Pergi ke kandungan

Perigi Hang Tuah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perigi Hang Tuah

Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka, Malaysia ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Keratan akhbar The Singapore Free Press berkenaan Perigi Hang Tuah

Tidak diketahui dengan pasti bilakah Perigi Hang Tuah ini mula wujud, namun yang pasti perigi tersebut telah lama ada, berdasarkan laporan akhbar lama. Akhbar The Singapore Free Press, 30 Januari 1950 melaporkan tentang seorang Cina yang menjadi "penjaga" kepada perigi tersebut[1]:

Seorang wanita Cina telah menjadikan dirinya sebagai penjaga “Perigi Hang Tuah” atau Telaga Hang Tuah di Bukit Duyong, Melaka. Hang Tuah ialah pahlawan legenda Melayu yang terkenal, yang bertempur menentang Portugis di Melaka pada abad ke-16. Orang Melayu percaya bahawa rohnya akan muncul apabila orang Melayu berada dalam kesusahan.

Dikatakan bahawa wanita ini memutuskan untuk menjaga telaga tersebut kerana pahlawan Melayu itu datang kepadanya dalam mimpi dan meminta beliau melakukannya.

Setiap hari Jumaat antara jam 1 petang hingga 6 petang, beliau menjaga telaga itu dengan penuh khusyuk. Beliau telah mendirikan sebuah pondok kecil di sebelah telaga untuk menyimpan lilin dan kemenyan. Terdapat sebuah meja panjang di mana pengunjung meletakkan persembahan mereka seperti pisang dan buah-buahan lain. Pengunjung, kebanyakannya wanita Cina dan Melayu dari kampung-kampung berdekatan, datang ke telaga ini untuk memohon berkat. Mereka menyerahkan persembahan kepada wanita ini, yang kemudian berdoa, membakar kemenyan dan lilin di sebelah telaga.

Pengunjung tidak dikenakan bayaran, tetapi setiap orang mesti membawa sebotol kosong. Air dari telaga akan dituangkan ke dalam botol tersebut. Air ini hendaklah diminum supaya pengunjung mendapat berkat dan hajatnya dikabulkan.

  1. The Singapore Free Press (1950-01-30). GUARDS A HERO'S WISHING WELL. Dicapai pada 2026-04-18 melalui NewspaperSG. halaman 5

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]