Perikanan laut dalam di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapal menangkap ketam perdagangan di Laut Utara
Kapal menangkap ikan sukan kecil.

Perikanan air dalam merupakan satu aktiviti dalam industri perikanan yang dilakukan di kawasan perairan dalam dan biasanya jauh dari daratan. Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian ("Food and Agriculture Organisation (FAO)") Bangsa-Bangsa Bersatu, penangkapan ikan laut dalam dilakukan di kawasan perairan antara 200-2,000 meter di lautan lepas dan ia menyasarkan ikan spesies pelagik dengan menggunakan peralatan termasuk pukat tunda dasar dan pertengahan dan tali panjang.

Oleh kerana ia dilakukan diperairan laut dalam, biasanya bot yang digunakan adalah bersaiz besar lebih dari 70 tan berdaftar yang menggunakan peranti pengumpul ikan. Sungguhpun kegiatan laut dalam dihadkan oleh undang-undang pada jarak melebihi 30 batu nautikal bagi melindungi nelayan kecil, terdapat penjenayah yang beroperasi dalam kawasan lebih dekat. Perbuatan ini mengancam pendapatan nelayan kecil persisiran pantai.

Sejarah perikanan laut dalam di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pembangunan perikanan laut dalam di Malaysia secara besar-besaran diilhamkan oleh Perdana Menteri sejak awal 1980-an. Ia dilancarkan secara rasmi pada 1987. Sehingga 2013, kawasan zon ekonomi esklusif ("exclusive economic zone - EEZ") Malaysia merangkumi kawasan seluas 548,800km2, dengan sekitar 46% atau 250,000 km2 terletak di perairan Sarawak, Sabah dan Labuan. Sarawak yang memiliki kawasan zon ekonomi esklusif yang dianggarkan seluas 160,000km2, merupakan yang terbesar.

Pihak Jabatan Perikanan telah melakukan kaji bersama dengan Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara yang terletak di Thailand, dan telah berjaya mengenal pasti kawasan-kawasan sumber ikan yang masih belum diterokai terutamanya di luar persisiran pantai Sabah dan Sarawak, di mana sumber tuna dan ikan pelagik lain dipercayai masih belum disentuh.

Perikanan laut dalam telah menyumbang lebih dari 20% dari keseluruhan jumlah ikan laut yang didaratkan di Malaysia, bakinya oleh perikanan persisiran. Pada 2013, perikatan laut dalam dianggarkan menyumbang sekitar 330,000 tan jumlah keseluruhan ikan laut yang didaratkan dari sekitar jumlah keseluruhan 1.5 juta tan. Dari segi nilai, penangkapan ikan dari laut dalam dianggarkan sekitar RM1.7 b berbanding RM7.9b yang dihasilkan dari jumlah keseluruhan pendaratan hasil laut pada tempoh yang sama.

Pada 2013, Perak merupakan negeri terbesar yang menyumbang bagi perikanan laut dalam. Ini diikuti dengan Sarawak dan Kelantan dalam tempoh yang sama.

Pendaratan tangkapan laut[sunting | sunting sumber]

Lima negeri bagi perikanan laut dalam menurut ikan didaratkan

Negeri Tan (RM j)
  1. Perak 75,567 298.2
  2. Sarawak 51,268 127.8
  3. Kelantan 50,202 220.3
  4. Pahang 39,245 214.0
  5. Perlis 29,790 173.6
  • Sumber: Jabatan Perikanan

Negeri lain yang menyumbang perikanan laut dalam adalah Pahang, Perlis dan Johor. Sehingga Mac 2014, terdapat 1,254 kapal berlesan bagi perikanan laut dalam yang beroperasi di perairan Malaysia. Selepas menarik balik 318 lesen laut dalam pada 2012, Jabatan Perikanan Laut mengeluarkan premit ekslusif kepada 12 syarikat utama pada 2013 bagi mengambil sumber laut pada skala besar. Syarikat-syarikat ini menyumbang kepada 80% tangkapal ikan dari zon laut dalam.

Bilangan kapal laut dalam di Malaysia telah mendatar sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kemerosotan kecil 0.5% dari 1,114 pada 2008 kepada 1,108 pada 2013. Selangor, Penang dan Sarawak merupakan negeri yang melaporkan kemerosotan bagi bilangan kapal laut dalam dalam tempoh lima tahun. Sementara negeri yang melaporkan peningkatan dalam bilangan kapal berlesen laut dalam dalm tempoh yang sama adalah Johor, Pahang dan Sabah.

