Himpunan Sejuta Umat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perhimpunan Sejuta Umat)
Himpunan Sejuta Umat
هيمڤونن سجوتا اومت
JenisGabungan NGO
Ibu pejabatKuala Lumpur,  Malaysia
Penubuhan
DiasaskanOktober 2011
Identiti
Moto"Selamatkan Akidah Umat"
Laman sesawanghimpun.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ialah sebuah perhimpunan yang telah diadakan pada jam hingga 6.00 petang pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam bersebelahan Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Tujuannya bagi mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad dan pemesongan akidah di kalangan Muslim di Malaysia.

HIMPUN terdiri daripada gabungan kira-kira 1,000 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim yang menyatukan pelbagai lapisan umat Islam. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sedia memberi permit perhimpunan itu kerana yakin ia diadakan dalam suasana aman. Acara yang diadakan termasuk deklamasi sajak, nasyid dan ceramah.[1] Kira-kira 1000 pengguna Facebook berikrar akan hadir.[2] Risalah juga disebarkan di masjid-masjid Lembah Klang.

Penganjur[sunting | sunting sumber]

Antara penganjur Perhimpunan ini ialah:

  1. Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid - Pengerusi Bersama Sekretariat HIMPUN dan pengerusi TERAS.
  2. Dr Yusri Mohamad - Pengerusi Bersama HIMPUN dan bekas Presiden ABIM
  3. Datin Seri Fatini Yaacob - penulis buku dan penyelidik Rusuhan Natrah.
  4. Datuk Dr. Ahmad Zaki Ismail - Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  5. Aminuddin Yahaya - Setiausaha Himpun dan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
  6. Kamaruzaman Mohamad - Setiausaha Front Bertindak Anti Murtad (Forkad)

Lebih 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan sokongan dan akan hadir. Ini termauklah beberapa NGO dari Indonesia dan Brunei. Perhimpunan itu bukan bagi menguatkan sentimen Islamofobia tetapi hanya untuk mengingatkan penganut agama lain supaya menghormati agama Islam.[3]

Gabungan Penasyid Malaysia (Munsyid) yang menaungi lebih 60 artis nasyid seluruh negara termasuk Hijjaz dan UNIC berikrar akan hadir.Penasihatnya, Sohibul Fadil Sabikin.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Statistik menunjukkan hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Sumber lain menyatakan jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang. Pawanchek Merican dari Persatuan Peguam Muslim menyatakan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Mufti Perak menyatakan lebih 260,000 telah dimurtadkan.

Selain itu, perhimpunan ini juga memfokuskan kepada pembinaan sebuah pusat Kristian antarabangsa, Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil yang dibina oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Pihak persatuan Kristian merancang untuk menjadi Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.[perlu rujukan] Mereka mengemukakan pelan sebagai pusat komersial tetapi ditukar statusnya. Mereka memohon mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam sedangkan populasi penganut Kristian hanya 10% sahaja.[4]

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Menarik diri[sunting | sunting sumber]

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pendirian tidak menyertai perhimpunan itu selepas mesyuarat memutuskan perkara. Ini kerana perhimpunan itu tidak membabitkan parti politik. PAS Selangor melarang ahlinya hadir dan tindakan disiplin akan dikenakan jika menggunakan logo atau kain rentang PAS. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman meminta ahli PAS Selangor tidak hadir selaras dengan keputusan Presiden PAS. Ahli boleh hadir atas kapasiti wakil NGO.

Dr Abdul Rani berharap Perhimpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan penganut pelbagai agama di Malaysia.[5] [6]

PKR juga tidak menyertai perhimpunan tersebut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghalang kakitangannya mengambil bahagian dalam perhimpunan, asalkan bukan ketika waktu pejabat.[7] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PKR tidak menyertai Perhimpunan itu namun teguh mempertahankan prinsip Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan segala usaha mempertahankan akidah umat Islam harus ditingkatkan.[8]Akidah, akhlak dan dakwah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakannya. Aktiviti judi, arak yang dikuasai syarikat gergasi tiada kaitan dengan Kristianisasi.

NGO Wadah juga menarik diri. Islamic Renaissance Front (IRF) bimbang perhimpunan itu akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.

Pandangan[sunting | sunting sumber]

Menyokong[sunting | sunting sumber]

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mempertahankan langkah Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang mahu mengadakan perhimpunan itu. Beliau yang memegang fortfolio perpaduan kebangsaan berharap peserta akan berhimpun secara aman dan mematuhi Rukun Negara dan konsep 1 Malaysia.[9]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membantah kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.

Pemimpin-pemimpin Kristian menganggap perjuangan Himpun yang mahu membincangkan isu khusus mengenai murtad sebagai tidak relevan dan mencetuskan provokasi. Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship Rev. Dr. Eu Hong Seng berpendapat bahawa tiada bukti kukuh isu murtad. Namun begitu, presiden Majlis Gereja Malaysia Rev. Dr. Thomas Philips berpendapat perhimpunan itu boleh diteruskan dan tidak perlu dibatalkan kerana sesiap orang ada hak untuk kebebasan bersuara dan berhimpun.[10]

Khalid Samad bimbang dengan Perhimpunan kerana di belakangnya ialah Perkasa - sayap parti UMNO dengan menekankan bahawa sejak pilihan raya umum Malaysia 2008, hubungan anatara kaum dan agama kadang-kala tegang akibat isu-isu agama seperti perebutan menggunakan nama Allah. Serbuan di Gereja Damansara dikatakan mahu menukar umat Islam kepada Kristian. Pada 31 Disember 2009, mahkamah membenarkan Gereja Katolik menggunakan 'Allah' dalam surat khabar Kristian, The Herald hingga mencetuskan pembakaran gereja pada Januari 2010. Kerajaan Malaysia dikatakan ditekan sehinggan membenarkan Alkitab berbahasa Melayu untuk penduduk Sarawak yang akan mengundi pada 16 April 2011. Pada 7 Mei 2011, akhbar Utusan Malaysia juga melaporkan bahawa Jeff Ooi - (Jelutong-DAP) dan beberapa paderi tempatan dan asing berikrar mahu menukar Malaysia kepada sebuah negara Kristian, berusaha menjadikan seorang Kristian sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mengiktiraf Kristian sebagai salah satu agama rasmi.[11] Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan tidak mendakwa sesiapa semasa serbuan JAIS kerana kekurangan bukti.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Himpun organisers get police permit". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 2011-10-19.
  2. ^ "Call off Himpun rally, says Soi Lek". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 2011-10-19.
  3. ^ Sokong Himpunan Sejuta Umat
  4. ^ Selamatkan akidah umat Islam!
  5. ^ "Pemuda sokong sertai Himpunan Sejuta Umat, pendirian PAS malam ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-19. Dicapai pada 2011-10-19.
  6. ^ "PAS Selangor larang ahlinya sertai Himpunan Sejuta Umat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 2011-10-19.
  7. ^ MB S'gor Tak Halang Kakitangan Negeri Hadiri Perhimpunan Sabtu Ini
  8. ^ "PKR juga tidak sertai Himpun". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 2011-10-19.
  9. ^ "Tsu Koon sokong hak Himpunan Sejuta Umat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-21. Dicapai pada 2011-10-19.
  10. ^ "Tsu Koon sokong hak Himpunan Sejuta Umat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-21. Dicapai pada 2011-10-19.
  11. ^ DAP guna gereja sebagai pentas politik
  12. ^ "Don't stir up hornet's nest, Selangor PAS warns Himpun organisers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-19. Dicapai pada 2011-10-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]