Peribahasa bermula dengan huruf "E" hingga "J"

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "E" hingga "J".

Isi kandungan

E[sunting | sunting sumber]

Peribahasa Maknanya
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga.
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga. Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.
Elok arak di hari panas. Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. (basa = tegur sapa.) Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan.
Elok buruk dan busuk hanyir. Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat. Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.
Elok lenggang di tempat datar. Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.
Elok palut pengebat kurang. (palut = balut, bungkus; kebat = ikat.) Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik.
Emas berpeti, kerbau berkandang. Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.
Embacang buruk kulit. Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.
Embun di hujung rumput. Tiada kekal.
Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit. (empang = bendungan.) Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah.
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. (gasal = ganjil.) Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya.
Empat sudah bersimpul satu. Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin.
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
Enau mencari (= memanjat) sigai. Perempuan mencari lelaki.
Enau sebatang dua sigainya. Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya.
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang. Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. (atal = buah kayu makanan Enggang.) Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
Enggang lalu ranting patah. Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang. Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.
Entak sedegam, langkah sepijak. Seia-sekata; semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.)
Entimun bongkok. Tidak masuk hitungan dalam pergaulan.
Esa hilang, dua terbilang. Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya.

F[sunting | sunting sumber]

Peribahasa Maknanya
Fikir itu Pelita hati. Fikiran suluh kebenaran.

G[sunting | sunting sumber]

Peribahasa Maknanya
Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas. Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (gabak = redup.)
Gadai terdorong ke (pada) Cina. Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga. Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar.
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.
Gagak bersuara murai. Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya. Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
Gagak lalu punggur rebah. Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.
Gaharu dibakar kemenyan berbau. Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.)
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
Gajah berhati, kuman pun berhati juga. Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah. Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
Gajah dialahkan oleh pelanduk. Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
Gajah dipandang seperti kuman. Terlalu marah.
Gajah ditelan ular lidi. Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
Gajah empat kaki lagi tersaruk. Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan.
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan. (tersaruk = tersandung.) Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga. Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.
Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. (kusa = besi penghalau gajah.) Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu.
Gajah lalu kumpai layu. (kumpai = sejenis rumput layu.) Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.
Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga. Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).
Gajah mati dicatuk katak. Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
Gajah mati kerana gadingnya. Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Gajah mati, tulang setimbun. Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.
Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu. (aris = getah kayu yang sudah beku.) Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan.
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. (lejang = melompat serta lari.) Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian.
Gajah rompong belalai. Raja yang tiada berkuasa.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
Gajah seekor gembala dua. Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan.
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. Berbuat sesuatu yang kurang baik untuk kelebihannya.
Gajah terum di tengah rumah. Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. (terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.)
Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga. Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.
Galas terdorong kepada Cina. Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.
Gali lubang menutup lubang. Meminjam wang untuk membayar hutang.
Gamak-gamak seperti menyambal. Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.
Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan. Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. (reda = rela, senang hati.)
Gantung tak bertali, salai tak berapi. Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya.
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
Garam dikulum tak hancur. Orang yang pandai menyimpan rahsia.
Garam jatuh di air. Nasihat yang diterima dengan baik.
Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya? Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat.
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya. Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Garuda diburu layang-layang yang dapat. Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.
Gaya saja, rasanya wallah. Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk.
Gayung bersambut, kata berjawab. Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (gayung = pukulan.)
Gayung tua, gayung memutus. Perkataan orang tua biasanya tepat.
Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan. Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing. (gerundang = berudu.)
Gedang kayu, gedang dahannya. Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya.
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung. Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada.
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak.
(gelagah boreh = rambutan jantan.)
Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka.
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang. Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian.
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya. Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak.
Geleng seperti si patung kenyang. Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya.
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan. Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.(geneng = gagah.) Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum.
Genggam bara api biar sampai jadi arang. Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. gerindin = kena sejenis penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.) Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. (dek
Genting menanti putus, biang menanti tembuk. Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.
Genting putus, biang tembuk. Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.
Geruh luka ajal mati. Untung baik luka saja; untung tak baik, mati.
Geruh menempuh dalam tubuh. Nasib buruk yang mempengaruhi diri. (geruh = sial, malang.)
Geruh tak berbunyi, malang tak berbau. Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
Geruh tak mencium bau. Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.
Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba. Perhitungan yang salah. (kuaran = burung kuak-kuak.)
Getikkan puru di bibir. (getik = menggetil.) Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya.
Getu sementara lagi bintik. Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga. Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.
Gigi tanggal, rawan murah. Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
Gigi telah gugur, tebu pun menjadi. Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
Gila di abun-abun. (abun-abun = angan-angan.) Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil.
Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor. Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. (gombak = rambut, jambul.)
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. Perbuatan yang tidak sempurna.
Gulai terlampau serai maung rasanya. Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia.
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan. Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.
Gundahkan buah dimakan burung. Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.
Gunung juga yang dilejang panas. Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali. Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.