Bilangan Kapal Laut Dalam[sunting | sunting sumber]

  • Number of Licensed Deep-Sea Fishing Vessels 2008 2013 Change %
  • Johor 46 84 82.6
  • Pahang 102 158 54.9
  • Sabah 23 33 43.5
  • Labuan 18 24 33.3
  • Perak 133 176 32.3
  • Kedah 76 83 9.2
  • Selangor 8 3 -62.5
  • Penang 17 7 -58.8
  • Sarawak 337 220 -34.7
  • Perlis 72 53 -26.4
  • Terengganu 73 63 -13.7
  • Kelantan 209 204 -2.4
Keseluruhan 1,114 1,108 -0.5
  • Sumber: Jabatan Perikanan

Cabaran perikanan laut dalam di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Masalah dalam industri perikanan laut dalam di Malaysia termasuk :-

  • Pencerobohan oleh nelayan asing. Kekerapan berlakunya pencerobohan oleh nelayan asing samada berdaftar atau tidak berdaftar bukan sahaja menjejaskan pendapatan nelayan tempatan tetapi juga mengancam keselamatan mereka.[1],
  • Penjualan ikan dipelabuhan asing. Terdapat penjenayah yang menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, seperti subsidi minyak dan bot, sebaliknya menjual tangkapan mereka di pelabuhan asing. Ini menjejaskan perkembangan industri hiliran seperti pemprosesan, pengangkutan, dan pemasaran terutama dikalangan peniaga kecil yang terpaksa membeli ikan import.
  • Kekurangan pekerja
  • Stok ikan yang terjejas akibat dicuri oleh nelayan asing. [2]
  • Kemusnahan hutan paya bakau yang menjadi tempat penetasan dan tumbesaran anak-anak ikan, menjejaskan stok ikan masa hadapan.
  • Tindakan rakus sesetengah nelayan yang menyalahgunakan pukat mata halus kerana ingin keuntung cepat, yang mengakibatkan terhapusnya ikan muda dan anak-anak ikan. Tindakan akal pendek ini menjejaskan stok ikan masa hadapan.[3]
  • Kekurangan modal akibat keperluan modal awal yang tinggi, risiko tinggi, dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan syarat pinjaman yang ketat.

Langkah bantuan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Di bawah Polisi Makanan Pertanian negara (2011-2020), pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menangani langkah merangsang perikanan laut dalam di Malaysia.

  • Mengambil pendekatan pengekalan dan keberkesanan dalam membangunkan indusri baru berkembang melalui usaha pengekalan dan menggunakan peralatan menangkap ikan yang ramah alam sekitar, seperti pengharaman penggunaan pukat saiz mata di bawah ukuran 38 mm bagi menyelamatkan spesies marin dan benih ikan daripada dimusnahkan.
  • Mengukuhkan infrastruktur bagi pendarata ikan laut dan pemasaran melalui syarikat dan peningkatan teknologi secara berterusan.
  • Penyusunan semula aktiviti perikanan laut dalam dengan menggalakkan pembabitan nelayan persisiran pantai dengan menawarkan pinjaman mudah bagi membeli kapal laut dalam.
  • Peningkatan sumber manusai dengan memberikan latihan pratikal pada juragan, pemandu,dan krew.
  • Menawarkan bahan api subsidi serta insentif RM0.20/kg bagi pendaratan ikan sehingga maksima RM5,000 setiap kapal sebulan.
  • Pemberian elaun bulanan RM200 oleh kerajaan bagi semua rakyat Malaysia yang bekerja dengan kapal laut dalam.
  • Menyelaras fungsi Jabatan Perikanan dan Pihak Pembangunan Perikanan bagi mengelak pertindanan. Jabatan Perikanan akan menumpu pada pengeluaran sementara pemprosesan dan penjualan oleh Pihak Pembangunan Perikanan.
  • peningkatan usaha penguatkuasaan di laut dalam bagi menghalang kapal asing memasuki kawasan perlindungan laut dan kebocoran penjualan ikan ke negara asing, secara khusus, Jabatan Perikanan telah menetapkan pendaratan ikan minimum bagi setiap kapal pada 250 tan / tahun (untuk pukat tunda) dan 350 tan / tahun (untuk jerut) dalam usaha untuk menggalakkan memancing di perairan yang lebih produktif.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]