 June 2011.
  8. ^ a b "Bersih: PAS repeats call for police to act on UMNO-Perkasa". Harakah Daily. 15 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-07. Dicapai pada 16 June 2011.
  9. ^ a b c Chi, Melissa (14 June 2011). "DAP pledges support for Bersih rally". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-15. Dicapai pada 14 June 2011.
  10. ^ a b Boo, Su-Lyn (12 June 2011). "Umno fears losing power in fair polls, says Anwar". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-15. Dicapai pada 21 June 2011.
  11. ^ a b c d "The Electoral Process". Aliran. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  12. ^ a b "Elections: BN no longer has the upper hand!". Aliran. 2 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 20 Jun 2011.
  13. ^ a b Shazwan Mustafa Kamal (30 Mac 2011). "Election handouts are bribes, says Transparency International". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-02. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  14. ^ Zulkifli Jalil. "SPR jawab tuntutan 'Bersih'". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 13 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Proses pilihan raya di Malaysia adil, setanding negara lain, kata Nazri". The Malaysian Insider (dalam bahasa Malay). 8 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-11. Dicapai pada 21 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ a b AFP (21 June 2011). "Malaysia to fingerprint voters to combat fraud". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-24. Dicapai pada 21 June 2011.
  17. ^ AP (29 June 2011). "Malaysia arrests 14 for 'Bersih' protest T-shirts". The Guardian. Dicapai pada 30 June 2011.
  18. ^ Niluksi Koswanage; Razak Ahmad (9 July 2011). "Malaysia police lock down capital ahead of protest". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-10. Dicapai pada 9 July 2011.
  19. ^ "Malaysia PM 'will defend stability'". Al Jazeera English. 10 December 2007. Dicapai pada 20 June 2011.
  20. ^ "Police block Malaysia protest". Al Jazeera English. 22 December 2007. Dicapai pada 20 June 2011.
  21. ^ "Malaysia protest march broken up". Al Jazeera English. 1 August 2009. Dicapai pada 20 June 2011.
  22. ^ "BERSIH 2.0: A Samad Said, Ambiga dan Ibrahim disiasat". malaysiakini. 27 Jun 2011. Dicapai pada 29 Jun 2011.
  23. ^ "Bersih 2.0: Polis soal siasat lima pemimpin, 18 lagi susul". The Malaysian Insider. 29 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-11. Dicapai pada 29 Jun 2011.
  24. ^ "About » Bersih 2.0". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-26. Dicapai pada 2011-07-07.
  25. ^ a b Missing: The Star's poll showing 99% support for Bersih Diarkibkan 2011-07-17 di Wayback Machine HarakahDaily. 21 Jun 2011.
  26. ^ a b Bancian 'Star' 99% sokong himpunan BERSIH malaysiakini. 21 Jun 2011.
  27. ^ Manipulation suspected in Bersih poll theStar Online. 22 Jun 2011.
  28. ^ Ibrahim: Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai Malaysiakini
  29. ^ "Himpunan Patriot lawan Bersih 2.0 dilancar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-29. Dicapai pada 2011-06-26.
  30. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan perkasa tidak disediakan
  31. ^ "Go join a political party, Wee tells Ambiga". The Star. 15 Jun 2011. Dicapai pada 15 Jun 2011.
  32. ^ "Group: Bersih demo will be bad for business". The Star. 25 June 2011. Dicapai pada 30 June 2011.
  33. ^ Bernama (23 June 2011). "Business community 'no' to planned Bersih rally". Borneo Post. Dicapai pada 30 June 2011.
  34. ^ "Indian businesses strongly against street demos". The Star. 30 June 2011. Dicapai pada 30 June 2011.
  35. ^ "Cabbies rally against Bersih march". The Star. 30 June 2011. Dicapai pada 30 June 2011.
  36. ^ Macamlah negara di ambang perang www.nusantaraku.org
  37. ^ Bersih 2.0: Aliran tunai peserta RM30 juta, peniaga rugi hujah dangkal – Suhaizan
  38. ^ "Golongan terjejas dinasihat saman Bersih". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). 14 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 15 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ Bernama (3 July 2011). "King issues statement on Bersih 2.0 rally". The Star. Dicapai pada 3 July 2011.
  40. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-09. Dicapai pada 2011-07-06.
  41. ^ Chooi, Clara; Yow, Hong Chieh (4 July 2011). "Perkasa, Umno Youth say willing to call off rallies". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 4 July 2011.
  42. ^ Syed Mu’az Syed Putra (5 July 2011). "Ambiga: Bersih to rally in stadium, not on streets". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 5 July 2011.
  43. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 2011-07-08.