jahatnya itu. |- | Habis akal baru tawakal.
(tawakal = berserah diri kepada Tuhan.) | Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. |- |Habis beralur maka beralu-alu.
(beralur = berunding.) | Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. |- | Habis cupak dari pelelehan. | Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. (pelelehan (leleh) = tiris, bocor.) |- | Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa. | Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. |- | Habis hulubalang bersiak.
(siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.) | Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. |- | Habis kapak berganti beliung. | Sangat rajin bekerja. |- | Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah. | Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar. |- | Habis manis sepah dibuang. | Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. |- | Habis miang kerana bergeser. | Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. |- | Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus. | Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah. |- | Habis tenggang dan (= dengan) kelakar. | Tidak berdaya lagi. |- | Habis umpan kerong-kerong tak dapat.
(kerong-kerong = ikan laut "Terapon jarbua") | Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi. |- | Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. | Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. |- | Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok. | Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan). |- | Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |- | Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam. | Tidak bersungguh-sungguh. |- | Hanya air dingin yang dapat memadamkan api. | Kata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah. |- | Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari. | Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan. |- | Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai. | Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya. |- | Harap hendak melonjak, kopiah pesuk. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. |- | Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.
(meraup = mencedok dengan tangan.) | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. |- | Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap. | Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. |- | Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.
(lenggang serdadu = sikap yang gagah.) | Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. |- | Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya. | Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri. |- | Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |- | Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |- | Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (kambeh = peria; cangkuk = pekasam.) |- | Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. |- | Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan.
(untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit.) | Percaya kepada orang yang sangat malas. |- | Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar. | Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit. |- | Hari guruh takkan hujan. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. |- | Hari ini patutlah redup (= panas keras). | Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik. |- | Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya. | Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya. |- | Hari ini terlebih baik daripada besok. | Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok. |- | Hari tak selamanya panas. | Untung dan malang silih berganti. |- | Hari tidak siang saja. | Tidak selamanya senang terus-menerus. |- | Harimau bertempek tak (kan) makan orang. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. |- | Harimau ditakuti sebab giginya. | Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya. |- | Harimau hendak menghilangkan jejaknya. | Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya. |- | Harimau mati kerana belangnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. |- | Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama. | Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. |- | Harimau memperlihatkan kukunya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. |- | Harimau mengaum takkan menangkap. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. |- | Harimau menunjukkan belangnya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. |- | Harimau menyorokkan kuku. | Orang yang menyembunyikan kelebihannya. |- | Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara. | Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil. |- | Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya. | Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya. |- | Harta orang hendak digalas. | Orang yang mahu mengambil harta orang lain. |- | Harta orang hendak dikebas. | Orang yang mahu mengambil harta orang lain. |- | Harta pulang ke tuan (= empunya). | Sudah pada tempatnya. |- | Harum menghilangkan bau. | Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan. |- | Harum semerbak mengandung mala.
(mala = air bangkai yang telah busuk.) | Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. |- | Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat. | Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. |- | Hati bagai baling-baling. | Pendirian yang tidak tetap. |- | Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang. | Orang yang tidak ada perasaan. |- | Hati bak serangkak dibungkus. | Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini. |- | Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah. | Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit. |- | Hati gatal mata digaruk. | Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap. |- | Hati hendak semua jadi. | Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan. |- | Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. | Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata. |- | Hati yang ringan meringankan beban yang berat. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. |- | Hati yang suka peringan beban. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. |- | Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan. | Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain. |- | Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah. | Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran. |- | Hempas tulang berisi perut. | Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki. |- | Hempas tulang tak berbalas jasa. | Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya. |- | Hendak air pancuran terbit. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. |- | Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai. | Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu. |- | Hendak bersunting bunga mala. | Hendak beristeri perempuan tua. |- | Hendak bersunting bunga yang belum diseri kumbang. | Hendak beristeri anak gadis. |- | Hendak bertanduk kepala dipahat. | Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri. |- | Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. | Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar. |- | Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar.
(termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.) | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. |- | Hendak harum terlalu hangit. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |- | Hendak hinggap tiada berkaki. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. |- | Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. |- | Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting. | Malas bekerja tetapi banyak makan. |- | Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.
(bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.) | Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. |- | Hendak masak langsung hangus. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |- | Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai. | Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. |- | Hendak meluruskan ekor anjing. | Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat. |- | Hendak memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya. | Orang yang sedang marah malah diapi-apikan pula. |- | Hendak memikat balam, balam jugalah penunggunya. | Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya. |- | Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. |- | Hendak mendapat pisang terkupas. | Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha. |- |- | Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan. | Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain. |- | Hendak mengayuhkan perahu tertambat. | Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya. |- | Hendak mengepal pasir kering. | Membuat pekerjaan yang sukar. |- | Hendak menggaruk tidak berkuku. | Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. |- | Hendak panjang terlalu, patah. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |- | Hendak pergi berotan jangan takut onaknya. | Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan. |- | Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. | Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. |- | Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput. | Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit. |- | Hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih. | Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran. |- | Hendak terbang tiada bersayap. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. |- | Hendak tinggi terlalu, jatuh. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. |- | Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru. | Bersedia menghadapi segala kemungkinan. (ucok = berunding mencari jalan damai.) |- | Hendak ulam, pucuk menjulai. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. |- | Hendak untung menjadi buntung. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. |- | Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa. | Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali. |- | Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya. | Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian. |- | Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya. | Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah. |- | Hidung dicium, pipi digigit. | Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik. |- | Hidung sudah rampung diatur orang. | Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. |- | Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. | Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri. |- | Hidup di hujung gurun orang. | Hidup melarat. |- | Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. | Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan. |- | Hidup dua muara. | Hidup dengan dua macam pencarian. |- | Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah). | Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. |- | Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. | Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan. |- | Hidup segan mati tak mahu (= embuh). | Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit). |- | Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah. | Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain. |- | Hilang adat tegal muafakat. | Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak. |- | Hilang bahasa lenyap bangsa. | Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri. |- | Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka. | Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri. |- | Hilang di mata di hati jangan. | Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati. |- | Hilang dicari, terapung digenangi, terbenam diselami. | Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan. |- | Hilang ikan dalam kerabu. (kerabu = sejenis makanan.) | Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya. |- | Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. (rimbas = perkakas untuk penarah kayu.) | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. |- | Hilang kabus, teduh hujan. | Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. |- | Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit. |- | Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya. | Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang. |- | Hilang kilat dalam kilau. | Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. |- | Hilang pelanduk berganti kijang emas. | Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia. |- | Hilang penjahit berkerbau-kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. |- | Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. |- | Hilang sepuh nampak senam. (sepuh = sadur; senam = warna yang asal.) | Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. |- | Hilang tak tentu rimbanya. | Hilang tidak berbekas. |- | Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. (tukul = pemukul kecil; canai = asah.) | Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. |- | Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya. | Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya. |- | Hilang tukul hilanglah pahat. | Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman. |- | Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu. | Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan. |- | Hinggap bak langau, titik bak hujan. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). |- | Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan). | Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. |- | Hinggap saja bagai langau. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). |- | Hinggap seperti benalu. (benalu = pasilan.) | Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. |- | Hitam bagai buntut (= pantat) belanga. | Perihal keburukan sifat seseorang. |- | Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam. | Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta. |- | Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya. | Orang yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri. |- | Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya. | Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain. |- | Hitam tahan tempa, putih tahan sesah. | Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah. |- | Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah. (bendi = kereta kuda; sadah = kapur.) | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. |- | Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.(udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.) | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. |- | Hitam-hitam gula Jawa. | Biarpun hitam tetapi manis. |- | Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih. | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. |- | Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. | Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang. |- | Hujan berbalik ke langit. | Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah. |- | Hujan berpohon, panas berasal. | Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya. |- | Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. |- | Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. |- | Hujan jatuh ke pasir. | Berbuat baik tidak pada tempatnya. |- | hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. |- | Hujan menimpa bumi. | Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa. |- | Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. | Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah. |- | hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat. | Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. (simpai = gelang-gelang daripada rotan.) |- | Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung. | Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan. |- | Hujung lurus, pangkal berkait. | Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. |- | Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. | Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti. |- | Hukum yang rata, adat yang datar. | Sesuatu yang sama baiknya. |- | Hulu malang pangkal celaka. | Permulaan segala bencana. |- | Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. (hulu mujur = pangkat untung.) | Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. |- | Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana. (kendana = dijaga, diamat-amati.) |- | Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. |- | Hutang (= pinjam) kayu ara. | Hutang yang tak mungkin terbayar. |- | Hutang biduk belum langsai, Hutang pengayuh datang pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |- | Hutang emas dapat (= boleh) dibayar, Hutang budi dibawa mati. | Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. |- | Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.(kajang =benda yang dianyam daripada daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |- | Hutang sebelit (selilit) pinggang. | Sangat banyak hutangnya. |- | Hutang tembilang belum langsai, Hutang tajak bila pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |- | Hutang tiap helai bulu. | Sangat banyak hutangnya. |}

