Perikles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pericles)
Perikles
Pericles
Patung Perikles
Kelahiranc. 495 SM
Athens
Meninggal dunia429 SM
Athens
KesetiaanAthens Pruba
PangkatStrategos
PertempuranPertempuran Sicyon danAcarnania (454 SM)
Perang Suci Kedua (448 SM)
Pengusiran orang gasar dari Gallipoli (447 SM)
Perang Samos (440 SM)
Penaklukan Byzantium (438 SM)
Perang Peloponesia (431–429 SM)

Perikles (Bahasa Yunani: Περικλῆς Periklēs [pe.ri.klɛ̂ːs], bahasa Inggeris: Pericles, 495 – 429 SM) ialah seorang negarawan, pemidato dan jeneral Yunani Purba ketika zaman kegemilangannya, yakni selepas Perang Yunani-Parsi hingga ke Perang Peloponnesos.

Perikles memiliki pengaruh yang ketara terhadap masyarakat Athens, sehingga digelar oleh sejarawa, Thoukydides sebagai "rakyat pertama Athens".[1] Beliau menukarkan Liga Delos menjadi sebuah empayar Athens dan mengetuai rakyatnya ketika dua tahun pertama Perang Peloponesia. Zaman pemerintahannya dari 461 hingga 429 SM lazimnya digelar sebagai "zaman Perikles".

Beliau memulakan sebuah rancangan besar yang mewujudkan sebahagian besar Akropolis, termasuk Parthenon. Rancangan ini memperindah ibu kota, mempamerkan kemegahannya dan mewujudkan pekerjaan kepada rakyat.[2] Beliau juga mengemangkan demokrasi Athens sehingga digelar sebagai seorang populis oleh pengkritik. Beliau meninggal dunia pada 429 SM bersama-sama ahli keluarganya dalam Wabak Athens.[3][4]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Ayah Perikles ialah seorang ahli politik, Xanthippus yang mengetuai para tentera Yunani dalam Pertempuran Mycale pada 479 SM. Ibunya, Agariste ialah ahli keluarga bangasawan, Alcmaeonidae dan banyak mempengaruhi penglibatan Xanthippus dalam bidang politik. Agariste ialah cicit kepada Cleisthenes, tiran kawasan Sicyon dan anak saudara Cleisthenes, ahli reformasi Athens.[5]

Beliau tergolong dalam puak Acamantis (Ἀκαμαντὶς φυλή). Zaman mudanya adalah sepi disebabkan oleh sifat penyendirinya dan lazimnya menghabiskan masanya terhadap pengajiannya serta banyak mengelakkan diri daripada khalayak ramai.[6]

Kekayaan dan kemasyhuran keluarganya membolehkan beliau menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pendidikannya. Beliau mempelajari ilmu muzik daripada pakar-pakar pada masa itu (kemungkinannya Damon atau Pythocleides).[7] Beliau dikatakan sebagai ahli politik pertama yang menekankan kepentingan falsafah, dan banyak dipengaruhi oleh Anaxagoras yang menjadi sahabat karib beliau.[7][8]

Penglibatan politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Pada musim bunga 472 SM, Perikles mempersembahkan tragedi The Persians oleh Aeschylus sebagai sebuah liturgi dan membayangkan dirinya sebagai salah satu daripada golongan kaya-raya Athens.[9] Simon Hornblower mempertikai bahawa pemilihan Perikles tragedi yang mempersembahkan gambaran nostalgik berkenaan dengan kejayaan Themistocles dalam Pertempuran Salamis menunjukkan bahawa beliau menyokong Themistocles yang menentang musuh politiknya, Cimon yang pernah membuang Themistocles tidak lama selepas itu.[10]

Plutarch berkata bahawa Perikles merupakan negarawan Athens yang muncul selepas 40 tahun. Oleh itu, Perikles mengambil jawatan kepimpinannya pada 460-an SM, ketika umur awal atau pertengahan 30-an. Ketika ini, beliau berusaha untuk melindungi privasinya dan mempamerkan diri sebagai teladan terhadap rakyatnya. Beliau lazimnya mengelakkan diri daripada menghadiri jamuan untuk hidup secara berjimat cermat.[11][12]

Pada 463 SM, beliau ialah pendakwa kepada Cimon, ketua puak konservatif yang didakwa kerana mengabaikan kepentingan Athens terhadap Macedon.[13] Meskipun dibebaskan, konfrontasi ini membuktikan bahawa musuh politik Perikles adalah terancam.[14]

