Peringgit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peringgit

Peringgit merupakan suatu tempat di daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat sebuah pusat pengangkutan bersepadu Melaka Sentral. Di sini juga terdapat sebuah taman perumahan yang diberi nama Taman Peringgit Jaya dan Taman Cempaka. Kawasan Peringgit bersempadan dengan Bachang, Bukit Baru.

Bukit Peringgit yang berdekatan dengan Peringgit merupakan sebuah tempat yang menjadi kediaman rasmi Ketua Menteri negeri Melaka. Di Peringgit terdapat pelbagai kemudahan asas serta kedai-kedai dan kawasan komersil yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Pasaraya Lotus's dan Mydin. Disini terdapat sebuah poliklinik iaitu Poliklinik Peringgit yang menjadi tempat penduduk berdekatan dan juga luar kawasan mendapatkan rawatan dengan mudah.

Di sini juga terdapat sebuah masjid yang bersejarah yang dikatakan di antara yang tertua di Melaka iaitu Masjid Peringgit. Dan disini juga terdapat sebuah sekolah yang sangat bersejarah iaitu Sekolah Kebangsaan Peringgit dan Sekolah Rendah Agama Jaim Peringgit.