I[sunting | sunting sumber]

Peribahasa Maknanya
Iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat. Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tak tercapai apa yang dimaksudkan.
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan. Sangat miskin.
Ibarat beban sudah ke tepi. Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.)
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).
Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang. Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. (sedap = maksudnya: segar.)
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung. Tidak ada kemerdekaan.
Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai. Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. (semu = tipu, khianat.)
Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas. Suami isteri yang berkasih-kasihan.
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.
Ibarat kutu, boleh diselisik. (selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut.) Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan.
Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim. Orang yang tidak tetap kedudukannya. (rasam = adat, kebiasaan.)
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar.
Ibarat perahu takkan karam sebelah. Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali. Orang melarat mendapat pertolongan.
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.(sebelembang = seberkas.) Pencarian yang tiada memadai.
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah. Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.)
Ikan dalam keroncong.(keroncong = bilik-bilik bubu sebelah dalam.) Tiada tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah tertangkap).
Ikan di hulu tuba di hilir. Perbuatan yang sia-sia.
Ikan di kuali, habis melompat. Nasib yang malang.
Ikan digulai sudah melompat. Nasib yang malang.
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (sengkalan = pengisar rempah-rempah.)
Ikan pulang ke lubuk. Telah kembali ke tempat asalnya.
Ikan seekor rosakkan ikan setajau.(tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis porcelain.) Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
Ikan tergantung, kucing tunggu. Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini.
Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba. Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat.
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat. Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh. Perbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana.
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? (takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.) Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya.
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi. Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib.
Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.(memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.) Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta. Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.
Ilmu padi, makin berisi makin runduk. Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
Inai tertepung, kuku tanggal. Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. (tertepung = sudah digiling.)
Indah khabar daripada rupa. Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait. Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis. Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa. Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi. Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh.
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.
Ini hari orang, besok hari kita. Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)
Intan berlian jangan dipijakkan. Untung bahagia jangan dielakkan.
Intan dikalungkan di leher anjing. Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.
Intan disangkakan batu kelikir. Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.
Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya. Kebenaran akan ternyata juga, walaupun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.
Intan salah serudinya. (serudi = canai.) Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya.
Isi dada bekal berjalan. Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita. Kita yang berusaha, orang lain yang senang.
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan. Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi.
Itik bertaji. Sangat penakut, tetapi sombong.
Itik diajar berenang. Membuat pekerjaan yang sia-sia.
Itik dimandikan takkan basah. Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.
Itik mendapat air. Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya.
Itik tak sudu, ayam tak patuk. Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.

J[sunting | sunting sumber]

Peribahasa Maknanya
Jadi air mandi. Sudah jadi kebiasaan.
Jadi alas cakap. Hadiah kepada orang yang berjasa.
Jadi bapa kuda. Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.
Jadi bumi langit. Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti.
Jadi dinding lasak peti manian. Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. (lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.)
Jadi kuda beban. Orang suruhan.
Jadi penghubung hujung lidah (= mulut). Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan.
Jadi penghubung kaki tangan. Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.
Jadi penghubung mata telinga. Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.
Jadi teluk ulakan air. Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja.
Jahit sudah, kelindan putus. (kelindan = benang pada jarum.) Habis (= selesai) sama sekali.
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak. Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas. (diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.) Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu.
Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa. Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya. (titian = jambatan kecil.)
Jalan raya titian batu. Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah.
Jambatan emas. Jalan mencapai bahagia.
Janda belum berlaki. Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.
Janda berhias. Janda yang belum beranak.
Jangan bagai babi merasa gulai. Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan.
Jangan bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela. Membuat pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. (mua = melampau.)
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.(patah selera = tak bernafsu makan.) Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali.
Jangan bawa resmi jagung: makin berisi makin jegang (= tegak). Makin kaya (berilmu) makin sombong.
Jangan bercermin di air keruh. Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.
Jangan berebutkan tembikar pecah. Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
Jangan berkemudi di haluan. Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri.
Jangan bersandar di batang rengas. Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.
Jangan bersandar di punggur. Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.
Jangan buat kerbau tanduk panjang. Jangan ikut campur dalam urusan orang lain.
Jangan diajar anak harimau makan daging. Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim.
Jangan diajar orang tua makan dadih. Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (dadih = air susu kerbau yang dikentalkan.)
Jangan diajar orang tua makan kerak. Tidak usah diajar orang yang sudah tahu.
Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal. Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.
Jangan difikirkan air pasang saja. Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.
Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya. Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga. Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting. Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan.
Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat. Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. (ikan lais-lais = sejenis ikan kecil.)
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis. Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga. (guri = sejenis buyung.) Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa.
Jangan meludah ke langit. Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.
Jangan memanah ke langit. Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri.
Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina. Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.
Jangan memberi bunga kepada monyet. Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.
Jangan membuat baik, memberi itik bertaji; membuat jahat, sampai ayam dikerat susuhnya. Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.