Pembuangan Cimon[sunting | sunting sumber]

Pada 461 SM, kepimpinan parti demokrasi membuat keputusan untuk meyasarkan Areopagus, sebuah majlis tradisional yang dikawal oleh golongan aristrokat Athens yang pernah menjadi badan terkuat di negeri. Ketua parti serta mentor Perikles, Ephialtes merancang untuk mengurangkan pengaruh kuasa Areopagus. Ecclesia, dewan perhimpunan Athens menggunakan Ephialtes tanpa sebarang halangan. Reformasi ini mengasaskan sebuah zaman baharu "demokrasi radikal".[15]

Pada tahun ini, Perikles berjaya membuang Cimon dari Athens dengan alasan bahawa Cimon mengkhianati Athens dengan berpihak terhadap Sparta.[16]

Pembunuhan Ephialtes pada tahun ini juga memberi ruang kepada beliau untuk memperkukuh penguasaannya. Tanpa sebarang halangan selepas pembuangan Cimon, parti demokrasi yang tidak dapat dihalang menjadi pemerintah unggul Athens. Beliau kekal berkuasa hingga kematiannya pada 429 SM.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Perikles mengahwini salah satu saudara paling rapatnya seperti menuruti tradisi masyarakat Athens pada ketika itu; nama isteri ini tidak diketahui setakat kini. Perkahwinan ini mengurniakan dua orang anak, Paralus dan Xanthippus, tetapi bercerai pada 445 SM. Selepas itu, beliau menjalinkan hubungan jangka masa panjang dengan Aspasia dari Mieltus dan dikurniakan seorang anak, Perikles Muda.[17]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Legasi paling jelas Perikles boleh dijumpai dalam karya seni dan kesusasteraan pada zaman kegemilangan Athens, kebanyakannya masih bertahan hingga kini. Akropolis Athens, meskipun dalam bentuk runtuhan masih kekal sebagai lambang terhadap Athens moden. Paparrigopoulos pernah bertulis bahawa karya-karya ini sudah cukup untuk mengabadikan nama Athens di dunia.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Thucydides, 2.65
  2. ^ L. de Blois, An Introduction to the Ancient World 99
  3. ^ S. Muhlberger, Periclean Athens Diarkibkan 2011-04-14 di Wayback Machine.
  4. ^ S. Ruden, Lysistrata, 80.
  5. ^ "Pericles". Encyclopædia Britannica. 2002.
  6. ^ "Pericles". Encyclopaedia The Helios. 1952.
  7. ^ a b Plutarch, Pericles, IV
  8. ^ M. Mendelson, Many Sides, 1
  9. ^ "Pericles". Oxford Classical Dictionary. 1996.
  10. ^ S. Hornblower, The Greek World, 479–323 BC, 33–34
  11. ^ Plutarch, Pericles, VII
  12. ^ Plutarch, Pericles, IX
  13. ^ Aristotle, Constitution of Athens, Templat:Athpol
  14. ^ Plutarch, Cimon, XV
  15. ^ Fornara-Samons, Athens from Cleisthenes to Pericles, 24–25
  16. ^ Plutarch, Cimon, XVI
  17. ^ Tracy, Stephen V. (2009). Pericles: A Sourcebook and Reader. Berkeley: University of California Press. m/s. 19.
  18. ^ K. Paparrigopoulos, Aa, 241–42.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Riwayat-riwayat Hidup Bangsawan Yunani dan orang Rom oleh Ploutarkhos
Alcibiades dan Coriolanus - Alexander Agung dan Julius Caesar - Aratus & Artaxerxes dan Galba & Otho - Aristides dan Cato yang Lebih Tua - Crassus dan Nicias - Demetrius dan Antony - Demosthenes dan Cicero - Dion dan Brutus - Fabius dan Perikles - Lucullus dan Cimon - Lysander dan Sulla - Numa dan Lycurgus - Pelopidas dan Marcellus - Philopoemen dan Flamininus - Phocion dan Cato yang Lebih Muda - Pompeius dan Agesilaus - Poplicola dan Solon - Pyrrhus dan Gaius Marius - Romulus dan Theseus - Sertorius dan Eumenes - Tiberius Gracchus & Gaius Gracchus dan Agis & Cleomenes - Timoleon dan Aemilius Paullus - Themistokles dan Camillus