  44. ^ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/7/6/mstar_berita/20110705142148&sec=mstar_berita
  45. ^ NEWS FLASH: Perkasa not allowed to meet Agong at Istana Negara Diarkibkan 2011-07-09 di Wayback Machine Malaysia Today
  46. ^ NEWS FLASH: Perkasa Not Allowed to Meet Agong at Istana Negara Malaysian Digest
  47. ^ Polis akan panggil penganjur Utusan Malaysia
  48. ^ Cops prepare for possible demos by splinter groups although street rally is called offThe Star
  49. ^ Perlu ada permit untuk perhimpunan di Stadium Shah Alam: Polis Diarkibkan 2011-07-10 di Wayback Machine Berita Harian
  50. ^ Timbalan Ketua AMK Dibebaskan Selepas Polis Ambil Keterangan.
  51. ^ "Bersih 2.0: PKR dakwa polis ikut BN bukan undang-undang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-27. Dicapai pada 2011-06-26.
  52. ^ Bersih 2.0: Polis siasat MP Sg Siput, 29 lain mahu perangi Agong Diarkibkan 2011-06-27 di Wayback Machine The Malaysia Insider
  53. ^ Bersih 2.0: KDN akan guna ISA, kerah tentera jika situasi tak terkawal Diarkibkan 2011-06-27 di Wayback Machine The Malaysia Insider
  54. ^ Bersih: ATM sedia bantu polis Utusan Malaysia
  55. ^ Senjata: Dedah siapa dalang Diarkibkan 2011-07-10 di Wayback Machine Harakah
  56. ^ Cops prepare for possible demos by splinter groups although street rally is called off the Star
  57. ^ Operasi terminal bas utama dipindah elak perhimpunan Diarkibkan 2012-01-26 di Wayback MachineBerita Harian
  58. ^ Polis halang 91 orang masuk KL 9 Julai termasuk Khairy, Ibrahim,Ambiga,Anwar dan Nik Aziz Diarkibkan 2011-07-10 di Wayback Machine Agendadaily
  59. ^ a b "KL holds its breath as Bersih rally looms". The Malaysian Insider. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-12. Dicapai pada 9 July 2011.
  60. ^ "236 held as KL lock-down goes into full swing". Free Malaysia Today. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 9 July 2011.
  61. ^ a b Yoong, Sean (9 July 2011). "Malaysia arrests 236 ahead of banned rally". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-12. Dicapai pada 9 July 2011.
  62. ^ "Mayhem at Maybank HQ". The Malaysian Insider. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 9 July 2011.
  63. ^ "Bersih leaders begin march". The Malaysian Insider. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 9 July 2011.
  64. ^ "Cops seize Ambiga, Pakatan leaders mid-march". The Malaysian Insider. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 9 July 2011.
  65. ^ a b "Ambiga, Pakatan leaders arrested; Anwar hurt". Free Malaysia Today. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-10. Dicapai pada 9 July 2011.
  66. ^ Yoong, Sean; Ng, Eileen (9 July 2011). "Malaysia fires tear gas at protest, arrests 924". Associated Press. Dicapai pada 9 July 2011.
  67. ^ "Khairy arrested". The Malaysian Insider. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 9 July 2011.
  68. ^ a b c "Crowd dispersing from Stadium Merdeka, gathering in KLCC". The Malaysian Insider. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 9 July 2011.
  69. ^ Manirajan Ramasamy; Gan, Gan (9 July 2011). "Malaysian Police Fire Tear Gas at Kuala Lumpur Protesters". Bloomberg. Dicapai pada 9 July 2011.
  70. ^ "Malaysian Police Fire Tear Gas, Arrest 1,667 in Street Protests". San Francisco Chronicle. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-13. Dicapai pada 9 July 2011.
  71. ^ Lockdown enforced: Detained protesters being released theStar Online
  72. ^ Tarani Palani (9 July 2011). "Protest claims one life". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-10. Dicapai pada 9 July 2011.
  73. ^ "Global Bersih rallies kick off in Melbourne". Malaysiakini. 9 July 2011. Dicapai pada 9 July 2011.
  74. ^ Malott, John R. (8 July 2011). "Running Scared in Malaysia". The Wall Street Journal. Dicapai pada 8 July 2011.
  75. ^ Nabili, Teymoor (9 July 2011). "Malaysia's fear of Egypt". Al Jazeera English. Dicapai pada 9 July 2011.
  76. ^ a b "This is just the beginning, says polls coalition". Malaysiakini. 9 Julai 2011. Dicapai pada 9 Julai 2011.
  77. ^ "Najib calls it a 'small group'". Free Malaysia Today. 9 Julai 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 9 Julai 2011.
  78. ^ Teoh, Shannon (9 Julai 2011). "Bersih rally lost direction, says Hishammuddin". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 9 Julai 2011.
  79. ^ Shazwan Mustafa Kamal (15 Ogos 2011). "In nod to Bersih, PM announces vote system relook". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-11. Dicapai pada 15 Ogos 2011.
  80. ^ "Aziz Bari: Seperti Ops Lalang, polis jadi 'kambing hitam' Bersih 2.0". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2011-09-10.