Jangan memijak benang arang orang.Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang.

Jangan menggegai sempada di bawah batang. Bahaya jangan dicari-cari.
Jangan menggerak ular tidur. Bahaya jangan dicari-cari.
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang. Jangan menyerahkan kuasa kepada orang, nescaya kita dibinasakannya.
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.(menggegai = mengusik; sempada = ketam.) Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita.
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung. Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.
Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia.
Jangan merempuh sarang lebah. Bahaya jangan dicari-cari.
Jangan puntung berasap jua. Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.
Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat. Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.
Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak). Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.
Jangan seperti si buta mematah tongkat. Jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita.
Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai. Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat.
Jangan tercirit di periuk. Jangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita.
Jangat liat kurang panggang. Tidak dapat diajar; degil. (jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.)
Janji sampai, sukatan penuh. Sudah sampai ajal.
Janjian antah tidak ceruh. Nasib yang malang.
Jaras dikatakan raga jarang. (jaras = raga yang jarang anyamannya.) Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih.
Jaras katanya raga jarang. Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih.
Jari kudung dimasukkan cincin. Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.
Jaring berbangkit kuaran tiba. Perhitungan yang salah.
Jarum halus kelindan sutera. Tipu muslihat yang sangat halus.
Jatuh berjolok. Memperoleh sesuatu kerana diminta.
Jatuh berkait. Memperoleh sesuatu kerana diminta.
Jatuh di atas tilam. Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.
Jatuh dihimpit tangga. Mendapat kesusahan silih berganti.
Jatuh tidak berkait (= berjolok). Membuat sesuatu tanpa diminta.
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing). Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa. Banyak pengalaman.
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan. Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. (dikakuk = dipegang.)
Jauh dari mata jauhlah dari hati. Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.
Jauh di mata, dekat di hati. Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan.
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. Bercakap besar di belakang-belakang saja.
Jauh panggang dari api. Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.
Jauhari juga yang mengenal manikam. Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.
Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan? Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.
Jejak selut kaki terbenam.(selut = lumpur.) Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan.
Jejaknya keruh. Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik.
Jelatang di hulu air. Perkara yang selalu menyusahkan.
Jemur terkekar ayam tiba.
(terkekar = terkembang.)
Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli.
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan. Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. (tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.)
Jerat halus kelindan sutera. Tipu muslihat yang sangat halus.
Jerat semata bunda kandung. Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan.
Jerat serupa jerami. Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. (balam = burung tekukur.) Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba. Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.
Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah. Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa. Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
Jika baik ada cacatnya. Tidak ada yang sempurna benar.
Jika berjumbai tempat bergantung. Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.
Jika berpuluh-puluh kali batang beralih(= bertindih), Cacing di bawah juga. Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. (raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.) Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.
Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani. Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. Menunjukkan kebencian.
Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput. Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri.
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut. Yang jahat itu tetap jahat.


Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya. Janji mesti ditepati.
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan; setidak-tidaknya bertempiaran kelak. Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai. Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya. Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai.
Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah. . (rambah = membabat, menebangi.) Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang. Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam. Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.
Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan). (dandang = sejenis perahu; tanjakan = pendakian.) Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan.
Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.
Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup. Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu.
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu. Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir. Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.
Jikalau beranak ikut kata bidan. Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya.
Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga. Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.
Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput. Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain.
Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan. Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu.
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga. Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. (ciau atau ciu = tilam tempat duduk.)
Jikalau menampi jangan tumpah padinya. Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna.
Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan. Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui.
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang. Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang.
Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah. Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya. Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Jirus bagai bulan akan habis. Modal yang makin lama makin susut. (jirus = tirus.)
Jiwa bergantung di hujung rambut. Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu.
Juadah sudah dijilat cicak. Perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam.
Jual sutera beli mastuli. Dapat ganti yang lebih berharga lagi. (mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya.)
Jung pecah, yu yang kenyang. Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai peribahasa mengikut huruf
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z .