Perhimpunan Kebangsaan Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perhimpunan Kebangsaan Thailand (Bahasa Thai: รัฐสภา, rtgsRatthasapha, IPA: [rát.tʰà.sà.pʰaː]) ialah badan perundangan dwidewan Kerajaan Thailand. Ia bersidang di Rumah Parlimen, Wilayah Dusit, Bangkok.

Ia ditubuhkan pada 1932 berikutan penggubalan suatu perlembagaan yang mengubah pemerintahan negara tersebut dari suatu kerajaan mutlak kepada suatu kerajaan berperlembagaan. Kuasa dewan ini dialihkan kepada Dewan Undangan Negara Thailand yang diperintah pihak tentera secara terus berikutan suatu rampasan kuasa oleh pihak tersebut pada tahun 2014. Suatu perlembagaan baru yang diggubal bulan April 2017 memulihkan kuasa badan ini namun Dewan Undangan akan kekal mentadbir sehingga pilihan raya dapat dilaksanakan lalu suatu Perhimpunan Kebangsaan baru dapat dibentuk.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]