Perhimpunan Jalan Kebun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perhimpunan Jalan Kebun telah diadakan secara haram di Kampung Jalan Kebun, Klang, Selangor pada 2.00 petang, hari Ahad, 5 November 2000 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit polis dan menyebabkan kesesakan di Lebuh Raya Kesas.

Lokasi perhimpunan[sunting | sunting sumber]

Parti pembangkang iaitu DAP, PAS dan PKR mahu mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat di Lebuh raya Kesas / Kampung Jalan Kebun. Hasrat untuk mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat di Stadium Bukit Jalil,Stadium Shah Alam dan Stadium Merdeka tidak dilayan. Malahan tanah persendirian di Jalan Kebun juga tidak dibenarkan. Tuan tanah ditahan sehari sebelum perhimpunan.

Pihak polis ,PGA dan FRU telah membuat sekatan. Mereka turut menyembur air asid dan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimnpunan itu. Lebih 10 jalan menuju ke tanah persendirian di Kampung Jalan Kebun telah disekat. Akibatnya kenderaan terpaksa diletakkan di tepi lebuh raya Kesas menanti pemimpin-pemimpin mereka hadir dan menberikan sokongan. Ada yang terpaksa sembahyang zohor 1.30 petang di tepian lebuh raya. Ketidakaturan pengurusan lebuh raya menyebabkan beribu-ribu pengguna Lebuh raya Kesas menghala ke Klang terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang teruk.

Bagi mengatasi masalah itu, beberapa pemuda telah meneruskan perhimpunan di atas lebuh raya sahaja. Mereka mengeluarkan kata-kata mendesak Dr Mahathir. Beberapa pemimpin politik pembangkang yang turut serta telah ditahan. Lebih 145 orang tewlah ditahan leh pihak polis tetapi hanya 11 orang didakwa di mahkamah . Sementara yang lain telah dibebaskan lebih awal. Perhimpunan itu berakhir pada jam 5.00 petang.[1]


Peserta ditahan[sunting | sunting sumber]

Polis , polis trafik dan FRU telah membuat sekatan di semua penjuru masuk sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya dan lebuh raya. Seramai 125 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram. Mereka dituduh berhimpun di Kilometer 21 dan 28.2 Lebuhraya Kesas, Klang, antara pukul 2 hingga 7 petang, 5 November 2000.

Undang-undang di Malaysia menetapkan setiap perhimpunan lebih 5 orang mestilah mendapatkan permit daripada balai polis terdekat. Tafsiran bilangan ini termasuk ahli keluarga yang berhimpun di sekitar rumah atau sekitar kampung.

Siasatan Suhakam[sunting | sunting sumber]

Kertas Laporan Suhakam berhubung Inkuiri Kes Suhakam yang dikeluarkan pada Ogos 2001 mendedahkan bahawa pihak Polis telah melanggar hakasasi manusia untuk berhimpun. Malahan mengkasari orangramai dengan secara keterlaluan hingga menyebabkan kecederaan kepada orangramai.Pendakwa juga gagal mengemukakan rakaman video milik Kesas ketika kejadian itu berlaku . Prof Mehrun selaku panel penyiasat Suhakam telah melawat tempat kejadian . Pihak pengurusan Kesas telah memberi taklimat tentang pengurusan lebuh raya yang lancar semasa perhimpunan itu.Pihak Kesas ada rakaman video CCTV yang dipasangkan Plaza Tol Bukit Rimau di mana perhimpunan berlaku pada hari tersebut.[2]

Dilepaskan[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Oktober 2009, Hakim Noradidah Ahmad di Mahkamah Sesyen Ampang memutuskan bahawa 11 orang termasuk seorang wanita dibebaskan daru tuduhan menyertai perhimpunan haram.Peguam bela berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah . Tertuduh ialah Abd Razak Ismail (47), S. Pospan Linggam, 64, Md. Ab. Nasir Md Isa, 52, Ahmad Faizal Chek, 32, Mat Dan Hassan, 67, Monashofian Zulkarnain Putra, 47, Aida Idris, 43, Muhamad Tarmizi Abd Rahman, 48, Sahri Bahari, 50, Mohamad Salim Laidin, 51, dan Saeden Wateh, 56.

Tuduhan kedua ialah mengingkari perintah bersurai yang dikeluarkan oleh pegawai polis, Supt Ruslan Abdullah dan Inspektor Ishak Mahmud, di tempat dan masa yang sama. Semasa perbicaraan, 19 saksi pendakwaan dan 15 saksi pembelaan memberi memberi keterangan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Roslan Abu Bakar manakala kesemua tertuduh diwakili oleh peguam Yusmadi Yusoff.[3]

Peguam Yusmadi mahu sapina Prof. Mehrun Siraj (bekas Pesuruhjaya Suhakam), Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah, YB Dato' Johari Abdul, MP Sungai Petani, Kedah dan Susan Loone seorang wartawan bebas untuk memberi keterangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "> Perhimpunan 100,000 Rakyat Berjaya !!!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-02-20. Dicapai pada 2005-02-20.
  2. ^ Kes KESAS: Orang Ramai Terperangkap di Lebuhraya
  3. ^ Pegawai khas antara 11 individu dilepas dari tuduhan perhimpunan haram